CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

Thread Tahukah Anda ...(merged: lady_bee)

[Copy link]
Post time 7-10-2005 04:03 PM | Show all posts

Datin Hajah Zahariah Mokhtar - PELAJAR WANITA TUNGAL MCKK

Satu peristiwa menarik tercatat dalam tahun 1953 apabila kolej buat pertama kalinya (mungkin terakhir) telah menerima masuk seorang pelajar perempuan. Pada permulaan tahun pelajar tersebut telah di tempatkan di Tingkatan VI. Tetapi malangnya, beliau tidak berada lama di kolej itu kerana bulan Ogos tahun itu, beliau telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
   
Walaupun tanggapan yang dibuat bahawa beliau merasa kurang selesa bergaul dengan pelajar-pelajar kolej yang lain adalah tidaklah tepat kerana beliau kemudiannya telah berkahwin dengan bekas pelajar kolej itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 11:51 AM | Show all posts

TV Pendidikan - PENDIDIKAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK

Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu hisab.
   
Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215 buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringakat awal, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:47 PM | Show all posts

Stesen Radio Pertama - STESEN RADIO TAHUN 1942

Stesen radio yang pertama beroperasi pada tahun 1942 terletak disebuah rumah papan beralamat No. 48, Jalan Perak, Pulau Pinang. Stesen radio yang beroperasi di rumah Koo Sian Ewe pada mulanya dikenali dengan nama "Stesen Radio ZHJ" yang dikendalikan oleh ahli Persatuan Wireless Pulau Pinang, dianggotai oleh Pegawai British.
   
Pada awalnya, ia hanya menggunakan pemancar buatan tempatan yang dicipta oleh Chin Wee Bee dari Syarikat Kee Huat Radio, Pulau Pinang. Pemerintahan Jepun telah mengambilalih stesen ini dan menukarkannya kepada Stesen Radio Hoso Kyoko. Dan apabila British mengambilalih pemerintahan Tanah Melayu, ia mengubah sistem radio ini dan memulakan kata-kata awal pada setiap penyiarannya dengan kata-kata This is The British Military Administration Broadcasting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:48 PM | Show all posts

Feri Pulau Pinang

Perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang merupakan feri penumpang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini. Perkhidmatan ini dimulakan buat pertama kalinya pada tahun 1894 dengan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ini diusahakan oleh sebuah syarikat adik beradik Quah Beng Kee yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Pada 1924, perkhidmatan ini telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang yang kemudiannya memperkenalkan perkhidmatan feri yang lebih besar dan selesa. Setahun kemudian, sebuah jeti baru dibina iaitu Church Street Ghaut, Pulau Pinang dan jeti Mitchqel Pier di Butterworth.

   
Pada tahun 1956, dua buah jeti baru iaitu Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dibina. Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959. Beliau telah menamakn pengkalan baru di Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Beliau kemudiannya menyeberang dengan feri ke Butterworth dan menamakan pengkalan di situ sebagai Pengkalan Sultan Abdul Halim, iaitu Sultan Kedah Darul Aman.

Perkhidmatan feri yang kini dikendalikan oleh Pesuruhjaya Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:51 PM | Show all posts

Pos Bergerak Pertama

Pada tahun 1957 perkhidmatan pos bergerak buat pertama kalinya diperkenalkan di Kuala Lumpur, Alor Setar dan Taiping. Pelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekom, Encik (Allahyarham Tun) Sardon Haji Jubir pada 4 Mei 1957.
   
Perkhidmatan ini menggunakan Van jenis MDBR Commer Chasis 3 tan model 1956. Untuk disesuaikan dengan keadaan pejabat pos, van yang dibeli dengan harga $9,000 setiap satu dari England itu tepaksa diubahsuaikan dengan mengadakan sebuah meja dan kerusi untuk yang bertugas.






  Sumber : Rekod-Rekod Dunia Di Malaysia (4)/ Ghulam Jie M Khan, 1989.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:53 PM | Show all posts

Telefon Pertama Negara - TALIAN TEEFON TAHUN 1886

Talian telefon yang pertama yang disambung di negara kita (Persekutuan Tanah Melayu) mula dipasang dan digunakan pada awal tahun 1886 iaitu talian telefon yang tergantung merentangi hutan sepanjang 27 batu dari pejabat Residen British, Sir Hugh Low di Kuala Kangsar ke pejabat pembantu residen di Taiping, Perak.
   
Lima tahun kemudian 1891, ibu sawat telefon yang pertama di negara kita telah dipasang di Kuala Lumpur dan sebanyak 21 buah telefon telah digunakan dengan disokong oleh talian telefon dan telegraf sepanjang 400 batu. Menjelang tahun 1908, sistem telekomunikasi telah terpasang dengan lengkap di Semenanjung Malaysia.





