CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 26-2-2015 05:28 PM | Show all posts
2 hari merempit baca kisah cik.nana ni..memang best, seram dan naik bulu roma segala..jalan penceritaan pon mudah faham dan real sesangat.. macam gaya @Syumaimah bercerita..
kisah aku dan mistik tu..


nak baca memalam kat henfon, berebut dgn anak plk henfon..
kekdahnyer, kenela baca waktu siang, office hour, time ada keje or gi site,
terbantut jap, tu yg jd 2hari baru habis.. klu xdek keje, beberapa jam jer blh habis daa..
kekeke.. apapon, mmg best..


pasal alang tu, elokla bawak berubat ke darussyifa'.. awk pon sama cik.nana..
bimbang ada jin pengasih yg minat kat kamu berdua mcm kes syumaimah tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 09:30 AM | Show all posts
takder sambungan lagi ker kisah cik.nana ni? huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:37 PM | Show all posts
HOTCILI replied at 26-2-2015 11:14 AM
Gmbr tu nmpk mcm betul cik nana. Cuma lokasi sebenar kejadian masih xdiketahui.

Hotcili dpt dl ...

Hati dapat gak gambar tu dr kwn2...katanya menatang tu dpt ditangkap di daerah kangkar pulai, johor. Wallahualam.
Ada 2 lagi gambar, nampak isi perut dia ngan muka yg mcm mereput...entahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 2-3-2015 05:37 PM
Hati dapat gak gambar tu dr kwn2...katanya menatang tu dpt ditangkap di daerah kangkar pulai, joho ...

euuuwwwwww....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:11 PM | Show all posts
cik nana...cerita dlm bilik bos tu, sampai skrg masih berlaku lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 02:08 AM | Show all posts
hatikudus replied at 2-3-2015 05:37 PM
Hati dapat gak gambar tu dr kwn2...katanya menatang tu dpt ditangkap di daerah kangkar pulai, joho ...

Salam hatikudus.
Nama Kangkar Pulai tu pun dah berbaur seram ni di tambahkan dgn penemuan makhluk ini.
Kalau tak keberatan boleh ke share kat sini 2 keping gambar lagi yg di maksudkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2015 05:32 PM | Show all posts
pu3_rania replied at 7-3-2015 02:08 AM
Salam hatikudus.
Nama Kangkar Pulai tu pun dah berbaur seram ni di tambahkan dgn penemuan makhluk ...

alamak mintak maaf byk2 la...hati pun tgk 2-3 minit terus delete. Tak rela dihantui keseraman kekdahnya huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:09 AM | Show all posts
mana cik nana ni....tak ada lagi ke sambungan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 03:21 PM | Show all posts
Akhirnya habis dah baca semua cite ngn jayanya...mmg best cite2 cik.nana ni...
serammmm sangat...tengah hari baca pun meremang bulu roma...huhu

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 05:26 PM | Show all posts
kata nak sambung...bila ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 08:00 PM | Show all posts
tu la. bila cik.nani nak tambah cerita ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Khatam jugak membaca.seram sejuk je .
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:10 AM | Show all posts
alamak, seramnya pic tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 02:18 PM | Show all posts
cik.nana replied at 15-12-2014 10:25 AM
cik nana agak bizi sekarang. Almaklum dah hujung-hujung tahun ni, ramai pulak orang yg cuti so kita  ...

alamakkk yeke.. hahaha kekadang penah nampak lalat memalam.. dahla jenis yg besar jugak~

Mai pn selalu jugak kena kacau huhu cuma buat tak tau jep huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 02:34 PM | Show all posts
cik.nana replied at 25-2-2015 03:21 PM
Tapi ni nak share gambor cilok dari Twitter


Gambar yg ni adik ada forward kt whatsapp group katenye pakcik pd member dia snap kat Cenang, Perlis. Betul ke x, wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dari kisah 1 cik.nana.. Mmg best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2015 05:24 PM | Show all posts
Kisah 28 - Perginya Seorang Anak

Sebelum kahwin, suami dah pernah bagitau aku yg dia ada sorang adik dah meninggal dunia. Dia kata sebab kemalangan. So aku tak pernah tanya banyak pasal hal tu. Suami pun macam tak nak bercerita sangat. Adik dia, lelaki, yg mesra dengan panggil Bang Ngah meninggal tahun 2009. Cumanya aku jadi semacam curious kadang-kadang bila adik ipar aku yg bongsu selalu sebut-sebut pasal Bang Ngah ni. Intro dulu -- suami aku 4 beradik, 3 lelaki dan sorang perempuan. Suami aku anak sulung dan yg perempuan tu adalah adik bongsu- Dik Ya. Yang nombor 3 kami panggil Bang Chik. Bang Chik sorang je yg masih single. Arwah Bang Ngah pun belum berkahwin sebelum meninggal.

