CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sufisme

[Copy link]
 Author| Post time 26-7-2004 02:31 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 26-7-2004 02:13 AM:
Kalau saya letak kata2 dalam mulut sdri saya akan tulis , sebagai contoh:

(i) sebab idea sdri selari dengan idea mereka
tapi saya tak tulis begitu, SAYA TULIS:
Mungkin idea u dan mereka s ...


I terus terang ngan u..

I bebas buat apa I suka..
I tak suka jadi pengikut yg buta dan tuli...

I bukan org yg baik dan I juga bukan org yg jahat..
So apa yg I cakap dan sebarang idea adalah dr persetujuan fikiran I sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2004 01:22 PM | Show all posts
Kerap betul sebut pasal pengikut-pengikut ni kenapa ya? Ini dah kali ketiga, rasanya...

Pehal?

Ada tak kat mana-mana kat board ni ada sesiapa jemput jadi pengikut? Kalau ada meh sini saya padamkan, IKLAN tidak dibenarkan.

Takkan sebab orang tak bersetuju dengan apa yang sdri cakap, maknanya orang itu mahu sdri jadi pengikut dia? Dan kalaupun idea dua orang itu selari, apakah itu bermakna ada yang menjadi pengikut, dan ada yang jadi diikut?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 23-7-2004 12:11 AM:
seorang doktor islam yang keje tungkus lumus nak sihatkan rakyat ajor kesihatan dan seme2 tu di tengah masarakat lebih mulia dari tok ulama yang pandai bising bab jihad dari mimbar mesjid dari satu ...

wkaakakaa ajiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilol windu wei...


ulama fikih ngan ulama tauhid mana lagi mulia??:bgrin::bgrin:

bincang pasal ulama nih...boleh berbunuh beb... al hallaj pun kena pancung..

itupun berselisih pendapat ngan ulamak fikih.....

takde ulamak fikih ..susah jugak nak hidup kat dunia nih...kat tonggang langgan jadiknya.....


aku penin aku penin:bgrin::bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2004 06:04 AM | Show all posts
by marquez..

Kerap betul sebut pasal pengikut-pengikut ni kenapa ya? Ini dah kali ketiga, rasanya...
Pehal?

Tak sengaja... I tulis apa yg keluar dr minda..:kant:

Takkan sebab orang tak bersetuju dengan apa yang sdri cakap, maknanya orang itu mahu sdri jadi pengikut dia? Dan kalaupun idea dua orang itu selari, apakah itu bermakna ada yang menjadi pengikut, dan ada yang jadi diikut?

Okay... maklumat diterima

TIADA PERANTARAAN DALAM ISLAM

Ungkapan yg menarik utk dibincangkan... I bawa ke persepsi lain.. (very sorry..I tak minat persepsi politik)

Tiada perantaraan yg boleh menghapuskan dosa di atr Allah dan manusia.  Tiada seorg manusia pun yg mampu memberikan syafaat dan mudharat kpd sesamanya.  

Ini kerana tak ada wasilah yg mempunyai pendekatan diri kpd Allah melainkan amal solehnya.  

Org Islam haruslah berfikir secara sihat dlm membezakan yg hak dan yg batil.  Memang manusia adalah bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yg mereka lakukan tanpa meminta pertolongan kpd pihak lain.

Bagaimana pun Allah menciptakan manusia sbg makhluk sosial, di mana kita tak mampu hidup sendirian sekali pun kita ingin melakukannya.  Maka kita tetap menjadi anggota masyarakat kerana kita mempunyai hak dan kewajipan di dalamnya.


[ Last edited by fleurzsa on 29-7-2004 at 06:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2004 10:08 AM | Show all posts
Saya agak keliru.

Apakah hakikat kehidupan yang sebenar adalah selari dengan konsep kesufian?
Kenapa konsep kesufian makin tersisih dikalangan masyarakat islam sekarang?
Adakah konsep kesufian merupakan model kehidupan yang sebenar/dicari??

Harap bantuan..makasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2004 11:49 PM | Show all posts
by gearboxpecah

Apakah hakikat kehidupan yang sebenar adalah selari dengan konsep kesufian?

