CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ace-Frehley

[MERGED] Sejarah Nama Tempat & Kampung

[Copy link]
Post time 23-7-2004 11:35 AM | Show all posts
Bagus thread ni...

I nak citer asal usul Teluk Intan...  Tapi sebuk sikit sekarang...

I ada terbaca asal usul Dalat, Serawak... nanti I citer sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2004 03:05 PM | Show all posts
HLX dok Ampang duluo2 ni kat sini banyak ampang..

Kat ampang tu ape ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:36 PM | Show all posts

Asal Usul Nama Negeri Pahang

Sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.

Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis , Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur. Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu Mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari Pokok Mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:37 PM | Show all posts

Pahang Zaman Pra-Sejarah

Penyelidikan telah dibuat oleh ahli kaji purba secara ilmiah di beberapa tempat di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu di gua-gua batu, di gunung-gunung, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang. Jumpaan benda purba terdiri daripada batu, tembikar, gangsa dan besi kuno buatan orang zaman purbakala. Tempat tersebut ialah di gua batu kapur seperti Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut; Gua Kecil, Raub; Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis Sungai Selinsing Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi di persimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Antara benda purba yang dijumpai tertanam dalam tanah di negeri ini ialah barang dan perkakas yang dibuat daripada batu oleh orang zaman batu pertengahan (mesolithic). Barang-barang tersebut ialah kapak genggam, beliung dan pahat.

Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan yang mendiami Negeri Pahang Darul Makmur tinggal di gua batu dan gua-gua di gunung-ganang negeri ini dan mereka adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Rombongan Melayu Proto mendiami Semenanjung termasuk Pahang dan pulau-pulau Nusantara ialah dalam lingkungan 3,000 atau 2,000 sebelum Masehi.

Dari aspek pertanian, barang dan perkakas buatan orang zaman batu akhir yang telah dijumpai dalam tanah ialah benda yang berupa mata lembing, pisau, sabit, cangkul, tenggala dan lain-lain perkakas ganjil yang dibuat daripada besi zaman dahulu. Tempat yang dijumpai terutamanya di tepi Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai Jong tepi Sungai Lipis. Di Kampung Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, dijumpai pecahan muka gendang zaman dahulu yang diperbuat daripada gangsa. Gendang gangsa ini digunakan oleh orang yang memakai kebudayaan gangsa.Dr. Linehan berpendapat gendang gangsa ini ditukangi di Indo-China dan dibawa dari negeri Funan ke Ulu Tembeling antara kurun Masihi ketiga iaitu dibawa bersama-sama dengan perkakas dari besi kuno (tulang mawas).

Mengikut ahli kaji manusia dan ahli sejarah, orang Melayu pesisir (DeutroMalays) ialah nenek moyang orang Melayu yang tinggal di daerah pantai Semenanjung Tanah Melayu. Pendek kata pada zaman dahulu kala selain daripada orang asli iaitu orang Semang dan puaknya di Negeri Pahang Darul Makmur telah didiami oleh manusia yang disebut dalam ilmu sejarah sebagai manusia zaman batu pertengahan, zaman batu akhir atau permulaan zaman gangsa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:38 PM | Show all posts

Pemerintahan Negeri

Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699.

Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:39 PM | Show all posts

Pusat Pentadbiran Negeri Secara Ringkas

Inggeris telah meluaskan kuasanya ke Negeri Pahang Darul Makmur, Residen pertama iaitu J.P.Rodger telah dilantik dalam bulan Oktober 1888. Perkara utama yang diberikan perhatian oleh Inggeris ialah menentukan tempat letaknya pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1891 pusat pentadbiran ini dipindahkan dari Pekan ke Lipis. Rancangan ini hanya untuk buat sementara sahaja tetapi rancangan yang dikatakan sementara itu telah memakan masa lebih dari 64 tahun kerana pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur hanyalah dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955 dengan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah, DK., SIMP., DK., SIMP., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG. Manakala pada 28 Februari 1970, bangunan pentadbiran pusat berpindah ke Wisma Sri Pahang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2004 04:39 PM | Show all posts

Sistem Perhubungan Awal Di Negeri Pahang

Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling, Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikut Sungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling. Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai.

Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya. Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar. Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.

Godinho de Eredia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang (dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan". Perahu jalak telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Jalak boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 15 tan kargo. Dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing. Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.

Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:48 PM | Show all posts

Asal-usul Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".

Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman"



Sungai Segamat
Pandangan dekat
bandar Segamat
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2004 04:49 PM | Show all posts
Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai    "Kampung Lubuk Batu".

Dan di pengkalan Lubuk Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru, Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan "Segar Amat yang dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama "Segamat".
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 04:50 PM | Show all posts
Segamat juga disebut sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.

Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai "Jambu Condong" dan "Leban Condong".


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 09:33 AM | Show all posts
Joke kejap! Sori aaa. Aku teringat lawak adik aku pasal Segamat.Dia kata ibu negeri Perak ialah Segamat. Aku tanya apasal? Perak= Argentum= Argentina! Segamat= segar amat=(modify lebih kurang)= Buenos Aires...amende le kata aku.

Aku teringat baca Variasari masa bebudak dulu....asal usul nama Mersing asalnya dari sorang convict yang dapat lari dari kapal tahanan dai...nama dia? Amar Singh...entah ye entah tak.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 10:49 AM | Show all posts

Asal Usul Teluk Intan

Teluk Intan terletak 84km daripada Bandar Ipoh.  Teluk Intan ( tahun 1882 hingga 1982 dikenali sebagai Teluk Anson) bukan hanya merupakan Bandar yang bersejarah bahkan Bandar yang penting di dalam sejarah Malaysia.  Selain daripada bangunan-bagunan kerajaan dan rumah kedai yang biasanya menjadi manifestasi perkembangan satu-satu Bandar yang juga menjadi pusat pentadbiran yang penting.  Terdapat bangunan-bvangunan lain setengah-setengahnya masih kekal sehinnga masa sekarang dan melambangkan tuanya Bandar Teluk Intan.

Sejarah Teluk Intan

Menurut cerita lisan, kampung Teluk Mak Intan diasaskan lebih lewat daripada Durian Sebatang.  Antara penduduk yang mendiami kampung waktu ia mula-mula dibuka ialah seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Intan.  Dipercayai beliau berasal daripada keluarga yang berpengaruh.  Pada suatu hari Mak Intan dengan beberapa sahabat sedang mandi dan bersukaria di sungai (bahagian teluk), tiba-tiba pacak intan pemberian orang tuanya yang dipakai di sanggulnya tercicir dan hilang dalam sungai.  Oleh kerana peristiwa itu seringkali disebut-sebutkan orang maka lama-kelamaan kampung itu pun dipanggil orang Teluk Mak Intan.

Teluk Anson

Residen Perak yang ke tiga, Sir Hugh Low tiba ke Perak pada tahun 1877 dan memilih Taiping sebagai pusat pentadbiran.  Dari masa itu sehingga Perang Dunia II, Taiping dikekalkan sebagai ibu negeri Perak.  Semasa Bandar Baru menjadi pusat pentadbiran Perak, Penolong Residen (Kapten Speedy) ditempatkan di Taiping.  Ketika Hugh Low menjadi Residen, Kapten Speedy dipindahkan ke Durian Sebatang.  Beliau tidak lama tinggal di situ.  Beliau dianggap boros dan tidak cekap sebagai pentadbir.

Semenjak Hugh Low mula-mula menjadi Residen Perak lagi, beliau telah merasa tidak puas hati dengan keadaan di Durian Sebatang.

