CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Roda2 Kehidupan

[Copy link]
 Author| Post time 18-5-2006 11:07 PM | Show all posts
Edisi Utara: Pemandu lori rentung

Oleh Azahar Hashim

KULIM: Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbakar ketika menuruni laluan berbukit di Jalan Bukit 300 Kaki, Air Putih, Serdang, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Hadi Ismail, 36, yang memandu lori bersendirian datang dari arah Sungai Kecil Hilir ke Kampung Air Putih, Serdang, membawa muatan kain dan plastik.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Zainal Abdul Aziz, berkata mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan terbabit yang berbukit dan berselekoh sebelum terbabas dan terbalik.

Katanya, Hadi yang berasal dari Selama, Perak dipercayai cuba membrek lorinya beberapa meter ketika menuruni bukit sebelum terbabas berdasarkan kesan tayar lori di atas permukaan jalan terbabit.

"Lori terbabit yang penuh dengan muatan kain dan barangan plastik terbabas serta terbalik sebelum melanggar tebing bukit. Kejadian itu menyebabkan lori berkenaan terbakar," katanya.

Zainal berkata, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dipercayai gagal menyelamatkan diri dan api marak begitu cepat menyukarkan orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Che Man Ismail, berkata pihaknya yang dihubungi sejurus selepas kejadian tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima bantuan daripada Balai Bomba Nibong Tebal, Pulau Pinang dan api berjaya dikawal dalam tempoh lima minit.

Bagaimanapun, katanya, bomba terpaksa menggunakan sebuah kren untuk mengangkat lori yang terbalik itu bagi mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dan tersepit.

"Usaha mengeluarkan mangsa mengambil mangsa hampir dua jam dan mayatnya hanya boleh dikeluarkan selepas lori terbabit berjaya diangkat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2006 11:08 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Bengkel tawar khidmat paksa

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

MUAR: Sindiket terancang membabitkan pengusaha bengkel dan trak penunda dikesan mengambil kesempatan menipu pemilik kereta yang rosak di lebuh raya.

Mereka dikatakan sentiasa mencari peluang untuk `menangguk di air keruh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:09 PM | Show all posts
Edisi KL: Rebut edar dadah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pembunuhan kejam pelajar tahfiz, Mohd Taufiq Ali, 14, oleh dua lelaki malam Sabtu lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan pergaduhan dua kumpulan samseng yang berebut kawasan kerana mahu menguasai aktiviti pengedaran dadah di situ.

Sumber polis tidak menolak kemungkinan Taufiq menjadi mangsa kumpulan kongsi gelap terbabit yang cuba menakutkan pesaingnya dengan melepaskan kemarahan tanpa mengira sasaran.

Difahamkan, siasatan polis tidak menolak kemungkinan Taufiq menjadi sasaran apabila dia secara kebetulan melalui jalan terbabit pada masa dan waktu yang `salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:12 PM | Show all posts
Edisi Timur: Dilibas dengan rantai besi

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetero.com.my

KUANTAN: 揝aya lompat ke tempat duduk pemandu dan cuba melarikan diri namun gagal kerana dipukul di belakang oleh seorang daripada perompak terbabit dengan rantai besi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:12 PM | Show all posts
Edisi Tengah: Tahi lembu kering ganti gam

Oleh Rozmanshah Abdullah
am@hmetro.com.my

MELAKA: Segelintir remaja yang ketagih gam tetapi tidak mempunyai wang untuk membeli bahan itu, menggunakan tahi lembu kering, pencair cat dan petrol sebagai alternatif melepaskan gian.

Kegiatan menghidu tahi lembu kering dikatakan paling popular kerana ia tidak perlu mengeluarkan sebarang wang berbanding petrol dan pencair cat yang perlu dicuri dari kenderaan atau membelinya di kedai barangan logam.

Perkara itu didedahkan seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Man berusia 19 tahun yang mengaku menghidu gam sejak di tingkatan satu.

