Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon Kamal Adli tidak campur tangan berkenaan konflik yang tercetus baru-baru ini di antara teman sepasukannya dalam program Liga Lawak Superstar (LLS), Fizz Fairuz dengan pihak produksi program realiti tersebut. Sebelum ini Kamal, Fizz Fairuz dan Didie Alias digabungkan dalam satu kumpulan yang diberi namaApaKasihToq (AKT). Bagaimanapun sejak minggu lalu tempat Fizz terpaksa digantikan oleh pelakon baru Syafiq Kyle kerana Fizz menyertai rombongan ke Cardiff bagi menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom. Selain Fizz, tiga artis lain yang turut menyertai rombongn yang dibawakan oleh Rafflesia itu ialah Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly. "Itu antara dia dan pihak TV3. Saya banyak berdiam. Saya okay saja. Cuma, memang saya terkejut juga sebab sepatutnya saya yang pergi tapi saya tolak secara baik pelawaan Rafflesia tu sebab nak bagi komitmen pada LLS. "Tapi tak sangka pula Fizz yang gantikan saya. Jadi bila Fizz maklumkan pada saya yang dia akan tiada pada minggu tertentu kerana dia terlibat dengan rombongan ke Cardiff, saya ok saja. Nak buat macam mana kan... "Tak dinafi selepas ketiadaan dia, kedudukan kumpulan kami ada sikit terjejas dari segi undian. Lagi pun selama ni Fizz yang mengetuai kami. Walaupun dia tak ada, saya, kak Didie dan Syafiq Kyle tetap cuba buat sehabis baik mana yang kami mampu", kata Kamal Adli ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran drama bersiri Jiwa, di Stadium Titiwangsa, petang semalam. Kamal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Fizz menerusi laman Instagramnya mendakwa dia disingkirkan oleh pihak TV3. Bagaimanapun pada siaran minggu lalu, Afdlin Shauki dan Adibah Noor yang juga selaku hos program tersebut mengumumkan Fizz telah menarik diri dari Liga Lawak Superstar. Tambah Kamal lagi, Fizz ada menghantar pesanan ringkas kepadanya memohon maaf dan memberitahu dia mahu berbincang degan pihak TV3 penglibatannya semua dalam program tersebut. "Dia ada SMS saya, minta maaf. Dia suruh saya releks saja. Dia akan selesaikan masalah tu. Jadi saya pun releks jer lah. Saya pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku", katanya yang tidak mahu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama Syafiq...............................................................................................
Baca artikel penuh: http://malaysiandigest.com/hiburan/480331-kamal-adli-tak-campur-konflik-fizz-fairuz-dengan-tv3.html
|