I jawab mengikut pandangan I kay...

Dlm jiwa manusia sebanarnya terdpt fitrah yg baik.  Iaitu selalu menginginkan kebajikan dan akan merasa senang bila dpt mengerjakannya.  

Semua perbuatan yg diperintah dan dianjurkan oleh Islam dlm kehidupan kita adalah utk memberi bantuan sempurna kpd manusia, utk menegakluruskan kehidupan agar manusia hidup di atas fitrah yg baik.

Hakikat kehidupan sebanar ialah kewajiban manusia terhadap Allah swt dan kewajiban terhadap sesama manusia


Kenapa konsep kesufian makin tersisih dikalangan masyarakat islam sekarang?

Pensyarah I cakap...  yg paling digeruni oleh org kafir/barat adalah ahli sufi..

Dlm pandangan tasauf Islam, proses individuasi ini adalah bahagian intergral dr proses perubahan rohaniah dlm perjalanan seorg sufi mendekatkan dirinya dgn Allah swt.  Perjalanan itu adalah tariqat yg merupakan pelengkap bg akidah dan syari抋h sbg bahagian2 integral Deen islam.

Perjalanan batin ini bukannya mudah, bahkan penuh dgn godaan yg boleh menjauhkan kita dr tauhid agama Islam.  Oleh kerana itu perlu seorg guru sufi yg disebut mursyid yg peranannya sama dgn seorg psikoterapi dlm psikologi analitis.  

Jadi tujuan sufi ini adalah moral spiritual.  Kesan yg membentuk struktur2 supralogis didlm kesedaran murid utk mengimbangi struktur logis yg merupakan kesan dr pengalaman2 sehari2 (dgn lingkungan sosial material).  

Struktur2 supralogis ini bersifat intuitif, bukan bersifat rasional mcm struktur logis tu.  Dgn struktur2 supralogis ini sufi dpt menangkap intipati segala sesuatu, terutama intipati syariat, secara langsung.

Oleh krn syariat dlm perlaksanaannya terpadu dgn kehidupan sosial, maka sering terjadi kekacauan penghayatan atr nilai2 transendal syariat dan nilai2 temporal masyarakat.  Utk mengatasi kekacauan inilah perjalanan hidup sufi sering mengisahkan sesuatu yg ekstrim sehingga seolah2 kita harus meninggalkan duniawi utk mencapai yg ukhrawi.  

Seolah2 kita harus menekankan fizikal utk mendapatkan rohani.  

Oleh itu jgnlah kita prasangka kpd ekstrimitasi kisah2 para wali ini.  Mudah2an dgn ketajaman akal kita dpt menghargainya walau pun kita bukan seorg sufi.


Adakah konsep kesufian merupakan model kehidupan yang sebenar/dicari??

Penampilan seseorg atau apa sj yg kelihatan dlm kehidupan dunia bukanlah soal2 yg mendatangkan keredhaan Allah swt.  

Allah swt hanya menerima amal baik hamba-Nya yg dilakukan dgn ikhlas, atau diniatkan semata2 utk mendekatkan diri kpdNya.

Jadi konsep kesufian ini mungkin merupakan kehidupan yg ideal bg sesetgh org dan  tidak bg sesetgh yg lain


wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2004 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 29-7-2004 11:49 PM:
by gearboxpecah

Apakah hakikat kehidupan yang sebenar adalah selari dengan konsep kesufian?

I jawab mengikut pandangan I kay...

Dlm jiwa manusia sebanarnya terdpt fitrah yg baik.  Iaitu ...

terimakasih saudari fleurzsa.

sesungguhnya saya masih mencari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 09:59 PM | Show all posts
terimakasih saudari fleurzsa.

Kasihmu dlm pertimbangan....:lol lawak je...

sesungguhnya saya masih mencari...

Nak citer sikit...

Masa I kecik dulu... I ingat bila beso I jadi jahat gitu... I suka ikut kepala sendiri..
Yg I ingat.... memang I mencari sesuatu dlm hidup ini... tapi tak tau apakah benda/perkara tersebut....

