CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PakMalau

BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA

 Close [Copy link]
Post time 25-9-2006 02:40 PM | Show all posts
Syabas dan tahniah!

Dari gaya penulisan ente nampaknya ada bakat untuk menulis novel-novel cinta dan perasaan perasan-perasan. Sekali sekala  elok juga dibaca novel seperti ini untuk dibuat ubat tidoq.
Apa kata ana cadangkan kalau ente dapat pulak menulis novel cinta tentang tok guru yang ente sanjungi itu. Ana gerenti pasti akan jadi top-hit mengalahkan kisah cinta terputus Mawi-Diana.

Antara yang mungkin boleh diceritakan ialah bagaimana cinta pertama tok guru dan kemudian bagaimana pula boleh terputus angkara orang kedua,ketiga,keempat dan kelima. Pastinya tok guru yang pandai bersajak-sajak itu menulis ratapan isi hatinya untuk meluahkan perasaan cintanya yang terpendam. Haa..inilah yang akan menjadi sensasi nanti.

Cuba-cubalah korek rahsia cinta sonata tok guru...pastnyai ramai yang akan ternanti-nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 03:00 PM | Show all posts
Saya baru je bersihkan thread ni :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:14 AM | Show all posts
Seronok jugak baca novel kak tatie ni. Teruskanlah menulis sebab ini pun kerja dakwah jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 13-11-2006 10:33 AM


Seri adalah CONTOH PEJUANG ISLAM WANITA ERA TERKINI.Bukan wanita yg hanya dok goyang kaki sebg lady in leisure ajer...




::

Fulamak dasat sungguh watak Seri tu...

Minta-mintalah dia IKHLAS berjuang kerana Allah jua dan BUKAN  mengangkat diri diri kerana GILAMOR dan JAWATAN...



hehehehhehehe

[ Last edited by  syeikhbelalang at 13-11-2006 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 06:52 PM | Show all posts
Bukan jeles. Kekadang pandangan orang ramai dengan pandangan individu yang terbabit tidak sama.

Masakan boleh sama . Kekedang timbul rasa riak dan meninggi diri  secara tidak sedar. maklumlah nak jadi Professor. Perlukah disebut dalam berforum ini?

Nanti oarang lain kata macam ayam jantan berkokok, riuh sekampung. Tapi tak mengapa . mungkin ekor ayam tersebut bersih dan masih bersinar lagik.



Hehehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 13-11-2006 08:10 PM


laaa...itu skrip utk SERI, futuristic imagination....PELIK manusia nih..tk faham ler sy...
.

Itu yg sebenarnya motif kenapa sy nak jadikan watak SERI ada title PROFESOR (bukan setakat Prof ...


Bukan kah KEIKHLASAN berjuang lebih baik jika tidak mempunyai nama, pangkat, jawatan dan elaun? Apatah lagik dengan GAJI BULANAN? Sanggupkah kita berkorban untuk berjuang pada JALAN ALLAH seperti mana yang Abuya buat ? Bersama dengan pengikut-pengikut setianya?

Mereka KAYA dalam kemiskinan dan MISKIN dalam kekayaan. Tiada hak milek individu. Semuanya dikongsi sesama rata bersama jemaah.

:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 12:48 AM | Show all posts
Tetapi jika dalam perjuangan  , nak mencari Kebenaran apatah lagik nak mencari Jalan Tuhan. Masih lagik menerima GAJI BULANAN, masih lagik menerima elaun dan sagu hati peribadi. Masih lagik terikat dengan skop dan peraturan kerajaan. Masih lagik terikat dengan harta , pangkat dan jawatan.Masih lagik tinggal dipersekitaran mewah walau pun bukan kesalahan .

Apakah menyamai dengan siabid yang tidak mempunyai apa-apa biar pun harta apatah lagik nama dan gelaran. Tetapi yakin dengan Janji Tuhan mengenai bab rezeki, ajal dan jodoh? Dia redha seredhanya .

Samakah tawakalnya siabid yang tiada berharta, pangkat dan gelaran dengan  siabid yang berjuang dengan kerusi empok, bilek beraircond, setiap hujung bulan terima gaji , berkenderaan mewah dan serba serbi yang dikehendaki mudah didapati?

MasyaAllah . Ya Tuhan ku. Hindarilah penyakit UJUB dalam diri ku. Biarlah apa yang ENGKAU kurniakan pada diri ku menjadikan aku hamba sehambanya dikalangan makhluk-makhluk MU.



:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:09 AM | Show all posts
Belalang, ngko punya pemikiran terlalu sempit?ngko hanya meletakkan dasar perjuangan hanya dalam kemiskinan,  tak boleh makan gaji , tak boleh pegang jawatan dsb?. Islam itu cantik dan Syumul?.jgn sempitkan Islam macam mana sempitnya pemikiran ngko?.

Allah jadikan alam ini dengan macam2 keadaan, manusia juga dengan berbagai2 rupa, darjat, pangkat dan keadaan?.tidak salah kita punya semua yang kita mahu?.asalkan mengikut keredhaan Allah dan cara kehidupan suci Rasulullah saw?..kenapa Allah jadikan manusia dlm berbagai2 kejadian dan keadaan?..agar manusia dapat bersyukur?..Allah suka pada manusia yg punya harta, pangkat..,?tp tidak pernah lupa pada Allah?.

Kalau orang tak dak harta jerk yg boleh berjuang...mcm mana nasib orang yg ada harta pangkat....adakah mereka ini tak dipandang Allah.....

Sahabat Rasulullah saw?Abdul Rahman bin Auf?..seorang sahabat yg  berharta, punya kekayaan yang melimpah ruah kurniaan Tuhan?..ttp hartanya tidak pernah melalaikan dirinya daripada perintah Allah?..beliau adalah salah seorang sahabat yg telah dijamin Syurga oleh Allah semasa hayat nya?:pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by minahrock at 14-11-2006 12:48 AM
Tetapi jika dalam perjuangan  , nak mencari Kebenaran apatah lagik nak mencari Jalan Tuhan. Masih lagik menerima GAJI BULANAN, masih lagik menerima elaun dan sagu hati peribadi. Masih lagik terikat ...


Ya...aku setuju dengan kao, sahabat ku Belalang. Ramai yang sekarang telah menyimpang jauh dari ajaran murni yang disampaikan oleh Abuya dulu. Abuya kita mengajarkan kita agar hidup biarlah tawadhu' dan jangan sombong-sombong. Biarlah kita pakai jubah dan serban yang koyak-koyak namun disisi Allah ia adalah pakaian syorega. Kalau naik kenderaan pula seperti yang Abuya tunjukkan ialah biar pakei kereta buruk-buruk saja kerana wali-wali Tuhan akan sentiasa mendapat pertolonganNya. Begitu juga kalo nak mendirikan rumah maka eloklah di buat jamban dulu sebab disitu kita boleh kurungkan si Setan yang sentiasa hendak menggoda manusia.
Sewajibnya sesiapa yang mengaku sebagai pengikut setia Abuya maka mereka hendaklah melepaskan apa saja jawatan yang mereka ada dan beri tumpuan seratus-peratus pada kerja-kerja dakwah Abuya. Ini baru dikatakan pekerja Islam tulen Ahli Sunnah wal Jamaah.
Biarkan saja lah mereka ini berpura-pura dan menjadi munafik wahai sahabat ku Belalang kerana di akhirat nanti Abuya akan tarik kita sama mengikutnya masuk syorega.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 10:17 AM


Ya...aku setuju dengan kao, sahabat ku Belalang. Ramai yang sekarang telah menyimpang jauh dari ajaran murni yang disampaikan oleh Abuya dulu. Abuya kita mengajarkan kita agar hidup biarlah taw ...



Looorrr...sempat juge ye...grave merepek di sini....kelakarnya...
:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 15-11-2006 09:10 AM
hari ni tukar avatar lak..bayangkanlah ini gbr SOFEANAFISAH,watak dlm novel tu sebg anak SERI .....hehehe....


uitsss....cumelllnyaa...:love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 15-11-2006 07:50 PM


secomel avatar mawarmerah juga...ehh..dah lama tk masuk forum kan...patutlah sehari dua ni terasa rindu kat mawarmerah, terpanggil juga rupanyer masuk ke forum...

klau nak cop anak SERI tu b ...


Tak per lah...ingat nak jadi menantu jer tadi, tapi fikir2 balik lambat sangat...:love:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 15-11-2006 02:57 PM



Looorrr...sempat juge ye...grave merepek di sini....kelakarnya...
:bgrin::bgrin:


Bukan merepek tu...peminat setia jer rasanya.:nerd:

Kekadang ubah methodology untuk buat orang lain mudah faham...:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 14-11-2006 11:09 AM
Belalang, ngko punya pemikiran terlalu sempit?ngko hanya meletakkan dasar perjuangan hanya dalam kemiskinan,  tak boleh makan gaji , tak boleh pegang jawatan dsb?. Islam itu cantik dan Syumul?.jgn  ...