Beliau menulis:

揟he town is to confined a space that some of the streets are only 12 feet wide so that contagious disease or fire must run freely through the place and the present Residency (kediaman Kapteen Speedy) is intended to be at Teluk Malunting.  Why was the town also not ordered to be built there and the greater part of 7000 dollars saved?  I will send Villipilar there and make a plan of such a town as might be built in Teluk Malunting
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 11:29 AM | Show all posts
:cry: nie buat rindu nak balik teluk intan

nak makan rojak kedai apa tuh mod..depan fajar tuh...abdullah ker

nak makan nasi mastan ghani
Reply

Use magic Report

VanRizwan This user has been deleted
Post time 27-7-2004 02:37 PM | Show all posts
Aku tinggal kat Kelana Jaya, entah ler apa sejarahnye kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 03:58 PM | Show all posts

Asal nama Gerik

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua bernama Tok 慉d (Tok Sa抋d).

Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali  untuk mencari punca  bunyi yang ganjil itu.

Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan, nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 04:04 PM | Show all posts

Asal nama Kedah

Negeri Kedah yang dibuka dalam KM 11 asalnya bernama "Kalaha". "Kalaha" itu ialah satu nama suku kaum Kurdi, iaitu penduduk asli Negara Iran yang membuyung ke Nusantara dalam KM 10 dan KM 11. Nama suku kaum ini ialah "Kalahar". Ketika suku kaum "Kalahar" bertapak di Kedah, suku lain berhijrah ke tempat lain di Nusantara.

Ahli-ahli sejarah pernah membuktikan bahawa kerajaan Pasai, Rokan, Kuntu dan Siak di Sumatera dibuka oleh orang-orang Iran yang beragama Islam sebelum 969 Masihi lagi. Terdapat di sana nesan-nesan yang berpahat dengan tulisan Pahlawi. Legor atau Nakhorn Si Thammarat telah dibuka oleh orang-orang Iran Kuno dan menamakan kota itu Jamguerd. Orang Arab menyebutnya Jamkut. Begitu juga perkampungan di Leren dekat Gerisik di Jawa Timur, dipercayai dibuka oleh orang Iran suku Lor. Zainab binti Maimun yang dikebumikan di Leren pada 1101 Masihi bertitisan dari Sulaiman al-Farisi.

Suku Kalahar tiba di Kedah dan menamakan tempat itu mengikut nama sukunya: Kalahar. Muhammad Hassan dalam "Al-Tarikh Salasilah.." menyebutnya "Kalaha". Orang Arab menyebutnya "Kalah". Suku -suku Kurdi berhijrah ke Nusantara bukan sahaja kerana berniaga tetapi juga kerana mencari tempat penghidupan yang damai dan tenang di tanahair mereka yang berkecamuk dengan huru-hara dan persengketaan. Rakyat Iran berhijrah ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Kepulauan Melayu atau Nusantara turut menjadi tumpuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2004 04:08 PM | Show all posts

Asal nama Kelian Intan

Pada masa dahulu seorang pembesar Negeri Reman bernama Wan Itam telah membuka kelian (lombong bijih timah)  berhampiran dengan Gunung Paku. Semenjak itulah  tempat tersebut dipanggil orang `Kelian Wan Itam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 04:11 PM | Show all posts

Asal nama-nama tempat di Kuantan

TELUK SISEK
Kawasan ini asalnya adalah sebuah teluk. Berhampiran dengannya terdapat sebuah bukit yang menganjur ke teluk. Di kawasan kaki bukit inilah selalunya "penyu-penyu sisek"  mendarat untuk bertelur. Zaman beredar dan melalui proses pembentukan muka-bumi, teluk kini bertukar menjadi paya. Kawasan ini kemudiannya diteroka dan dibangunkan. Namanya diilhamkan dari peristiwa yang dikaitkan dengan "teluk" dan "sisek". Sehingga kini masih terdapat kulit-kulit siput lama di sekitar tasik di belakang kediaman YAB Menteri Besar sebagai bukti bahawa tempat ini dahulunya adalah sebuah teluk.

KAMPUNG JAWA
Semasa Estet Batu Talam dibuka untuk tanaman getah, ramai orang-orang Jawa telah bekerja sebagai penoreh getah. Mereka telah membuat penempatan berhampiran Kampung Tengah. Hasilnya kawasan ini akhirnya dikenali sebagai Kampung Jawa.

