CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 12-10-2011 08:57 AM | Show all posts
“Boleh saya tengok bilik tidur dia? Itupun kalau Datin izinkan,” pinta Faris. Sejak dari tadi, mereka meneliti setiap inci ruang kondominium mewah milik arwah Hazriq.


“Silakan. Faris buatlah macam rumah sendiri. Kalau perlukan apa2, bagitahu aunty saja,” Datin Fauziah senyum sambil membukakan pintu bilik tidur arwah yang tidak berkunci. Faris dan Aishah saling berpandangan, kemudian masuk ke bilik tersebut.


Datin Fauziah duduk dibirai katil yang sudah lama tidak berusik. Dia memerhatikan sahaja tindak tanduk Faris dan Aishah yang membelek barang2 peribadi milik arwah Hazriq. Aishah meneliti gambar2 yang tergantung di bilik itu.


“Aunty ke dapur sekejap ya, buat air..” Datin Fauziah bangun mahu beredar. Aishah dan Faris angguk saja, enggan menahan Datin Fauziah. Mereka hanya menghantar pemergian Datin Fauziah dengan kerlipan mata.


“Jumpa apa2?” soal Aishah sebaik kelibat Datin Fauziah hilang. Faris dihampirinya. Faris menggeleng. Dia membelek sebuah buku.


“Nak kata dia belajar satu kolej dengan aku…tak…” keluh Faris. Aishah memegang bahu Faris lalu mengisyaratkan agar Faris membuka almari pakaian.


Faris menarik nafas dalam2, sambil memandang Aishah. Dihampiri almari pakaian, lalu dibukanya perlahan2. Deretan pakaian milik arwah Hazriq tergantung di dalamnya. Satu persatu Faris meneliti.


“Apa kaitan dengan baju?” gumamnya perlahan. Aishah mendengus. Tengok sajalah…manalah tahu kalau2 ada klu yang boleh diperolehi. Aishah turut sama membelek deretan pakaian yang tergantung. Kemudian dia membuka pula laci kecil di dalam almari itu yang tidak berkunci.


Alamak!!! Pantas laci itu ditutup kembali. Terbuntang mata Aishah sebaik terlihat lambakan pakaian dalam lelaki di dalam laci tersebut.


Faris tersenyum2 lucu melihat telatah Aishah. Namun tawanya cuba ditahan, lalu dia menekup mulutnya. Matanya sesekali mengerling kea rah Aishah, seolah mahu mengejek gadis itu. Muka Aishah berkerut seribu menahan geram dengan perangai Faris. Lantas pinggang Faris disikunya.


“Fokus! Fokus!” marah Aishah. Faris terangguk2. Faris tunduk, merenung laci yang ditutup oleh Aishah tadi. Biasanya, dia suka menyimpan sesuatu yang berharga di laci tempat pakaian dalam. Mungkinkah arwah Hazriq juga sama? Detik hati Faris.


Perlahan2, laci itu ditarik kembali. Aishah hanya merenung perlakuan Faris. Mereka sama2 terdiam. Sebaik laci dibuka, Faris menguis2 pakaian dalam yang terdapat di dalam laci itu satu persatu. Hatinya tak semena2 berdebar bila tangannya menyentuh sehelai boxer berwarna biru gelap.


Diambil boxer tersebut lalu direnungnya. Aishah memandang Faris yang berkerut merenung boxer ditangannya. Faris kelihatan membelek ke seluruh bucu boxer tersebut. Sampai dihujung kanan boxer tersebut, tangannya berhenti. Mata Faris tajam merenung boxer tersebut.


“Apa yang pelik dengan boxer ni?” soal Aishah separuh berbisik. Faris memandang Aishah dengan renungan yang tajam. BIbirnya diketap. Mereka saling berpandangan.


Perlahan2, Faris menghulurkan bucu boxer tersebut kepada Aishah. Kaget Aishah menyambutnya lalu meneliti bucu boxer itu.


Terdapat tenunan dengan huruf  ‘TFM’ dihujung boxer tersebut . Mata Aishah dan Faris berlaga.


“TFM? Maksudnya?” soal Aishah dalam nada suara rendah. Faris menarik nafas payah. Boxer ditangan Aishah diambil kembali dan direnung.


“Tengku Faris Muhammad..” ujar Faris perlahan. Mata Aishah mencerlung memandang Faris tidak percaya.


“Kau pasti? Takkan semua boxer yang ada initial TFM tu, kau punya…Kalaupun kau punya, macammana boleh ada dalam laci dia ni?” soal Aishah bingung. Faris menghela nafas lemah.


