CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2013 09:42 AM | Show all posts
Setelah mengaminkan doa, encik Tarmizi dan keluarganya mula menikmati juadah makan malam. Suasana sunyi sepi kerana masing-masing leka dengan makanan sendiri.

“mama,papa....” tegur Shazrina sambil menghentikan suapan ke mulutnya. Sudu dan garfu yang digunakan diletakkan semula kedalam pinggan. Encik Tarmizi dan puan Rogayah turut sama berhenti menyuap makanan sambil menatap wajah anak daranya.

“Shaz tahu mama dan papa dah tahu hal sebenar yang berlaku dalam hubungan Aliff dan Shaz.” Shazrina membuka mukaddimah perbincangan malam ini. mama dan papanya kelihatan menanti butir bicaranya yang masih tergantung.

“Shaz juga tahu papa dan mama kecewa dengan Farah tapi Shaz harap papa dan mama boleh maafkan dia. Shaz pon dah maafkan dia pagi tadi.” Cetus Shazrina lagi. Puan Rogayah dan encik Tarmizi memandang antara satu sama lain sebelum pandangan mereka terhenti diwajah Shazrina.

“Shaz... mama tahu Shaz dan dia pernah kawan baik suatu ketika dahulu, tapi perbuatan dia terhadap Shaz dan Aliff melampau. Dia tak layak diberi kemaafan.Memang padanlah muka dia tu. Bila Aliff dah benci baru nak datang minta maaf. Agaknya kalau Aliff tak tahu pasal perbuatan dia ni, sampai ke sudah dia tak akan menyesal dan datang minta maaf dekat kita .” jelas puan Rogayah lembut.dia bukan mahu mengajar anaknya berdendam, tapi sekadar mahu mengajar Farah yang mereka bukanlah mudah diperkotak-katikkan. Shazrina mengeluh lemah. Dia faham sekiranya mama dan papanya tidak boleh memaafkan Farah dengan mudah kerana dia juga pernah mengalami perasaan itu.

“mama..........Farah dah menyesal. Shaz yakin tentang itu.” Pujuk Shazrina lagi. wajah puan Rogayah dan encik Tarmizi direnung lama. Berharap mama dan papanya mengerti situasi antara dia dan Farah.

“jangan mudah sangat terpedaya dengan Farah tu Shaz... dia tu pandai berdrama. Kalau tak masakan mama kamu terpedaya dengan dia 10 tahun yang lalu. Aliff pon sama macam mama kamu, tertipu dengan sikap dia yang pandai berpura-pura. Kesannya, Shaz dan Aliff berpisah dan keluarga kita dapat malu.” Pesan encik Tarmizi pula. Dia mahu Shazrina sedar dan tidak terlalu naïf dengan permainan yang diatur oleh Farah.

“papa, mama........ Shaz tahu apa yang Farah dah buat tu memang melampau, tapi Shaz yakin dia dah berubah. Dia betul-betul dah insaf dengan apa yang dia dah buat. Kalau dia tak menyesal, pasti dia tidak akan datang rumah kita untuk terangkan hal yang sebenar. percayalah papa, mama.” Encik Tarmizi dan puan Rogayah terdiam dengan hujah yang diberi Shazrina. Sedikit sebanyak mengakui kebenaran kata-kata anak tunggalnya itu.

“bagi papa dan mama masa Shaz. Tak semudah tu kami nak maafkan dia setelah apa yang berlaku. Tapi satu je yang mama nak minta Shaz....”

“apa mama?” soal Shazrina dengan dahi yang berkerut.

“kalau Shaz boleh maafkan Farah yang menjadi penyebab dalam semua hal ni berlaku, mama dan papa harap Shaz juga boleh maafkan Aliff. Dia sebenarnya mangsa yang telah diambil kesempatan oleh Farah.” minta puan Rogayah. Encik Tarmizi menganguk-angguk tanda menyokong permintaan isterinya. Mereka berdua memandang kearah Shazrina yang kelihatan terkesima. Namun, Shazrina hanya diam membukam tanpa memberI sebarang jawapan.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 09:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 09:46 AM | Show all posts
“apa kata kau maafkan je Aliff tu Shaz... Farah tu pon kau boleh maafkan, takkan Aliff tak boleh?” kata Mimi ketika dia dan Shazrina sama-sama melepak di restoren makanan segera KFC. Shazrina menyedut air pepsi yang terdapat didalam gelas perlahan sebelum wajahnya diangkat membalas pandang Mimi.

