CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 4-11-2011 02:33 PM | Show all posts
Reply 29# yaya4075


    kita tukar hero/ heroin lah kalau camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2011 02:34 PM | Show all posts
Reply 27# qimi08


    tkasih..
tajuk mcm  travelog haji
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:26 PM | Show all posts
habis la nadia... apa pasal si rain ni pi ngaku plak... kan bagus berterus terang jek... entah2 memang rain ada hati kat nad kot...  frus ler abg rushdi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 04:40 PM | Show all posts
hah Rain....carik penyakit tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 11:47 PM | Show all posts
x puas baca...mau lggiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 03:34 PM | Show all posts
Best citer niee..smiley tak teringin ke nak bukukan citer2 sebelum nie???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2011 04:47 PM | Show all posts
bestttt!!!! nak like juta2 kali!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 10:43 PM | Show all posts
nak lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 01:27 PM | Show all posts
hoyehhh....

kak juna ada citer baru......
n3 plssss
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  cherylrihanna


    takyah sori sori
tak suka takde hal
mmg smiley nak cuba tulis citer ...
sang_arjuna Post at 2-11-2011 19:56


ku tak kira.. cerita smiley poyos ke.. siyes ke.. apa2 lah...
ku tetap bertenggek kat sini....
tapiiiiii kannnnn hari ni dah 13 Zulhijjahh....
mana sambuuuuungggganyaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 04:33 PM | Show all posts
Reply  shahrinas


    sori...lepas cuti raya haji baru smiley sambung ya
sang_arjuna Post at 4-11-2011 14:30



    hari ini 12 Zulhijjah, mana sambungannya
    cuti raya Haji hanya 2 hari sahaja (10 dan 11 Zulhijjah)
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:09 PM | Show all posts
kak juna..bila nk cont nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 8-11-2011 23:21

Cuaca pagi itu cerah dan nyaman. Matahari yang malu malu beberapa hari lalu kini menyimbahkan sinar. Dedaun  pohon elm dan oak menari di tiup angin sepoi. Rugi kalau memerap di rumah, pujuk Nadia lalu Jasmin bersetuju untuk beriadah di Deming Park. Untuk mencukupkan kuorum, Nadia mengajak Suria, Aziz dan Rushdi. Mudah mudahan perbualan di antara Rushdi dan Jasmin yang tergendala semalam dapat di teruskan dan membuahkan hasil. Amiiinnn..

Taman yang mempunyai tasik dan taman permainan untuk kanak kanak pilihan yang tepat. Beberapa keluarga lain juga sedang bersantai di situ. Bila matahari makin terik, ramai yang akan “bersidai” dengan bikini dan swimming trunks. Sebelum itu mereka harus pulang, Rushdi dan Jasmin sudah berpesan. Jangan cari dosa kering.

Sebaik mereka sampai, Aziz dan Rushdi terus memunggah set barbeku yang di bawa dari rumah. Biarpun  barbeku pit di sediakan  di taman itu tapi faham faham sajalah, pelbagai jenis daging sudah di panggang atasnya.

Mata Aziz menyoroti sahabatnya yang sedang mengipas arang. Rushdi berkelakuan pelik sejak semalam. Duduk tak senang, tengok TV tak dapat tumpu perhatian, makan tak lalu. Walaupun nasi goreng istimewa yang di hidangkan oleh Suria enak sekali tapi Rushdi cuma makan dua tiga suap saja.  Macam orang angau. Selang beberapa minit dia mengintai ke luar tingkap. Anak dara mana yang jadi sasaran mamat ni? Jasmin kah? Kenapa tak berterus terang saja, kalau Jasmin yang ingin di sunting? Gadis itu masih kosong lagi dan sudah pasti tidak akan menolak lelaki berilmu dan beriman seperti Rushdi. Rushdi bukan calang calang orang dan semestinya menjadi  idaman ramai. Cuma kawannya itu tak pandai menggunakan kelebihan yang ada.

“ Di, what’s up? Dari semalam aku tengok kau tak senang duduk. Ceritalah kat aku. Aku rasa kau dah jatuh cinta. Come on, spill it. Jangan simpan buat pekasam”
Rushdi mengangkat muka. Ketara sangat kah isi hati aku?

“ Apa kau merapu ni? Aku cuma risaukan Nadia. Semalam dia kata nak pergi belajar dengan kawan dia tapi aku tengok dia pakai bukan main lawa lagi. Tengok tengok ada lelaki hantar dia balik.” dengus nya

“ Relax, Di. Nadia dah besar. She can take care of herself.  She is friendly but she knows her limits. Tak pernah lagi aku dengar dia buat benda tak senonoh.”

