CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnnaMarrytta

PRODUK TERBARU AC MIZAL

  [Copy link]
Post time 3-1-2012 04:57 PM | Show all posts
kt dunia ko terlepas la AC oi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 05:47 PM | Show all posts
Reply  NAT_11
ada..mesti ada punya.. macam isu gores dan menang..dah habis media dah cerita pasal  ...
machiko Post at 3-1-2012 16:29



    Yg kesiannya org melayu yg berduit dan berpelajaran tinggi tak akan beli pun produk AC ni, depa akan beli yg ori. So yg kena tipu golongan miskin yg dok depan tv beridolakan artis juga. Macam kes jatuh ditimpa tangga la pulak kalo masuk perangkap AC ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:20 PM | Show all posts
sentap...nengok stement
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:36 PM | Show all posts
kalau sesiapa yang dah tertipu pasal gelang tu, pastu masuk pulak benda haram ni, tak tau la nak kata ape...
mesti bebal tabap babee punya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:44 PM | Show all posts
kalau sesiapa yang dah tertipu pasal gelang tu, pastu masuk pulak benda haram ni, tak tau la nak kat ...
Lulz Post at 3-1-2012 19:36


baik bunuh diri je la...x guna hidup tp otak takleh berfungsi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:49 PM | Show all posts
Apsal AC nih tak kena tangkap lagik masuk jail, hari2 aku bace komen org kate die dok menipu org. Takkan polis pon kena rasuah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2012 08:48 PM | Show all posts
Apa nama penuh Teddy Teow nih? Tak pernah dengar pun syarikatnya itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 08:50 PM | Show all posts
Reply 73# Parit.Hilton


   contoh? syahirah, syurah, iffah dll ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 10:01 PM | Show all posts
Search nama Teddy Teow ni kat gugel  kuar result suma kata dia ni bapak scammer. Ngam la tu ngan AC. dedua scammer
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by maxim at 3-1-2012 22:12

Reply 87# hanalisa

ni aku jumpa

Seorang lagi pengarah Island Red Cafe didakwa

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Seorang lagi pengarah syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga tuduhan menipu pelabur melibatkan jumlah RM16.1 juta.

Ong Tong Swan, 33, yang berjaya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam sebelum dia menaiki pesawat ke Singapura, mengaku tidak bersalah terhadap setiap pertuduhan tersebut.

Dua hari lalu, dua beranak yang juga merupakan pengarah syarikat tersebut turut didakwa atas tuduhan yang serupa.

Teow Wooi Huat, 44, selaku pengarah eksekutif dan anak lelakinya, Teow Chee Chow, 21, sebagai pengarah syarikat masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan.

Pada prosiding hari ini, Tong Swan didakwa bersubahat dengan Wooi Huat untuk memperdayakan 93 individu supaya membuat pelaburan dalam program 'Island Red Cafe' yang menyebabkan wang berjumlah RM1,040,400 dibayar kepada syarikat tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Bagi tuduhan kedua, Tong Swan didakwa sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) akta tersebut iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang berjumlah RM15,061,800 ke dalam akaun syarikat itu bagi menyertai program 'Island Red Cafe' untuk tempoh lima tahun.

Pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta tersebut.

Tertuduh turut didakwa menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat tersebut melalui satu program yang dikenali sebagai "Program Island Red Cafe", walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual beli saham.

Jika sabit kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 363(5) akta yang sama, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009 di syarikat tersebut yang beralamat di 5M, Jalan Pandan Indah 1/23B, Pandan Indah di sini.

Hukuman bagi setiap tuduhan itu ialah denda maksimum RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rezy Izwan Ramli menawarkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin.

Menurut Rezy, jumlah yang sama telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap dua tertuduh sebelum ini.

Peguam bela, Raymond Yap yang mewakili Tong Swan bagaimanapun membantah jumlah tersebut atas alasan anak guamnya tidak terlibat menguruskan syarikat tersebut secara langsung.

Hakim Azwarnida Affandi mengekalkan jumlah RM100,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan kes itu bersama-sama dua kes terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:10 PM | Show all posts



Baguslah pihak berkuasa dapat mengesan lebih awal aktiviti penipuan yang mereka jalankan. Sekurang-kurangnya tidak ramai selepas ini yang menjadi mangsa penipuan daripada bentuk perniagaan yang mereka jalankan.

“Bukan senang nak senang dan bukannya susah nak susah”

Kepala hotak mereka-mereka ini sungguh kreatif dengan hanya membuka cafe sahaja mereka “mampu menipu orang ramai”. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dengan harga barang yang sudah mula melambung tinggi tetapi tidak setara dengan pendapatan masing-masing, ramai yang mudah tertarik dengan skim-skim cepat kaya seperti ini. Inilah yang berlaku kepada akibat daripada bentuk penipuan yang dijalankan oleh syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd

AMPANG – Dua hari selepas dua pengarah syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd., dituduh melanggar Akta Syarikat 1965 dengan kerugian lebih RM21 juta, semalam giliran seorang lagi pengarah syarikat tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta.

Bagaimanapun, Ong Tong Swan, 33, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azwarinda Affandi. Pada 9 Februari lalu, Teow Wooi Huat, 44, dan anaknya, Teow Chee Chow, 21, selaku pengarah syarikat tersebut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tiga pertuduhan serupa.

Yang saya lebih kasihankan adalah golongan pelajar dan penuntut yang mudah tertarik dan gelap mata melihat tawaran skim cepat kaya seperti ini. Sebab apa saya katakan skim cepat kaya? Ini kerana bisnes MLM yang ada sekarang ini lebih menjurus kepada pembelian pangkat dengan harapan ahli-ahli baru yang berani melabur pada modal yang tinggi dapat menjana pendapatan dalam waktu yang singkat.