“apa lagi yang kau tak puas hati dengan Aliff tu? Mama dan papa kau pon dah maafkan dia. kenapa tidak kau ikut sama macam mama dan papa kau tu?” tambah Mimi apabila melihat Shazrina sekadar diam tidak berkutik. Gadis itu sekadar memandang kearahnya.

“entah la Mimi... aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak maafkan Aliff. Mungkin aku terlalu kecewa dengan dia kerana tidak percayakan aku.” luah Shazrina.

“kau mesti tahukan perasaan bila tidak dipercayai oleh orang yang paling kau sayang.. sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.” Sambung Shazrina lagi. Mimi yang mendengar luahan hati Shazrina sekadar mengangguk-angguk tanda setuju. Dia tahu perasaan itu dan dia amat memahaminya.

“yup.. aku tahu Shaz. Tapi, ye lah kan mana ada manusia tak buat silap. Samalah macam Aliff tu. Aku rasa tak salah kalau kau bagi dia peluang ke dua... pada gaya dia datang merayu minta maaf kat kau, aku yakin dia masih sayangkan kau. Sama seperti kau yang masih sayangkan dia. Baiklah kau hargai peluang yang ada ni Shaz. Karang kalau dia dah mengalah, menangis tak berlagu lah kau.” Nasihat Mimi dengan riak tenang. Burger Zinger disua ke mulut dan digigit. Enak! Itulah yang terlintas dibenak Mimi.

“sebut pasal Aliff.......... baru aku perasan, dia dah jarang cari kau kan semenjak dua menjak ni.” desis Mimi setelah meletak kembali burger kedalam bekas yang disediakan.

“entah-entah dia dah give up Shaz...” tembak Mimi. Tersedak Shazrina dengan telahan Mimi. Cepat-cepat air pepsi disedut untuk melegakan rasa perit dalam tekaknya.

“aik.. terkejut benar kau ni. Betul ke Aliff dah give up dengan kau, Shaz?” tembak Mimi sekali lagi. Shazrina membuang pandang kearah Mimi.

“mungkin betul cakap kau dia dah give up dengan aku...”

“kenapa kau cakap macam tu?”soal Mimi pantas.

“aku yang suruh dia jangan datang cari aku lagi kalau nak aku maafkan dia...” jelas Shazrina tenang. Mimi tersentak, tidak jadi mahu menyuakan kembali burger ke mulutnya.

“kau biar betul Shaz.. sekarang kau dengan dia dah betul-betul putus la? Dah tak ada hubungan langsung?”

“yup.” Balas Shazrina dengan kepalanya diangguk-anggukkan.

“kau tak menyesal?” soalan akhir Mimi tergantung tanpa jawapan. Shazrina mengeluh kecil sambil tangannya dilletakkan didada. Dia tak mampu untuk menipu diri sendiri apabila hatinya sebenarnya amat merindui Aliff yang sudah sebulan tidak ditemui.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 09:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 09:50 AM | Show all posts
Shazrina menghempas badannya keatas katil empuk didalam biliknya. Rasa sejuk dan nyaman air cond mula menusuk pada kulitnya. Bantal peluk yang berada disisinya ditarik dan dipeluk kemas. Fikirannya mula melayang teringatkan Aliff. Shazrina bingkas menghampiri meja kerja yang terdapat didalam biliknya lalu sejambak bunga yang sudah layu dipandang pilu. Bunga yang diberikan Aliff kepadanya suatu ketika dahulu disaat jejaka itu cuba meraihkan kemaafan darinya.

“Aliff..........” seru Shazrina dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Perasaan sebak menghiasi sekeping hatinya.

“kenapa awak buat saya macam ni?” rintih Shazrina. Air mata mula merembes laju membelah pipinya. Bunga mawar merah yang sudah layu itu disentuh lembut. cintanya tak seperti bunga ini. cintanya masih segar dihati tidak pernah layu untuk Aliff.

“kalau awak tak buat perangai, mesti kita tak akan jadi macam ni..” luah Shazrina lagi. tangannya mula menyapu lembut pipi yang sudah lencun dengan air mata.Untuk masa ini hati amat merindui Aliff dan teringin menemui jejaka itu. Sedikit sebanyak Shazrina mula menyesal kerana meletakkan syarat kepada Aliff sekiranya jejaka itu inginkan kemaafan darinya.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 09:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 09:53 AM | Show all posts
“untuk awak...” ucap Aqil sambil menghulurkan satu plastik kepada Shazrina. Mereka kini sedang menikmati hidangan tengahari setelah penat bershopping di Seremban Parade. Wajah Shazrina terkebil-kebil memandang ke arah Aqil dengan penuh tanda tanya.