BUKIT SETONGKOL
Kedudukan bukit ini agak ganjil kerana ianya hanya setongkol sahaja jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang lain di persekitarannya. Bersesuaian dengan keadaan fizikalnya ini, kawasan ini dinamakan Bukit Setongkol.

BUKIT UBI
Sebelum dijadikan kawasan pecah batu, bukit ini telah dijadikan kawasan penanaman ubi kayu oleh penduduk-penduduk tempatan. Makan kekallah namanya Bukit Ubi.

PADANG LALANG
Kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang yang dipenuhi dengan lalang.

TANJUNG LUMPUR
Tanjung yang menghala ke laut ini telah diliputi oleh mandapan lumpur yang banyak. Sejak dari itu, tanjung ini dikenali sebagai Tanjung Lumpur.

GAMBANG
Di sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung) di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan Gambang.

ALUR AKAR
Di kawasan ini dahulunya beralur dan ditumbuhi pula dengan pokok-pokok hutan tua berakar besar dan berlingkar-lingkar. Keunikan keadaan kawasan ini langsung membawa kepada namanya sekarang.

PERAMU
Tukang-tukang rumah bertumpu ke tempat ini untuk mencari bahan-bahan membuat rumah yang terdiri daripada kayu-kayu hutan. Istilah mencari bahan-bahan ini dikenali sebagai "meramu" dan akhirnya menjadi Peramu hingga sekarang.

BESERAH
Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 04:17 PM | Show all posts

Asal nama Port Dickson

Port Dickson mendapat namanya dari pegawai tingggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil.

Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British.

Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.

.
Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.

Lagipun telah dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan untuk mengeksport timah dari lombong di Sungai Ujong.

Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan dirasmikan oleh Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick Dickson. Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga telahmenukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia malah seluruh dunia.



Sir John Frederick Dickson
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 04:23 PM | Show all posts

Asal nama Terengganu

Menurut riwayat didalam buku Sejarah Darul Iman Hingga 1361H (1942M), terdapat banyak cerita tentang asal-usul nama Terengganu. Marhum Baginda, iaitu Sultan Umar, Sultan Terengganu Ke-19 (1839-1876) meriwayatkan suatu rombongan perburuan dari Pahang mengembara di sebelah Hulu Terengganu. Salah seorang dari ahli rombongan telah menjumpai sebatang taring yang tidak dapat dikenalpasti binatang tersebut lalu menyebut 'taring anu...'. Selang beberapa hari kemudian, rombongan tersebut mendapat seekor rusa hasil perburuan tetapi tidak mengetahui nama tempat ianya ditemui lalu menyebut ianya dijumpai di tepi sungai 'taring anu...'.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa penmuan satu taring yang saiznya lebih besar daripada taring-taring binatang liar (tetapi tidak sebesar taring gajah) di Pulau Duyong oleh penduduk di situ dan dipersembahkan kepada Raja dengan menyebut "Taring anu, Tuanku." disebabkan tidak mengetahui apakah nama binatang tersebut.

Satu lagi sejarah menceritakan terdapat satu rombongan dari Kelantan belayar ke Sungai Taring Anu dan sesampainya mereka di waktu petang yang redup dan disertai hujan renyai-renyai. Kebetulan, ada cahaya terang di langit yang dikenali sebagai pelangi oleh orang Kelantan. Mereka pun bertanya: "Di sini orang panggil apa?". Jawab orang negeri ini: "Kami panggil Ganu". Mereka pun berkata: "Terangnya ganu di sini". Apabila mereka pulang ke Kelantan, mereka pun bercerita tentang terangnya ganu di Terengganu.

Walau bagaimanapun, pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kapung Buluh, Kuala Berang pada 1887M, tertera tulisan Terengganu sebagai "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H (1891M) pula tertera "Terqanu". Akhirnya negeri ini dikenali sebagai "TERENGGANU".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.288628 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list