CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 19-12-2011 09:39 PM | Show all posts
Faris merenung Aishah lagi. Berita tentang keadaan Tengku Alyah yang dikhabarkan oleh Tengku Kamil menambah kekusutan sedia ada. Serabut otaknya untuk memikirkan semua itu. Bagaimana hendak diterangkan kepada keluarga Tengku Fatimah pula selepas kes itu selesai kelak? Pasti mama akan melenting lagi kerana menyangka sikap playboynya masih ada. Walhal, segala yang berlaku antara dia dan Tengku Alyah kebelakangan ini adalah lakonan semata2. Faris menghela nafas lemah.

“Lagi lama kita tunggu…lagi banyak masalah akan timbul. Esok, kita mesti laksanakan plan terakhir kita. Aku rasa macam dah terlalu lama kita bersama,”  tutur Aishah memecah kebuntuan mereka.

Faris merenung Aishah dihadapannya. Bibirnya diketap lagi.

“Kau akan pergi dari aku kah selepas kes ni selesai?” soal Faris serius. Aishah membalas renungan itu tajam. Perlahan dia mengangguk.

“Tak ada maknanya aku terus berada di sini…” tambahnya lagi.

“Kau tak mahu bersama aku?” soal Faris lagi. Aishah terdiam, merenung anak mata Faris penuh tanda tanya.

“Kahwin dengan aku?” Faris menyoal lagi. Keduanya saling berpandangan tajam. Dada Faris berdebar sebaik mengutarakan soalan itu. Benarkah dia mahu Aishah terus bersamanya hingga hujung nyawanya? Benarkah dia telah memilih gadis di hadapannya itu sebagai teman hidupnya? Faris menarik nafas dalam2…

Aishah mengukir senyum sinis, sekaligus menimbulkan tanda Tanya di hati Faris yang memandang.

“Biar kita selesaikan kes ini dahulu. Selagi kes ini belum selesai, hubungan kita akan tergantung sampai bila2…” Aishah menjawab dengan cara paling selamat lalu mengukir senyum sumbing. Faris terdiam lagi. Aishah direnung lama.

“Kau cintakan aku tak?” sekali lagi Faris menyoal tegas. Riak wajahnya tegang menanti jawapan Aishah. Aishah memandang kembali Faris dihadapannya. Wajah kacak  dan bersih itu hanya mengingatkannya kepada arwah kedua saudaranya yang berlumuran darah pada malam jahanam itu.

“Tak,” pendek jawapan Aishah bersama senyuman pahit yang diukirkannya. Ada rasa pilu turut bertamu di hatinya tatkala menuturkan jawapan itu. Keduanya saling berpandangan lagi. Masing2 terdiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 09:40 PM | Show all posts
Tengku Alyah keluar dari bilik mandi. Hari ini, ada hal mustahak di pejabat arwah bapanya dan dia perlu ke sana menghadiri mensyuarat untuk menggantikan ibunya yang tidak dapat hadir. Kata Tengku Fatimah, beliau tidak sihat.

Melihat ibunya yang mempercayai kebolehannya untuk menghadiri mesyuarat tertinggi itu, benar2 menggembirakan hatinya. Sejak dahulu lagi, dia teringin untuk sama2 berada di meja bulat itu bersama ahli lembaga pengarah yang lain. Tetapi, dahulu ibunya agak keberatan untuk dia turut serta.

Jadi, kali ini dia mahu menunjukkan kebolehannya kepada Tengku Fatimah. Jika Faris pula mengetahui hal itu, pasti lelaki itu akan kagum dengannya nanti. Bibir Tengku Alyah berbunga riang.

Tuala di kepala di jatuhkan lalu dia menuju ke bilik pakaian. Sebaik pintu dibuka, hampir terjojol biji matanya sebaik terlihat Tengku Fatimah yang sedang meneliti pakaiannya di almari pakaian.

“Mama!! Apa mama buat dalam ni!!” Tengku Alyah menjerit sekuat hati lalu tubuh Tengku Fatimah segera ditolak keluar dari bilik pakaiannya. Tubuh Tengku Fatimah terdorong ke depan lalu dia terjatuh sebaik melepasi pintu bilik pakaian Tengku Alyah.

“Alyah! Sampai hati Alyah tolak mama!” giliran Tengku Fatimah pula yang terjerit. Dia cuba bangun dalam kepayahan. Wajah Tengku Alyah sudah bertukar merah.

“I told you…don’t ever cross this line!” Tengku Alyah menunjukkan pintu bilik pakaiannya yang terpisah dari kamar tidurnya yang besar. Tengku Fatimah sudah tegak berdiri di hadapan Tengku Alyah.

“Mama cuma nak kemaskan almari tu! Nothing…” rintih Tengku Fatimah.

“Mama keluar sekarang! Alyah tak suka orang mmasuk bilik ni sesuka hati! Get out!” Tengku Alyah terus menolak tubuh Tengku Fatimah berang agar keluar dari biliknya. Hendak tak hendak, Tengku Fatimah terpaksa melangkah keluar dari bilik itu. Melihat wajah Tengku Alyah yang berang sebegitu, tidak ada gunanya hendak bertekak dengannya.

Kebengisan Tengku Alyah tidak boleh dilawan. Kehendaknya harus dituruti walau apa jua keadaan.

Pammm!!! Pintu bilik ditutup kuat sebaik Tengku Fatimah berada di luar pintu bilik tidur Tengku Alyah. Hampir saja mengena muka Tengku Fatimah. Luluh hati Tengku Fatimah melihat kelakuan anak tunggalnya itu. Remuk rendam seluruh perasaannya.