“untuk saya?” soal Shazrina was-was. Jadi telunjuk ditunjukkan pada dirinya.

“yer..untuk awak. Ambillah.” Suruh Aqil lagi dengan senyuman manis menawan. Shazrina mengambil barangan yang diunjukkan kepadanya lambat-lambat.

“apa ni?” Tanya Shazrina.

“awak tengoklah... saya tak tahu la awak berkenan ke tidak pilihan saya ni.” balas Aqil lembut. harapannya tinggi menggunung supaya Shazrina gembira dengan pemberian ikhlasnya kali ini. Shazrina mengeluarkan barang yang terdapat didalam beg plastik pemberian Aqil. Matanya terbuka luas apabila sehelai jubah dan tudung terlipat kemas kini berada dalam genggamannya.

“cikgu....”Shazrina mula serba salah. Dia pasti harga jubah dan tudung ini agak mahal.

“saya seganlah kalau macam ni.. susahkan cikgu je.” Sambung Shazrina dengan nada teragak-agak. Sememangnya dia kurang senang dengan pemberian Aqil kerana padanya dia dan Aqil baru dalam sesi suaikenal. Bukannya betul-betul bercinta. Jadi, sebolehnya dia tak naklah terima apa-apa berbentuk hadiah dari Aqil.

“Shaz....saya ikhlas beri semua ni kepada awak. Tak payah rasa malulah.”

“kita bukannya ada apa-apa ikatan sampai cikgu nak kena bagi saya hadiah macam ni.. saya tak nak membebankan cikgu.” Luah Shazrina sedikit tegas.

“tak salah kalau saya nak berikan apa-apa untuk Shazkan. Lagi pon duit saya, hak saya untuk tentukan apa yang saya nak buat. Tak boleh ke Shaz terima je pemberian saya tanpa mempertikaikan apa-apa?” suara Aqil mula meninggi. Hatinya perit melihat penerimaan Shazrina dengan pemberian ikhlasnya. Kenapa sukar sangat Shazrina mengerti dengan niatnya. Apa Shazrina fikir dia mahu menggunakan wang dan harta benda untuk menarik hatinya? Ingat secetek itukah pemikirannya!

“saya minta maaf cikgu cuma kalau boleh saya tak nak lah cikgu selalu sangat beri saya hadiah macam ni. Kalau murah tak apa la, tapi semuanya barang yang mahal. Lagi pon kita ni baru sesi kenal-kenal, bukannya dah ada ikatan yang sah. Kalau cikgu ni dah sah jadi tunang atau suami saya, saya tak kisahlah cikgu nak bagi apa pon.” jelas Shazrina dengan tenang. dia sudah malu dengan pemberian Aqil. Baru-baru ini Aqil ada menghadiahkannya kerongsang, kini jubah dan tudung pula. Esok-esok apa pulak lelaki ini bazirkan duit untuk dirinya.

“Shaz...boleh tak awak tak payah beratkan kepala nak fikir benda-benda remeh ni semua. Awak terima je apa yang saya beri. Bukannya saya minta awak balas balik pon. saya minta awak terima dan hargainya. Itu je. Kalau awak tak boleh terima hadiah ni sebab saya cakap je la.”

“cikgu..bukan macam tu maksud saya... okey-okey. Kita tak payah gaduh pasal ni. saya minta maaf.” Shazrina mengalah. Mungkin ada benar kata Aqil yang dia terlalu merumitkan pemikiran sendiri. dia malas memanjangkan pergaduhan dengan Aqil. Karang merajuk pula lelaki ini.

“saya buat semua ni untuk awak Shaz... saya ikhlas. Tak terfikir nak apa-apa balasan dari awak pon. kalau Shaz fikir saya buat semua ni supaya saya peroleh cinta dari Shaz, itu salah. Saya buat semua ni sebab saya sayangkan Shaz. Ikhlas dari hati saya.” tekan Aqil dengan tegas. Dia mahu Shazrina ubah tanggapan terhadapnya. Dia tak nampak sebarang kesalahan dengan tindakannya. Shazrina mengeluh kecil dengan kata-kata Aqil. Dia tahu semua itu cuma dia serba salah.Dia takut, Aqil terlalu berharap padanya sedangkan sehingga kini sedikit pon perasaan sayang mahu pun cinta terhadap Aqil tidak bercambah didalam hatinya.