Datin Fauziah yang tiba2 masuk ke dalam bilik, membuatkan Faris dan Aishah sama2 memandang kea rah Datin Fauziah. Pandangan mereka saling berlaga. Masing2 bungkam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2011 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 12-10-2011 09:00

Faris meraup rambutnya. Matanya di hala ke depan, memberi tumpuan penuh kepada pemanduannya menuju ke banglonya di Petaling Jaya. Boxer yang dijumpai di kondominium arwah Hazriq dibawa pulang. Aishah masih menanti kata2nya.


Faris yang bingung, masih bungkam. Tidak dapat bersuara. Dia buntu, tidak pernah menduga hal itu akan berlaku. Sesekali, ibu jarinya digigit, menahan geram di dada. Wajah Tengku Alyah menjelma diruang matanya. Apa yang dia harus ceritakan kepada Aishah? Perangai buruknya suatu ketika dahulu? Faris mengetap bibir.



“Kau yakin ke tu boxer kau?” soal Aishah yang berada di tempat duduk penumpang disebelahnya. Faris angguk, yakin seratus peratus. Tidak ada boxer biru gelap dari Kenneth Cole yang bertanda TFM di bucu kanan, selain miliknya kerana ia ditempah khas olehnya semasa di Paris.



“Macammana boleh ada dalam laci arwah?” soal Aishah. Dia bingung sejak tadi lagi, namun masih menunggu kata2 dari Faris. Namun, sampai kini, Faris masih terdiam berperang dengan perasaan sendiri. Aishah melirik kea rah Faris disebelahnya.



“Boxer tu….aku tempah khas masa kat Paris. Masa tu aku dan Tengku Alyah sama2 bercuti musim panas kat sana masa kami umur 18 tahun. Aku tempah satu set, setengah dozen. Tapi…”kata2 Faris mati disitu sejenak. Matanya masih merenung jalan. Aishah mengerling kearahnya.



“Tapi…waktu tu…aku serahkan satu unit  pada Tengku Alyah sebagai hadiah harijadi dia…dan itulah boxernya…” tutur Faris resah. Mata Aishah membuntang luas.



“Boxer sebagai hadiah harijadi???” hampir terjerit Aishah sebaik mendengar kata2 Faris.



“Eh..masa tu aku aku bodohlah. Dia minta aku berikan dia boxer tu pada dia sebagai birthday gift dia…so, aku pun, masa tu bagi saja. Langsung tak terfikir apa2…” luah Faris kesal. Aishah terdiam membisu. Dia tunduk.



“Maksudnya, Tengku Alyah dan arwah Hazriq ada hubungan? Maka sebab tu boxer tu boleh ada pada arwah Hazriq?” teka Aishah. Faris menoleh sekilas lalu kea rah Aishah.



“Tapi..Datin Fauziah cakap Hazriq tak ada girlfriend!” tukas Faris.



“Arwah Hazriq dah tipu mak dia…kalau tak percaya…cuba kita selidik dari kawan2 dia…” kata Aishah pula.



“Tapi, kalau Tengku Alyah girlfriend arwah Hazriq, kenapa tak ada sebarang bukti yang menunjukkan mereka pernah ada hubungan? Contohnya, gambar…” Faris pula gusar.



“Diorang tak pernah ambil gambar bersama kot…ntahlah…aku pun tak tahu…” keluh Aishah. Dia melempar pandang ke arah pemandangan diluar tingkap kereta.



Faris diam, masih mencerna semua kemungkinan yang berlaku.



“Yang penting, aku pasti bahawa dalang disebalik kejadian ini semua adalah Tengku Alyah! Kita hanya perlukan bukti yang membolehkan Tengku Alyah disabit dengan kesalahan ini..” kata Aishah yakin. Faris menoleh, memandang Aishah yang bersuara tegas.



Mereka sama2 terdiam, saling merenung jalan menuju ke banglo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 09:04 AM | Show all posts
“Tapi..mengapa Tengku Alyah nak bunuh aku pada mulanya? Mengapa dia bunuh Abu dan Dol? Macammana dia boleh buat itu semua?” Faris merebahkan badannya di sofa. TV yang dipasang langsung tidak menarik perhatian mereka berdua.


Sejak pulang dari kondominium arwah Hazriq tadi, mereka berdua tak henti2 berbincang tentang hal itu. Segalanya dilihat terlalu rumit.


“Kau masih nak menangkan Tengku Alyahkah? Aku tahulah dia tu buah hati kau..” perli Aishah sinis. Dia memeluk erat bantal kecil sambil merenung kaca TV.


Faris menjeling kea rah Aishah. Dia cemburukah? Perlahan bibir Faris menguntum senyum.


