CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

kesetiaan?

[Copy link]
Post time 1-2-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 79# fazss


    nope ! ..melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 07:47 PM | Show all posts
saya suka gaya fazss bercerita...
santai dan menyeronokkan..
mcm betul2 je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:17 AM | Show all posts
Reply 82# qislea


    terima kasih.. biasa2 aje la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:17 AM | Show all posts
Reply 81# fiqrah


    hidup melaka!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:19 AM | Show all posts
“kenapa ko nak couple dengan aku?”

“ko baik, cantik, banyak lah lagi..”

“aku tak tahu” aku mengeluh lagi. Genuhnya nak melayan kisah2 begini. Aku tinggalkannya dengan soalan tanpa jawapan, harapannya masih lagi aku pertimbangkan.

Dalam tidak sedar, aku berjanji pada diri bahawa kisah kali ini akan lebih baik dari sebelumnya. Sejak aku bersetuju dengan usul itu, satu sekolah sudah berangin dengan kisah aku dan Azmil. Abang hanya senyap tanpa sebarang komen. Itulah abang, tiada kongkongan dalam bersahabat tapi dia tidak ada kompromi dalam hal ehwal kesopanan, adat dan cara bergaul.

Hubungan antara aku dan Azmil banyak berkisarkan tentang pelajaran. Banyak pihak menjadikan kami bahan bualan. Walau sedar tentang kisah itu, namun aku menanam dalam hati aku bahawa ini adalah semangat baru untuk Azmil maju dalam dirinya.

“ermmm…ko dah siap kerja Mr Ravi?” Azmil mula bicara dengan sengih.

“belum” selamba aku duduk di depannya.

“kenapa ni tengok aku macam tu?” Semua yang ada seakan terkejut sedikit. mungkin tak sangka aku tidak siap lagi kerja sekolah Geografi itu.

“ko sihat tak hari ini?” Safura mula bertanya.

“cuba ko rasa badan dia?” usul Arif.

“biasa aje” Lily yang ada di sebelah aku menjawab. Tangannya di dahi aku tepis kasar.

“sengal la korang ni. Apa kes?” aku mula membentak.

“tak pernah2 ko lambat2 siapkan kerja sekolah, tu la pelik. Kenapa tak siap?” Azmil memandang aku.

“terima kasih” aku sambut dulu minuman untuk aku. Bijak juga dia ni nak menawan hati aku. Aku senyum senang. Dalam hati dah gelak jahat. Jahat sangat2..

“aku sibuk semalam nak layan saudara datang la. Yang korang ni kenapa tak siap lagi” niat asal aku nak menggiat si Azmil ni.

“tunggu ko la, ko kan sifu” berderai tawa kami dengan lawak sengal Azmil.

“pandai!! Bijak sangat. Sorang pun tak pernah nak siap dulu kan” aku saje tiupkan angin. Tangan aku selak kerja sekolah kami.

“sengih la..” aku menggiat Azmil. Mulut2 sengal yang lain mula berbunyi berbagai irama.

Lewat petang itu, setelah bergelak ketawa, bermaki hamun siap juga semua kerja sekolah kami. Azmil dan aku masih berbual kosong di temani Arif sambil kami berjalan ke rumah aku.

“korang nak minum tak dulu?” memang jadi kebiasaan aku, setiap orang datang aku jamukan ‘air bujang’.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:20 AM | Show all posts
“tak nak lah. Jauh lagi perjalanan ni” Arif menjawab. Mujur ada Arif, Azmil berulang alik ke sekolah berteman lah juga. Kedudukan kampungnya yang 10 minit dari kampong aku tentu amat menyukarkan kehidupan mereka berdua.

Setiap kali kami berjumpa bukan soal kasih sayang yang menjadi topik kami, tapi kami banyak berbincang tentang kerja2 sekolah yang ada. Kebiasaannya aku harus mengajarnya menyiapkan kerja2 sekolah itu, aku senang dengan situasi itu. Ini lebih baik dari dia hanya meniru sahaja seperti sesetengah kawan2 kami.

“nak tak pergi rombongan Kelantan?” aku tahu, ayah Angah akan mengadakan satu rombongan nanti tapi aku tak rasa pun nak turut serta. Balik2 Kelantan, jemu.

“tak kot”

“ala..jom lah..”

“tengok lah nanti”

Tinggal seminggu sahaja lagi tarikh rombongan itu, aku menerima satu surat dari Sekolah MARA. Aku terpilih untuk menduduki peperiksaan kelayakan bagi kemasukan sesi akan datang. Syukur.