“ Habis tu kenapa dia tipu aku?  Aku rasa dia mesti keluar dengan boyfriend. Balik pukul 10 lebih pula tu.” Kebetulan ketika dia menjenguk ke luar tingkap, kereta Chevy Camaro warna merah berhenti tidak jauh dari rumah Nadia. Wajah lelaki yang menghantar Nadia tidak dapat di lihat dengan jelas.

“ Kalau dia keluar dating pun, apa salahnya. Dia sebaya dengan Suria, normal lah kalau dia ada boyfriend.  Apa yang kau risau sangat , bukan dia balik lambat sangat. Baru pukul 10, bukan 2 pagi. Chill lah. Jangan kongkong dia. Dia dah nak dapat degree pun. Sepupu kau tu dah dewasa , bukan budak kecil. Let her have some fun.“ Aziz menepuk belakang Rushdi. Arang yang di  bakar sudah mula panas dengan mengeluarkan asap tipis. Kepak ayam dan drumstick yang sudah di perap di atur atas tempat barbeku.

Rushdi makin berbulu. Sejak kahwin dengan Suria , kawan aku ni dah berubah ikut rentak bini. Patutnya kau pimpin dia, bukan ikut telunjuk dia. Rushdi kenal Aziz sejak mereka belajar di University of Manchester. Tiga tahun mereka tinggal serumah dan sebulan sekali ada usrah di rumah mereka. Brother Aziz dan Brother Rushdi di segani oleh pelajar pelajar Muslim di Manchester. Usaha dakwah mereka tinggal kenangan saja kini. Sebaik kembali ke Malaysia, masing masing sibuk dengan karier. Tiga tahun lalu mereka sampai di US pula, tapi di universiti berbeza. Keadaan di sini tidak sama dengan di Manchester. “Islamophobia” membuat kaum Islam berhati hati untuk berdakwah secara terbuka. Lagipun bukan mudah untuk bergelar Doktor Falsafah. Rushdi terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk pengajian dan penyelidikan.

“  I promised my auntie that I will take care of her. Kalau apa apa jadi, aku yang susah. Dia tu tak ada mak bapak, tak ada adik beradik.”

“ Sebenarnya aku lebih risaukan kau.” Kata kata Aziz menyentap Rushdi

“ Why? Apahal pula?”

“ Ya lah.. kau tu dah 30 plus tapi tak pernah ada girlfriend. Nanti orang ingat kau songsang pula. Kau tunggu bidadari dari langit kah? Ingat kawan, berumahtangga itu sunnah.”

Rushdi bungkam. Mana mana manusia normal pun ingin bercinta. Siapa tak mahu di dampingi isteri yang solehah dan anak anak yang boleh mendoakan kita bila sudah tiada nanti ? Masaalahnya  si dia yang ada dalam hati ini bukan mudah untuk aku miliki. Nak luahkan perasaan pun aku segan.

“ Kau suka Jasmin? Kalau kau nak, aku boleh jadi orang tengah. Aku tak ambil komisyen, jangan risau. ”  Rushdi terbatuk batuk hingga wajahnya yang putih bersih bertukar merah.

“ Betul lah tekaan aku. Sampai terbatuk dengar nama dia” Aziz ketawa melihat Rushdi yang nampak serba tak kena.

“ Mana ada? Kau jangan nak memandai. Aku tak tahan asap” kata Rushdi sambil tangannya ligat mengipas ayam.
.............................................................................................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 11:04 PM | Show all posts
Ketika dua lelaki itu sibuk dengan tugasan memanggang ayam, Nadia dan Jasmin mengatur sandwich dan salad yang di bawa dari rumah. Tak lupa juga kudapan kegemaran – tortilla chips.  Suria menyuap makanan bayi ke mulut Hana, anaknya yang mula merengek dalam perjalanan tadi. Lapar mungkin.

Tak lama kemudian, Rushdi membawa pinggang berisi ayam yang sudah masak ke tempat mereka. Aroma ayam panggang membuka selera tapi Nadia menahan lapar. Ada misi penting yang harus di jalankan. Masa sudah suntuk.

“ Su, jom kita bawa Hana jalan jalan” Nadia bangun sambil mengenyit mata. Harap harap ada peningkatan dalam hubungan Abang Rushdi dengan Kak Min. Kalau malu nak bersua muka pun, sekurangnya telefon lah Kak Min. Kenapalah sepupu aku ni blur sangat? Siput sedut pun lagi tangkas. Kalau ada subjek Mencari Cinta, dia mesti dapat gred F minus.

