CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 16-8-2011 09:23 AM | Show all posts
Pagi. Faris menuruni anak tangga lalu terus menuju ke dapur. Dahaga pula anak tekak ni pagi2.


“Selamat pagi!” terkejut Faris sebaik terlihat Aishah yang sudah berada di dapur. Seteko air sudah tersedia di meja. Melihat Aishah yang sedang enak minum, Faris turut menarik kerusi makan lalu duduk di sebelah Aishah.


“Awal kau bangun..” sapa Faris lalu menuangkan air ke cawan tersedia.


“Aku lapar.Ingat nak buat sarapan, tapi aku tengok tak ada apa untuk dimasak…” kata Aishah.


“Kau dah geledah dalam cabinet atas tu?” soal Faris pula. Dia tahu, memang di dalam peti sejuk, mamanya sudah mengosongkan peti sejuk sebelum pulang ke London tempohari.


“Kabinet? Ada apa?” mereka sama2 mendongak memandang cabinet tersebut. Faris bangun lalu membuka cabinet tersebut. Isi cabinet digeledah satu persatu.


“Hmm..ni…boleh makan jugak ni…ada cornflakes, makanan dalam tin…tapi…” Faris membelek tarikh luput setiap kotak dan tin yang dipegangnya. Aishah bangun lalu turut membelek barang2 yang dikeluarkan oleh Faris.


“Woi…ini dah expired 2 tahun lepas! Masih simpan lagi?” Aishah menyerahkan tin yang dipegangnya kepada Faris. Faris membelek. Benar kata Aishah.


“Kalau macam ni, mati kering kita tak makan duduk dalam rumah ni…” kata Aishah lagi.


“Kita keluar shopping barang dapur, nak tak?” soal Faris dengan mata yang bersinar. Aishah terdiam, kemudian merenung Faris.


“Bahaya…” sambung Aishah.


“Ala…macam kita tak pernah buat. Kita mekaplah! Biar sampai orang tak kenal kita..” memori sewaktu mengunjungi kelab malam dengan solekan ala gothic dulu kembali menjengah ruang ingatan Faris. Serta merta dia tersenyum sambil memandang Aishah.


Aishah terdiam, merenung wajah Faris yang tersenyum2 kearahnya. Dahinya berkerut. Patut ke tidak aku pergi? Dikerling sepintas lalu peti sejuk yang besar namun kosong.


“Alah..tak payah fikir banyak2! Pergi siap cepat!” tanpa menunggu jawapan Aishah, terus Faris menolak tubuh Aishah keluar dari dapur. Aishah ternganga, namun akur sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2011 09:24 AM | Show all posts
Aishah merenung Faris yang berdiri di hadapannya. Dengan rambut panjang ke paras bahu, misai tebal dan cermin mata tebal yang dikenakan oleh Faris, penampilan Faris sungguh lucu.


“Tutup mulut kau! Nanti masuk lalat!” Faris mencuit dagunya sebaik dia melintasi Aishah untuk membuka pintu kereta. Aishah mengenakan scarf kepala berwarna pink ala2 polka dot dengan dress berwarna pink lembut. Dia terus masuk ke perut kereta sebaik pintu kereta dibukakan untuknya.


Faris mengambil tempat duduk di sebelahnya.


“Nak ke mana kita ni?” soal Aishah sebaik Faris mula menghidupkan enjin.


“Kau ada idea?” soal Faris. Aishah mencemikkan bibirnya sambil berfikir.


“Kita shopping tempat jauh sikitlah. Tempat yang kau dan sedara mara kau tak pernah sampai lagi ke situ..” kata Aishah.


“Ke mana?” Faris ternganga.  Aishah memandang Faris, kemudian tersenyum lebar.


“Kau pernah ke Kajang?” soal Aishah. Faris terdiam. Jujurnya, dia kurang tahu selok belok jalan dan daerah di luar kawasan Kuala Lumpur.


“Kau tahu jalan?” soal Faris.


“Mestilah aku tahu….” Aishah membalas sambil senyum manis. Faris memandang Aishah yang tersenyum. Skarf di kelapanya nampak begitu cantik terikat dikepalanya. Sungguh manis.


“Cantik kau hari ni…” Faris senyum, kemudian terus mengeluarkan kereta BMW berwarna hijau lumut miliknya dari tempat parkir.  Aishah pula, terpinga2 menerima pujian itu. Faris dipandang tak putus2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 09:26 AM | Show all posts
“Aku tak tahu kawasan ni ada pasaraya besar…” Faris tak putus2 memerhatikan pasaraya Tesco Kajang sambil menolak troli menaiki escalator. Aishah disinya hanya melempar panang kearah pemandangan luar yang boleh dilihat menerusi tingkap kaca pasaraya itu.


“Mana kau tahu kat sini ada pasaraya ni?” soal Faris sambil menyiku Aishah disebelahnya. Pantas Aishah menoleh. Sakit lengannya bila disiku sebegitu.


“Aku kan tinggal kat Malaysia..aku tahulah…” bebel Aishah. Kini mereka sudah memasuki pasaraya itu. Mereka sama2 menyusur laluan perlahan2 sambil membelek barang2 yang dijual.