“saya minta maaf cikgu... saya suka dengan jubah ni.” Shazrina menggariskan senyuma nkecil. Berharap dengan pujiannya itu, Aqil akan lupa dengan perselisihan faham kecil mereka tadi. Aqil membalas senyumannya dengan perasaan gembira. Hilang perasaan sedih dan kecewanya terhadap Shazrina.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 09:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:53 AM | Show all posts
kembalilah shaz kepada aliff........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 09:59 AM | Show all posts
Shazrina dan Aqil beriringan keluar dari medan makan untuk pulang kerumah setelah hampir beberapa jam meluangkan masa bersama-sama. Masing-masing rancak bercerita tentang latar belakang ahli keluarga.

“bukkk....”Shazrina tersilap langkah lalu terlanggar seorang jejaka dihadapannya. Beg plastik dan kertas yang dibawa Shazrina jatuh menghempap lantai. Cepat-cepat Shazrina dan jejaka itu mengutip barangan yang jatuh.

“err sorry...” minta Shazrina dan Aliff serentak. Masing-masing terkejut apabila bertentang mata. Aqil yang berada disebelah Shazrina turut sama tersentak dengan pertembungan yang tak terduga ini.

“Aliff...” seru Shazrina cukup perlahan namun masih boleh didengari oleh Aliff dan Aqil. Ada rasa gembira bertapak dihati Shazrina dengan pertemuan tak sengaja ini. bebanan rindu mula beransur pergi darinya.

“sorry...” tutur Aliff sopan. Kepalanya ditundukkan sedikit sambil melangkah laju meninggalkan pasangan itu. Tidak dinafikan hatinya kecewa dan pedih melihat Shazrina bersama kekasih barunya namun janji yang dibuat mesti ditunaikan. Dia perlu berpura-pura tidak kenal Shazrina dan mengelak dari bertemu gadis itu. Shazrina menghantar pemergian Aliff dengan ekor mata. Dapat dirasakan matanya mula berkaca-kaca dengan sikap dingin Aliff. Jejaka itu betul-betul berpegang dengan syarat yang pernah dibuat.

“jom kita balik.” Ajak Aqil secara tidak langsung menyedarkan Shazrina dari lamunannya. Shazrina melemparkan senyuman yang entah ikhlas atau tidak kepada Aqil lalu mengekori lelaki itu untuk pulang. Aqil mengeluh kecil melihat reaksi antara Shazrina dan Aliff seketika tadi. Terasa kata-kata Farah padanya suatu ketika dahulu ada benarnya.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:01 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2013 09:59 AM | Show all posts
misssakura posted on 31-1-2013 09:53 AM
“untukawak...” ucap Aqil sambil menghulurkan satu plastic kepada Shazrina. Merekakini sedang menik ...

mengada-ngadanya cikgu aqil nih...mcm bdk kecik nk sentap2....please shazzz...jgn jatuh hati kt cikgu aqil tuhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:02 AM | Show all posts
Shazrina melentangkan badannya mengadap siling. Terkebil-kebil matanya yang masih segar bugar meski pon jam sudah menginjak ke 12 tengah malam. Nafas dihela perlahan. Handset yang berada disebelah dicapai dan ditatap skrinnya.

‘masuk hari ni dah 35 hari Aliff tak hubungi aku.’ keluh Shazrina lemah. Matanya kini terpacak pada gambar yang dihantar oleh Aliff kepadanya kira-kira sebulan yang lepas. Gambar jejaka itu yang sedang membakar kek dipandang lama. Nada rindu mula menyanyi disudut hatinya.

‘kenapa awak ambil serius dengan kata-kata saya hari tu? Awak tahukan kalau saya marah biasanya tak lama. Sabar sikit boleh tak?’ Rintih Shazrina yang mulai sebak. Ada rasa hangat keluar dari tubir matanya.

‘ya Allah... kirimkan salam rindu ini padanya. semoga dia sentiasa baik disana.’ Sambung Shazrina lagi. dia mengesat mutiara jernih yang sudah membasahi kedua belah pipinya lembut. dia akui memang silap dia kerana terlalu ego sebelum ini. bukankah sudah acap kali Aliff datang dan memohon ampun kepadanya dan keluarga?Tapi dia tidak endahkan semua tu. Tapi kini, bila Aliff betul-betul meninggalkannya baru dia sedar bertapa dia amat mencintai Aliff.

‘awak masih dihati saya.’ bisik Shazrina sebelum dirinya terlena dibuai mimpi nan indah.




‘Shazrina..’seru Aliff pada angin malam yang bertiup lembut. matanya masih belum mengantuk meski pon jam sudah lama melepasi 12 malam.

