CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 22-7-2010 07:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-7-2010 07:19

Pagi itu keempat-empat anak dara semuanya bangun lambat. Gara-gara menonton World Cup malam tadi, Miko dengan Bunick pengsan terus depan TV lepas habis perlawanan antara German dan Argentina. Nasib baik juga pasukan pilihan Miko Datang Lagi tu menang, kalau tak bertambah la darjah kelukaan di hati Miko. Bunick bukan minat sangat pun bola sepak ni, sekadar menemankan Miko menonton pemain kegemarannya iaitu Miroslav Klose je. Nasib baik jugak tinggal satu rumah dengan Miko, kalau tak sampai sudah Bunick tak tau kewujudan seorang manusia warganegara German bernama Klose tu. Lionel Messi pemain Argentina pun Bunick baru kenal, itu pun sebab selalu sangat muka pemain terbaik tahun 2009 tu muncul dalam iklan kat Astro. Kalau tak, confirm Bunick tak kenal siapa manusia-manusia yang agak kurang cerdik dok kejar sebiji bola dalam padang tu!


Kelam kabut Chengkeh bersiap memandangkan pejabatnya lah yang paling jauh, nun di seberang ibu kota Kuala Lumpur. Miko pula bekerja di pelabuhan yang agak glemer dengan kontroversi jenayah kolar putih baru-baru ini. Kia yang bekerja di Petaling Jaya relax je bersiap, waktu kerja dia fleksibel. So,suka-suka hati dia nak pergi kerja pukul berapa. Pejabat Bunicklah yang paling dekat dengan rumah mereka ini memandangkan jarak antara rumah dengan pejabatnya tak sampai 15 minit pun. Tak aci kan macam tu?


“Korang breakfast dulu, aku dah masak bihun goreng ni.” Kia dah start berkicau di pagi hari. Kia ni memang spesies Kak Long sikit, begitu prihatin kepada housematenya yang memang tak sudi nak bangun masak breakfast pagi-pagi buta.


“Dah lambat la Kia, kau tolong tapaukan untuk kitaorang boleh?” Chengkeh sisip air Milo yang terhidang atas meja makan. Miko dengan Bunick masih belum keluar dari bilik masing-masing, entah-entah si Miko tu tertidur kat dalam almari zip. Bunick pun ada kebarangkalian untuk lena dalam bilik air.


“Tak boleh jadi ni…” Desis Kia. Kalau dia tak tengok budak berdua tu, jawabnya ada yang ponteng kerja la hari ni.


“Astaghfirullahalazim….”Lantang suara Kia berteriak bila tengok Miko tidur bersandar kat dinding di sebelah almari purba. Betullah sangkaan dia tadi. “Miko, kau tak nak kerja ke? Dah lambat ni, bangun mandi cepat!” Kia dah tarik telinga Miko.


“Ala Kia, apa tarik-tarik telinga ni. Kejap lagi aku mandi la. Ngantuk tahap gaban ni.” Miko tolak tangan Kia yang masih melekat kat telinga dia.


“Mengantuk ke apa ke, kau bangun cepat. Dah pukul berapa ni, nanti kau lambat pulak pergi kerja.” Penuh prihatin Kia ni. Tangannya makin kuat tarik telinga Miko, kalau dibiar sampai ke Zuhur la Miko ni tidur.


“Yela, ye la. Aku bangun la ni. Kia, kau tolong angkat aku gi bilik air.” Miko depangkan tangan dia kat Kia.


“Mengada la kau ni. Kau nak suruh aku gulung kau dalam almari zip tu macam mak aku buat kuih ketayap boleh la.” Kia dah bercekak pinggang. Makin dilayan makin menjadi pulak si Miko ni.


Terpisat-pisat Miko bangun lepas Kia tolak badan dia jatuh ke lantai. Kia ni bukan boleh kira, kalau dia cakap nak guling, memang dia akan buat. Tak sanggup Miko nak biarkan Kia gulingkan badan dia masuk dalam bilik air.


