CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hang

UNDI TIDAK PERCAYA PENGURUSAN FAM

[Copy link]
Post time 30-7-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #40 orangtengah's post

bro, harapkan org politik ngan istana je bola m'sia leh duit bebanyak, kalu idak mampus takde duit langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 01:27 AM | Show all posts
FAM mmg fail!! fail dlm segala bidang..
tolong la.. plz..
jangan la dok ubah peraturan x ketahuan sangat..
setia la pada yg satu..

sat nk buat liga camni.. sat camtu..
pemain import sat camni.. sat camtu..
sat piala Piala Malaysia sekali ngan Liga Malaysia.. tup2 asing plak
sat qualification ke piala malaysia ambik ikut ranking liga yg dah tamat.. tup2 ambik 14 pasukan negeri n polis serta tentera
nk potong 3 mata potong, xnak potong tunggu pagi raya..

ni apa ni?
ingat sarkas ka apa??

tolong alert tentang permasalahan ini.. kami sebagai peminat bola sepak yg cintakan Liga Malaysia.. tolonglah ikhlas dalam memacu pertandingan yg menjadi sukan no 1 negara ini..

insya'allah kita bley.. malaysia bley..
ubah skit mentaliti tu.. drp kelas economy kepada kelas business.. baru sedap skit tunggang beb! addduhhhhhhhhhh what the fool!

Gud Luck! Insya'allah.. keikhlasan tu penting yer.. alert alert grab grab!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #41 mesinbasuh's post

aku rasala kan, klo istana n org politik xdak pun, still bleh cari duit.....asalkan prestasi mantap...sori to say la kan...stadium darulaman aku dengar xpenah kurang dari 15k penyokong tiap2 game.......dah 2-3 season camtuh...sebabnyer main mantap.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 12:44 AM | Show all posts
mmg ampeh FAM ni..
tahun depan x nk ambek pemain import..
tapi nk sebat player2 muda Kedah main ngan team dia plak..
aduhaiiii....
menjengkelkan!

Macam mana la team bola sepak Malaysia nk maju..
Insya'allah kalau kita btul2 ikhlas.. kita akan berjaya!~

Gud Luck FAM!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 09:39 AM | Show all posts
Tahniah!!!

Latest ranking fifa M'sia dah naik 4 anak tangga, skrg kt tangga no 162!!

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 09:47 AM | Show all posts
x faham kenapa keputusan tidak menggunakan player import dibuat dgn tergesa-gesa..

kenapa x bagi masa dulu.. at least pengummuman dibuat setahun atau dua tahun sblm ia dilaksanakan..

FAM bangang !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2008 10:04 AM | Show all posts




tukor camtu gak.........

kalau mansuhkan lagi bagus.............

bikin Persatuan Baru.....................

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #47 neo-painkillerz's post

itu yg terbaik.. kita mulakan yg baru.. but FAm skrg dikuasai oleh dua pihak:

1) kerabat raja yg bangang lg bodoh sombong.. x sedar diri  
2) ahli politik yg dikatakan sbgi org yg paling berkuasa di malaysia pd ketika ini.. satu lagi manusia bangang..


cam na nk bertindak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 11:07 AM | Show all posts
now d latest decision is to drop all foreign players....a move which nobody except FAM agreed to...a proof of FAM's stupidity in idiocy to do something that has been proven a failure before...

aku baru je nak minat balik arena bola malaysia ni, leh pulak KJ ni gi buang sume import..dalam interview ngan coaches, sume xstuju...kualiti bola malaysia akan semakin jatuh....time kasih FAM....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #49 moist's post

tu larr.. yg jd persoalannya.. kenapa keputusan perlu dibuat tergesa2 ???  
kan skrg dh nk abes season.. dn peraturan baru FAM bermula awal season depan...
kan itu nmpak mcm langkah desperate???  kenapa x tny pendapat coach & peminat tempatan dulu???  FAM bangang !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 12:05 PM | Show all posts

tahun depan jom boikot...
jangan pi stadium.............
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 05:47 PM | Show all posts
07 Ogos, 2008 10:46 AM     

FAM Patah Balik Kali Kedua


Oleh Azlan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Setelah mengharungi era profesional selama 14 tahun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengubah arah dengan menyekat kembali pemain import daripada beraksi di liga tempatan mulai musim depan.

Ia diputuskan pada mesyuarat exco badan induk bola sepak negara itu Sabtu lepas, atas alasan bagi memastikan mutu bola sepak tempatan yang masih ditakuk lama terus meningkat. Ketetapan mengenepikan pemain import mengulangi dasar sama yang dipakai dari 1999 hingga 2001.