Beginikah cara hendak melayan ibu sendiri? Bagaimana jika dia berkahwin nanti? Adakah dia akan melayan Puan Emily sebegini juga nanti? Faris! Wajah anak muda itu segera terbayang di ruang ingatannya. Tengku Fatimah mengatur langkah laju menuju ke biliknya bersama rasa marah dan penuh kecewa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:40 PM | Show all posts
Faris tercengang sebaik terpandangkan wajah Tengku Fatimah yang suram. Tapak tangannya di raih Tengku Fatimah lalu segugus kunci diletak ke tapak tangannya. Faris memandang gugusan kunci yang berada ditangannya. Wajah Tengku Fatimah dipandang lagi.

“Dia tak ada. Mak Engku minta dia gantikan Mak Engku hadiri mesyuarat lembaga pengarah hari ni. Faris ambil sendiri sajalah baju tu dari biliknya. Mak Engku tak larat nak naik ke tingkat atas…” ujar Tengku Fatimah lemah.

“Mak Engku sakit?” di sentuh dahi Tengku Fatimah yang berselimut dengan selendang Pakistan yang tebal. Suam. Tidaklah demam…namun wajah Tengku Fatimah murung.

“Kurang sihat saja. Rasa tak sedap badan…” balas Tengku Fatimah. Faris tersenyum. Kunci di tangan direnung sekali lagi. Bagai orang mengantuk yang disurungkan bantal, Tengku Fatimah benar2 memudahkan kerjanya kali ini. Senyuman Faris kian lebar. Nampaknya dia tidak perlu bersusah payah hendak mengarang helah panjang berjela untuk menggeledah bilik Tengku Alyah.

Cukup saja dengan baju Melayu yang ditempahnya di butik Salikin Sidek tempohari. Sengaja dia meminta Tengku Alyah mengambil baju tersebut di butik itu dan menyimpannya dahulu. Alasannya, kemudian hari nanti, barulah dia akan mendapatkan semula baju tersebut dari Tengku Alyah. Dan hari itu, adalah hari ini! Hari Tengku Alyah tidak ada di rumah!
“Jadi, saya naik ke atas dulu ya Mak Engku…” ucap Faris meminta diri untuk naik ke tingkat atas rumah itu. Tengku Fatimah angguk lalu mengukir senyum. Faris terus bangun lalu mengatur langkah ke tingkat atas.

Dari jauh, Tengku Fatimah hanya merenung langkah Faris dalam dia. Jauh di sudut hatinya, berdoa agar Faris akan menemui Tengku Alyah yang sebenar di sana!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:41 PM | Show all posts
Faris puas menggeledah ruang bilik tidur Tengku Alyah. Puas meneroka bilik itu, namun dia masih tidak menemui sebarang tanda di bilik itu. Faris menarik nafas dalam2. Dipandangnya pintu bilik pakaian yang berkunci. Lantas Faris mencuba semua kunci yang ada padanya untuk membuka pintu bilik itu. Namun, tidak ada satu pun kunci yang padan dengan tombol pintu bilik itu.

Faris terdiam sejenak. Matanya meliar memandang ke segenap ruang bilik itu. Dia harus cepat. Dia tak mahu lama2 di bilik itu sehingga menimbulkan rasa curiga di hati Tengku Fatimah. Matanya segera bersinar sebaik terpandangkan sekeping kad.

Pantas kad nipis itu segera diambil lalu ditusukkan ke celah2 pintu yang berkunci tersebut. Huhu…berguna juga ajaran sesat Malfoy, temannya sewaktu di kolej yang sama2 mencuri masuk ke bilik guru semasa di sekolah tinggi dahulu. Kepakaran Malfoy membuka pintu yang berkunci menggunakan kad amat berguna buatnya kini.

Mujurlah pintu itu senang saja dibuka sebaik kad nipis itu dilayangkan ke celah tombol pintu. Pantas Faris terus menerpa masuk ke bilik pakaian tersebut yang menempatkan deretan almari. Matanya melingas ke segenap ruang bilik.

Satu persatu almari digeledahnya dengan hati2. Dia tidak mahu satu pun barang2 di dalam bilik itu berubah tempat. Sampai di almari tengah, sebaik laci dibuka, dada Faris berdebar sebaik terpandangkan sekeping gambar lelaki yang terletak di celah2 buku di dalam laci itu. Lantas gambar lelaki itu diambil lalu diamatinya dengan teliti.

Hazriq Iqbal? Gambar itu berada di laci Tengku Alyah? Faris terkedu merenung gambar itu. Namun Faris cepat2 menyudahkan kerjanya untuk menggeledah almari lain pula. Gambar itu segera diambil lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

Tatkala menolak laci itu ke dalam, terasa seperti ada sesuatu yang tersangkut dihujung laci. Faris cepat2 menarik keluar kembali laci berkenaan dan mahu menutup semula laci tersebut. Namun, sebaik laci tersebut ditarik keluar sepenuhnya, dada Faris benar2 mahu pecah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:42 PM | Show all posts
Matanya terus tertancap pada sebuah beg sandang yang terperuk dihujung laci. Dengan tubuh yang mula menggigil, Faris perlahan2 mengambil beg sandang tersebut lalu membukanya. Dompet kulit berwarna coklat gelap yang terdapat di dalam beg sandang itu dibuka dengan hati2.

Tangannya sudah menggigil. Tidak ada bukti lain lagi sebesar ini! Bukti ini sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa Tengku Alyahlah yang menjadi dalang di sebalik kes penculikannya dahulu! Tengku Alyahlah yang mahu dia diculik dan dibunuh!

