CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: captain2104

Sejarah, Adat & Budaya N. Sembilan

[Copy link]
Post time 16-5-2007 07:48 AM | Show all posts
n9 ado sojarah ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2007 11:34 AM | Show all posts
n9 ni sejarah eh unik sobona eh tp tak byk dituliskan.. kono byk tanyo org tuo2.. kebanyakan sejarah n9 besumber dr terombo.. den pon tongah mencari ni ha..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 06:12 PM | Show all posts
ekau cari sampai dapek....lepas tu citer kek sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:32 PM | Show all posts
den tau cite penghulu naim
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 09:14 AM | Show all posts
ayah kepada diana naim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 10:52 AM | Show all posts
...dio orang mano......
...ni khas utk orang nogorie......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2007 06:19 PM | Show all posts
tak tau lah...
yg den tahu kalau naim...sapo laei ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 09:03 PM | Show all posts
LRajo Malewar....singgah kek logong, Kota..
..sebelom berangkat ko Sri Menanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2007 11:24 AM | Show all posts


LRajo Malewar....singgah kek  JUASEH HULU SG. MUAR,  Kota..
..sebelom berangkat ko Sri Menanti...


tu le informasi den dapek....tul ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by iloveyou at 19-5-2007 09:14 AM
ayah kepada diana naim ke?

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 07:20 AM | Show all posts

Sejarah, Adat & Budaya N. Sembilan

Pesta Adat,3 hingga 5 April

SEREMBAN 31 Mac - Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan(MTPNS) akan menganjurkan Pesta Adat di Inap Desa Kampung Batang Nyamor dekat Kota, Rembau dari 3 hingga 5 April ini.

Pengurus Besar MTPNS, Badrulhisham Abd. Rahman berkata, program yangturut mendapat kerjasama Jawatankuasa Inap Desa Kampung Batang Nyamoritu bertujuan menonjolkan Adat Perpatih yang diamalkan penduduk setempat.

Jelasnya, pengunjung inap desa tersebut berpeluang mengalami sendiri suasana kehidupan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri ini.

''Pesta Adat pada kali ini akan mengetengahkan adat 'Sirih Pulang Ke Gagang," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Badrulhisham, adat berkenaan dipraktikkan semasa menyambut kepulangan anak lelaki yang baru kematian isteri ke sukunya.

Jelas beliau, pelaksanaan adat itu hanya tertakluk kepada anak lelaki yang mengahwini perempuan dari suku yang lain.

''Sambutan kepulangan anak lelaki terbabit menyerupai majlis menyambut kedatangan pengantin yang baru berkahwin," katanya.

Ujar Badrulhisham, selain demonstrasi adat 'Sirih Pulang Ke Gagang',aktiviti-aktiviti lain sepanjang Pesta Adat termasuk pertandingan gubahan bunga telur, pertandingan 'panta kucung' dan pertandingan masakan pengantin turut diadakan.

Menurutnya lagi, Pesta Adat akan dihadiri oleh pelancong-pelancong dari Nigeria, Arab Saudi dan China serta sekumpulan penyelidik dan pelajar institusi pengajian tinggi awam.

[ Last edited by  Syd at 29-5-2009 07:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 04:17 PM | Show all posts
adat sirih pulang ke junjung 2 den pona dgr..

tp yg pertandingan 'panta kuncung' 2 po bondo e.. xponah dgr pn.

btw pesta adat ni aktiviti yg mnarik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:54 AM | Show all posts
Pesta Adat 2009 disambut meriah

REMBAU 6 April - Pesta Adat 2009 disambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan di Inap Homestay Kampung Batang Nyamor, Kota dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi homestay berkenaan, Abdul Rahman Mohd. Yusof, 52, program anjuran bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) itu disertai 73 pengunjung terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan pemandu pelancong.

Beliau berkata, matlamat program tiga hari dua malam itu ialah menonjolkan keunikan Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat berketurunan Minangkabau di sini kepada pengunjung.

"Sebahagian besar pengunjung adalah berasal dari luar Negeri Sembilan.

"Malah, 20 orang merupakan pelajar antarabangsa dari Cameroon, China, Jepun serta Arab Saudi yang sedang menuntut di IPT tempatan," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Pesta Adat 2009 di sini semalam.

Abdul Rahman menambah, lebih istimewa, pengunjung dapat menyaksikan sendiri persembahan pantomin upacara 'Sirih Pulang Ke Gagang' dipraktikkan semasa menyambut kepulangan anak lelaki yang baru kematian isteri ke sukunya.

