CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitilina

Penganggur Profesional

[Copy link]
Post time 17-3-2005 08:14 PM | Show all posts
aku nganggur 2 bulan dah.bosan dok umah.nak cari duit pun susah.hehehheeeeeeeexxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, pi interview ad e la tapi nasib tak menyebelahi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2005 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 2005-3-17 07:03 PM:
tapi jabatan forensik kat malaysia camtu ker?



basic dier mmg cam tu muntz ... ko tengok kat csi mmg menarik ...sebab cara olahan cerita tu ... tetapi realitinyer keje forensik ni boring kalo tak minat ... keje long hours ... nak tido pun pk camne leh jadi macam tu .. put the pieces together .. bukan keje senang ... nak dapat satu piece pun susah ... tapi seronok ... bila perkara tu jadi satu gambar yang jelas ... total satisfaction ... ramai yg tak berminat ngan kerjaya ni .. dan tak ramai yg talented dalam kerjaya ni.. kat mesia ni .. yg betul2 talented dalam 2-3 orang aje .. yang lain boleh arr ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2005 04:26 PM | Show all posts
minat tengok cerita je boleh la kan.....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2005 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by nazadiyah at 2005-3-17 08:14 PM:
aku nganggur 2 bulan dah.bosan dok umah.nak cari duit pun susah.hehehheeeeeeeexxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, pi interview ad e la tapi nasib tak menyebelahi..


belom rezeki lagi la tu nazadiyah. baru je 2 bulan kira tak kronik lagi la..... pengalaman menganggur tu tak banyak lagi:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 03:25 PM | Show all posts
walaupon cuma di interview, tapi kutip pengalaman tuh
mana2 yang kita jawab tak kena
balik umah, kaji balik the question
so next time kalau dapat soklan sama
tau dah jawapannya hapa
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by ezar at 11-3-2005 06:27 PM:
memang senang kalau pakai cable ni...yang hitam leh jadi putih, yang putih leh jadi hitam...tapi apa gunanya...golongan macam ni macam tak de maruah...keje nak senang je..tak nak susah2 dapatkan se ...


:setuju: stila pernah tanam anggur sampai setahun.. lagi teruk.. rasa macam nak bunuh diri jer... pernah apply kpli 2 kali, dua dua dapat interview tapi tak der rezeki, ambik exam ptd lepas sampai takat assessment 3 hari.. semuanyer nak pakai cable, kalau boleh kena ada cable yang besar...:agr:
tak der rezeki jugak... sekrg ni dapat ler kerja kontrak kerani, lepas lah jugak nak makan, nak bagi baby makan....bila mintak supaya diserap ke tetap, diaorg bagi hint kata sebab tak der cable... punyalah sedih..

tak sangka kat malaysia ni, kalau nak cari kerja yang penting bukannya degree atau pengalaman tapi mesti ada cable!!!!nf:

bila pikir2, rasa sedih sangat coz nasib malang tapi mungkin ada sinar selepas ni kot...:pray::
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2005 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by Stila_77 at 26-3-2005 09:44 AM:


:setuju: stila pernah tanam anggur sampai setahun.. lagi teruk.. rasa macam nak bunuh diri jer... pernah apply kpli 2 kali, dua dua dapat interview tapi tak der rezeki, ambik exam ptd lepas sam ...

:hug: :hug: faham perasaan stilla tuh...

aku pun terai kpli dah 2 kali..sekali dpt interview sekali lg tak pass exam hehe..

pasal kabel tu..hmm..mmg susah ...nak ckp...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2005 04:26 PM | Show all posts

PARA PENGANGGUR DIJANGKA AKAN MENGIDAP MASALAH PSIKOLOGI

DARI PENGKAJIAN saya yang boleh dipertanggungjawabkab para penganggur berijazah ini bakal mengidap masalah psikologi.Graduan-graduan ini juga biasanya punyai tahap keyakinan yang rendah dan bertambah malang lagi stigma masyarakat terhadap penganggur profesional di Malaysia ini amat sinis dan kejam. Mereka inilah yang bakal bergelar andartu atau antertu, lambat dapat kerja, lambatlah kahwin. Ini akan menimbulkan satu situasi yang buruk kerana ramai belia-beliawanis melayu khasnya jadi bujang terlajak---kesannya pasti akan melambakkan masalah sosial.

Sebenarnya salah penganggur ini juga kerana semasa di universiti selalu berfikir apa sahaja yang dapat mesti datang secara bergolek.Pinjaman pelajaran kerajaan yang menyediakan, bahkan lepas mendapatkan ijazah pun masih mahu kerajaan yang menyediakan pekerjaan (khasnya graduan bumiputera).

Graduan bumi ini juga sering anggap bahawa mereka Melayu yang istimewa.Perlu apa susah-susah belajar sungguh-sungguh, janji lulus cukup makan jadilah nanti kelak kerajaan jualah yang akan beri kerja yang setara dengan kelulusan mereka.

PELAKSANAAN JQAF

Untuk graduan pengajian Islam, baru-baru ini kerajaan telah melaksanakan pembelajaran Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (JQAF) secara KPBS(dahulu disebut KDC). Kita menyaksikan ramai graduan pengajian Islam yang tidak punya kerja berpeluang untuk memenuhi jawatan-jawatan kosong  sebagai guru JQAF.