Sebaik dompet kulit itu dibuka, beberapa kad yang terdapat di dalamnya diperiksa. Masih tidak berusik. Termasuk kad pengenalannya. Faris ternganga. Terkejut. Itulah beg sandangnya yang di bawanya semasa dia tiba di Kuala Lumpur pada hari dia diculik! Beg itulah yang tertinggal di dalam kereta Mercedes merah bata yang disangka milik Tengku Khursiah!
       
“Mak Engku minta maaf….” esakan Tengku  Fatimah yang tiba2 muncul di muka pintu memandangnya benar2 memeranjatkan Faris. Matanya lantas tertancap pada wajah pilu itu. Faris terkedu. Air liur pekat terasa payah untuk ditelan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:42 PM | Show all posts
“ Hazriq Iqbal…seorang lelaki yang sangat menyintai Tengku Alyah hingga sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan cinta Tengku Alyah. Sayangnya, lelaki itu terlalu mentah untuk menilai baik buruk seseorang…Buta hanya semata2 dikaburi oleh kecantikan seorang perempuan…” Tengku Fatimah memulakan bicaranya tatkala gambar pemuda itu diunjukkan di depannya.

Faris terdiam, merenung Tengku Fatimah yang melabuhkan punggungnya di birai katil Tengku Alyah. Faris masih tegak berdiri berhampiran bilik pakaian. Hela nafas berat Tengku Fatimah jelas kedengaran payah di telinganya, menandakan seksa batinnya menanggung kenyataan itu.

“Sejak bila Mak Engku sedar semua ni?” soal Faris tegang.

“Semasa Faris ke Johor Bharu dulu. Waktu tu, Mak Engku terjumpa dompet milik Faris dalam almari tu. Saat tu, baru Mak Engku tahu, Tengku Alyah rupanya masih belum pulih sepenuhnya,” balas Tengku Fatimah.

“Kalau Mak Engku tahu semua ni, mengapa Mak Engku tak laporkan pada polis? Atau, paling tidak, berterus terang pada Faris…” soal Faris lagi.

“Mak Engku buntu Faris. Mak Engku tak tahu nak buat apa…Lagi pula, Mak Engku tengok, dia makin gembira bila hubungan kau berdua semakin baik dari hari ke hari…” balas Tengku Fatimah resah. Dia memandang Faris penuh harap.

“Tapi Mak Engku, dia dah bunuh 2 kawan saya masa saya di Johor dulu. Kalau pihak polis berhasil dalam siasatan mereka, Tengku Alyah boleh disabitkan dengan banyak kes bunuh Mak Engku…” ujar Faris sedikit terkilan dengan pendirian Tengku Fatimah.

“Dia bunuh 2 orang kawan Faris? Benarkah begitu?” mendengar perkataan ‘bunuh’, naik ngeri telinga Tengku Fatimah mendengar. Digigit jarinya, mula menahan getar di dada.

“Tak mungkin!” pantas Tengku Fatimah menggeleng lagi. Enggan menerima kenyataan itu.

“Dia tinggalkan nota pada mayat kawan saya. Tapi, mujurlah adik kawan saya, yang abangnya dibunuh tu, telah sorokkan nota tu dari dijumpai oleh pihak polis. Kalau tidak, kes ini akan menjadi lebih besar Mak Engku. Lagi pula, kami baru saja sahkan bahawa tulisan pada nota tu, sama dengan tulisan Tengku Alyah. Sekarang, saya pula jumpa beg dan dompet saya semasa tiba di KLIA pada hari saya diculik dan gambar arwah Hazriq ni dalam almari ni. Semua bukti dah jelas menunjukkan bahawa Tengku Alyah sudah bertindak keterlaluan Mak Engku…” jelas Faris lagi.

Tengku Fatimah menarik nafas resah. Tubuhnya bergetar mendengar cerita Faris. Kepalanya menggeleng2, seolah2 tidak percaya dengan semua itu. Namun, Tengku Fatimah sedar, semua itu adalah benar dan tidak dapat didustakan lagi. Tanpa sedar, Tengku Fatimah mengongoi.

“Apa kita nak buat ni Faris….Mak Engku tak tahu apa nak buat lagi….Mak Engku takut kalau2 cerita ni tersebar ke pengetahuan kerabat yang lain. Mak Engku takut kalau2 cerita ni diketahui umum. Buruk padahnya nanti Faris….tolonglah Mak Engku Faris….tolonglah…” terhinggut2 bahu Tengku Fatimah menahan sedu sedan.

Faris menghela nafas payah. Melihat sedu sedan Tengku Fatimah, dia juga buntu. Kata2 Tengku Fatimah ada benarnya juga. Hal tersebut tidak boleh langsung diketahui umum. Jika tidak, ia pasti menconteng arang ke seluruh muka kaum kerabat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2011 09:43 PM | Show all posts
Titt…Tittt….telefon bimbit Faris yang berdering dari celah koceknya segera diambil. Nama Tengku Alyah terpapar di skrin sebagai nama pemanggil.

“Alyah…” Faris bersuara perlahan sambil memandang Tengku Fatimah yang tegak memandangnya. Pantas telefon dilekap ke telinga.

“Hello….” berdebar2 dada Faris sebaik menjawab panggilan dari Tengku Alyah. Bagai mengerti situasi tersebut, Tengku Fatimah juga turut diam, memasang telinga kepada perbualan kedua orang muda itu.

“Faris….I ada depan rumah you sekarang. Boleh you suruh security guard depan rumah you ni benarkan I masuk?”  soal Tengku Alyah sebaik terdengar suara Faris.

“WHattt??!!!” Faris terjerit sebaik mengetahui Tengku Alyah berada di hadapan banglonya. Melihat Faris yang tersentak, Tengku Fatimah turut bangun dan menghampiri Faris penuh gelisah.

“You buat apa kat depan rumah I? You tak bagitau pun nak datang?”