‘nampaknya awak betul-betul serius dengan pengakuan cinta awak sebelum ni... rupanya awak dan dia memang bercinta.’ Desis Aliff sendiri. namun dia sedar semua itu bukan salah Shazrina. Shazrina berhak memilih Aqil yang jauh lagi baik darinya. Kesilapannya terlalu besar untuk menagih kembali cinta Shazrina.

‘tapi, awak jangan risau. Saya akan pegang janji saya seperti mana yang awak inginkan kerana saya cintakan awak. Awak masih lagi dihati saya, sayang. Tak pernah berubah semenjak dahulu sehinggalah kini.’ Luah Aliff lagi pada bayu malam yang menyejukkan.

‘ya Allah... Kau sampaikan lah rasa cinta dan rindu ini padanya. sekiranya dia jodoh ku, kau dekatkan lah hati kami. Dan sekiranya dia bukan milikku,temukanlah dia dengan insan yang benar-benar mampu menjaga dan mencintainya.’   

Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 10:02 AM | Show all posts
suria74 posted on 31-1-2013 09:59 AM
mengada-ngadanya cikgu aqil nih...mcm bdk kecik nk sentap2....please shazzz...jgn jatuh hati kt ci ...

dia jenis suke memaksa... org x suke tu phm2 je la kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:06 AM | Show all posts
“Shaz...” panggil Aqil setelah menyedut minuman fresh orange yang dipesan beberapa minit yang lalu. semenjak tadi lagi dia perasan sikap Shazrina yang berdiam tanpa sebarang bicara. Malah dia sedar, Shazrina seperti tidak ikhlas melayan kehadirannya. Nampak terpaksa! Adakah dia terlalu memaksa Shazrina menerima cintanya selama ini?

“Shazrina...........” seru Aqil lagi apabila Shazrina tidak menyahut panggilannya. Gadis itu tenggelam dalam menungannya sendiri. Shazrina tersentak dan kini kembali ke alam realiti. Sempat matanya menangkap tangan Aqil yang melambai dihadapannya.

“berangan!  awak fikir apa? Ada masalah ke?” tegur Aqil lembut. cuba mengetahui perkara yang mengganggu pemikiran Shazrina.

“hmm tak de apa-apa la... penat je.” Dalih Shazrina sambil melontarkan senyuman nipis. Perlukah dia memberitahu Aqil yang dia kini sedang mengingati Aliff aka bekas kekasihnya? Mahunya makan hati jejaka didepannya nanti.

“kalau awak ada masalah boleh beritahu saya. mungkin saya boleh tolong.”

“jangan risau cikgu, tak de apa-apa. Saya okey. Mungkin penat. Itu je.” Jelas Shazrina. Aqil mengeluh lemah. Wajah Shazrina dipandang lama.

“Saya nak tanya sesuatu kat Shaz dan saya harap Shaz boleh jujur dengan saya.” luah Aqil. Tidak jadi dirinya ingin menyuap ayam yang sudah dipotong.

“apa dia?” soal Shazrina ringkas. Dia turut sama berhenti menikmati chicken chop. Matanya memanah kearah Aqil yang kelihatan serius didepannya.

“dah hampir 2 bulan kita berkawan dengan lebih rapat untuk kenal hati budi masing-masing.. apa pandangan Shaz terhadap saya sekarang?” Shazrina tersentak dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Aqil. Mula dirinya dilanda rasa resah dan gelisah untuk meneruskan topik perbincangan.

“saya nak Shaz jujur!” tambah Aqil apabila melihat wajah Shazrina yang teragak-agak. Walaupun hatinya berdebar kencang, namun bibirnya sempat menggaris senyuman manis buat Shazrina.

“pandangan saya terhadap cikgu?... ermmm...” ulang Shazrina sambil berfikir panjang. Apa yer perlu di katakan kepada Aqil.

“cikgu baik, bertanggungjawab dan suka membantu.... ahh ada lagi, cikgu penyabar orangnya.” Jelas Shazrina dengan apa yang terpancul dibenaknya. Wajah Aqil dipandang.

“Shaz dah boleh terima cinta saya ke sekarang?” soal Aqil. Walaupun dia malu untuk berterus terang namun dipaksa juga dirinya demi mengikat hati Shazrina. Shazrina terkedu. Makin sukar soalan yang diberikan kepadanya.

“cikgu......” Aqil menanti luahan hati Shazrina kepadanya. Makanan yang terhidang sudah ditolak ketepi. Perbincangan mereka kali ini lebih bermakna daripada makanan tersebut.