Mungkin bagi sesetengah pihak yang menyokong tindakan tersebut, ia demi memastikan pembangunan bola sepak tempatan kembali dihormati. Namun mungkinkah pisang akan berbuah dua kali.

Bagaimana dan tahap manakah kedudukkan liga bola sepak tempatan -- Liga Super dan Liga Perdana -- yang dikatakan profesional setelah tiada lagi diwarnai pemain import yang sentiasa mendapat tumpuan peminat dan liputan meluas media selama ini.

Mungkinkah liga tempatan yang dijadikan lubuk untuk pemain import terutamanya dari Afrika dan Amerika Latin mencari rezeki, tidak akan dikenali lagi kerana mutunya turut jatuh bersama ranking dunia skuad kebangsaan yang kini berada di kedudukan ke-162.

"Di manakah elemen-elemen yang menarik di dalam liga tempatan selepas ini," tanya jurulatih pasukan kelab Kuala Muda NAZA, K. Devan.

Beliau berpendapat arena bola sepak Malaysia masih memerlukan pemain import berkualiti untuk memberi impak positif dari segi pembangunan, terutamanya kepada para pemain tempatan.

"Lihat sajalah perubahan yang telah dibawa oleh pemain-pemain import kepada beberapa pasukan seperti trio import Kedah yang telah membawa kejayaan kepada mereka," katanya.

Jurulatih yang membawa Negeri Sembilan menjuarai Liga Super pada 2006 itu merasakan keputusan yang dibuat FAM itu adalah kurang tepat ketika mutu bola sepak negara sedang merudum.

"Pemain import juga sebenarnya memberi keyakinan kerana jika terbukti mereka berkualiti, pemain tempatan akan yakin bahawa ada sesuatu yang perlu dipelajari," kata Devan.

Contoh terbaik yang dapat dilihat ialah bagaimana dua pasukan iaitu Kedah dan Perak yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan berlangsung September depan.

Keupayaan layak ke peringkat itu merupakan satu rekod kepada bola sepak kebangsaan kerana belum pernah berlaku dan tidak mungkin dapat dilakukan dengan keringat dan sumbangan pemain tempatan semata-mata.

"Bagaimana prestasi Kedah dan Perak September ini. Ia adalah antara kesan awal yang mungkin boleh memberi teladan kepada semua," katanya.

Mungkin ada kebenarannya pendapat Devan ini kerana liga profesional di dunia, termasuk Liga J di Jepun yang mempunyai nilai komersil yang tinggi namun tetap memerlukan pemain import.

Sebagai pengalaman paling berguna dan wajar dijadikan iktibar ialah ketika Selangor tidak menggunakan pemain import pada musim 2007, yang sekaligus menyaksikan skuad yang dikenali sebagai "Red Giants" itu tiba-tiba menjadi pasukan belasahan.

Dengan menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan berbanding pasukan lain yang mengerah keringat pemain import, pasukan gah ini menamatkan liga tanpa sebarang trofi kejuaraan.

Mengimbas dua musim sebelum itu, Selangor yang ditunjangi oleh pemain tempatan, jurulatih yang sama iaitu Dollah Salleh beserta tiga pemain import Brian Fuentes (Argentina), Bambang Pamungkas (Indonesia) dan Ellie Aiboy (Indonesia), mereka berjaya merangkul tiga piala iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana.

Dari segi penonton pula pada musim 2007, stadium didapati lenggang kecuali hanya sekumpulan penyokong setia Merah Kuning, tidak seperti pada musim-musim sebelum itu apabila para penyokong fanatik Selangor akan memenuhi stadium di mana sahaja pasukan mereka beraksi.

"Apabila liga tempatan telah berubah kepada era profesional, para peminat juga merupakan profesional dan berhak mendapatkan mutu permainan yang diharapkan," kata Presiden Kelab Penyokong Zorro Wiro Selangor, Khaidzir Ishak Ubah.

Beliau menegaskan FAM harus sedar kebanyakan kelab di dunia menggunakan pemain import.

Jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), K. Thaiyananthan bersependapat dengan Devan dan Khaidzir, dengan berkata langkah yang diulangi semula itu adalah tidak wajar kerana pemain import adalah profesional dan mampu mempamer kebolehan dan prestasi yang konsisten berbanding pemain tempatan.

"Selain itu ia akan menimbulkan masalah kepada jurulatih kerana apabila pemain-pemain tempatan dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan, tiada pemain 'back-up' yang secukupnya untuk menggantikan mereka.