“Ala…I nak hantar baju yang you tempah tempohari la. Mesti you lupa nak ambil kan? So, I datang hantarlah ni..” balas Tengku Alyah. Faris menepuk dahinya. Aku datang sini nak ambil baju tu, dia pula ke sana menghantar!

“ Alyah..! Listen…you tak payah masuk rumah I…sebab I tak ada kat rumah sekarang. Can we meet at Dome KLCC within 30 minutes time? I’m on my way now…” kelam kabut Faris mengatur temu janji.

Tengku Alyah terdiam. Dia merenung susur jalan menghala ke banglo Faris dari dalam keretanya. Dihala pandangannya ke tingkap rumah yang menghadap jalan besar. Faris tiada di rumah? Habis, siapa yang menutup tingkap bilik itu semasa keretanya baru tiba di depan pagar rumah banglo itu tadi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:45 PM | Show all posts
Ketukan di muka pintu yang bertalu2 dari luar menggamit perhatian Aishah. Dia merenung sahaja pintu masuk rumah itu tanpa rasa. Ketukan yang semakin kuat kedengaran hingga hampir-hampir merobohkan engsel pintu menjengkelkan perasaannya.

Bukan dia tidak tahu, siapa yang berada di balik pintu. Sebaik perempuan itu keluar dari kereta dan merempuh masuk ke banglo itu, dia menjadi pemerhati setia kepada setiap gerak geri Tengku Alyah.

Hatinya berdetak detik berfikir, apa yang harus dibuat pada saat itu. Telefon yang berdering langsung tidak dihiraukan. Dia bukannya operator atau penyambut tetamu yang perlu menjawab setiap panggilan masuk ke rumah itu.

Niat dihatinya, mahu membuka pintu itu sahaja. Tak sabar rasanya mahu bersua muka dengan perempuan yang telah menumpahkan darah arwah abang Abu dan abang Dol. Wajah kedua-dua saudaranya bertandang di ruang mata.

Pintu yang kukuh mula bergegar dengan ketukan yang semakin rancak. Aishah menguatkan hatinya. Langkah kakinya dihayun mendekati pintu lalu tangannya dengan yakin terus memulas tombol pintu utama. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 09:45 PM | Show all posts
Sebaik pintu terbuka, tersembul wajah Tengku Alyah di muka pintu. Aishah dan Tengku Alyah sama2 terdiam, merenung antara satu sama lain. Bibir keduanya bungkam, masing-masing meneliti raut wajah secara terperinci dengan pelbagai persoalan.

“Who are you?” tanpa dijemput masuk, Tengku Alyah terus melangkah masuk ke dalam banglo. Matanya masih meliar ke segenap inci raut wajah Aishah yang turut memandangnya serius. Pandangan Tengku Alyah dilempar pula ke segenap sudut banglo Faris.

“Perempuan simpanan Tengku Faris?” soal Tengku Alyah lagi. Matanya tajam merenung penampilan Aishah yang hanya bert-shirt biru gelap dan jeans biru.

“Awak pulak siapa….tiba2 pecah masuk banglo ni macam nak roboh pintu kayu ni?” sanggah Aishah pula. Tengku Alyah terdiam sejenak, merenung Aishah seakan terpana dengan tempelak Aishah.

“You don’t have to know who am I coz actually I’m everything to Tengku Faris. Apa you buat di sini?” soal Tengku Alyah pula curiga. Separuh nafasnya benar-benar cemburu melihat kehadiran Aishah di rumah itu. Sedangkan dia, tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah itu tanpa kehadiran Puan Emily.

“Faris ajak saya tinggal dengan dia…”balas Aishah bersahaja, sengaja menyakitkan hati Tengku Alyah. Matanya bersinar melihat api cemburu yang mula menyala di mata Tengku Alyah. Seakan menjadi satu kepuasan pula kepadanya. Bibir Aishah mula menguntum senyum sinis.

“Tinggal dengan dia?” soal Tengku Alyah gugup. Tiba2 nafasnya sekan sesak. Dia berasa lemas bernafas di dalam rumah itu dengan kehadiran perempuan muda di hadapannya itu. Perasaan curiga dan cemburu tadi mula bercambah menjadi tidak tenteram.

“You…you ni siapa? Kenapa you patut tinggal dengan dia? Dan…berdua? Bedua dengan Tengku Faris di banglo ni???!” Tengku Alyah mula tidak tentu arah. Berkali2 dia meraup rambut ikalnya yang berwarna keperangan. Tak mungkin Faris membohonginya kali ini! Tapi, perempuan ini….

“Berdualah! Siapa lagi yang ada kat sini….” jawab Aishah lagi. Makin lebar senyuman sinisnya melihat Tengku Alyah yang bagai hilang punca. Macam kucing hilang anak….

“Berdua???” diraup lagi rambutnya. Tengku Alyah terasa kepanasan. Langkahnya kelam kabut mundar mandir di hadapan Aishah. Tidak! Tidak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:46 PM | Show all posts
“Apa hubungan you dengan Tengku Faris? Do I know you?” kali ini Tengku Alyah berpusing-pusing keliling Aishah pula. Jelas dia sudah hilang sabar.

Aishah melirik kea rah Tengku Alyah yang memandangnya tegang. Senyuman diukir lagi di bibir nipisnya. Makin panjang. Aishah menarik nafas perlahan-lahan sambil memandang wajah Tengku Alyah yang kelihatan berpeluh.

“Tengku Faris bagitau saya, dia nak kahwin dengan saya…” jawab Aishah mengejek.