Selesai sudah misi Kia kejutkan Miko, sekarang ni turn Bunick pulak. Dia tolak pintu bilik Bunick, kosong. Dia pandang pintu bilik air yang senyap sunyi, hmmmmm confirm tidur kat dalam bilik air si Bunick ni. Baru je Kia angkat tangan nak ketuk pintu, tiba-tiba je pintu bilik air terbuka. Automatik tangan Kia ketuk dahi Bunick yang masih basah.


“Apa ni Kia, pagi-pagi dah ajak aku wrestling! Aku tau la dahi aku ni luas sampai kau boleh bercucuk tanam kat situ, tapi janganlah pagi-pagi dah nak buat penderaan fizikal kat aku.” Bunick tolak perlahan badan Kia yang menghadang pergerakannya.


“Aku ingat kau tidur kat dalam bilik air tu. Tak kuasa aku nak wrestling dengan kau pagi-pagi buta ni. Aku ni kan referee je, mana boleh lawan.” Kia pusingkan badan ke arah pintu bilik Bunick.


“Kia, aku nak tukar baju ni. Kau keluar la, takkan kau nak tengok pulak.”


“Aku nak keluar la ni, bukan best pun tengok kau tukar baju. Breakfast dah siap dah kat bawah, nanti jangan lupa makan.” Pesan Kia pada Bunick sebelum dia keluar dari bilik.


“Baik puan, saya yang menurut perintah.” Bunick cakap sambil bagi tabik hormat kat Kia.


Fuhhh…dah settle dah kejut kanak-kanak Ribena ni. Kia cakap dalam hati sambil masuk dapur balik. Dia duduk kat meja sorang-sorang, Chengkeh dah keluar kot sebab Tupperware yang berisi dengan bihun goreng sudah lesap dari pandangannya.


“Assalamuaikum, selamat pagi Kia.” Miko datang kat meja makan sambil tersengih-sengih.


“Kau ni sengih macam lembu naik lori kenapa Miko? Aku tau la German menang malam tadi.”


“Hari ni mood aku baik Kia sebab German menang. Malam karang aku belanja korang makan burger Mat Jahal kat simpang jalan depan tu.”


“Burger je, koman-koman pun TGI Friday ke, Kenny Rogers ke…”


“Kalau German menang World Cup, baru aku belanja korang kat tempat yang ada class sikit.” Miko janji kat Kia.


“Aminn…..mintak-mintak la German menang tahun ni.”


“Bunick tak bangun lagi ke Kia?” Miko panjangkan leher dia cari Bunick.


“Dia tengah siap tadi, Jap lagi keluar la kot.” Miko sudu bihun goreng air tangan Kia dengan penuh berselera. Kia ni memang pandai masak, dia goreng telur mata kerbau pun dah macam taraf chef hotel dah.


“Amboi Miko, makan tak toleh kiri kanan pun. Ni kalau cadar kau tiba-tiba je tercongok kat atas meja pun kau tak heran dah kot.” Bunick yang baru keluar dari bilik dah nak start perang mulut dengan Miko. Bunick ni memang, suka sangat usik Miko. Elok-elok Miko lupa tentang misteri kehilangan cadarnya semalam, dia gatal mulut mulut pulak pergi buka cerita.


“Kau jangan la spoil mood aku Bunick. Aku baru nak bergumbira meraikan kemenangan German ni.” Miko dah tarik muka 14 kuasa dua.


“Ala Miko, aku rasa cadar kau tu kena makan kat almari purba kau kot.” Bunick buat lawak nak cari gaduh. Kia gelak je bila dengar Bunick cakap macam tu.


“Korang dengki sangat dengan almari zip aku tu nape ek?” Miko ketuk tangan Bunick  dengan sudu.


“Mana ada dengki, bahkan kitaorang bangga lagi kat dalam rumah ni ada barang antik. Kalau hantar gi arkib pun belum tentu ahli arkeologi nak terima sauna kau tu.” Bunick masih gelak. Miko pula makin geram kat budak kecik ni.