  Sumber : Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2005 02:55 PM | Show all posts

Tun Hamdan bin Sheikh Tahir - PENDIDIK ISTIMEWA

Tun Hamdan bin Sheikh Tahir merupakan anak watan Pulau Pinang pertama menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Beliau yang telah dilahirkan pada 27 April 1921 telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar. Tun beranggapan pendidikan yang diterima semasa penjajahan Jepun merupakan pendidikan terbaik dalam pengalamannya.
   
Tun telah berkhidmat sebagai Guru, Pengetua, Ketua Penasihat Ketua Pengarah Pelajaran, Naib Canselor dan sebagai Wakil Tetap Malaysia di UNESCO. Penglibatan Tun dengan sepenuh jiwa raganya dalam bidang pendidikan dan pelaksanaan sistem pendidikan telah menjadikannya tokoh pendidikan menerima anugerah 慞endidik Istimewa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 03:01 PM | Show all posts

Jeneral Tunku Osman Jewa b. Tunku Mohammad Jewa

Jeneral Tunku Osman Jewa b. Tunku Mohammad Jewa merupakan anak Malaysia pertama yang menjawat jawatan Jeneral dalam tentera di negara kita. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1920.
   
Beliau dilantik menjadi Jeneral penuh dan sekaligus menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 hb. Januari 1964 yang menggantikanJeneral Datuk Rodney Moore yanh bersara dan merupakan orang pertama menjadi Jeneral di Tanah Melayu.





  Sumber : Buku Rekod Malaysia/Ghulam Jie M Khan, 1997

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lady_bee This user has been deleted
Post time 12-10-2005 05:01 PM | Show all posts

fakta yang kita tidak tahu....

^_^ Fakta-fakta yang kita tidak tahu....   :stp: :stp:

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.

************************************************************

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana
pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana
buihnya yang naik ke atas.

************************************************************

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi
jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu
bila kita flush.

************************************************************

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap
bakal seorang pemimpin.

************************************************************

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

***********************************************************

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma
darah.

***********************************************************

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

***********************************************************

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

***********************************************************

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

***********************************************************

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

***********************************************************

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd
tahun 1667

***********************************************************

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896.
Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

***********************************************************

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan
kebanyakannya ialah kertas.

***********************************************************

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali. try ler
keme dah terai memang tak boleh

***********************************************************

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

***********************************************************

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison
pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'

***********************************************************

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

***********************************************************

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

***********************************************************

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

***********************************************************

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

***********************************************************
Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

***********************************************************

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang
tak ada misai.

***********************************************************

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

***********************************************************

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam

***********************************************************

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987
tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad
di tempat penumpang kelas 1

***********************************************************

Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

***********************************************************

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut
arah jam.

***********************************************************

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen
(Born in USA)

***********************************************************

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang
lain

***********************************************************

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv,
2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

***********************************************************

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam,
anda akhirnya akan pengsan.

***********************************************************

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan
mesintaip.

***********************************************************

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

***********************************************************

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser
paru-paru.

***********************************************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 05:03 PM | Show all posts

Raja Mahadi - PENGARAH FILEM MELAYU PERTAMA

Haji Mahadi mencatat sejarah sebagai pengarah filem tempatan pertama menerusi filem arahan beliau Pertama di Perlimbahan yang dikeluarkan oleh Malay Film Production pada tahun 1952. Filem ini membuka satu langkah baru kepada pengarah-pengarah tempatan lain terutamanya pengarah-pengarah Melayu.
   
Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori oleh pengarah-pengarah luar seperti dari India dan Filipina. Filem ini dibintangi oleh Nordin Ahmad yang berlakon buat pertama kalinya di samping Maria Menado, Salmah Ibrahim, J. Husny dan Suud Jr.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 01:29 PM | Show all posts
Prince Charles does not receive a salary from the state. He recieves £12
million a year from the Duchy of Cornwall and pays £4.4 million Income Tax
per year, and gives a further £5.9 million to charity. These are facts you
won't find in the Daily Mail.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 02:40 PM | Show all posts

Tahukah anda...

Francisco Pizarro menakluk Peru dengan hanya 180 anggota tentera dan 27 ekor kuda serta 3 pucuk meriam dan mengalahkan tentera Inca seramai 6,000 orang di Cajamarca pada tahun 1532.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:40 PM | Show all posts

Sejarah Buah Kurma

ASAL usul kejadian pokok kurrna adalah dari lebihan tanah yang Allah S.W.t. ciptakan Nabi Adam. Pokok kurrna betina tumbuh pada zaman Siti Mal)'am. Selepas melahirkananaknya, Nabi Isa, Siti Mariam telah diminta oleh Allah S.W.t. untuk menggoncangkan pohon kurrna yang tumbuh di tempatnya melahirkan. anaknya lalu gugurlah buah kurrna masak dan dimakan oleh Siti Mari'am.