“No!” serentak dengan itu, Tengku Alyah pantas menjerit sambil menutup telinganya. Matanya terjegil merenung Aishah. Direnung wajah Aishah dalam2. Siapa gadis di hadapannya ini? Pernahkah mereka bertemu sebelum ini? Anak kerabat diraja mana gadis ini? Anak orang kenamaan mana gadis ini sebenarnya? Puas Tengku Alyah cuba mengingati satu persatu gadis-gadis golongan atasan yang dikenalinya. Namun dia buntu.

“Kau siapa?!!!” bentak Tengku Alyah. Dahi dan lehernya sudah berpeluh. Nafasnya turun naik. Faris menipunya sekali lagi! Aduh!!!Tengku Alyah terasa hendak menjerit sekuat hati, namun dia menggigit bibirnya menahan geram.

Aishah merenung Tengku Alyah dihadapannya sambil tersenyum sinis. Aishah menarik nafas dalam-dalam, kemudian memandang Tengku Alyah.

“Kau ingat tak 2 orang lelaki melayu yang kau upah orang untuk bunuh waktu di JB dulu?” soal Aishah serius. Kali ini Tengku Alyah pula yang terpaku merenungnya. Aishah menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan sekeping kertas. Kertas itu dilayangkan di hadapan muka Tengku Alyah.

“Kau ingat lagi tak nota ni?” soal Aishah lagi. Tengku Alyah makin bungkam penuh debar menatap nota tersebut.

“Kau bau tak hanyir darah di nota ni? Kau dapat bau tak?” kertas itu diunjukkan ke depan hidung Tengku Alyah lalu dengan pantas Tengku Alyah menapak ke belakang menjauhi kertas tersebut. Seakan jijik dengan kertas yang sudah berceloreng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:47 PM | Show all posts
“Kau..???” Tengku Alyah terkedu sambil merenung gadis di hadapannya. Inikah gadis yang pernah rapat dengan Faris dahulu? Inikah gadis yang merupakan satu-satunya perempuan dalam kumpulan penculik kanak-kanak yang diupah dahulu? Inikah dia???

“Tapi….” Kata2 Tengku Alyah hilang di situ. Dia seakan tidak percaya dengan hakikat yang terbentang di hadapan matanya kini.

“Kenapa kau bunuh abang-abang aku? Apa salah mereka pada kau?” bentak Aishah kasar. Tengku Alyah mula menapak ke belakang. Enggan berada hampir dengan gadis itu. Melihat sinar mata gadis itu, seperti api yang menjulang membakar isi dunia.

“Aku tanya kau ni! Jawablah!!!! Apa salah diorang pada kau?!!!! Kenapa kau bunuh diorang??!!! Kenapa kau kelar leher dia?!! Kenapa kau tembak dia??!!!” jerkah Aishah melihat Tengku Alyah yang terdiam. Aishah bergerak menghampiri Tengku Alyah yang mula menjauhinya.

“Kau yang aku patut bunuh!!! Kau yang aku mahu bunuh!!! Kau tahu?!!” jerit Tengku Alyah pula.

“Kalau macam tu, bunuhlah aku! Kenapa kau bunuh mereka?!!! Kenapa??!!!” kali ini Aishah pula yang menjerit.

Tengku Alyah pantas menggeledah isi beg tangannya lantas tangannya mencapai sesuatu di dalam beg tangan tersebut. Seluruh badannya sudah bergetar menahan ketakutan melihat Aishah yang kian hampir padanya.

“Aku memang nak bunuh kau sayang…..” sepucuk pistol yang baru dikeluarkan dari beg tangan Tengku Alyah terus diacu kearah Aishah. Langkah Aishah dan Tengku Alyah sama2 mati. Masing-masing terdiam membeku, sama-sama merenung pistol yang sedang diacu kea rah Aishah.

“Tak perlu soal banyak. Aku memang mahu bunuh kau…dah lama aku mencari kau sayang…tapi, aku tak jumpa. Aku hantar orang ke JB untuk mencari kau, tapi rupanya kau ada di sini. Ada di istana ini rupanya. Kesalahan kau kali ini memang tak patut di beri kemaafan langsung! So…this is the time….” Tengku Alyah tergelak terbahak-bahak. Tak ubah seperti orang sakit mental yang baru terlepas dari Tanjung Rambutan. Nafasnya naik turun tidak terkawal.

Aishah merenung saja Tengku Alyah yang ketawa berdekah-dekah. Saat itu, teringat olehnya akan pistolnya yang disembunyikan oleh Faris. Kalaulah Faris tidak merampas pistol itu tempohari, pasti saat ini kepala perempuan gila ini sudah berderai menjadi kepingan kaca.

“Aku tak sangka…citarasa Tengku Faris rupanya pada perempuan kampong macam kau…hahahaha…kalau kau tak rapat dengan Tengku Faris…tentu kau dan abang-abang kau takkan terima nasib macam ni kau tau….tapi…itulah…kenapa tiba-tiba korang ubah plan? BUkankah aku yang upah korang pada asalnya? Kenapa korang berpaling tadah? Kenapa memandai-mandai? Jadi, jangan salahkan aku atas apa yang dah terjadi…okey…” Tengku Alyah sudah hilang punca. Dia ketawa berdekah-dekah sambil jarinya menarik picu untuk melepaskan tembakan.

Panggggg!!!! Aishah yang tidak sempat berbuat apa-apa terkaku di situ. Saat bunyi tembakan kuat kedengaran di telinganya, Aishah hanya mampu memejamkan matanya. Wajah arwah Abu dan Dol segera menjelma lagi. Maafkan  Ecah abang Abu..abang Dol….Ecah rupanya tak boleh buat apa-apa tanpa bantuan abang berdua….maafkan Ecah……

Suasana hening memecah ruang antara Aishah dan Tengku Alyah. Kedua-duanya jatuh tersungkur, rebah menyembah bumi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:47 PM | Show all posts
Faris terpana merenung kedua tubuh yang rebah di lantai rumah. Bibirnya ternganga merenung darah yang memercik memenuhi lantai rumah. Merah pekat warnanya. Perlahan-lahan, Faris menolah ke sisinya.