Suria cepat mengangguk. Dia faham benar taktik kawannya. Lantas mereka berdua meninggalkan Kak Min dan Abang Rushdi. Nadia sempat berdoa agar sepupunya mengambil kesempatan untuk mendekati Jasmin sebelum terlambat. Pagi tadi Jasmin menerima panggilan telefon dari keluarganya di Trengganu. Ada orang masuk merisik, khabarnya pada Nadia dengan wajah muram. Bukan calang calang orang tapi  peguam syariah. Nadia sedar yang Jasmin dalam dilemma. Keluarganya bukan main suka lagi. Peguam syariah itu berasal dari Kuala Trengganu juga, jadi markah bonus sudah menjadi haknya. Kalau Abang Di tak mulakan langkah sekarang, pasti dia akan kehilangan Kak Min. Oh tidakkk!!!

“ Jasmin buat ni semua?” Rushdi membuka bicara. Jasmin yang sedang memotong tembikai mengangkat muka lalu menghadiahkan senyuman.

“A’ah. Apalah sangat, cuma sandwic dan salad. Saya tak sempat nak masak apa apa pun. Pagi tadi baru Nad bagi tau nak buat piknik. ”

“ Cukuplah makanan yang ada ni. Kalau banyak sangat pun membazir” Rushdi mengigit sepotong sandwich. Hmm... sedap juga. Matanya terpaku pada Nadia yang sedang ketawa sambil mengagah Hana yang baru belajar bertatih. Persoalan kelmarin masih berbekas macam luka yang di jangkiti kuman. Dia pergi ke mana semalam? Siapa lelaki yang menghantar dia pulang?

“ Sedap tak ?” tanya Jasmin. Aku kena ambil peluang untuk kenal lebih mesra dengan Rushdi. Besok dia akan pulang ke Chicago. Dengar cerita Nad, Rushdi akan balik ke Malaysia untuk bercuti tak lama lagi. Entah bila pula aku dapat jumpa dia. Ibu di rumah menunggu jawapan aku. Aku bukannya semakin muda. Aku bimbang yang di kejar tak dapat, yang di kendong tercicir. Kali ini aku akan ketepikan prinsip aku. Rushdi lelaki yang baik dan rugi besar kalau aku menghindari nya. Aku tak boleh jual mahal kali ini. Semoga dialah jodoh yang Engkau tetapkan untuk aku.

“ Sedap. Saya nak tanya sikit, Jasmin. Semalam Nad pulang pukul berapa dari rumah kawan dia?”  Jasmin rasa hampa, perihal Nadia juga yang di tanya. Dia cemburu sebenarnya. Cik Abang ni sungguh serius menggalas tanggungjawab menjaga sepupunya.

“ Entahlah, saya tidur awal. Tapi rasanya tak lah lambat sangat.” Ada bait kecewa dalam nadanya. Sebenarnya dia agak bimbang dengan reaksi Rushdi kalau dapat tahu Nadia balik  agak lewat. Nanti tak pasal pasal aku pula terpalit sama.

“ Betulkah dia pergi rumah kawan nama Rania? Dia tak cerita apa apa pada Jasmin?”

“ Tak ada. Biasalah, Nad pelajar pandai jadi kawan kawan selalu minta tolong. Saya pun bukan kenal semua kawan Nad, cuma yang rapat.”
Sepi berlabuh seketika.  Jasmin mengambil seketul kepak ayam.

“ Pandai Rushdi barbeku. Sedaplah ayam ni.  “

“ Tak ada kena mengena dengan tukang barbeku. Marinade Jasmin yang buat ayam sedap. In fact, masakan Jasmin yang saya pernah rasa semua sedap sedap.”

Pipi Jasmin memerah. Jantungnya sudah melaju. Dia menjeling pada Nadia dan Suria yang sedang senyum sambil memerhati dia dan Rushdi. Nadia sempat menunjukkan ibu jari. Nakalnya mereka! Tapi niat mereka baik, dia akui.  Rushdi tetiba memandang arah sama dan terus bangun.

“Saya pergi tolong Ajit. Ada banyak lagi ayam. Kesian dia berpeluh  macam dalam sauna.”  