“saya masih ada masa sebulankan... apa kata kita bincang perkara ni bulan depan.”

“jadi Shaz belum dapat mencintai saya la...” tembak Aqil dengan nada bersahaja. Namun itu pada luaran. Dihati hanya Allah sahaja yang tahu untuk dia luahkan kata-kata sebegitu.

“bukan macam tu...

“kalau bukan maksudnya Shaz dah dapat terima sayalah...”

“cikgu....” sedikit tinggi nada suara Shazrina. pening kepalanya mahu membalas setiap bicara dari Aqil. Dia sebolehnya mahu menjaga hati Aqil.

“saya masih belum dapat cintakan cikgu... tapi, kita masih ada masa sebulan seperti yang saya janjikan dengan cikgu. So, kita bincang di masa akan datang je la perkara ni.” balas Shazrina jujur. Dia tak nak ada sebarang salah faham dalam hubungan yang dicipta dengan Aqil. Kalau boleh sekiranya dia dan Aqil tiada jodoh untuk bersama, dia mahu perpisahan yang berlaku secara aman tanpa sebarang pergaduhan mahu pun perasaan benci. Walau apa-apa pon, dia dan Aqil tetap mengajar disekolah yang sama yang akan sentiasa perlu bekerjasama dari masa ke masa. Aqil menghembus nafas perlahan-lahan. Senyuman tawar disisipkan kepada Shazrina. jelas riak terluka terpamer diwajahnya.

“Shaz belum lupakan dia?” teka Aqil. Shazrina diam tanpa jawapan. Hanya matanya sahaja membalas pandangan Aqil.

“Shaz masih sayangkan dia?” Tanya Aqil lagi namun dengan nada yang ditahan-tahan. Bergetar suaranya menahan perasaan sedih dan kecewa yang bergabung menjadi satu. Shazrina tetap diam tidak berkutik. Gadis itu menyedut jus tembikai demi menghilangkan rasa debar dengan setiap pertanyaan dari Aqil.

“kita tak payah cakap pasal ni cikgu... dia tak ada kaitan dalam hal kita. Saya dan dia dah  berpisah. Itulah kenyataan sekarang.” Tegas Shazrina apabila melihat wajah Aqil seperti masih menanti jawapannya. Aqil mengangguk tanda mengerti sebelum menyambung santapan mereka petang itu. Hidangan chicken chop itu tetap disuap kedalam mulut meski pon seleranya sudah lama menghilang.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:13 AM | Show all posts
“kita nak ke mana ni cikgu?” terpancul soalan dari mulut Shazrina tatkala Aqil memandu kereta menyimpang jauh dari rumahnya.

“kita nak ke tempat yang paling awak nak pergi Shaz..” jawab Aqil berteka-teki. Shazrina mengerut dahinya lantas memandang kearah Aqil yang tenang memandu kereta.

“tempat yang saya nak pergi? Ke mana?” soal Shazrina belum berpuas hati. Aqil hanya mendiamkan diri tanpa membalas pertanyaan Shazrina. matanya di fokuskan pada pemanduan.

“cikgu....” panggil Shazrina sejurus ingin menyedarkan Aqil yang dia masih menanti jawapan dari lelaki itu. Aqil tetap diam membisu.. Shazrina merengus kasar. Tidak faham dengan sikap Aqil yang membuat keputusan sendiri.

‘tempat aku nak pergi? Ke mana? Untuk sekarang aku nak balik rumah je.’ Bisik hati Shazrina. sempat matanya menjeling kearah Aqil yang tiada tanda-tanda mahu memberitahunya hala tuju mereka saat ini. badannya disandar kembali pada kerusi. Dia sendiri malas berfikir kemana Aqil ingin membawanya kerana dia pasti, sebentar nanti dia akan tahu juga kemana mereka ingin pergi.  

Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:14 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:15 AM | Show all posts
“kenapa cikgu berhenti kat sini?” soal Shazrina dengan riak terkejut. Wajahnya terpinga-pinga mengadap Aqil yang tenang disebelahnya.

“kita nak buat apa kat sini cikgu?” suara Shazrina mula meninggi apabila Aqil hanya diam tanpa sebarang ulasan sedari tadi. Jejaka itu kelihatan bersahaja tanpa sebarang riak.

“saya nak awak bahagia Shaz.............” luah Aqil lembut. senyuman dalam terpaksa diukir.

“tapi kenapa?” balas Shazrina mulai sebak. Terharu dengan tindakan Aqil yang cukup memeranjatkannya.