Kisah tersebut terkandung dalam surah Mariam, ayat 25. Allah S.W.t. berfirrnan yang berrnaksud; "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak padamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Itulah kali pertama buah kurrna men¬jadi ubat berkhasiat kepada man usia. Siti Mariam dapat mengalas perutnya di samping mengumpul tenaga selepas selamat melahirkan Nabi Isa hanya dengan memakan kurrna tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan dengan kelahiran Nabi Isa itu juga, Allah S.W.t. menumbuhkan pokok kurrna jantan bersebelahan pokok kurrna betina; Bagi tujuan mendapatkan hasil buah kurrna yang elok, ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (me¬lakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Perbezaan antara pokok kurma jantan dan kurmna betina ialah pokok kurrna jantan lebih tinggi dan berdaun keras menjulang ke langit.

Pokok kurrna betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari, pokok kurma jantan berbunga setahun sekali sama dengan kurma betina ..

Bezanya bunga jantan mengeluarkan debu-debu halus. Ketika pokok kurrna betina mengeluarkan bunga, pekerja yang merupakan penduduk Arab akan memanjat pokok kurrna tersebut dan melakukan proses kahwin bunga.

la dilakukan dengan menepuk dan menyapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang berkembang daripada tandan.

Dipercayai kaedah pendebungaan yang dilakukan dengan tangan manusia akan menghasilkan buah kurrna yang berkualiti tinggi.

Pokok kurma tidak akan berbuah dengan sempuma jika tidak disenyawakan menggunakan tangan man usia. Buah kurrna juga tidak akan masak jika suhu kurang daripada 55 darjah Celsius. Bulan Julai ialah musim buah kurrna masak ranum manakala Ogos merupakan musim menuai.

Bagi sebuah kebun,memadai ditanam beberapa batang sahaja pokok kurrna jantan berbanding dengan ratusan pokok kurma betina kerana debunga pada satu dahan pokok kurrna jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan ratusan tandan pada pokok kurrna betina.

Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan itu juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi lain amat menyayangi pokok kurma kerana ia dikatakan buah yang serasi dengan tubuh badan man usia. Buah itu juga tidak berbau kerana Allah S.W.t. ingin memelihara kesudannya di samping memudahkannya ditanam dalam keadaan cuaca panas kering. Bahkan sepanjang buah kurma berada di atas pokok, tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:03 AM | Show all posts
hui menarik sangat korang ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:03 AM | Show all posts

DO YOU KNOW

1. Chewing on gum while cutting onions can help a person from stop
producing tears. Try it next time you chop onions.


2. Until babies are six months old, they can breathe and swallow at the
same time. Indeed convenient!


3. Offered a new pen to write with, 97% of all people will write their
own name.


4. Male mosquitoes are vegetarians. Only females bite.


5. The average person's field of vision encompasses a 200-degree wide
angle.


6. To find out if a watermelon is ripe, knock it, and if it sounds
hollow then it is ripe.


7. Canadians can send letters with personalized postage stamps showing
their own photos on each stamp.


8. Babies' eyes do not produce tears until the baby is approximately six
to eight weeks old.


9. It snowed in the Sahara Desert in February of 1979.


10. Plants watered with warm water grow larger and more quickly than
plants watered with cold water.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:04 AM | Show all posts

DO YOU KNOW 2

11. Wearing headphones for just an hour will increase the bacteria in
your ear by 700 times.


12. Grapes explode when you put them in the microwave. Let's all try
this tonight! Hihihi....


13. Those stars and colours you see when you rub your eyes are called
phosphenes.


14. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears
never stop growing.


15. Everyone's tongue print is different, like fingerprints.


16. Contrary to popular belief, a swallowed chewing gum doesn't stay in
the gut. It will pass through the system
and be excreted.


17. At 40 Centigrade a person loses about 14.4 calories per hour by
breathing.


18. There is a hotel in Sweden built entirely out of ice; it is rebuilt
every year.


19. Cats, camels and giraffes are the only animals in the world that
walk right foot, right foot, left foot, left foot, rather than right
foot, left foot.


20. Onions help reduce cholesterol if eaten after a atty meal.


21. The sound you hear when you crack your knuckles is actually the
sound of nitrogen gas bubbles bursting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.134907 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list