"Malah skuad kebangsaan kelak akan digelar sebagai jaguh kampung sahaja kerana hanya bersaing sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata stadium juga akan sunyi daripada sokongan para peminat kerana mereka tidak mahu menyaksikan pemain tempatan yang masih rendah mutunya beraksi.

"Kita tengok contoh minggu lepas apabila kelab gergasi England, Chelsea datang bermain di Stadium Shah Alam, ia dipenuhi oleh peminat-peminat bola sepak tempatan yang datang hendak menonton pemain Chelsea beraksi, dan bukannya skuad kebangsaan," katanya.

Thaiyananthan berkata langkah drastik sedemikian tidak seharusnya diambil tapi jika ingin melaksanakannya juga, FAM perlu mengehadkan kepada dua pemain import di dalam satu-satu pasukan atau mengehadkan posisi pemain import.

Pemain import mula beraksi dalam liga bola sepak negara pada 1989 iaitu ketika era semi-pro, seterusnya menjadi liga profesional sepenuhnya pada 1994 sehinggalah Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Kini terdapat sekurang-kurangnya 78 pemain import dengan setiap pasukan di dalam Liga Super dan Liga Perdana dibenarkan memiliki tiga pemain.

Apapun peraturan telah diluluskan oleh FAM dan kesannya akan dapat di lihat pada musim depan sama ada pemain tempatan dapat memberikan impak yang sama tanpa kehadiran rakan import mereka.

Persoalan turut timbul kerana kebanyakan jurulatih tidak menyetujui langkah ini sedangkan mereka yang paling arif dalam menilai kebolehan, kemampuan dan perkembangan pemain.

Adakah pandangan jurulatih diambil kira sebelum FAM melaksanakan sebarang peraturan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 09:21 PM | Show all posts

Posting Pertama


FAM oh FAM

Langkah anda sumbang, busuk, jengkel dan menjengkelkan. Tidak melambangkan keprofesionalisme!!

Tidakkah anda pernah belajar daripada sejarah silam yang terpalit ketika pada tahun 1999, 2000, 2001.
Mutu permainan Liga Malaysia amat merosot tatkala itu dek ketiadaan pemain-pemain import mewarnai kancah Liga Malaysia.
Adakah kita masih ingin kelibat Karel Stomsik, Olunbunmi Adigun, Alistair Edwards, John Hunter, Scott Ollenrenshaw, Merzagua Abderrazak, Jose Iriarte, Marshall Soper, Abbas Saad, Ervin Boban, Alan Davidson, Darren Stewart dan ramai lagi yang mewarnai kancah Liga Malaysia satu ketika dahulu.

Dan di era abad 21 ini, kita disajikan pula gaya permainan menarik dan bermutu oleh Christian Bekamenga yang menjadi nadi utama sehingga membolehkan pasukan Negeri Sembilan merangkul Piala Liga Super buat kali pertama pada tahun 2006. Beliau kini bermain dengan kelab agak terkemuka yakni Nantes FC, Liga Perancis. Beliau juga terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan beliau pada temasya sukan Olimpik di Beijing nanti.

Adakah kita masih ingat kepada Emile M'bouh M'bouh? Beliau adalah bekas pemain kebangsaan Cameroon Piala Dunia 1994, di Amerika Syarikat. Beliau pernah berbakti dengan pasukan Perlis pada pertengahan 1990-an dahulu. Walaupun, ketika itu karier beliau berada di penghujung, namun kelibat beliau amat dinanti-nantikan seluruh peminat-peminat bola sepak tanahair tatkala itu dan pengalaman beliau amat ditagih oleh pemain-pemain negeri Perlis khususnya dan pemain-pemain Malaysia amnya!

Itu kita belum menyentuh Christoper Kiwomya yang pernah membantu pasukan Selangor menjuaraai Piala Malaysia pada satu ketika dan ia ternyata merancakkan kancah bola sepak negara!! Beliau pada ketika itu adalah pemain Arsenal dan dipinjamkan sementara kepada pasukan Selangor. Nama beliau telah menarik perhatian para penonton untuk menyaksikan kelibat beliau.

Kiatisuk Senamuang, Jan Janostak, Andre Luis Nascimento, David Evans, Laszlo Repasi, Bruno Martelotto, Juan Manuel Arostegui adalah nama-nama besar lain yang banyak membantu memeriahkan suasana Liga Malaysia.

