CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Medium_Term

RAPE, sexual intercourse & such [sukarela/paksa?]

[Copy link]
Post time 24-5-2007 03:50 PM | Show all posts
Wanita seksi punca rogol, gangguan seks?
24-05-2007 03:03:57 PM  

PULAU PINANG:  Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri hari ini terus menyelar pendapat yang mendakwa pakaian seksi adalah sebagai antara faktor berlakunya kes gangguan seks dan kes rogol.

Datuk Jahara Abdul Hamid (BNTeluk Ayer Tawar) berkata, kenyataan Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) disifatkan sebagai "kenyataan seksis" kerana terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kes gangguan seks terutamanya penjualan filem atau gambar lucah

"Dalam banyak-banyak faktor, kenapa isu pakaian wanita yang dikaitkan sedangkan cambahan VCD lucah juga adalah faktor yang lebih utama dan isu pakaian seksi itu adalah seolah-olah cuba menyalahkan kaum wanita," kata beliau pada sesi perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri penggal keempat hari ini.

Shahbudin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika menjelaskan kenyataannya yang disifatkan sebagai disalahtafsir oleh media berkata, tujuan beliau menyebut isu pakaian seksi itu adalah sebagai satu teguran dan ia bukanlah untuk menyalahkan kaum wanita.

"Salahkah jika kita membuat teguran supaya kaum wanita berpakaian kemas? Jika itupun salah, maka siapakah yang berfikiran sempit? Saya berharap supaya kaum wanita harus berfikiran terbuka untuk menerima teguran," kata beliau.

Shahbudin berkata antara faktor berlakunya jenayah rogol dan gangguan seks ialah kerana pengaruh sekitar manakala wanita yang berpakaian seksi sebenarnya boleh mendorong penjenayah untuk melakukan jenayah.

Tan Cheng Liang (BN-Jawi) kemudiannya membantah kenyataan Shahbudin dengan mengambil contoh kes rogol kanak-kanak, sumbang mahram yang disifatkan sebagai bukan disebabkan oleh pakaian yang seksi.

"Isu pakaian bukanlah sebab berlakunya kes rogol, datuk pun rogol cucu yang masih kanak-kanak dan ini membuktikan pakaian bukanlah sebab berlakunya jenayah," kata beliau.

Toh Kim Woon (BN-Machang Bubuk) pula berkata, isu pakaian yang dibangkitkan sebenarnya adalah disebabkan terdapat sifat ketidaksamaan gender oleh kaum lelaki dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan kaum wanita dalam kes-kes gangguan seks.

Ketegangan perbahasan isu itu kemudiannya ditenangkan oleh Speaker Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid yang menjelaskan bahawa isu itu tidak sepatutnya dibahasakan jika ia dianggap sebagai "kenyataan seksis".

Katanya, apa yang cuba disampaikan oleh Shahbudin ialah memberi pendapat mengenai salah satu daripada punca kes rogol dan gangguan seks adalah disebabkan pakaian yang seksi dan jika terdapat anggota dewan yang tidak bersetuju, pandangan itu harus diketepikan sahaja. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.114054 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list