“sama tarikh dengan rombongan tu” aku mengadu pada Cikgu Liza.

“baik pergi periksa tu. Rombongan tu buat benda, maksiat” aku tergelak mendengar perkataan ‘maksiat’. Dah tahu ‘maksiat’ sokong gak pelajar2 dia bercinta bagai.

“maaf la Mil, aku kena pergi test tu”

“ye la..nak cakap apa” kesian pula aku melihat dia buat muka macam itu.

Kepulangan rombongan mereka bukan sahaja membawa buahtangan, ada juga angin yang bertiup bersama. Aku hanya mendengar pada mulanya, tapi setelah banyak mulut dan saksi. Aku tidak betah. Lelaki tetap lelaki.

“Arif tak kan ko tak tahu apa2” aku mendesak Arif untuk bersuara.

“baik ko tanya dia sendiri.”

“sapa?”

“Azmil lah!”

Kalau aku pergi tanya Azmil semula pasti jawapan dia agak condong. Jadi baik aku tanya perempuan itu sendiri dulu.

“hai kak Haida” agak gugup kak Haida membalas sapaan aku.

“boleh cakap sekejap, nak tanya aje”

“boleh tentang apa?”

“apa yang berlaku masa rombongan”

“maksud awak”

“antara awak dengan Azmil. Cakap aje apa2, saya tak marah. Saya nak tahu aje”

“tak ada apa lah Bil, kami duduk sama2. Akak teman dia aje, Bil kan tak dapat join.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2011 08:22 AM | Show all posts
“duduk dalam bas saya faham kak, walaupun saya pelik sebab sefaham saya akak dan dia boleh duduk sama dengan orang lain padahal. Tapi bab nak ke mana2 berdua tu kenapa?” aku masih berlembut. Perempuan ini lembut bahasanya tapi aku rasa tidak logik pada jawapannya.

Tiada bukti langsung untuk aku terus mendakwa mereka. Segala2nya kelam untuk aku menrungkaikannya. Sesi persekolahan hampir tamat, menjadi rutin untuk kami mengada Hari Anugerah.

Aku tenggelam dalam sesi latihan tarian aku bersama Cikgu Liza. Tahun ini kami nak adakan Joget Pahang. Aku memang teruja.

“Bil..” Angah tercungap2 mendapatkan aku yang sedang bersenang2 di kantin sambil menanti masa latihan tarian kami.

“baik mengucap dulu, dah tak ada nafas aku tengok” aku mengusiknya yang memegang dada.

“Bil” itu sahaja yang dia mampu ucapkan.

“ko ni..kes berat lah. Tarik nafas, relaks..”

“bukan aku kes berat, ko punyer lagi berat” aku hanya tersengih, dalam hati tak berapa nak layan. Sahabat aku sorang ni memang suka bergosip aje.

“Azmil dengan kak Haida dalam kelas” matanya merenung mataku mengharapkan aku faham tanpa perlu dia bercerita lebih lanjut.

“pastu” aku terus menguyah keropok dan air sirap.

“ko ni” Angah menepuk bahu aku.

“sakit la..”

“ingat tak ada perasaan langsung”

“jom la nanti semua tunggu kita”

Tiba di kelas, memang Azmil dan kak Haida pun ada. Aku sedikit pelik, mereka tidak terlibat dalam sesi latihan ini dan tidak pernah serentak ada di sini. Kenapa pula hari ini mereka lepak di sini.

“hai..” aku bertegur sapa dengan semua orang kecuali mereka. Aku sengaja buat2 tak nampak akan kehadiran mereka. Aku sedar ada mata2 yang memandang aku tapi aku masih teguh dengan sikap aku.

Sehingga ke akhir latihan, mereka masih di situ. Aku bermain dengan hati sendiri. Aku pelik, kenapa Azmil langsung tidak mendekati aku? Sekurang2nya ‘hi’ aje la..

“wei ko ni kenapa? Tak reti jaga pakwe ke?” seperti satu panahan kilat, kata2 Cikgu Liza masuk ke telinga aku.

“biar lah dia nak buat apa” itu sahaja ayat yang terkeluar dari mulut aku.
Loceng menandakan berakhir sesi persekolahan telah berbunyi. Aku bergerak keluar bersama2 kawan.

Langkah aku atur kemas, walau di minda aku, aku memikirkan soal cinta monyet aku dan Azmil. Azmil!