“Uhh..ni 1st time aku shopping barang dapur. Rasa macam nak beli semuanya..” kata Faris sambil memandang gondola barang2. Aishah menarik lengan Faris agar mengikutinya.


“Barang dapur kat hujung sana…” kata Aishah tegas. Pantas Faris menolak troli mereka. Aishah memasukkan beberapa barang2 ke dalam troli. Faris yang teruja, turut meneliti barang2 yang terdapat di situ.


“Kita beli snek banyak sikit…nanti boleh makan sambil tengok movie…” kata Faris sambil menunjukkan beberapa snek. Aishah hanya memandang Faris tanpa perasaan. Angguk tidak, geleng tidak. Faris tidak peduli, terus sahaja memasukkan barang2 yang disukainya ke dalam troli.


Pungut punya pungut….troli mereka sudah penuh. Aishah yang baru hendak meletakkan beberapa barang dapur basah ke dalam troli melopong memandang troli.


“Apa kau beli nih?” marah Aishah lalu memandang Faris yang tersenyum manis kearahnya.


“Jangan buang! Aku nak semua ni! Kalau kau nak tambah barang..pergi ambil troli baru…” kata Faris lalu berjalan ke ruang yang menempatkan buah buahan. Aishah ditinggalkannya tanpa perasaan.


“Hiii….bedebah!” Aishah membentak sendirian melihat Faris yang sibuk membeli belah. Macam orang jakun! Hendak tak hendak, terpaksa Aishah menapak keluar, mencari troli baru. Masih banyak barang yang ingin dibelinya. Maklumlah, mereka tidak tahu, berapa lama mereka akan tinggal dirumah itu. Hendak keluar pun susah.


Jadi, alang2 dapat membeli barang, belilah banyak sikit. Aishah pantas menghampiri ruang yang menempatkan troli.


Faris yang leka membungkus buah, kemudian berpaling ke belakang, mencari Aishah. Dilihatnya Aishah sudah hilang. Darahnya berderau tiba2. Pantas barang2 di troli terus ditinggalkannya sahaja. Faris berlari2 anak mencari Aishah di seluruh pasaraya besar itu.


Beberapa mata yang memandangnya tidak dihiraukan. Mana Aishah? Mana Aishah? Hati Faris mula tidak senang. Ke hulu ke hilir dia mencari kelibat Aishah. Fikirannya kacau. Takkanlah Aishah merajuk sampai meninggalkan dia seorang diri disitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 09:27 AM | Show all posts
Pappp!!!! Bahunya ditepuk seseorang dari belakang, lantas Faris segera berpaling.


“Hahh!!! Aku ingat kau hilang!” pantas tubuh Aishah terus diraih ke dalam pelukannya. Aishah kaget, cepat2 menolak tubuh Faris yang memeluknya. Malu dilihat orang.


“Kau ni apahal…” marah Aishah lalu terus menolak troli barunya. Faris membuntuti langkah Aishah.


“Aku ingat kau hilang….aku dah panic…” bebel Faris.


“Aku takkan hilang kat tempat macam ni…” tukas Aishah. Faris tarik nafas lega sambil tersenyum.


“Mana troli kau?” soal Aishah.


“Alamak!!!” Faris ternganga, merenung Aishah.  Kelam kabut dia kembali ke tempat dia meninggalkan trolinya tadi. Aishah yang memandang, hanya mampu menggeleng2kan kepalanya.


Bingai! Detik hati Aishah yang memerhati tingkah laku Faris. Serta merta, segala kenangan bersama Faris dihutan suatu masa dahulu menjengah hatinya. Serta merta hatinya dipagut pilu. Wajah arwah Dol dan Abu turut sama menjelma, menambahkan pedih pada luka sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:35 AM | Show all posts
thank you fizzi... dah ada n3.. nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:36 AM | Show all posts
terima kasih fizz samb lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 10:54 AM | Show all posts
thanks fizzi,
kalu free jgn lupa smbg ek........
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:25 AM | Show all posts
thanks fizi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 12:06 PM | Show all posts
mmg berbaloi2 pagi ni...
seronok tengok kekalutan Faris bila ilang ecah
xtaulah camana kalu ilang betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 02:51 PM | Show all posts
dlm beberapa ari ni dok merempit crite fizziany...
best sgt... ada kelakar... ada sedih... ada romantik...
sukerr sgttt crita ni...
sambunggg lagi fizziany...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 03:31 PM | Show all posts
thanks fizzi....ade masa sambung lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 06:31 PM | Show all posts
n3 baru..thanks fizzi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 04:13 PM | Show all posts
dah duduk serumah.... ;);)
n3....n3....n3....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:02 PM | Show all posts
hihihi.. tergelak baca fariz shopping mcm jakun

sambung lagi fizz
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:17 PM | Show all posts
yeay2...dh ada n3 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:21 AM | Show all posts
tak sabau nk tau apa perancangan mek ecah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 01:36 PM | Show all posts
mane peginyer ecah yang lucu...isk3...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 02:37 PM | Show all posts
As salam... fizzi... mana n3 nie????
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 04:35 PM | Show all posts
bz ngn persiapan raye kut...dah rindu kat aishah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 11:49 PM | Show all posts
tq fizzi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.269150 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list