Ada sekali tu, aku tertarik dengar Dik Ya cakap "Ingat lagi masa Bang Ngah sakit dulu, bersilat atas beranda dari tengah malam sampai subuh." Wow. Sakit-sakit pun bersilat ke? Aku ingatkan Bang Ngah ni ada belajar silat la. Bila aku tanya suami, dia kata Bang Ngah takde belajar silat apa pun. Oleh kerana suami aku ni macam tak nak bukak cerita, aku korek cerita dari mak mertua dan Dik Ya. Alkisahnya Bang Ngah ni orangnya lurus bendul, baik hati dan tersangat la rajin orangnya. Pantang ada kenduri-kendara, dia orang pertama kerah tenaga tanpa pernah mintak apa-apa upah/balasan. Sebab kelurusan dia, selalu sangat orang ambil kesempatan kerah dia buat itu ini tanpa bagi apa-apa.

Menurut Dik Ya, sebelum Bang Ngah jatuh sakit, badan Bang Ngah ni sador macam Thor (Dik Ya la kata, bukan aku). Sador sebab Bang Ngah banyak buat kerja-kerja berat. Aku tengok gambor Bang Ngah pun, memang aku akui dia sador. Tapi bila jatuh sakit, Bang Ngah jadi kurus melidi. Yang peliknya, sakit-sakit pun, nasi makan sampai 4-5 pinggan. Bang Ngah start jatuh sakit awal tahun 2009. Memula dia jadi macam lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki, takleh nak bangun. Ingatkan ada sakit sendi ke, saraf ke, pergi hospital buat full check up. Siap jumpa specialist. Doktor tak dapat kesan apa-apa. Sah-sahla MIL terus syak yg Bang Ngah ni kena penyakit 'halus'.

Bawak balik Bang Ngah ke rumah dan mak ayah mentua aku mula cari orang untuk rawat Bang Ngah. Suami aku dgn Bang Chik kerja kat KL, so diorang cuma berhubung melalui phone je la. Pak mertua aku tak berapa setuju sebenarnya guna bomoh atau perawat-perawat ni, tapi MIL aku berkeras jugak. Kata Dik Ya, perawat pertama, kena penerajang dengan Bang Ngah. Dari lumpuh tak boleh bangun, Bang Ngah bangun mengamuk dengan mata merah macam saga, terus diterajangnya orang tu. Lintang-pukang perawat tu lari. Lepas perawat tu lari, Bang Ngah duduk tengah rumah, bersila sambil meratib dalam bahasa tak diketahui. Dik Ya takut sampai menangis-nangis. Lepas sejam dok meratib tu, Bang Ngah pengsan. Itu kejadian di malam hari selepas solat Isyak.

Esoknya, keadaan Bang Ngah jadi lumpuh semula. Makan tak lalu. Sikit demi sikit, badan Bang Ngah mulai susut, jadi cengkung. Perawat silih berganti datang. Ada yg dibawa sedara-mara. Ada yg MIL cari sendiri. Sampailah satu masa tu lepas dua bulan lebih, seorang perawat ni datang dibawa adik MIL. Belum sempat perawat jejak tangga rumah, Bang Ngah dah bangun terpa pintu. Matanya merah menyala. Dimaki hamunnya perawat tu dengan makcik dia. Perawat tu rileks je. Siap cucuh rokok daun. Tapi kali ni, Bang Ngah tak sentuh pun perawat tu. Bila perawat tu naik tangga, Bang Ngah menjauhkan diri dari pintu. Dia mula buka langkah silat. Perawat tu senyum je sambil masuk rumah. Perawat tu tengok je Bang Ngah bersilat sampai keletihan. Bila Bang Ngah dah slow down bersilat, mulala perawat tu berdialog dengan Bang Ngah.