Menurutnya, dia mula ketagih menghidu gam yang dibeli dari kedai barangan logam atau kedai serbaneka 24 jam dengan harga RM3.50 hingga RM4 setin.

揋am itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan diserkup ke muka untuk mendapatkan kesan khayal.

揃iasanya, kami menghidu gam secara beramai-ramai dan berkongsi menggunakan plastik sama yang berisi gam kerana ia boleh mendatangkan 憇eronok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:14 PM | Show all posts
Edisi Utara: Peniaga VCD acu pisau

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Sekumpulan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah yang menjalankan operasi di tapak pasar malam Kepala Batas, dekat sini, kelmarin diugut dengan pisau pemotong sayur oleh peniaga di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, seorang penjual cakera padat video (VCD) yang panik melihat kehadiran pegawai terbabit mengacu pisau pemotong sayur mengugut untuk mencederakan mereka jika dia ditahan.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana terdesak dan gagal melarikan diri selepas gerainya yang dipercayai menjual VCD cetak rompak dikepung beberapa pegawai penguat kuasa terbabit.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP Kedah, Guna Selan Marian, berkata menyedari dikepung, lelaki itu mencapai pisau pemotong sayur yang diambil dari gerai menjual nasi himpit di sebelahnya lalu mengugut akan mencederakan pegawai penguat kuasa jika barangannya dirampas.

Bagaimanapun, katanya, beberapa pegawai penguat kuasa bertindak pantas merampas pisau berkenaan sebelum menahan lelaki itu.

Beliau berkata, berikutan penahanan lelaki itu, pegawai penguat kuasa turut merampas 426 keping VCD yang dijual lelaki berkenaan.

揝iasatan awal mendapati lelaki itu pernah ditahan sebelum ini kerana menjual VCD cetak rompak berhampiran pasar malam di Jitra tahun lalu.

揕elaki itu sudah didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan kesnya masih lagi dalam perbicaraan.

揕elaki itu sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan ditahan reman selama dua hari bermula semalam sehingga Jumaat ini (esok),
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2006 11:20 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Nyawa murid terancam

Oleh Ibrahim Isa

JOHOR BAHRU: Nyawa kira-kira 450 murid termasuk 32 guru dan kakitangan Sekolah Rendah Kebangsaan Skudai Baru, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, bagai 憈elur di hujung tanduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:21 PM | Show all posts
Edisi Nasional: Gadis dirogol bekas tentera

Oleh Badrila Jamlus
jbad@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Pertemuan seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan bekas teman lelakinya bertukar menjadi titik hitam apabila dia menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, gadis berusia 17 tahun itu dikunjungi bekas teman lelakinya ketika tinggal seorang diri di rumah kakaknya di Presint 9, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila bekas teman lelaki mangsa yang juga seorang bekas tentera tiba-tiba `naik angin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2006 11:22 PM | Show all posts
Edisi Timur : Pegang lesen palsu sejak 1998

Oleh Zaid Zalim

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki yang menyerahkan urusan pembaharuan lesen memandu kepada orang tengah 憁emerangkap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:29 PM | Show all posts
Taufan Chanchu menghala ke China

BEIJING 17 Mei - Lebih 620,000 penduduk di kawasan pantai di selatan China hari ini dipindahkan sebagai langkah keselamatan berikutan ancaman Taufan Chanchu yang menghala ke negara ini dan Hong Kong.

Kesemua penduduk dari wilayah Guangdong itu dipindahkan ke pusat perlindungan manakala lebih 58,000 kapal dan bot di laut diarah kembali berlabuh, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Di Hong Kong, 26 penerbangan yang kebanyakannya menuju ke tanah besar China dibatalkan manakala lapan penerbangan antarabangsa ditangguhkan.

Banyak perkhidmatan feri digantung dan kawasan pantai pula ditutup.

Taufan Chanchu yang menyebabkan 41 orang terkorban dan ribuan lagi hilang tempat tinggal semasa melanda Filipina Sabtu lalu adalah yang paling kencang memasuki kawasan Laut China Selatan pada bulan ini, menurut Pusat Pemantauan di Hong Kong.