“Bukan aku nak menangkan dia. Tapi, aku macam tak percaya. Macammana dia boleh upah sebegitu banyak orang untuk berkomplot dalam kes ni. Lagi satu, apa hubungkait dia dengan Hazriq sampai dia boleh bagi sesuatu yang penting pada dia pada si Hazriq tu…” keluh Faris.


“Aku tak peduli apa hubungkait mereka berdua. Melihat boxer kau ada pada Hazriq pun dah cukup menerangkan pada aku yang mereka berdua memang ada hubungan rapat. Kalau tak, takkan sampai simpan ‘barang2 dalam’…” getus Aishah perlahan.


Faris menarik nafas payah lagi. Dia memandang Tengku Alyah yang tekun memandang TV. Berkerut dahi Aishah, khusyuk sungguh menonton! Faris senyum sendirian.


Lengan Aishah yang terdedah dipandang. Gadis itu hanya mengenakan t-shirt lengan pendek dan seluar track. Macam gaya orang kampong sungguh! Faris bangun, lalu menghampiri Aishah. Melihat Faris yang tiba2 duduk di sebelahnya, Aishah menoleh.


“Kenapa?” hairan Aishah melihat Faris yang tersenyum2 di sebelahnya. Makin lama, makin rapat pula Faris padanya. Faris merenung Aishah, kemudian mengulum senyum. Makin hairan hati Aishah. Wajah Faris yang terlalu dekat dengan mukanya segera dijauhi.


“Aku nak tanya kau…” Faris bersuara perlahan dan lunak. Wajah Aishah direnung lagi dengan senyuman di bibirnya.


“Hmm?” Aishah menyoal, tanpa membuka mulut kerana gugup dengan renungan Faris.


“Kenapa tahi lalat kat lengan kau ni cantik sangat?” hujung jari telunjuk Faris hinggap di lengan Aishah. Pantas Aishah memandang lengannya yang disentuh oleh Faris. Tahi lalat sebesar kuman macam ni pun dia nampak? Darah Aishah berderau. Cepat2 dia menepis jari Faris dan terus memegang lengannya kejap.


Faris tersenyum sambil merenung Aishah lagi. Aishah menjarakkan dirinya dari Faris. Lelaki ini sudah mula gila! Faris mendekatinya sekali lagi. Aishah sudah berada di hujung sofa. Sikit lagi dia bergerak, dia akan jatuh.


“Kau ada tahi lalat kat bibir jugaklah…” jari Faris memaut dagu Aishah. Aishah memandang Faris yang tersenyum memandangnya. Jari Faris kini sudah menjalar ke bibirnya. Ini sudah melampau!!


“Kau jangan nak menipu! Aku tak ada tahi lalat kat bibir ya!” pantas tangan Faris ditepis kasar. Bila pulak lalat membuang najisnya atas bibir aku? Faris tergelak dengan gelagat Aishah. Rupa2nya Aishah masih ada hati untuk marah.


“Aku ingatkan kau dah lupa macammana nak marah…” Faris masih ketawa. Aishah bingkas bangun dari sofa.


“Ini pulak untuk orang gatal!” kaki Faris segera dipijaknya kuat dengan tumit kakinya.


“Adoi!!” menjerit Faris kesakitan dengan kerutan dimuka menahan sakit. Aishah terus berlalu dari situ, mahu terus ke biliknya. Faris memang sudah gila! Faris pula masih menyeringai kesakitan sambil menggosok2 kakinya yang dipijak Aishah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:29 AM | Show all posts
suka sangat sebab ada sambungan,
selamat pagi fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:25 AM | Show all posts
best sambung lagi fizz
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:58 PM | Show all posts
bg boxer hadiah besday
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 05:17 PM | Show all posts
fariz dah mula gatal

sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 05:25 PM | Show all posts
SAMBUNG FIZZ.....
NAK TAU GAK MISTERI HUBUNGAN DISEBALIK BOXER TU...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 08:24 AM | Show all posts
kelakolah diorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 11:52 AM | Show all posts
sambung2 lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 05:13 PM | Show all posts
mana ko pi fizz....jgn pi jauh2 sgt noh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 05:21 PM | Show all posts
nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 04:32 PM | Show all posts
fizz busy sgt ke??????
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:40 AM | Show all posts
bila nak sambung lagi fizz? tak sabar menanti..ada masa free sambung ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 10:34 PM | Show all posts
masih menanti n3....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 12:49 PM | Show all posts
terimakasih fizz terubat jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 05:23 PM | Show all posts
adoii mana sambungan nya.....waaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 09:12 PM | Show all posts
nakkkk laaaagiii,,,x cukup niihh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 04:59 PM | Show all posts
mne ni???????????
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:41 PM | Show all posts
mana fizi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063752 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list