I suka membaca...  belajar byk perkara tentang buruk baik kehidupan dari buku, majalah, komik, akhbar...
I suka bergaul dgn masyarakat...  belajar byk perkara dr pengalaman...

Apa yg I fikir kadang2 mcm tak logik pulak...:gila:

Masa remaja I latih tubi sembahyang kerana tak mahu dah tua nanti jadi liat...;)
I jadi guru supaya hidup I terkawal... tak jadi jahat...;)

I berjinak2 dgn berbagai jenis jemaah agama kat Malaysia...  kerana nak ada pembimbing.... hairan gak I tak lekat mana2 jemaah pun...:stp:

I akan rasa dekat dgn Allah apabila ada kesusahan atau kejayaan...  tak tau la mengapa...:pray:

Kesimpulannya..

Yg pasti I kena bantu diri I sendiri.. manusia lain bukanlah jln penyelesaian... so I terus mengikut arus kehidupan..... dgn cara yg lurus..

Sehingga sekarang I masih mencari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2004 10:49 PM | Show all posts
>>>I jadi guru supaya hidup I terkawal... tak jadi jahat..

That's very condescending, and rather presumptious, don't you think?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2004 05:17 AM | Show all posts
That's very condescending, and rather presumptious, don't you think?

Macam citer sibuta ngan gajah... at least mereka berusaha utk mentafsirkan sesuatu yg nyata... realiti...

I bukan Notradamus...

Mungkin apa yg u cakapkan betul tapi apa yg I fikir tu (walau pun tak logik)kreatif gak...:lol

Kebebasan menilai dan mengelakkan tekanan sekeliling bg menyesuaikan pemikiran dgn sesuatu situasi..:cool:


[ Last edited by fleurzsa on 31-7-2004 at 05:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 11:03 AM | Show all posts
Not really answering the question, eh?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 30-7-2004 09:59 PM:
terimakasih saudari fleurzsa.

Kasihmu dlm pertimbangan....:lol lawak je...

sesungguhnya saya masih mencari...

Nak citer sikit...

Masa I kecik dulu... I ingat bila beso I jadi  ...

suatu pengalaman yg sgt bernilai..
aku cemburu dengan ko..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 30-7-2004 09:59 PM:
terimakasih saudari fleurzsa.

Kasihmu dlm pertimbangan....:lol lawak je...

sesungguhnya saya masih mencari...

Nak citer sikit...

Masa I kecik dulu... I ingat bila beso I jadi  ...

terimakasih lagi sekali..
saya akan membantu diri saya utk memerangi nafsu saya dengan rahamat dan petunjuk Nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2004 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 31-7-2004 11:03 AM:
Not really answering the question, eh?


Lets me try again ok...

That's very condescending, and rather presumptious, don't you think?

If im looking from general view....yes  its look condescending and presumptuous

But I never considered myself better from anybody.  When I had to face the world alone I did what i thought right at the very moment..

Men do whats men got to do....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2004 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by prebetsapuharam at 31-7-2004 11:13 AM:
suatu pengalaman yg sgt bernilai..
aku cemburu dengan ko..


yup... kehidupan adalah satu pengalaman yg bernilai...

U tak usah cemburu..  perjalanan I masih jauh...  I tak tau apa akan berlaku pd masa depan...  I pun bukannyer baik sgt..;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 05:07 PM | Show all posts
up!! nk bacer mlm nie

abg aji, ur fave subject   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 08:48 PM | Show all posts
Mari kita ulangkaji semula, apa makna sufisme,supaya kita tak terpesong daripada 'Sufisme'. Kalimah sufi berasal daripada 'suf' (Arab) yang bererti bulu biri-biri. Para sufi dahulukala membiasakan diri mereka dengan jubah yang diperbuat daripada benang 'suf' ini. Pakaian ini dibuat dengan penuh kesederhanaan, tanpa ada unsur keceriaan. Jika terkoyak, ia akan ditampal, walaupun jubah tersebut sudah bertampal-tampal.