Bergerak pada kelajuan 20 hingga 23 kilometer sejam dengan membawa angin selaju 162 kilometer sejam, taufan itu dijangka melepasi timur Hong Kong hari ini sebelum membadai Guangdong, menurut pakar kaji cuaca.

Stesen Meterologi Guangzhou meramalkan taufan tersebut mungkin melanda kawasan pantai di antara daerah Shenzhen dan Raoping di Guangdong petang ini atau pagi esok, lapor akhbar China Daily.

Di bandar Shenzhen, Guangdong, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tanah runtuh di beberapa kawasan berisiko tinggi.

Di Hong Kong beberapa pokok tumbang akibat angin kencang.

Angin selaju 74 kilometer sejam dicatatkan dan kawasan tanah rendah dikhuatiri banjir manakala sekolah juga turut diarah tutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:29 PM | Show all posts
Dua pelombong terima RM2.67j ceritakan pengalaman

SYDNEY 17 Mei - Dua pelombong Australia yang terperangkap hampir satu kilometer di dalam tanah selama 14 hari dikatakan akan menerima RM2.67 juta (AS$1 juta) seorang untuk menceritakan kisah mereka.

Brant Webb, 37, dan Todd Russell, 34, telah menandatangani perjanjian eksklusif untuk memberitahu pengalaman ajaib mereka kepada televisyen Australia, Nine Network, kata Ketua Eksekutifnya, Eddie McGuire hari ini.

Bagaimanapun butiran bayaran oleh rangkaian itu kepada pelombong berkenaan tidak didedahkan.

Nine Network dalam satu kenyataan berkata, ia akan menyiarkan rancangan khas selama dua jam bertajuk The Great Escape mengenai pengalaman pelombong tersebut pada malam Ahad ini.

Webb dan Russell telah terperangkap dalam gua kecil yang terbentuk daripada bertan-tan batu di dalam perut bumi Lombong Emas Beaconsfield berusia satu kurun itu selepas gempa bumi kecil menyebabkan runtuhan pada 25 April lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 11:30 PM | Show all posts
Penduduk tidak peduli arahan berpindah

GUNUNG MERAPI 17 Mei - Kebanyakan daripada penduduk di sekitar Gunung Merapi, di sini hari ini masih tidak mempedulikan arahan supaya meninggalkan kawasan berkenaan apabila mereka terus menjalankan aktiviti harian masing-masing.

Penduduk yang tinggal di lereng gunung berdekatan dengan puncaknya, hanya melahirkan sedikit rasa takut kerana aktiviti gunung tersebut mula menunjukkan penurunan sejak kelmarin apabila kepulan awan gas beracun serta aliran lahar yang keluar berkurangan.

揟iada apa yang perlu dirisaukan di sini.

揚ara saintis mungkin bimbang, tapi hati saya berkata ia masih selamat,拻 kata seorang petani tua, Warkijho, 55, yang enggan mematuhi arahan supaya berpindah.

Status amaran berjaga-jaga masih berada di paras tertinggi hari ini, dan saintis memberi amaran bahawa keadaan aktiviti yang reda itu tidak bermakna bahaya telah berakhir.

Jelas saintis, lahar seberat 2.3 juta kubik meter ekoran letusan sejak berminggu-minggu lalu yang masih ada di gunung itu perlu dilihat sebagai ancaman kerana luapan debu serta gas beracun boleh menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini bertemu dengan lebih 5,000 orang yang telah berpindah ke kawasan penempatan sementara.

Susilo dan isterinya malam tadi turut bersama-sama penduduk berada di khemah penempatan sementara itu.

Beliau juga menggesa mereka yang masih belum berpindah supaya mengikuti arahan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:41 PM | Show all posts
Edisi Timur: Pecah masuk rumah 5 guru

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Sekumpulan pencuri mengambil kesempatan memecah masuk lima unit kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin, Raub ketika guru sedang mengajar, Selasa lalu.  