Jasmin mengeluh perlahan. Rushdi buat dia nanar. Dia segera beristighfar. Aku seorang Muslimah yang seharusnya menjaga adab. Bukan saja adab lahiriah tapi juga batiniah. Syaitan sudah menyelit dalam hati , mencucuk agar aku menagih cinta seorang lelaki lebih dari cinta Allah. Nasib baik Rushdi lebih kuat menepis godaan syaitan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 11:07 PM | Show all posts
Tak lama kemudian mereka berlima duduk mengadap bekas berisi ayam panggang. Hana sudah tertidur dalam stroller. Senang betul jaga si comel ini. Bila sudah kenyang dan letih bermain, dia terus lelap. Sambil mengisi perut, mulut masing masing rancak bercerita. Suasana jadi riuh. Aziz dan Suria memang kaki lawak.

“ Nad, bakal mertua kau suka ayam masak merah yang aku buat tu?”  Suria seolah melastik sarang tebuan. Nadia hampir tercekik. Dia menyiku kawannya. Rushdi memaku pandangan pada sepupunya. Sampai terlupa nak kunyah makanan dalam mulut.

“ Cet! Kau ni mulut tempayanlah.” Desis Nadia

“ Bakal mertua? Apa cerita ni? Sejak bila pandai bercinta? How come I don’t know anything about it? ” Rushdi menyinga. Matanya seolah memanah bebola api. Nadia kecut perut.

“ Baik kau terus terang saja Nad. Kesian Abang Rushdi kau. Sampai tak tidur malam risaukan kau” sampuk Aziz. Nadia terpaksa mengalah. Abang Rushdi macam nak telan aku saja.

“ Okay.... okay....” Nadia mengangkat kedua belah tangan macam pengadil sukan. “Its nothing. Nad cuma tolong kawan saja. Over lah Abang ni.  Nad kena berlakun jadi awek seorang mamat ni sebab mak dan ayah dia datang melawat. Dia takut mak bapak dia mengamuk kalau dapat tahu yang girlfriend dia minah salleh.”

Lawak juga bila di ingatkan kembali kisah semalam. Aziz dan Suria renggah gelak  mendengar cerita pasangan yang di tipu bulat bulat. Jasmin dan Rushdi saja yang nampak tak selesa. Asyik berdecit dan menggeleng kepala.

“ Kau tahu tak, yang paling aku tak tahan bila Makcik Saniah  kata dia terima aku seadanya dan nak jumpa Mak Su  bila balik Malaysia nanti. Dia nak aku dengan Rain bertunang. Cewahh! Menjadi lah lakunan aku. Nasib baik aku tak ada cita cita nak jadi pelakun. Tiz Zaqyah, Fasha Sandha semua tak boleh cari makan kut...Ha ..ha.. ha!” Bahu Nadia terhinggut hinggut.

“ Teruk kau Nad.” Suria mengesat mata yang berair kerana terlalu banyak ketawa.

“ Habis tu, macam mana kalau Makcik Saniah betul betul jumpa Mak Su? ” Rushdi mengetap rahang. Tindakan Nadia betul betul memeningkan kepala.  

“ Bila balik Malaysia , Rain akan bagi tahu mak bapak dia yang kita dah break up. Its not a big deal lah, abang.  Bukannya dia suka kat Nad pun. ” Susah betul bercerita dengan orang yang tak ada sense of humour.

“ You better make sure of that! You are not getting engaged to that guy. Entah apa punya orang, sanggup tipu mak bapak sendiri!  ” Nada Rushdi yang tegang membuat semua tersentak. Suasana yang ceria tadi berubah dalam sekelip mata, seiring juga dengan cuaca.

“ Eh, jomlah kita kemas barang. Aku rasa kejap lagi hujan. “ gesa Aziz memandang gumpalan awan gelap sudah berarak menyeliputi langit biru. Nasib baiklah makanan sudah selamat masuk ke perut. Mereka menyumbat pinggan kotor dan sisa makanan ke dalam beg sampah. Sebaik titisan hujan mula turun semua berlari ke kereta. Nadia cepat meloloskan diri ke dalam kereta Aziz bersama Suria dan baby Hana, sekaligus memaksa Jasmin menaiki kereta Rushdi. Nadia bersorak dalam hati. Harap mereka dapat menafaatkan waktu bersama. Pandai pandai lah Kak Min “cool” kan  Abang Rushdi. Agaknya angin putting beliung nya menyerang sebab dah lama memendam rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:54 AM | Show all posts
hihihi...
kot-kot memang ada jodoh RAIN ngan NADIA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 11:52 AM | Show all posts
mesti rusdi ada hati kat nadia ni.. hehehe... sambung lg kak smiley.. rindu nk baca cerita2 akak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:06 PM | Show all posts
nak lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:23 PM | Show all posts
yeah...sambunggg2
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:13 PM | Show all posts
sekali Kak Min kenen ngan rain... hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062107 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list