Perawat tanya dia siapa, datang dari mana, nak apa dan macam-macam lagi la. Bang Ngah tak jawab, tapi sebaliknya cuma menderam macam rimau. Dik Ya dgn MIL tak cerita secara terperinci la masa ni macam mana, tapi penghujungnya, perawat tu kata dia tak boleh buat. Dia tak mampu, tak cukup ilmu lagi. Gelak besar Bang Ngah masa tu. Lepas perawat tu pergi, Bang Ngah minta nasi. Kata MIL, malam tu Bang Ngah makan 5 pinggan penuh nasi. Siang hari, nak telan bubur nasi pun tak larat, tapi malam tu, Bang Ngah bantai 5 pinggan nasi. Lepas makan, dia start bersilat semula sampai subuh. Subuh mari, dia pengsan. Suami aku terpaksa balik, tengok keadaan adik dia. Rumah pun jadi tak terurus masa tu. Mertua aku jadi buntu, bingung. Siang Bang Ngah cuma terlantar di atas tilam di tengah rumah, tak mampu bergerak, bercakap pun sepatah dua kata sahaja. Malamnya, dia jadi macam orang lain.

Malam suami aku balik kampung, suasana sunyi sepi. Bang Ngah tidur. Suami aku lepak duduk di beranda rumah sambil hisap rokok. MIL bersembang dengan suami dari tingkap. Tengah dok bersembang, MIL nampak lintasan kain putih di luar rumah. MIL senyap. Tiba-tiba, Bang Ngah bangun duduk bersila. Pak mertua aku yg memang sedia duduk sebelah Bang Ngah sambil baca Quran, terdiam bila Bang Ngah bangun duduk bersila. "Aku nak nasik!" minta Bang Ngah. Dik Ya terkocoh-kocoh pergi ambil nasi bagi Bang Ngah. Suami aku cuma tengok dari beranda kelakuan Bang Ngah, tak kata apa. Tengah dok perati kelakuan Bang Ngah, MIL perasan sekali lagi lintasan kain putih terbang kat depan rumah. MIL kata siap dengar macam bunyi kibasan kain. MIL dah start baca apa-apa yg patut.

"Ibu baca apa!?" Bang Ngah menjerkah. Terkejut MIL aku bila dijerkah Bang Ngah. MIL diam je. Mata dijeling keluar. Dua tiga kali kain putih tu berterbangan di hadapan rumah, makin lama makin hampir. Sampai satu ketika, suami aku pun perasan ada sesuatu berterbangan. Suami aku bangun dari duduk dan cuba meninjau. Serentak tu jugak, kedengaran jeritan nyaring menyakitkan telinga. Dan dalam keadaan macam tu, tak semena-semena kepala suami aku macam ditekan sampai dia terduduk. MIL dan Dik Ya menjerit tengok suami aku kena macam tu. Masa kepala suami aku ditekan sampai terduduk tu, muka dia terkena kayu pengadang beranda sampai terluka bibir. Suami aku jadi macam terkejut, so dia takde reaksi. Bang Ngah pulak tetiba je terbalikkan pinggan nasi sambil memekik-memekik. Kecoh kejap sekampung dengar Bang Ngah memekik.

Jiran-jiran mula keluar rumah, menjenguk ke rumah keluarga suami. Masa tu lah ada jiran yg nampak macam pontianak berterbangan mengelilingi rumah tu sambil melolong. Pontianak ke apa, aku tak tau la. Tapi MIL kata macam rupa pontianak. Berlari jiran sekalian balik rumah masing-masing, tutup pintu tingkap apa segala. Bang Ngah mulala buka langkah silat dia. Sampai nak terajang ayah sendiri pun ada. Suami aku masuk dalam rumah terus tarik ayah dia keluar ke beranda. Dik Ya dgn MIL berpelukan dok tengok Bang Ngah bersilat diiringi bunyi lolongan hantu apetah kat luar rumah. Memang kecoh malam tu. Sampailah pak mertua aku ambil keputusan azan sekuat-kuat hati. Bunyi lolongan stop. Bang Ngah je masih steady bersilat.

==========================




Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 11:43 PM | Show all posts
cik.nana replied at 12-3-2015 05:24 PM
Kisah 28 - Perginya Seorang Anak

Sebelum kahwin, suami dah pernah bagitau aku yg dia ada sorang a ...

terima kasih cik nana..
tak sabar nak tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:45 PM | Show all posts
wow! 2 hari saya merempit baca thread ni! tak sabar tunggu sambungan kisah family suami cik.nana

cepat cepat sambung ye!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 03:04 PM | Show all posts
sila smbg cik nana...dh lama tggu cite br...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072509 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list