Kini, skuad Kedah mempunyai trio import yang amat berbisa sehingga pasukan Kenari tersebut memenangi 5 major trophy yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia dalam tempoh tidak sampai 2 tahun.
Dalam pada itu juga, sedar tak sedar pasukan Kedah telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menduduki tangga ke-111 (link : http://www.iffhs.de/) untuk tempoh terbaru 1 Julai 08-31 Julai 08.
Ini adalah berikutan keupayaan pasukan Kedah mendominasi kancah Liga Malaysia dan kejayaan melayakkan diri ke pusingan suku akhir AFC Cup bersama pasukan Perak pada pertengahan bulan September ini.
Walaupun ranking pasukan kebangsaan kita Malaysia tampak tidak meyakinkan di tangga 162 daripada 199 tatkala ini, namun ranking yang baik dicipta oleh pasukan negeri harus dipandang sebagai satu aspek positif!!!

Anda tahu atau tidak, Marlon Alex James juga tergolong di antara penyerang terbaik yang diiktiraf antarabangsa dan seharusnya ia turut mengharumkan nama Malaysia kerana perkataan MAS aka Malaysia dipaparkan!!

Philemon Chipeta, Lamin Conteh dan Zacharia Simukonda turut adalah nama-nama yang menjadikan pasukan Perlis berada dalam kelas mereka tersendiri dengan memenangi Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 serta Piala Liga Super 2005. Sebelum tahun tersebut, pasukan Perlis tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan major.

Untuk pengetahuan anda juga, Karel Stomsik (bekas pemain import Selangor yang bermain di posisi penjaga gol) pernah mewakili pasukan kebangsaan beliau iaitu Republik Checz.
Jadi pernahkah anda terfikir, pemain-pemain tempatan seperti Anuar Abu Bakar, Matlan Marjan, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Shamsurin Abdul Rahman, Razip Ismail dan lain-lain lagi inilah yang pernah menewaskan bekas penjaga gol kebangsaan Republik Checz ini atau sekurang-kurangnya membuat sepakan berbahaya terhadap beliau.

Begitulah perkiraannya nanti jikalau tiadanya kelibat pemain import tahun depan!!
Penjaga gol kita hanya menghadapi cabaran-cabaran yang diberikan oleh penyerang tempatan!!
Penyerang hanya  meloloskan diri dari kawalan-kawalan pertahanan tempatan!!
Pertahanan pula akan berasa lega kerana tiada lagi kelibat pemain import yang sudah semestinya memberi tekanan!!
Pemain tengah seolah-olah seperti bermain di Liga Kampung kerana tiada idea yang selama ini dikongsi oleh para pemain import!!
Penonton pula hanya disajikan permainan yang ala-ala Pertandingan Bola Sepak Liga Penghulu atau YB!!
Pemain pula tiada semangat untuk bermain kerana kehadiran penonton yang menyusut!!
Ini adalah jangkaan penulis dan pernah pun dibuktikan ketika kancah Liga Malaysia 1999-2001.
So.. WhaT tHe FooL !!

FAM ternyata memualkan dan meloyakan!!

Don Vito KeLaNa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 02:03 PM | Show all posts
FAM mmg hampeh!!
for kedahans.. taun depan macam malas ja nak tgk bola.. buhsan lah marlon takda.. nelson yg very skillful pun takda.. hugging yg kental bertahan pun takda.. nak tgk sapa lagi? buleh la tgk khyril muhymeen.. badrul bakhtiar.. helmi eliza.. tapi.. aku rasa.. lepas setahun dua.. permainan depa pun akan makin melingkup.. sebab asyik lawan sesama malaysian ja.. isk isk iskkkkkk!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by Don_Kelana at 7-8-2008 09:21 PM

FAM oh FAM
Langkah anda sumbang, busuk, jengkel dan menjengkelkan. Tidak melambangkan keprofesionalisme!!

Tidakkah anda pernah belajar daripada sejarah silam yang terpalit ketika pada tahun ...



FAM memang bodo..
tak mau belajar dari masa lalu.....
dulu dah penah ban import player...
apa jadi dengan mutu bolasepak msia?

FAM memang bodoh sombong....!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 06:51 PM | Show all posts
mari kite buat surat complain kat FAM, pastu antar kat diorang...or masukkan hal ni dalam parlimen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 10:43 AM | Show all posts
udah la cakap pasal persatuan tak guna ni, gi bom aje
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 03:44 PM | Show all posts
naik berbuih macam shaberi chik dah cakap
Fam macam tu jugak!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 03:51 PM | Show all posts

Reply #58 anakomar's post

klu kita tukar semua mangkuk2 hayun kt FAM.. x kemana jugak.. coz  'badi s1al' yg ttp ada...

patutnye FAM dibubarkan terus...   buat pertubuhan baru.. daftar RSS baru..
new era..   new atitude... insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 04:01 PM | Show all posts
semua orang dalam Malaysia ni tak percaya dgn FAM....
sat ada import sat tadak import....FAM babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.126657 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list