KL, 13 JULAI 2012: Kecoh petang Jumaat ini di ofis Murai Batu apabila selebriti antarabangsa, Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez ditemui sedang bersiar-siar di pusat membeli-belah, Wangsa Walk.
Perkhabaran ini timbul menerusi laman Twitter, apabila secara tiba-tiba Wangsa Walk menjadi trending di laman sosial tersebut dan bermacam-macam andaian timbul dari para peminat dan juga pengkeji penyanyi yang berasal Kanada itu.
Perkara ini telah menyebabkan berlakunya situasi lucu dan antaranya ialah apabila juara AF2, Zahid Baharudin menulis di Twitter peribadinya miliknya, @zahihbaharudin bahawa dia bangga menjadi budak Wangsa Maju semata-mata kerana Justin Bieber dan Selena Gomeza ditemui di Wangsa Walk.
Zahid juga menimbulkan persoalan sendiri apabila tertanya-tanya sama ada Bieber dan Gomez singgah atau tidak di tempat lepak kegemarannya, restoran mamak NZ yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk.
Amboi sampai ke situ kau fikir Zahid? Murai Batu pula terfikir kenapa dalam banyak-banyak shopping complex dekat KL nih, Wangsa Walk yang dipilih oleh Bieber dan Gomez? Ada sentimental value ke? Kenapa bukan Pavillion, KLCC, Empire, Times Square yang lebih gah namanya berbanding Wangsa Walk?
Justin Bieber kini sedang berada di Malaysia untuk menjayakan konsert MTV World Stage 2012 yang akan berlangsung di Sunway Lagoon, malam esok. Mungkin hari ini dia sedang menghabiskan masanya dengan bersiar-siar di ibu kota sementara menyaksikan sendiri budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini.
MURAIBATU: Camana ek kalau Justin Bieber & Selena Gomesz ditemui kat Jalan TAR atau Uptown, lagi thrill kot!