Secara lahiriah, para sufi ini kelihatan seperti pengemis. Sebab itulah mereka kerap digelar sebagai darwis, walaupun darwis tidak bererti sufi.

Di sana ada lagi kalimah lain yang membawa kepada kalimah sufi, iaitu 'safa''(Arab) yang bererti hening atau suci murni. Para sufi sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan, supaya hati mereka pun menjadi hening, suci murni daripada bintikan-bintikan hitam akibat perlakuan maksiat.

Jadi,pada peringkat permulaan sufisme, sang sufi merujuk kepada "seorang yang memakai jubah yang amat sederhana daripada benang 'suf', lusuh dan bercompang-camping, dan sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan supaya hati mereka mencapai menjadi 'safa'"..

Tetapi di zaman moden ini, sang sufi cukup dirujuk sebagai "seorang yang sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan supaya hati mereka mencapai menjadi 'safa'"..

Maka sufisme adalah suatu ajaran penyucian hati. Penganut sufisme adalah sufi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 04:57 PM | Show all posts
Tambahan..

Pada zaman Nabi Muhammad, terdapat sekelompok kecil muslimin yang tinggal di penjuru kiri Masjid Nabawi (Penjuru ini agak tinggi kedudukannya, dan dipanggil 'Suffah'). Mereka menghabiskan waktu dengan beribadat semata-mata. Kerap kali ketika mendirikan solat, ada di kalangan mereka yang jatuh pengsan kerana terlalu lapar. Kelompok ini dipanggil 'Ahlu-Suffah'.

Para sufi dikaitkan juga dengan 'Ahlu-Suffah' , kerana kehidupan mereka yang mirip. Bahkan dikatakan bahawa 'Ahlu-Suffah' merupakan kelompok pertama mengamalkan sufisme sejak daripada kedatangan Nabi Muhammad.

Kesimpulannya, ada tiga kalimah asal yang membawa keapada kalimah sufi;
(1) suf - bulu bebiri
(2) safa' - hening atau suci murni
(3) suffah - penjuru kiri Masjid Nabawi   
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 06:28 PM | Show all posts
Sukarnya nak berjumpa para sufi ni sekarang... mereka bersembunyi dikalangan ramai... atau mungkinkah bilangan mereka yang terlalu sedikit sehinggakan kebarangkalian nak bertemu mereka amat payah sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 08:55 PM | Show all posts
Memang sukar untuk bertemu para sufi di zaman moden ini. Tapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak ramai. Kalau berjumpa sekalipun, mereka sukar mengaku diri sebagai sufi.

Sang sufi boleh berada dalam pelbagai lapisan masyarakat. Boleh jadi pekerjaannya sebagai pencuci tandas ataupun jurutera, sebagai penjual burger atau ahli korporat, ustaz atau doktor.

Lihat saja contoh para nabi dan rasul. Nabi Nuh kerjanya sebagai penjual kayu api. Nabi Sulaiman pula seorang raja yang memerintah manusia, jin,  haiwan dan angin. Adalah rasul itu seorang nabi, nabi itu sufi, dan sufi itu orang awam seperti kita. Tetapi orang awam bukan sufi, sufi bukan nabi, dan nabi bukan rasul.

Tetapi kita harus waspada. Sebab tidak semua 'sufi' itu benar-benar sufi. Terlalu sukar untuk mengenali sufi sejati, kerana ia adalah soal hati. Kita tak dapat melihat secara langsung, sejauh manakah kesucian hati seseorang, sehingga melayakkannya bergelar sufi. Tetapi jika seorang yang kotor hatinya baru belajar tasauf/sufisme, ia adalah normal.

Sufisme tertegak di atas beberapa persoalan besar, seperti:
(1) Siapakah aku?
(2) Darimana aku datang?
(3) Di mana aku berada?
(3) Ke mana aku kan pergi?

Dalam sufisme, persoalan-persoalan ini membawa sang sufi kepada pengenalan diri, dan oleh itu, makrifat (pengenalan) kepada Tuhan. "Barangsiapa kenal akan dirinya, maka sesungguhnya dia kenal akan Tuhannya" - Hadis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.570718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list