“Dah a Bunick,esok-esok kalau ada orang nak beli almari Miko dengan harga enam juta kau jangan dengki pulak tau.” Kia cakap kat Bunick sambil tahan senyum.


Miko tengok Kia, permulaan ayat Kia tadi tu macam nak marah Bunick, tapi perkataan akhir tu memang sengaja nak sindir aku. Miko marah Kia dalam hati. Dia terus capai handbag dan bangun dari kerusi. Merajuk!


“Miko, kau merajuk ke? Malam ni jangan lupa belanja kitaorang makan burger tau.” Kia laung kat Miko yang dah buka pintu depan.


Miko cebik mulut sambil ajuk cakap Kia, tadi bukan main lagi pakat ngan Bunick kutuk aku, ada hati pulak tuntut janji aku nak belanja diorang makan burger malam ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 07:16 AM | Show all posts
Reply 60# bunick

pagi bunick...
ari ni aku paling awal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:20 AM | Show all posts
Reply  bunick

pagi bunick...
ari ni aku paling awal
amandaatika Post at 22-7-2010 07:16



ari ni aku lmbt check in sbb dok semak dokumen kt atas meja dulu. smlm kn aku kusus, menimbun la memo nk kena sign nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:22 AM | Show all posts
Reply 63# bunick


ooooo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:23 AM | Show all posts
Reply  bunick


ooooo....
amandaatika Post at 22-7-2010 07:22



ko dh bekpes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:26 AM | Show all posts
Reply 65# bunick


lum lagi.
sat g nk p la ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2010 07:27 AM | Show all posts
ko da bekfas ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:27 AM | Show all posts
ko da bekfas ke
amandaatika Post at 22-7-2010 07:27


blum, aku tggu bekpes kt tmpt kusus je. x taw la diorg bg mkn apa pg ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 07:29 AM | Show all posts
cehh....
tggu makanan fre rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:29 AM | Show all posts
cehh....
tggu makanan fre rupanya
amandaatika Post at 22-7-2010 07:29



rezeki jgn ditolak....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:33 AM | Show all posts
Reply 70# bunick


ko jgn risau lah. biasa pnganjur bg yg enak2 pnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:39 AM | Show all posts
Reply  bunick


ko jgn risau lah. biasa pnganjur bg yg enak2 pnya
amandaatika Post at 22-7-2010 07:33



xde maknanya klu setakat kusus kt dewan serbaguna opis je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:41 AM | Show all posts
Reply 72# bunick

aku ingtkan jauhnya prpuluh2 km
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:46 AM | Show all posts
morning uooolllssss!!!!
ko kursus lagik ker bunick???
ke semalam jek???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:48 AM | Show all posts
morning uooolllssss!!!!
ko kursus lagik ker bunick???
ke semalam jek???
chengkeh Post at 22-7-2010 07:46



monin chengkeh
ari ni last kusus. ko dh jpe ke cari lesen ko?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:52 AM | Show all posts
monin chengkeh
ari ni last kusus. ko dh jpe ke cari lesen ko?
bunick Post at 22-7-2010 07:48



belum...hari nih aku akan lebih gigih mencari....
kot tak esok terpaksa la pi JPJ...
seb bek irfan tak kerja kat situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2010 07:57 AM | Show all posts
belum...hari nih aku akan lebih gigih mencari....
kot tak esok terpaksa la pi JPJ...
seb ...
chengkeh Post at 22-7-2010 07:52



irfan keje inspektor la, bukan penguatkuasa jpj
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:31 AM | Show all posts
ehhehehehheee..... bunick2.... sabo jek laa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:41 AM | Show all posts
morning semua...bunick kau kursus pun msh sempat lawat sini lagi ke????????
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 10:01 AM | Show all posts
ehhh.... bunick ada umah baru, baru perasan ari ni...
banyak sgt crita2 menarik skrg ni...
Thanks bunick, jap lagi baru nak start bacaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072100 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list