Tengku Fatimah mula menggigil dan teresak-esak. Perlahan-lahan, Tengku Fatimah menjatuhkan pistol yang berada di tangannya. Pistol tersebut jatuh ke lantai, di sisi kaki Tengku Fatimah. Tengku Fatimah telah menembak Tengku Alyah!

Faris menelan air liur pekatnya. Kaku dengan peristiwa yang baru saja berlaku di hadapannya. Sebaik mereka tiba di rumah itu tadi, Tengku Alyah sedang menarik picu pistol untuk menembak Aishah. Belum sempat hendak berbuat apa-apa,  tembakan dilepaskan. Namun, di luar dugaan Faris, Tengku Fatimah rupanya yang lebih pantas bertindak.

Tengku Fatimah bergerak perlahan-lahan menghampiri mayat Tengku Alyah. Tubuhnya dengan berat duduk, memangku kepala Tengku Alyah. Perlahan-lahan, rambut Tengku Alyah diusap penuh kasih. Airmata Tengku Fatimah berjurai menuruni pipi.

“Maafkan mama Alyah….maafkan mama….you’re too much already….” ucap Tengku Fatimah separuh berbisik ke telinga Tengku Alyah. Faris masih terkaku merenung kedua beranak tersebut. Dia masih terpaku dan terkejut dengan tindakan Tengku Fatimah.

“Dia dah buat banyak dosa Faris…dia dah terlalu jauh….You’ll never know what she’s been doing before….” bibir Tengku Fatimah masih terkumat kamit sambil memeluk Tengku Alyah di ribanya. Faris tergamam. Tengku Fatimah mengalih pandangannya kea rah tubuh gadis di hadapan mereka yang terlungkup di lantai.

Melihat pandangan Tengku Fatimah ke arah tubuh Aishah yang rebah, serta merta mengingatkan Faris bahawa masih ada nyawa yang perlu diperiksa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:48 PM | Show all posts
Faris merenung raut wajah tenang di hadapannya. Mata gadis itu mula bergerak, menampakkan bahawa gadis itu bakal sedar tidak lama lagi. Perlahan-lahan, kelopak mata gadis itu terbuka. Faris menarik nafas lega. Sejuta syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana memperkenankan doanya.

“Aishah…” tangan sasanya segera menggenggam erat jemari Aishah. Dikucup jemari itu penuh kasih.

Melihat Faris yang berada di hadapannya, membuatkan bibir Aishah terus menjadi kelu. Di pandang sekelilingnya. Suasana berbeza terbentang di hadapannya kini. Aishah menggagahkan dirinya untuk bangun dan bersandar di kepala katil.

“Syukurlah kau tak apa-apa…Aku takut sangat kalau-kalau aku akan kehilangan kau…” bisik Faris sambil tersenyum lega. Aishah terdiam. Matanya merenung segenap ruang hospital. Melihat lengan kirinya yang berbalut dan rasa ngilu yang bertandang, menjelaskan padanya bahawa tembakan Tengku Alyah telah tersasar mengena lengannya.

Satu keluhan dilepaskan dari bibir Aishah. Alhamdulillah…masih ada kesempatan yang Tuhan mahu berikan untuknya untuk menyedut udara di dunia ini rupanya. Aishah memandang Faris yang melekat di sisi katilnya.

“Tengku Alyah?” soal Aishah ingin tahu. Faris terdiam sejenak merenung wajahnya. Mata mereka berlaga. Faris tunduk, kemudian merenung wajah Aishah. Jemari Aishah sekali lagi digenggam erat.

“Dia dah tak ada…” tutur Faris perlahan. Berkerut dahi Aishah mendengarnya. Tak ada? Maksudnya?

“Maksud kau?” soal Aishah. Suaranya serak-serak basah. Lemah. Faris terdiam pula, mengulum bibirnya. Dia mencari kata-kata untuk membalas soalan Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:48 PM | Show all posts
“Dia di tembak Tengku Fatimah, untuk menyelamatkan kau petang tadi. Insya-Allah, pagi esok, sebelum Zuhur, mayat dia akan dikebumikan..” ujar Faris perlahan.

Jawapan Faris membuatkan Aishah terpana. Mata mereka berlaga lagi. Masing-masing terdiam tanpa suara.  Aishah menghela nafas resah, seakan mahu menghamburkan rasa duka atas berita itu.

“Aku minta maaf….sebab aku, dia mati….aku minta maaf Faris…” suara Aishah bertambah sebak. Matanya mula terasa panas. Kes penculikan yang pada mulanya disangka biasa kini sudah bertukar menjadi tragedy yang telah meragut banyak nyawa!

“Aku minta maaf Faris….” tangan Faris digenggam erat. Faris segera menggelengkan kepalanya lalu duduk di katil Aishah. Di sisi Aishah. Di pandang mata Aishah dalam-dalam.

“Ini semua ketentuan Tuhan. Tak ada siapa yang bersalah dalam hal ni Aishah….”genggaman Aishah dibalas, bagi memberi kekuatan kepada Aishah untuk berdepan kenyataan itu.

Aishah terdiam lagi. Tanpa sedar, airmatanya tumpah setitik lalu menuruni pipinya dengan deras. Perlahan-lahan, kepalanya menggeleng-geleng. Perasaan hibanya cuba ditahan sebaik mungkin. Aishah mengetap bibirnya untuk mengelakkan airmatanya terus mengalir.

