CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dexa

Endurance Classic (Endurance Lumba Berkuda )

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2009 08:49 AM | Show all posts

TUANKU Mizan Zainal Abidin bersama anakanda Tengku
Muhammad Ismail (tengah) dan Tengku Nadhirah Zahrah
(kanan) bersiap untuk memulakan perlumbaan ketika
menyertai RTES 2009 di TIEP, Lembah Bidong semalam.
- Utusan/AZLAN BAHRUM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2009 06:55 AM | Show all posts
Tuanku Mizan berkenan sertai MGIER 2009

Oleh ROSLI HASSAN




TUANKU MIZAN tampil buat kali kedua pada MGIER.

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Jemputan Antarabangsa Melaka 2009 (MGIER 2009) yang akan berlangsung di Stadium Hang Hebat, Melaka pada 11 hingga 12 April ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ini adalah penampilan kali kedua Tuanku Mizan pada kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri itu.

"Saya mewakili rakyat negeri Melaka mengucapkan terima kasih kepada Tuanku Mizan yang telah bersetuju mengambil bahagian pada kejohanan kali kedua dianjurkan di Melaka," katanya semalam.

Pada kejohanan edisi pertama tahun lalu, Tuanku Mizan berkenan menyertai kategori 80 kilometer dengan menunggang kuda bernama Magna Thor.

Selain kategori 80km, turut dipertandingkan ialah kategori 40km dan 120km.

Pada kejohanan tahun lepas, seramai 10 peserta luar negara iaitu dari Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura, New Zealand, Australia, Korea Selatan, Hong Kong, Thailand dan Indonesia di samping 92 peserta tempatan mengambil bahagian.

Mohd. Ali berkata, kejohanan kali ini dijangka turut disertai beberapa penunggang daripada beberapa buah negara lain.

"Kejohanan tahun ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada rakyat di Melaka dengan pengesahan penyertaan Tuanku Mizan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kawasan Krubong akan dijadikan sebagai gelanggang baru bagi Kejohanan Endurance khusus untuk peserta tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:21 PM | Show all posts
23 Mei, 2009

Tuanku Mizan Sertai Kejohanan Edaran Endurance Classic 2009

SETIU, 23 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengetuai 109 pelumba menyertai Kejohanan Kuda Lasak Edaran Endurance Classic 2009 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini.

Seri Paduka yang mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) dan menunggang kuda bernama "Jakim Murphy" bersaing dalam kategori 120km bersama 15 peserta lain.

Perlumbaan dijangka berakhir kira-kira 11 pagi esok.

Sementara itu, Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah turut mengambil bahagian dalam acara 40km.

Kejohanan dua hari anjuran bersama Edaran Berhad dan kerajaan Terengganu itu, membabitkan kategori 40km, 80km, 120km dan 160km.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 02:38 PM | Show all posts
tak ada ke gambar tengku mahkota kelantan...kan baginda ada sama kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:41 AM | Show all posts
05 November, 2009

Agong Ketuai Cabaran Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengetuai cabaran pada kejohanan Cabaran Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu selama tiga hari mulai esok di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, Setiu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, kejohanan yang disertai beberapa buah negara seperti Australia, New Zealand, Thailand, Amerika Syarikat, Uruguay, Singapura, Chile dan 12 pasukan dari dalam negara itu melibatkan kira-kira 100 peserta.

"Perasmian kejohanan sejauh 120 kilometer itu dijadualkan akan disempurnakan oleh baginda Raja Permaisuri Agong pada kira-kira 5 petang Sabtu dan dijangka selesai awal pagi.

"Musim monsun yang sudah bermula sesuai bagi perlumbaan kuda lasak sebegini kerana kuda memerlukan cuaca yang agak dingin," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada kejohanan itu Tuanku Mizan akan mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) bersama 12 peserta lain dari pasukan itu.

Katanya pasukan lain negara ialah Wilayah Equestrian Team, State Terengganu Endurance Team (STET), PENN Endurance, Tengku Mahkota Kelantan (TMKN), Kelab Tanjung Keling Riding Melaka, Ar-Raudah Equine Centre, Langkawi Endurance Team, Masterscaff Endurance Team, D'Bali Stable, Kimi Stable dan Iskandari Stable.

Abdul Rahin berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$10,000 (RM43,000) serta piala pusingan kepada pemenang tempat pertama manakala tempat kedua AS$7,000 (RM25,000).

Pemenang ketiga AS$5,000 (RM18,000), keempat AS$4,000 (RM13,500) dan kelima AS$2,000 (RM6,800) serta AS$1,000 (RM3,400) bagi peserta yang dapat menghabiskan perlumbaan mengikut masa yang ditetapkan.

Katanya, sempena kejohanan yang bertemakan "Kuda Sokmo" itu, pelbagai acara lain turut diadakan di tapak kejohanan seperti senamrobik bersama penunggang kuda, gerai jualan, pertandingan mewarna, persembahan Dressage dan Show Jumping serta persembahan pentas oleh artis tempatan termasuk Ella dan Arif AF.

Beliau berkata majlis penyampaian hadiah kejohanan itu juga akan disempurnakan Raja Permaisuri Agong yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:16 AM | Show all posts
wan zaleha radzi masik aktif ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045392 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list