Jelas beliau, selain demonstrasi adat 'Sirih Pulang Ke Gagang,' aktiviti lain sepanjang Pesta Adat 2009 termasuk joget lambak, persembahan kebudayaan, demonstrasi gubahan bunga telur, membakar lemang dan memasak rendang serta pertandingan 'panta kucung' dan masakan pengantin.

"Pengunjung dapat mengalami sendiri suasana meriah semasa turut serta dalam gotong-royong menyembelih dan melapah kerbau serta menyediakan persiapan untuk majlis kenduri bersama masyarakat setempat.

"Saya pasti mereka tidak melupakan pengalaman unik membakar lemang dan memasak rendang daging kerbau menggunakan kayu api," katanya.

Abdul Rahman berharap setiap pengunjung yang mengikuti Pesta Adat 2009 akan mempromosi keunikan budaya dan Adat Perpatih setelah kembali ke tempat masing-masing nanti.

Tambahnya, langkah berkenaan akan membantu menarik kunjungan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Inap Homestay Kampung Batang Nyamor serta daerah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 06:33 AM | Show all posts
Adat perpatih tarik pelancong

Oleh HUSSAINI AMRAN
utusanN9@utusan.com.my



REMBAU 27 April
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 07:49 AM | Show all posts
Program Jejak Budaya 2, 22-24 Mei

SEREMBAN 10 Mei - Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Raja Melewar akan menganjurkan program Jejak Budaya 2 di Kampung Lonek, Jempol dekat sini pada 22 hingga 24 Mei ini.

Penyelaras program, Dr. Khairuddin Mohamad berkata, seramai 43 peserta terdiri daripada 40 guru pelatih dan 13 pensyarah akan mengambil bahagian.

Menurut beliau, kesemua peserta berpeluang mengikuti aktiviti lawatan ke Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah dan Teratak Zaaba di Batu Kikir, Jempol.

''Peserta turut menginap di rumah keluarga angkat supaya mereka boleh beramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Lonek," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah Khairuddin, aktiviti lain sepanjang program termasuk pertandingan 'mengacau' dodol, mengemping padi, sukaneka, 'mengocai' (menangkap) ikan serta gotong royong membersihkan masjid kariah Kampung Lonek.

Jelas beliau, peserta program akan menyaksikan persembahan 'bongai' serta 'berendoi' oleh Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek.

''Mereka juga berpeluang mendalami kedua-dua aktiviti kesenian tradisional tersebut melalui sesi wawancara bersama Datuk Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget.

''Seterusnya, peserta akan membuat persembahan bongai dalam satu pertandingan yang diadakan pada hari kedua program," katanya.

Menurut Khairuddin, majlis penutup program akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Shamsulkahar Mohd Deli di Balai Raya Kampung Lonek pada 24 Mei, pukul 2 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 07:21 AM | Show all posts
Menghayati sejarah Negeri Sembilan



Promosi ini mempunyai kelainan dalam memperkenalkan keunikan serta bahan sejarah apabila ia turut menampilkan warisan takhta diraja Negeri Sembilan.

ISTANA Seri Menanti menjadi simbol kepada keunikan keluarga diraja yang masih kekal di Negeri Sembilan.

PROMOSI sempena pertabalan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, yang dimasyhur sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Ampang, Kuala Lumpur dari 29 hingga 31 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohd. Razi Kail berkata, promosi itu bertujuan memberi peluang kepada warga kota melihat sendiri sejarah yang dibawa dalam pelbagai bentuk dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Kesemua ciri-ciri adat dan istiadat negeri itu akan dipamerkan untuk tatapan pengunjung sepanjang promosi yang berlangsung selama tiga hari itu.

Antaranya melibatkan pameran dan demonstrasi budaya, permainan tradisional, makanan dan persembahan kesenian yang melambangkan adat istiadat Negeri Sembilan.


MOHD. RAZI KAIL (dua dari kanan) melancarkan promosi keunikan istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Promosi anjuran kerajaan Negeri Sembilan itu dikelolakan bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) dengan kerjasama Matic, Muzium Negeri dan Unit Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan.

"Promosi ini mempunyai kelainan dalam memperkenalkan keunikan dan bahan sejarah apabila ia turut menampilkan warisan takhta diraja Negeri Sembilan,'' katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.