Setahu saya yang jahil dalam Sejarah Islam ini, golongan yang banyak membantu menaikkan syiar Islam ialah orang-orang miskin. Orang kaya asyik menaikkan harta mereka sahaja. Makin lama makin bertimbun sehingga lupa pada hari akhirat/

Sebab tu Allah biarkan mereka dalam kekayaan. Sebagai hukuman istidraj pada mereka. Supaya mereka lalai dengan dunia. Seperti yang terjadi pada Firaun dan Tsalabah.

Lagik pun penghuni syurga yang teramainya terdiri dari orang miskin. Yakni mereka redha untuk miskin . Bagi mengelakkan tipuan dunia dan akhirat.

Kalau nak kira kaya raya untuk membangun kan Islam, Lihatlah negara Brunei dan Arab Saudi. Penduduk mereka kaya raya dengan harta. Tapi bab Iman, hanya Tuhan yang tahu. Nak membangun kan negara mereka pun  terpaksa bergantung pada rakyat asing. Dan harta kekayaan mereka tersimpan di bank2 asing.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-11-2006 09:28 PM


..hai..belalang, Abuyapun tk ajar cam tu, cam apa yg awk cakap tu, sebab Abuya sering mengingatkan setiap tindakan harus bersandarkan strategi dan keperluan semasa....bukan melulu dan semborono ajer....hermm...byk lagi yg awk perlu belajar nih...

..
...


Untuk makluman , pendapat serihartatie tak mengambarkan pendapat Rufaqa dalam erti kata yang sebenar. memang kena berstrategi. Tetapi bukankah setiap ahlil rufaqa digalakkan berkerja dalam jemaah? Buat apa bekerja makan gaji? Samada dalam swasta atau kerajaan.

Saya ada meneliti dalam ruangan Rufaqadaily.com. Boleh dikatakan saban masa menasihat mereka yang makan gaji berkerja sepenuh masa dalam jemaah. Apakah Seri tidak membaca nasihat tersebut atau berpura-pura tidak membaca?

Dikatakan Moe Tse Tung, yang tiada berkelulusan dapat menjadi Pemimpin Negara Cina. Tetapi yang anehnya , mereka yang berdegree bahkan mempunyai Phd  hanya setakat makan gaji.

Ramai rakan-rakan saya bekerja sepenuh masa dengan jemaah. Malah ada yang berpendapatan lima angka sebulan ( belasan atau puluhan ribu) berhenti dan bekerja sepenuh masa dengan jemaah.Kesungguhan mereka bekerja sepenuh masa dengan jemaah dapat meningkatkan lagi Syiar Islam dan saya terharu dengan pengorbanan mereka.

Apakah Puan Seri tiudak tahu akan perkembangan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 07:06 AM | Show all posts
Tidak salah jika hendak tinggal dalam Istana. Tidak salah jika hendak memandu kereta mewah. Tidak salah jika hendak memiliki ladang yang beratus-ratus malah beribu-ribu ekar. Tidak salah jika hendak memiliki saham yang berpuluh  ribu malah billion juta. Juga tidak salah jika hendak memiliki harta wang yang berjuta-juta.

Tapi biarlah Cinta Pada Allah Dan Rasul melebihi dari Cinta Pada Dunia. Serta pada harta benda sebanyak mana yang kita miliki dan yang kita ada. Harta kekayaan dan kemewahan yang dimiliki sedikit pun tidak menghalang kita dari berbakti sesama manusia, dari beribadah pada Allah . dari Mengenal Tuhan, Gerun pada neraka dan Cinta pada syurga. Sehingga cinta pada Syahid jalan Allah melebihi dari cinta kita  pada dunia.

Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang sanggup mengerumuni bangkai! Takkan manusia sebagai sebaik-baik kejadian makhluk Allah hendak bersifat seperti anjing?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 07:11 AM | Show all posts
Di dalam A-Quran surah Al Qasas ayat 77 Allah mengingatkan manusia supaya menggunakan sesuatu yang dimiliki di dunia untuk mendapat faedah (kebajikan) di akhirat.Maka sesuai sekali dengan falsafah dunia itu sebagai jambatan  atau tempat bercucuk tanam  atau kebun atau sebagai wasilah (alat) untuk jalan  ke akhirat,maka kita hendaklah menjadikan dunia itu  bukan sebagai matlamat tetapi sebagai ALAT untuk mencari keredhaan Illahi.