“sebab Shaz mencintai dia.... Saya tak nak jadi batu penghalang antara Shaz dan dia.”

“tapi kita dah janji cikgu... saya masih ada masa sebulan untuk berusaha mencintai cikgu.” Bantah Shazrina. mana mungkin dia mungkiri janji yang dia sendiri ikrarkan tanpa sebarang paksaan. Aqil tersenyum manis.

“saya dengan rela hati menarik diri dari perjanjian itu Shaz.. sekarang awak pergi...pergi kejar cinta sejati awak!” arah Aqil. Shazrina tersentak dengan arahan daripada Aqil.

“cikgu... jangan buat saya..”

“Shaz tak perlu rasa bersalah sebab saya puas hati dengan apa dah berlaku antara kita. Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk dapatkan awak dan awak juga sudah berusaha cintai saya. mungkin dah tiada jodoh, kita tiada kuasa untuk menghalangnya.” Tegas Aqil lagi. Shazrina masih lagi serba-salah untuk membuat keputusan yang tepat. Semua ini terlalu mendadak untuk difikirkan.

“pergi sekarang Shaz... tak semua orang boleh dapatkan cinta sejati seperti awak.. awak patut kejar dan dapatkan ia sekarang. Hargai cinta milik awak dan dia.” suruh Aqil lagi. melihat wajah serba tidak kena Shazrina buat Aqil pantas bertindak. Dia bergegas keluar lalu membuka pintu untuk gadis itu.

“pergi kepada Aliff dan beritahu dia awak masih cintakan dia.........” tambah Aqil lagi. Shazrina mengangkat wajahnya membalas pandangan Aqil yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menyatukan dia dan Aliff. Satu senyuman dititipkan kepada Aqil bersama rembesan air mata.

“terima kasih cikgu dan saya minta maaf...” ucap Shazrina seraya keluar lalu berlari pantas memasuki kedai yang tertera Cake House.

“good luck Shaz... semoga awak dan dia bahagia.” Laung Aqil. Shazrina sempat memalingkan wajahnya kepada Aqil sebelum dirinya lenyap didalam perut kedai berkenaan. Aqil yang tadi bersemangat terduduk dibirai keretanya. Setitik demi setitik air matanya jatuh ke bumi mengenangkan cinta hati yang bakal dikuburkan sebentar lagi. harapannya, biarlah ini air mata terakhir untuk dia tangisi terhadap cintanya kepada Shazrina.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:20 AM | Show all posts
rehat jap... nanti sakura smbung sikit lagi.. dh nk ending dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:28 AM | Show all posts
yess.. abis gak baca cite nie... puas merempit...
sakura, nnt smbg lg yer.. x saba nk tahu ending cte nie...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya cikgu aqil...tergenang pulak air mataku,dpt bayangkan kesedihan cikgu aqil..hehe emo plak.syabas ye sakura kerana meremangkan bulu roma kita.good job,xsabar nk baca ending.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:59 AM | Show all posts
mawar65 posted on 31-1-2013 10:28 AM
yess.. abis gak baca cite nie... puas merempit...
sakura, nnt smbg lg yer.. x saba nk tahu ending c ...

thank sudi bce... sat sakura nk smbung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 11:00 AM | Show all posts
coT_Ton posted on 31-1-2013 10:55 AM
Kesiannya cikgu aqil...tergenang pulak air mataku,dpt bayangkan kesedihan cikgu aqil..hehe emo plak. ...

dah nak buat cm ne x de jodoh aqil dengan shaz... sakura nk smbung dh ni.. thank sudi bce
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:01 AM | Show all posts
misssakura posted on 31-1-2013 10:59 AM
thank sudi bce... sat sakura nk smbung..

welcome... best cite...
harap2 shaz ngan aliff...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:04 AM | Show all posts
walau x suka dgn sikap aqil yg kuat mendesak namun mengalir air mata ini dgn sifat dia yg amat memahami dan baik hati dlm hal nie lbh sukakan aqil yg kuat mendesak dr aliff yg suka bertindak terburu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 11:04 AM | Show all posts
Shazrina memboloskan diri ke bilik Aliff meski pon dihalang Suzana yang merangkap setiusaha lelaki itu. Dentuman pintu membuatkan Aliff yang tekun mengadap computer ribanya tersentak lalu memanahkan pandangan kepada tetamu yang tak dijemput.

“cik tak b...”  Suzana tak jadi memarahi Shazrina apabila melihat isyarat tangan daripada Aliff yang memintanya keluar. Aliff merenung lama wajah Shazrina yang termengah-mengah dihadapannya.