Terdapat satu puak dari guru-guru JQAF ini sering menghentam kerajaan, dikatakan kerajaan zalim, tidak Islamik, menghentikan bantuan Sekolah Agama Rakyat. Tetapi apabila kerajaan memperkenalkan JQAF sebagai satu model pengisian ISlam Hadhari, puak-puak pengecam ini jugalah yang berebut-rebut untuk menjadi guru JQAF.

Ibarat meludah ke langit kena muka sendiri. Bahkan dengan bangga lagi bila dapat jadi guru JQAF. Sedangkan sekolah SAR yang mereka perjuangkan dulu langsung tidak dihiraukan (maksud saya kenapa mereka ini tidak mahu jadi guru di SAR). Sebabnya ialah, gaji murah, mahu gaji yang mahal-mahal. Mahu kerja dengan kerajaan, mahu jadi pegawai (bahkan amat bangga ibu-bapa mereka kalau anak mereka dapat kerja kerajaan).Sedangkan mereka ini amat benci dan memburuk-burukkan kerajaan.

Saya harap mereka yang mengecam kerajaan dahulu yang sekarang jadi guru JQAF, ingat-ingatlah sikit. Bahawa anda perlu malu dengan apa yang anda katakan dahulu.Anda ada maruah bukan?. Dato Hishamuddin perlu jengok dan pantau anak-anak buah Dato ini, yang ada fikiran dan minda pengecam kerajaan.Jangan sampai jadi "suap nasi digigit tangan".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


d'ah This user has been deleted
Post time 29-3-2005 11:27 AM | Show all posts

...

rase cam nyesal jer sambung dip..
pasal tgk memember yg keghoje pas spm sume dh pakai kete sindri..
kita ni br lepas lesen moto huu..
tp okies la..dpt gak pengalaman blaja ekks..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2005 10:30 PM | Show all posts
hmmm buat pe nak nyesal .... at least u ada ilmu....ilmu tu tak beli kat mana mana
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2005 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by igor_lexus at 2005-2-11 12:11 PM:
hoh...sape yg tak penah nganggur lelama tuh...and cakap nganggur tu RELAX... nak merase nganggur cam aku ke....?  :agr:

dan sesape yg dpt kerja ngan kerajaan tu bersyukurlah banyak2....
telah d ...


aku grad  dgn second class lower jer
skrg dah 4 thn aku kejer gomen
skrg susah weiii nak kener panggil interbiu bidang aku ni
3 pointer ke atas jer baru panggil
sib baik aku lahir lagi awal;)
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2005 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by Stila_77 at 26-3-2005 09:44 AM:


:setuju: stila pernah tanam anggur sampai setahun.. lagi teruk.. rasa macam nak bunuh diri jer... pernah apply kpli 2 kali, dua dua dapat interview tapi tak der rezeki, ambik exam ptd lepas sam ...


sabar le stilla...aku rase pengalaman tu penting dalam pekerjaan. tentang cable tu...aku penah dengar le sesetangah tempat macam tu dan dalam goverment pun aku penah dengar.
Tapi mungkin dah rezeki aku...aku dapat keje ngan goverment 3 bln lepas aku hbs belajar  :pray::pray:. semua org kate kene gune cable kalau nak dapat keje kat sane...
kawan-kawan aku yang dapat keje same aku tu pun tak penah gune cable..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 11:36 AM | Show all posts

meh aku kasik lagu buat releasekan tensen kowang

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 09:53 PM | Show all posts
mekasih la katak.. atas dedikasi lagu tu... menyentuh jiwa langsung...
Reply

Use magic Report

pinkcrystl This user has been deleted
Post time 12-4-2005 10:50 AM | Show all posts

salam..

hehehe.. pink plak baru je abih blaja nih..baru beberapa minggu mula cuti..hmmpphhh mgkin skang ni tak terasa lagi kot..sbb baru lagi..tgklaa nnt kalau masuk sebulan, dua bulan, tiga bulan.....

apa2hal pun, bergantung pada rezeki masing2 kan.. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 03:59 PM | Show all posts
aku ni lak...nak kate penganggur tak gak..tapi saje cari penyakit..lepas aku habis study ni aku dapat offer jadi cikgu kat kelang...tapi tetiba aku jadi malas gile nak jadi cikgu..aku igt nak buat business salun lak..isk..bile dipikirkan balik rugi pulak aku buat cenggitu sb aku dah habiskan 4 tahun buat bacelor pendidikan major bio..pastuh aku nak lompat buat business yang aku rase senang lingkup..isk..dilemma..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nirama This user has been deleted
Post time 14-4-2005 07:46 AM | Show all posts
menganggur hmmm ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 05:29 PM | Show all posts
mmg arr ade hikmah dier. . pastu untung kalo dimanfaatkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 2005-4-12 03:59 PM:
aku ni lak...nak kate penganggur tak gak..tapi saje cari penyakit..lepas aku habis study ni aku dapat offer jadi cikgu kat kelang...tapi tetiba aku jadi malas gile nak jadi cikgu..aku igt nak buat  ...


aku rasa la plak kan mc, ko patut amik offer cikgu tuh
pastu at the same time ko buwat ler bisnes butik salun tuh
bila bisnes dah kukuh, baru leh letak jawatan
sebab bisnes nih masa mula2 ko kene anggap as side income jek
kena ada satu pendapatan tetap yang akan sokong ko incase bisnes tgh malap
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 10:37 PM | Show all posts
tue lar pasal.. buat 2 benda skali.. ok aper.. lagipun cikgu ngajar setengah hari jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069477 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list