Melihat Aishah sebegitu, Faris turut dihimpit pilu. Pipi Aishah diraup penuh kasih. Bergetar hatinya melihat wajah hiba itu.

“Aku tak pernah duga kes culik ini, akan berakhir sebegini. Aku tak pernah terbayang cerita ini akan berakhir macam ni  Faris….Kalaulah aku tahu ini kesudahannya, sumpah, aku takkan setuju dengan abang Abu dan Dol untuk menculik kau dulu! Aku lebih rela masuk penjara kerana menculik budak-budak dulu! Sumpah Faris….sumpah….” teresak-esak Aishah cuba menahan tangis.
“Aishah…..” Faris memegang pipi Aishah, agar Aishah terus memandangnya. Faris menggeleng kesal.

“Apa yang berlaku, ada hikmahnya Aishah! Jangan sesekali kau cakap macam tu! Tanpa kejadian ni, sampai mati pun, tak mungkin kita kan bertemu Aishah! Aku sayangkan kau! Dan aku nak kau tahu, aku mahu kau selamat! Itu saja! Perkara lain, aku tak peduli! Apa yang perlu kita ingat, semua ni memang takdir! Kau ingat tu!” ujar Faris tegas.

Aishah terdiam. Tangan Faris yang masih memegang pipinya dijatuhkan. Aishah mengetap bibirnya. Dia menelan air liur pekatnya kemudian tunduk. Enggan menatap wajah Faris di hadapannya lagi.

Perlahan-lahan, Aishah merebahkan badannya ke bantal lalu berkalih badan membelakangi Faris. Sedunya ditahan, enggan membiarkan Faris melihatnya lagi. Faris menarik nafas lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:49 PM | Show all posts
Faris memandang Aishah yang diam merenung kaca televisyen. Sejak pulang dari hospital pagi tadi, Aishah diam sahaja tanpa banyak bicara. Sepatah ditanya, sepatah jua jawabnya. Mungkin dia masih memerlukan masa untuk menerima semua kenyataan ini. Begitu fikir Faris.

“Betul kau tak mahu ikut?” soal Faris.Majlis pengebumian Tengku Alyah perlu dihadiri. Dia sudah agak lewat kerana terpaksa menjemput Aishah pulang ke rumahnya dahulu pagi tadi. Usai menguruskan hal Aishah di hospital, barulah dia berpeluang untuk menghadiri majlis pengebumian itu.

Aishah menggeleng lemah. Matanya masih kaku merenung televisyen. Faris diam, menarik nafas resah. Aishah direnungnya sedetik kemudian dia tunduk. Langkah kaki diatur jua meninggalkan ruang tamu menuju pintu utama.

“Aku pergi dulu…” lembut pesan Faris kepada Aishah yang masih tidak bergerak ditempat asal. Faris memandang Aishah dari jauh, mengharap sebarang reaksi dari Aishah. Namun hampa, Aishah tetap begitu.

Faris diam, perlahan-lahan menarik tombol pintu untuk menutup pintu rumah. Biarlah! Biarkan Aishah sendirian dahulu. Mudah-mudahan, dengan kedatangan mamanya petang nanti, mungkin sedikit sebanyak membantu gadis itu untuk pulih dari kemurungannya.

Faris menghela nafas. Keretanya dihampiri dan terus dia bergegas meninggalkan rumah itu menuju ke majlis pengebumian Tengku Alyah.

Sebaik pintu rumah ditutup, Aishah perlahan-lahan berpaling menatap pintu yang kosong. Riak wajahnya keruh. Keningnya berkerut, bibirnya diketap kuat menahan rasa di hati. Ada air panas yang bertakung di tubir matanya. Namun dia enggan membiarkan air panas itu tumpah.

Aishah bersandar sejenak di sofa. Satu helaan nafas berat dilepaskan. Seluruh isi rumah dipandang sayu. Satu persatu sudut direnung lama bersama hati yang pilu. Akhirnya misi ini tamat jua. Dan kisah antara aku dan Faris juga perlu tamat di sini.

Aishah bangun perlahan-lahan, cuba menggagahkan dirinya bangun naik ke biliknya. Rasa ngilu luka ditembak dahulu masih terasa. Namun dibuang rasa sakit itu jauh-jauh. Dia mahu segera ke biliknya. Dia tidak boleh lambat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:49 PM | Show all posts
Faris membuka pintu rumah. Majlis pengebumian Tengku Alyah baru saja selamat diselesaikan.  Petang nanti, mamanya akan tiba di Malaysia untuk mengunjungi Tengku Fatimah bagi menyampaikan rasa takziah atas pemergian Tengku Alyah.

Perlahan2, Faris melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah sunyi sepi. Sepi tanpa sebarang bunyi. Faris meletakkan songkoknya dimeja sisi. Pandangannya dihala ke tingkat atas. Barangkali, Aishah masih berada di biliknya.

Berita mengenai kedatangan mamanya petang nanti, masih dirahsiakan buat pengetahuan Aishah. Dia mahu menemukan Aishah dengan mamanya. Besar harapannya, agar mama dapat menerima Aishah di dalam hidup mereka nanti. Lagipun, gadis itu sudah tak punya sesiapa lagi di dunia ini.

Faris menghela nafas resah. Perlahan2, dipanjat tangga rumah menuju ke bilik Aishah. Suasana sedih yang menyelubungi hatinya melihat kesedihan kaum kerabatnya, terasa menusuk hati sehingga sekarang. Lalu, disaat2 seperti itu, dia perlukan Aishah untuk berkongsi rasa.

Tok! Tok! Pintu bilik Aishah diketuk perlahan. Namun tiada reaksi. Faris mengetuk sekali lagi. Menunggu buat dua tiga minit agar pintu dibuka, Faris mengambil keputusan untuk membuka daun pintu.