Selain daripada itu,umat Islam diberitahu lagi tentang konsep falsafah dunia bahawa dunia ialah ibarat bangkai.


Tidak ada siapa yang suka kepada bangkai,tetapi bangkai itu tidak boleh disia-sia atau dibuang kerana ia berfaedah sebagai alat menyuburkan tanaman.Matlamat menanam ialah untuk mendapat dan memetik hasilnya iaitu buah untuk dimakan.


Kalau ada orang yang sayang atau memakan bangkai , maka ia dianggap sebagai tidak siuman. Tetapi sekiranya ia gunakan bangkai untuk menyuburkan tanamannya  dan hasilnya boleh menyuburkan tanamannya dan buahnya akan dipungut  dan diambil faedahnya (pahala) di akhirat  

Oleh yang demikian kita tidak boleh terpaut atau terpesona dengan bangkai atau kita jadikan tempat tanaman(ladang) atau jambatan sebagai tempat untuk hidup selama-lamanya . Tetapi jadikanlah sebagai alat  untuk menyambungkan kita ke ladang akhirat  atau menanam hasil yang baik (kebajikan) dan menjadikannya sebagai alat untuk menyuburkan amalan ibadah kita . Barulah dinamakan kita meletakkan dunia ini tepat pada fungsinya..



[ Last edited by  syeikhbelalang at 17-11-2006 07:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 07:25 AM | Show all posts
Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.

Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum, bangga dan megah
Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan?.

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
?etahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang.?
-Ar Raad : 28.

Lantaran iman itu ialah?
Punca tenaga, tempat lahirnya
Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai?.
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu
.






[ Last edited by  syeikhbelalang at 17-11-2006 07:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 17-11-2006 10:21 AM
Wahai belalang yg bijaksana,

tolong htr posting anda kat thread lain yer..sy rasa ia tk sesuai di sini...sy tak ader masa nak layan argument awk, jadi awk tlg hormati pendapat sy...

SEKIAN.


Tugas saya memperbetulkan apa yang awak tulis. Tulisan awak tak melambangkan matlamat dalam Rufaqa. Cuma jangan kaitkan dengan nama Abuya. Kalau awak tak mahu menerima pandangan, forumners yang lain pun boleh menilai siapa diri awak.

Kalau awak tak mahu menghormati orang lain, siapa lagi yang hendak menghormati diri awak? Tak tahu lah kalau suami awak.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 17-11-2006 01:33 AM


Untuk makluman , pendapat serihartatie tak mengambarkan pendapat Rufaqa dalam erti kata yang sebenar. memang kena berstrategi. Tetapi bukankah setiap ahlil rufaqa digalakkan berkerja dalam jema ...


Pendapat sdr juga bukan mewakili rufaqa dan ternyata sdr tertinggal fakta2 spt ini...

Mmg digalakkan tp lihat pada keadaan dan kedudukan serta peranan seseorg dlm jemaah. Jika peranan seseorg itu lebih bermanfaat utk jemaah dgn keadaan dia bekerja di luar jemaah maka abuya biarkan dulu dia bergelanggang di tempatnya. Yakni dgn dia bertindak sebagai jambatan utk jemaah membuat hubungan dgn org2 luar jemaah.

Tidak guna berkerja dlm jemaah tapi tidak banyak atau tidak langsung memberi manfaat pada jemaah apatah lagi jika sampai membebankan jemaah.

Tidak kira seseorg itu ada kedudukan dlm masyarakat (pangkat tinggi2) atau cuma buruh kasar sj, bila dah jadi anak buah abuya...tidak sewenang2nya disuruh berhenti utk bekerja full time dgn jemaah abuya tanpa budi bicara dan menilai keadaan kemampuan anak buah tersebut.

Dan seperkara lagi, bagi yg ada jawatan besar di luar jemaah, sudah jadi kebiasaan akan merujuk abuya dulu seblm berhenti. Cthnya berapa ramai lagi yg berjawatan besar2 di luar jemaah tapi masih kekal memegang jawatan tersebut hingga kini meskipun sudah lama mengikut abuya.

[ Last edited by  Mawar Merah at 17-11-2006 10:55 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.357436 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list