“Shazrina....” itu sahaja yang terluah dari mulut Aliff yang tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Suasana canggung mulai menguasai antara mereka.

“kenapa awak buat-buat tak kenal saya minggu lepas?” marah Shazrina dengan mata yang membulat. Wajah Aliff ditenung lama. Aliff bingkas berdiri dan menghampiri Shazrina yang berpeluk tubuh dihadapannya.

“itukan syarat untuk saya perolehi kemaafan dari awak.” Balas Aliff lembut. Sebenarnya dia masih kabur dengan kehadiran Shazrina dihadapannya saat ini namun begitu dia tetap merasa gembira. Rasa rindu yang berlagu berlalu pergi meninggalkan jiwanya.

“perlu ke awak ikut semua apa yang saya cakap?” bentak Shazrina keras.

“Shaz...kenapa ni? awak sendiri yang cakap macam tu kalau saya nak kemaafan dari awak. Awak lupa ke?” soal Aliff tidak mengerti. Pemikirannya kurang jelas dengan sikap Shazrina yang berubah-ubah.

“awak cintakan saya tak?” Tanya Shazrina. Rasa malu dan segan ditolak ke tepi.Terkebil-kebil mata Aliff mendengar pertanyaan Shazrina yang terlalu berterus terang. Dia pula yang naik malu.

“saya cintakan awak....”

“kalau cintakan saya, kenapa awak tak pujuk saya sampai saya terima awak semula? kenapa awak dah tak datang cari saya? kenapa awak nak ikut syarat bodoh saya tu?” potong Shazrina bersama lelehan air mata yang makin laju menitis.. Aliff makin tidak mengerti dengan setiap butir cara Shazrina.

“saya cintakan awak dan saya buat semua tu untuk awak... saya tak kisah hati saya sakit merindui awak, asalkan awak bahagia kalau tak tengok muka saya.” tegas Aliff. Matanya merenung tepat kedalam mata Shazrina yang berkaca-kaca.

“macam mana saya nak bahagia tanpa tengok awak?”

“hah??” Aliff terkejut lagi. apa maksud Shazrina?

“apa maksud awak?”

“takkan itu pon awak tak faham?” bebel Shazrina. rentak suaranya sudah direndahkan berbanding tadi. Makin berlapis-lapis dahi Aliff dengan jawapan Shazrina.

“saya tak faham Shaz... terangkan boleh?” minta Aliff bersungguh-sungguh. Hatinya kian teruja untuk mengetahui makna tersembunyi disebalik kata-kata Shazrina.

“huhhhh...”Shazrina mendengus geram. Air matanya sudah berhenti dari mengalir.

“tell me Shaz...” gesa Aliff lagi. wajahnya kian tegang menandakan dirinya serius dengan permintaan yang dibuat.

“i love you...” luah Shazrina cepat-cepat.. pandangan matanya berkalih dari membalas renungan Aliff. Wajahnya mula hangat dan memerah menahan malu. Biarlah dia kelihatan terhegeh-hegeh mahu pon seperti perigi mencari timba asalkan Aliff tahu yang dia masih menyayangi dirinya.

“apa?” Aliff terkesima. Bulat matanya merenung wajah Shazrina yang sudah malu-malu kucing.

“ish takkan itu pon tak dengar.. saya sukakan awak.. saya cintakan awak. Puas hati?”jerkah Shazrina geram. Apa yang Aliff terkejut sangat? Sengal!

“ betul ke?... kejap kejap..” Aliff memusingkan badannya dan menutup matanya perlahan. Pipinya ditampar kuat bagi menyedarkan diri sendiri. bimbang dirinya berfantasi semata-mata. Setelah puas ditampar wajah sendiri, Aliff kembali memusingkan badannya untuk mengadap Shazrina dan membuka matanya perlahan-lahan. Imej Shazrina terlayar dipandangannya buat dia terpegun lagi.

“Tak boleh jadi nih... Kita cuba sekali lagi....” bisik Aliff pada dirinya sendiri sambil mengulang langkahnya seketika tadi. Shazrina menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Aliff yang mencuitkan hatinya.

“dah-dah la Aliff... awak tak berangan. Ini saya lah.” Celah Shazrina demi menghentikan tingkah Aliff yang sia-sia. Aliff kembali menatap raut wajah Shazrina yang tersenyum mesra kearahnya. Perlahan-lahan dia mula menerima ini adalah realiti, bukanlah fantasi.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 11:09 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.995906 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list