Hari Anugerah semakin hampir, hubungan aku dan Azmil pula semakin sunyi. Tiada lagi surat2 yang berbalas, dari aku atau darinya. Kami sama2 membisu dan hanya melihat.

“tak sangka ko pandai main gitar” aku memuji Arif.

“bakat terpendam”

“gila la ko, bakat main pendam2” aku seloroh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:22 AM | Show all posts
“44 kali ko kata, aku gila nanti ko datang melawat yer”

“tengok la kalau aku senang”

“ko yang sumpah aku, ko nak lepas tangan? Jahat tol”

“jahat tak jahat.. habis boras jo..” kami tertawa.

“ko ngan Mil cam mana?”

“cam tu la.. nak cam mana lagi”

“cuba lah bawa berbincang”

“it’s ok la wei..no heart feeling”

“suka hati ko lah” Arif terus beredar ke atas pentas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2011 08:24 AM | Show all posts
selamat membaca semua... fazss nak merayap jap..n then kena sambung keje.. nanti bos tahu pecah kepala nak jawab, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:31 AM | Show all posts
Reply 84# fazss


    hik3 .....................
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:32 AM | Show all posts
tabah betul BIL nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 08:52 AM | Show all posts
Reply 91# shahrinas


    dalam hati dia... hati tak boleh di paksa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:23 PM | Show all posts
hai fazss..
proaktif betul...
sekejap dah keluar cite baru

zaman sek memang zaman paling seronok...
pernah minat dekat seorg budak, tapi sampai kesudah tak pernah bagitahu
tapi bila dia keluar dgn org lain tahu lak marah
ades rasa macam nak undurkan masa jer...

BIL ni memang tabah ar..
dah dua lelaki datang dalam idup dia tapi dia masih maintain biasa jer..
tapi dalam hati tak tahu bagaimana...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:16 PM | Show all posts
sambung lg yerr...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 11:50 AM | Show all posts
bapak i kawin dgn mami nombor 2 tapi mama i masih sayang bapak i. setia mama pd bapak smpai hr terakhir mama di hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply 93# mijot

BIL tu bukan apa...
belum jumpa yg betul2 - boleh ketuk pintu hati dia.
itu yg boleh wat selamba je....
tapi xtau la kan, kot dia simpan je...
mau meroyan satu hari nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2011 07:49 AM | Show all posts
salam semua... sebelum sibuk mendatang.. fazss tepek dulu utk kengkawan....

indahkan hari anda yer...hari pertama slps cuti pjg...

***************************************************************************
Hari raptai adalah hari yang meriah. Semua guru dan pelajar sibuk memenuhi dewan sekolah. Semua yang bertugas sedaya upaya memastikan semua kelengkapan berfungsi dengan baik. Pengatur acara pula, sibuk berjalan tanpa arah. Pening aku melihatnya.

“Dalina, ko tak penat ke?” Dalina si pengatur acara.

“penat la wei” aku menarik dia duduk bersama aku berdepan dengan pentas.

“duduk pun boleh tengok kan sapa yang nak ambik giliran. Yang ko pergi sana sini buat apa? Sengal tak habis”

“sedap mulut ko kata aku sengal”

“sentap plak” aku mengusiknya.

“tak ada faedah yer”

Beberapa  hari lagi, hari penentu, selepas ini sesi persekolahan tahun ini juga berakhir. Namun antara aku dan Azmil masih dalam tanda tanya. Aku lebih suka bersikap diam diri, Cikgu Liza bukan lagi penyokong aku sebab dia pun tengah mabuk bercinta.

“Intan Nabila” orang yang aku terlanggar kenal aku. Aku cepat berpaling. Cikgu Anuar!! a.k.a cikgu hensem. Otak tetiba tak berfungsi dengan baik.

“Bil” entah berapa kali dia panggil aku baru tersedar.

“ye cikgu”

“berangan” aku sudah termalu.

“sekali sekali tak salah kan”

“pandai jawab” adui, mata dia merenung aku sebegitu tajam. Berdebar pulak hati ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 07:50 AM | Show all posts
“cikgu nak pergi mana?”

“saya saje keluar. Awak dengan sesiapa?”

“cikgu nampak saya dengan sesiapa tak sekarang” dia menggeleng.

“so sorang la” muka nya berkerut. Perlu ke?

“mana yang lain”

“entah” aku mula berjalan, penat berdiri aje. Tak sangka dia mengikut aku. Kembang hati aku setaman.

“jom pergi makan KFC”

“cikgu belanja?”