“Aishah…” pintu bilik Aishah dibuka. Faris merenung segenap bilik, mencari kelibat Aishah. Namun, kosong. Hati Faris berderau. Dadanya berdebar2. Langkahnya diatur memasuki bilik itu tanpa menutup pintu.

Aishah tiada di bilik. Hati Faris berdenting kuat. Ke mana dia pergi? Barangkali di dapur? Baru sahaja langkah hendak diatur menuju keluar dari bilik itu, pandangannya jatuh kepada meja solek yang kosong.

Lantas Faris melangkah menghampiri meja solek yang kosong. Habuk pun tiada! Faris menyentuh meja solek yang dulunya dipenuhi barang2 Aishah. Hatinya berdegup lebih kencang. Mengapa meja soleknya kosong? Kemana perginya barang2 Aishah?

Faris pantas membuka almari pakaian. Mata Faris membuntang besar melihat almari pakaian yang telah kosong! Kemana Aishah pergi? Kelam kabut Faris menutup kembali almari pakaian tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 09:50 PM | Show all posts
Namun, langkahnya tiba2 mati apabila melihat sekeping sampul surat berwarna putih yang diletakkan diatas katil. Jantung Faris berdegup lebih kencang. Pantas dicapai sampul surat tersebut dan isinya dikeluarkan.

Sekeping surat untuknya dari Aishah! Faris meraup wajahnya berkali2. Aishah! Apa kau buat ni Aishah!! Nafasnya mula berlari tidak tentu arah. Lantas, bait2 kata yang tertulis di dalam surat itu dibaca dengan teliti.

“Faris,
Terima Kasih….
Kerana pernah menjadikan aku kawan kau,
Kerana pernah menyelamatkan nyawa aku,
Kerana membenarkan aku menumpang di rumah kau beberapa bulan ini,
Kerana telah menjadikan aku orang kaya baru….

Minta maaf,
Kerana menyusahkan kau selama kita bersama,
Kerana membuat hidup kau kucar kacir setelah kedatangan aku di dalam hidup kau,
Kerana aku tak bisa terus berada di sisi kau buat waktu yang lama…
Kerana kita hidup dengan cara masing2…dunia kita jauh berbeza,

Faris,
Suatu masa dulu, kuakui ku pernah cintakanmu,
Namun, semua perasaan cinta itu telah berkubur bersama jasad Abu dan Dol,
Jadi, biar kita lupakan saja semua yang telah berlaku,
Kerana semuanya juga telah sampai ke penghujung cerita,
Usah dikenang lagi seluruh kenangan pahit yang telah berlalu,
Biar kita mulakan hidup baru,
Hidup aku tanpa kau,
Hidup kau tanpa aku,
Seolah tidak pernah berlaku apa2 sebelum ini,
Kita takkan boleh bersama kerana,
Terlalu banyak perkara yang membuat hati kita tercalar bila kita bersama…
Kau menyebabkan aku hilang 2 saudaraku,
Aku, membuatkan kau hilang saudaramu…

Faris,
Aku mahu lupakan semuanya,
Aku mahu lupakan Abu,
Aku mahu lupakan Dol,
Dan aku juga mahu lupakan kau,
Kasihanilah aku…
Aku mahu hidup gembira…

Dari: Aishah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:51 PM | Show all posts
Aishah!! Apa kau buat ni!! Aishah! Faris menggenggam erat surat itu ke dalam dadanya. Perlahan2, Faris bangun, melangkah keluar dari bilik itu. Balkoni yang terdapat dihujung bilik dihampiri perlahan2.

Faris merenung jauh kea rah pemandangan Kuala Lumpur yang mendung. Surat Aishah digenggam erat. Matanya seakan berat untuk terus dibuka. Ada air panas yang bertakung  di kolam matanya. Makin lama makin berat, hingga mengaburkan pandangannya.

Pedih…Faris menarik nafas payah. Air mata Faris perlahan2 menuruni pipinya. Pandangannya kini kabur dan dibiarkan saja. Sampai hati kau Aishah tinggalkan aku macam ni…sampai hati kau…

Wajah Aishah menjelma di ruang mata. Benarkah begitu susah dan sukar untuk terus berada di sisi aku? Tidak gembirakah kau bila berada bersama aku? Aku langsung tidak memberi sebarang makna dalam hidup kau kah Aishah?

Akukah yang selama ini bertepuk sebelah tangan? Aku seorangkah yang  selama ini memupuk rasa cinta dalam hubungan kita? Terlalu burukkah aku hingga kau enggan menjadi sahabat aku? Beginikah caranya kau tinggalkan aku? Terlalu terukkah aku ni Aishah???

Persoalan demi persoalan menujah kepala Faris bertalu-talu hingga dia lemas di belenggu soalan yang tidak mungkin akan ditemui jawapannya. Faris menghela nafas berat seraya mengetap bibirnya. Pandangan kecewanya jauh dilemparkan ke hujung langit.

Kasihanilah aku…Aku mahu gembira….ayat terakhir surat Aishah terngiang2 ditelinganya. Kau mahu gembira? Aku??? Faris mula bertanya kepada diri sendiri. Akan ditemuikah makna gembira itu?

Faris terus tegak berdiri di balkoni, merenung jauh ke segenap alam. Biar angin yang bertiup ini, menyampaikan perasaan pedih dan sayu hati ini kepada Aishah, walau di mana dia berada.

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat menyinta…..

---------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 19-12-2011 22:11


phewww.....at last.....abis gak!

thanks to readers!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:26 AM | Show all posts
waaaa.....nak la faris ngn aishah....

buat la special episode pliiissssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058379 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list