Kejadian berlaku ketika kumpulan pencuri berkenaan memasuki rumah mangsa melalui pintu depan selepas mengumpil tombol pintu, antara jam 7 pagi hingga 2 petang.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Noor Azman Mohamed, berkata kumpulan pencuri itu melarikan komputer, telefon bimbit, wang tunai, kamera digital dan barang kemas yang membabitkan kerugian lebih RM14,000.

揝emua mangsa hanya menyedari kehilangan barang berkenaan selepas melihat keadaan dalam rumah mereka berselerak sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Raub.

揚olis masih belum dapat memastikan sama ada kuarters berkenaan mempunyai pengawal keselamatan tetapi hasil tinjauan mendapati hanya bahagian depan sekolah dipagar manakala di belakangnya tidak dan dipenuhi pokok kayu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:44 PM | Show all posts
Edisi KL: Bangla jadi mata-mata

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KAJANG: Sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak dipercayai berkomplot dengan dua pengawal keselamatan warga Bangladesh yang dilantik sebagai `mata-mata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:44 PM | Show all posts
Edisi KL: Botox haram

Oleh Noor Jaafar
noorj@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, menegaskan penggunaan Botox haram kerana bahan itu disahkan mengandungi sejenis bahan kotor walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan sama ada bahan itu boleh diguna atau sebaliknya untuk tujuan kecantikan.

Katanya, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah beberapa kali membincangkan perkara itu tetapi belum boleh membuat sebarang keputusan kerana pihak terbabit, termasuk farmasi tidak menyatakan secara terperinci bahan yang terkandung dalam Botox atau nama saintifiknya Botulinum Toxin Type A.

Menurutnya, ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan perlu meneliti kandungan bahan yang menghasilkan bakteria digunakan dalam suntikan Botox dan jika dihasilkan daripada bahan yang dilarang agama Islam, barulah penggunaan Botox akan diharamkan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, penggunaan Botox boleh dianggap berunsur penipuan kerana mereka yang menggunanya mahu kelihatan cantik dan muda sedangkan keadaan sebenarnya tidak begitu.

揝amalah juga dengan pengguna yang menghitamkan rambut beruban yang mahu dia dilihat muda.

揃agaimanapun memakai inai pada rambut beruban dibenarkan kerana dengan sendirinya orang tahu mereka yang memakai inai adalah mereka sudah beruban,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:45 PM | Show all posts
Edisi Nasional: Misi dakwah 'Scrambler'


SEORANG ahli Dewan Negara mencadangkan pendakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggunakan motosikal 搒crambler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2006 07:46 PM | Show all posts
Edisi KL: RM2J dalam 17 hari

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belum pun pertandingan bola sepak Piala Dunia 2006 bermula bulan depan, beberapa kaki judi sudah mula meminjam wang daripada ceti haram atau along membabitkan jutaan ringgit.

Perkara itu disahkan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong selepas mendapati kes pinjaman hutang along melonjak mendadak sejak 1 Mei lalu.

Beliau berkata, rekod dicatatkan pihaknya mendapati sebanyak 34 kes pinjaman hutang along membabitkan wang RM2.6 juta diadukan kepada pejabatnya dalam tempoh 17 hari pertama bulan ini.

揔ebanyakan duit yang dihutang daripada along itu digunakan untuk berjudi dan bertaruh pertandingan bola sepak di dalam dan luar negara termasuk digunakan untuk persediaan menghadapi pertandingan bola sepak Piala Dunia di Jerman itu.

揗alah sejak Januari lalu, pihak kami menerima 165 kes aduan berhubung ancaman 1,298 along membabitkan nilai keseluruhan RM16.4 juta,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:47 PM | Show all posts
Edisi Tengah: Masuk semak elak JPJ

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Ahmad Syahrul Derauh
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang remaja yang terkejut apabila mendapati dirinya terperangkap dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, berdekatan Taman Seri Pagi, Senawang, malam kelmarin, sanggup meninggalkan motosikalnya dan masuk ke dalam semak untuk melarikan diri.