“ye la”

“ikhlas tak ni?” aku mengusik dia. Mulut penuh dengan ayam tak kisah lah.

“makan elok2”

“elok lah ni. Cikgu malu ke? sorry”

“bukan saya, nanti awak tu tak laku baru tahu”

“no hal lah cikgu”

“macam mana awak dengan Azmil?” tersedak aku, betul ke pendengaran aku? Sejak bila dia ambik tahu hal2 cinta student ni.

“makan elok2 lah, kan dah pesan tadi. Awak ni..” panjang leternya. Siap geleng kepala, tak tahan betul.

“nothing to say, no komen”

“macam artis plak”

“kalau saya artis, sekarang cikgu wartawan lah yer?”

“bijak yer awak ni bercakap, nak menang sahaja”

“patut lah tak ada orang yang akan setia pada saya kan?” agak lemau ayat aku tiba2.

“setia tu subjektif, jangan menilai begitu”

“whatever lah, malas nak fikir”

“awak” tengah sentap pun boleh cair dengan sebutan cikgu ni.

“hmmm” aku sudah tertelan air liur ni. Ketar lutut.

“awak tahu tak saya dah tak mengajar kat sekolah awak next year”

“kenapa? Dah habis praktikal ye?”

“awak memang bijak” kami tertawa.

“so cikgu tak datang lagi lah ke sini?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 07:52 AM | Show all posts
“awak nak saya datang” tanpa sedar aku mengangguk, malu. Terus senyap. Tangan aje yang ringan lagi menyuap makanan.

“saya nak balik dulu ye cikgu. Bas pukul 4, lagi 15 minit ni” aku dah bangun.

“tak pe saya hantar nanti, awak jangan risau ok. Jom saya nak beli barang dulu”

“it’s ok, saya boleh naik bas”

“no, pleasa. After this tak tahu bila lagi kan” ekoran malu dengan sesi pujuk memujuk yang berlanjutan jadi tontonan sekeliling, aku setuju aje lah. Jimat duit tambang bas.

Tempat pertama aku menemaninya ke butik, apa yang ingin di cari pun aku tidak tahu. Segalanya rahsia. Entah apalah yang rahsia sangat. 2,3 butik kami masuk, yang paling kelakar aku menjadi modelnya.

“Bil try jap”

“penat la..ni yang ke 10 dah” aku penat, muncung bagai dah ni. Terlupa sekejap bahawa dia adalah guru aku.

“ala..please” aku menyambut baju yang cantik. Lembut.

“Bil, ada correction” sempat dia bersuara membuatkan aku terpaling. ‘correction’?

“what?” tetiba terkeluar bahasa inggeris la pula.

“ini baru baju yang ke 4, bukan 10 ok?” senyum nya, tiada kata yang mampu digambarkan hati aku.

“cantik” berianya jurujual tu promote baju ni. Sesungguhnya baju kurung ini memang selesa.

“awak rasa macam mana?”

“saya rasa? Kenapa ?” aku bingung dengan kata2 Cikgu Anuar hari ini.

“selesa tak pakai?” dia turut meneliti aku yang masih asyik depan cermin besar itu.

“ok, sejuk dan selesa. Lembut aje. Kain apa ni?”

“sutera dik” terbeliak mata aku. Tentu mahal.

“saya ambik yang ni” Cikgu Anuar memandang muka jurujual itu yang tersenyum suka. Tentulah suka, dah terjual baju dia.

“alamak..nak kena tanggal ke? Baru nak merasa baju mahal” aku saja2 buat muka.

“sekejap aje” tiba2 jadi sesi pujuk memujuk pula. Aku yang dah termalu cepat2 salin semula.

Perjalanan yang hanya memakan masa 20 minit untuk sampai ke rumah aku sarat dengan segala nasihat dan pandangannya. Aku semakin mengerti dari sudut pandangan seorang guru. Sehari sahaja aku meluangkan masa dengannya, banyak yang aku timba.

Cikgu Anuar. Satu nama yang akan aku ingati sehingga ke hujung nyawa. Siapa sangka, aku di hadiahkan dengan baju yang semahal itu. Pada awal, aku sangka dia akan menghadiahkan kepada orang lain. Aku hanya membantunya mencari yang sepadan. Sungguh itu sudah tercatat sebagai rezeki aku. Baju sutera, RM350, cukup mahal buat aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 07:53 AM | Show all posts
Reply 96# merahsilver


    sekali org dtg ketuk pakai pelocok bomba tu.. hahaha naya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list