Antara bahan-bahan yang ditampilkan itu termasuklah salasilah dan warisan takhta diraja Negeri Sembilan daripada keturunan Raja Melewar sehingga Tuanku Muhriz.

Dalam pada itu, Mohd. Razi berkata, promosi itu juga mampu meningkatkan kefahaman orang ramai, di samping memartabatkan khazanah warisan silam negeri Adat Perpatih itu.

Generasi muda yang kebanyakannya berhijrah ke ibu kota harus mengambil peluang mengenali sejarah dan amalan Adat Perpatih menerusi promosi tersebut.


MASAK lemak cili padi yang sinonim dengan sajian tradisional Negeri Sembilan menanti pengunjung.

Menurutnya, keunikan Adat Perpatih yang menghimpunkan pelbagai artifak dan pameran ini memenuhi kehendaki pengunjung termasuk pelancong tempatan dan asing.

"Ia bukan sekadar mempamerkan secara kronologi penghijrahan orang Minangkabau di Tanah Melayu pada abad ke-15 secara terperinci, malah pengisian galeri baru itu turut diwarnai dengan pelbagai artifak dan replika berkaitan termasuk rumah Minang," ujarnya.

Menurutnya, dekorasi yang direka khas turut menjadi lambang institusi beraja, selain pelbagai bahan sejarah seperti Undang Yang Empat dan Luak-Luak oleh masyarakat Negeri Sembilan.

Keseluruhan pameran tersebut katanya, menjadi lambang diraja Negeri Sembilan dan sedikit sebanyak ia memberikan maklumat kepada pengunjung yang hadir.

"Warga kota dan anak-anak muda yang berhijrah ke ibu kota, boleh menggunakan peluang ini sebaik mungkin supaya pemahaman khazanah Adat Perpatih dapat diterapkan.


SERAMAI 200 peserta akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Congkak Terbuka.

"Harapan saya adalah pameran ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung," katanya.

Beliau juga memberitahu, pameran di Matic kelak dapat memberi kepuasan dan memenuhi hasrat pengunjung yang datang untuk mengetahui maklumat sejarah Negeri Sembilan.

"Jika anda seorang pelajar, pensyarah atau pengkaji sejarah yang ingin mendapatkan maklumat tentang Negeri Sembilan, semuanya mampu dirungkaikan dengan mengunjungi pameran ini," katanya.

Menurutnya, majlis prapelancaran pertabalan itu juga bertepatan kerana selepas 41 tahun, Adat Pertabalan Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada 24 hingga 26 Oktober ini.

"Apa yang diharapkan, orang ramai mendapat maklumat awal mengenai adat istiadat tersebut yang penuh bersejarah dan gilang gemilang," kata beliau.

Pada masa yang sama, katanya pelbagai program dan aktiviti sama ada dalam bentuk pendidikan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat akan diadakan khusus untuk pelajar sekolah dalam usaha menggalakkan lebih ramai orang datang ke pameran tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 07:40 AM | Show all posts
Pesta Adat Perpatih 11, 12 Julai

SEREMBAN 11 Jun - Keunikan Adat Perpatih akan diperjelaskan kepada umum melalui Pesta Adat yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai ini di perkarangan Muzium Negeri di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, ia juga diadakan bersempena Sambutan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah.

''Pesta Adat Perpatih ini merupakan kesinambungan daripada siri yang pernah kita adakan sejak 2001 dahulu.

''Pelbagai pengisian aktiviti berkaitan adat serta warisan negeri ini akan diadakan sepanjang dua hari penganjuran program ini," kata beliau di sini hari ini.

Pesta adat itu akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri manakala sambutan ulang tahun seabad Istana Lama Seri Menanti itu akan dijalankan di tapak asal istana tersebut di Kuala Pilah.

Perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Mohammad Razi, program tersebut akan menjadi salah satu program tarikan pelancong asing bagi mendekati adat turun temurun masyarakat negeri ini selain berpeluang untuk menyaksikan keunikan seni bina Istana Lama Seri Menanti.

Tambahnya, program dua hari itu bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan tradisional, permainan tradisional, bengkel adat dan persembahan.

''Orang ramai dijemput datang bagi memeriahkan pesta ini dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan," jelas Razi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 07:58 PM | Show all posts
Syd...?  kau ni sapo? berasal dari mano?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 07:59 PM | Show all posts
Asyik-asyik muko kau jo...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 11:23 PM | Show all posts

Reply #9 iloveyou's post

den sosek kek sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 1.509792 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list