Pada mulanya, remaja berusia awal 20-an itu dilihat dengan selamba turun daripada motosikalnya dan cuba menolak kenderaan itu ke kawasan curam berhampiran tetapi menjadi kelam-kabut apabila mendapati terdapat longkang besar di situ.

Apabila beberapa anggota penguat kuasa JPJ menghampirinya, remaja itu nekad meninggalkan motosikalnya tanpa sempat mematikan enjin dan melompat ke dalam semak sebelum menghilangkan diri di kawasan taman perumahan berdekatan.

Pemeriksaan JPJ mendapati motosikal itu menggunakan cukai jalan yang sudah tamat tempoh tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan remaja yang melarikan diri itu terbabit dalam kes lain kerana terlalu takut sehingga meninggalkan kenderaannya.

Sementara itu, seorang remaja hanya mampu tergamam apabila mendapati Proton Wira yang diubahsuainya disita.

Pemeriksaan JPJ mendapati selain daripada cukai jalan tamat tempoh, enjin Proton Wira itu sudah diubahsuai, memasang bumbung suria (sun-roof) dan cermin gelap di keseluruhan cermin belakang.

Dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 1 pagi itu, beberapa penunggang motosikal juga dilihat sanggup membahayakan nyawa sendiri apabila nekad berpatah balik dengan melawan arus.

Malah, beberapa pemandu kereta turut melarikan diri apabila menyedari JPJ menjalankan pemeriksaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:48 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Jalan sempit tunggu mangsa

Oleh Jamaludin Husin

MUAR: Penduduk Kampung Parit Haji Zin, Bakri di sini, meminta pihak berkuasa melebarkan Jalan Paya berhampiran bangunan sekolah kebangsaan kampung itu yang keadaannya kini sempit.

Selain menjadi laluan utama penduduk, jalan itu juga digunakan kenderaan berat termasuk lori yang membawa bahan binaan dan produk kilang perusahaan di pedalaman kawasan itu.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Zin, Ithnin Selamat, berkata jalan itu semakin sesak terutama pada waktu puncak ketika ibu bapa menunggu kepulangan anak tamat sesi persekolahan.

Katanya, dalam masa sama jalan itu dilalui kenderaan yang keluar masuk dari kawasan perkilangan dan sebaliknya.

Beliau mendakwa persimpangan yang sempit itu juga menyebabkan sering berlaku kemalangan sehingga mangsa mengalami kecederaan teruk.

揔emalangan terbaru membabitkan seorang penunggang motosikal yang bergesel dengan lori hingga menyebabkan kaki kanannya patah dan mangsa kini masih dirawat di Hospital Besar Melaka sejak seminggu lalu.

揔esesakan lalu lintas yang tidak terkawal itu juga menyebabkan beberapa murid sekolah itu turut terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:49 PM | Show all posts
Edisi KL: Remaja tiada lesen

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Dua remaja lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki mereka didakwa dilanggar kereta peronda polis dari belakang dalam kejadian Isnin lalu, dikenal pasti tidak mempunyai lesen memandu sah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata siasatan polis mendapati motosikal dinaiki Mohd Tarmidzi Abd Halim, 19, dan rakannya, Harun Aziz, 22, turut tidak mempunyai cukai jalan dan tidak dilindungi insurans.

Menurutnya, kesalahan serius itu turut diambil kira dalam melengkapkan siasatan kes terbabit yang dipercayai turut dianggap kesalahan serius.

揔ekeliruan berhubung pihak mana yang bersalah dalam kes kemalangan itu hanya akan terjawab selepas kereta dan motosikal terbabit menjalani analisis di Jabatan Kimia.

揝ehingga kini, tiada pihak patut dipersalahkan sehinggalah laporan Jabatan Kimia diperoleh,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.363572 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list