Selepas Island Red Cafe (IRC) kena siasat, orang-orang besar IRC (melayu kebanyakannya) dah buka bisnes yang sama seperti IRC iaitu Penang Red Cate (ETC) yang mana mereka masih buat modus oprenadi yang smaa cuma kali ini, hanya deposit yang kecil sahaja yang diperlukan berbanding Island Red Cafe (IRC). Hati-hati ya…..

P/S : Diharap selepas ini kerajaan dapat mengambil lebih perhatian seperti Bisnes MLM yang tumbuh bak cendawan ketika. Lepas satu-satu muncul menawarkan ganjaran dan imbuhan kepada ahli baru meraka aka mangsa, gores dan menang dan peraduan sms. Contohnya, seperti yang dilakukan Celcom sebelum ini yang membuat peraduan SMS yang menawarkan hadiah lumayan seperti Toyota Camry. Nasib baik peraduan seperti itu telah pun tidak diteruskan dan dihentikan ketika ini.

Bersama-sama ini, saya nak sertakan sekali cerita disebalik bentuk penipuan Island Red Cafe yang dijalankan selama ini sehingga mereka bertekad untuk membuka satu lagi cabang perniagaan yang terbaru selepas berita penangkapan dan penipuan Island Red Cafe tersebar ke seluruh negara. Untuk apa mereka buat semua ini? Satu sahaja harapan dan impian mereka, untuk terus-menerus menipu orang yang ingin cepat kaya dan hidup senang pada jalan termudah!!!!!! ( Terima kasih kepada salah seorang pembaca setia BeritaSemasa.com yang berkongsi cerita dan kisah ini)
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:11 PM | Show all posts
SCAM TERBARU: LIFESTYLE WORLD CARD! SCAM TERBARU DARIPADA BOS ISLAND RED CAFE!!!

Semua penipuan seperti II FUND, Buy Ebarrel, EP-Link, STG , Island Red Café dan sekarang LIFESTYLE WORLD CARD adalah daripada kalangan kumpulan yang sama yang bergerak untuk menipu ahli-ahli baru mereka. (Island Red Cafe adalah kerjasama daripada Bos II Fund dan Buy Ebarrel)

Kisah ini mulai pada tahun 2007….

Boss II Fund ialah boss EP-Link dan juga pemilik Island Red Café iaitu TeddyTeow. Website II Fund ialah Teddy Teow yang meminta tolong kawannya Tonny Shu (0124736688) Dan Money Chen?+886221921594?(Orang Taiwan) (001 Taiwan Island Red Café) untuk ditubuhkan. Tetapi akhirnya mereka bergaduh disebabkan Island Red Café dan akhirnya rahsia ini dibongkar keluar. Kontrak mereka saya paparkan di bawah ini :

KLIK imej di atas untuk paparan yang lebih jelas

Yvonne Toh pula merupakan boss Buy-Ebarrel. STG Scam punya Director Michael NG merupakan partner Yvonne semasa E-Barrel. Apabila E-Barrel sampai bulan ketiga, mereka bertekad untuk tutup E-Barrel dan mengajak semua downline mereka pergi money game yang lain iaitu Invest-Ebarel. Mereka beritahu semua downline, E-Barrel mereka untuk “Press Button” dan tutup dalam masa 3 hari! Jika mereka bukan boss, macam mana boleh press button tutup Ebarrel?

Pada masa itu, Michael Ng hampir dibuang ke dalam laut oleh sekumpulan investor dari Johor! Di sini, apa yang saya ingin beritahu ialah suatu Rahsia Besar?

YVONNE TOH SEBENARNYA MERUPAKAN BOSS BESAR DI BELAKANG IRC!

Dua-dua penipu besar iaitu II Fund punya boss Teddy Teow dan Buy Ebarrel punya boss Yvonne Toh bekerjasama menubuhkan syarikat EP-Link. Di bawah ialah bukti kedua-dua penipu itu berkongsi syarikat EP-Link:

Oleh kerana nama Teddy Teow telah pun diblacklist, maka dia memakai nama Teow Chee Chow iaitu anaknya sebagai director. Toh Fong Peng ialah nama sebenar bagi Yvonne Toh. Tambahan pula, nama Teddy Teow sudah blacklist dan dia keluarkan S-Class atas nama siapa? Anda tahukah??? Ya, Atas nama partner dia: Yvonne Toh! Bukti di bawah, dua orang itu memang berkait rapat sama-sama tipu orang masuk ke dalam longkang!!!

KLik gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas

Kedua-dua kaki money game itu tidak dapat mengaut keuntungan besar dalam EP-Link. Maka mereka sama-sama merancang suatu penipuan yang jauh lagi besar: IRC iaitu ISLAND RED CAFE? Mereka simpan berpuluh-puluh Juta MELALUI PENJUALAN LOT SHAREHOLDER.

Mereka bersama-sama membuat suatu lubang besar dan enggan keluarkan duit sekali gus. Dua orang yang pak sanggup iaitu Peter Ong dan Philip Ong masuk ke dalam rangkaian mereka paling besar di Island Red Cafe (IRC), dan harapkan keuntungan bagi membolehkan mereka menubuhkan PG Red Café untuk cuba menyelamatkan shareholder dan ahli-ahli mereka sekalian.

Tapi, malangnya berita-berita buruk berkenaan dengan ISLAND RED CAFé secara langsung dan secara tidah langsung menjadikan PG RED CAFé nyawa-nyawa ikan, terutamanya berita NTV 7 berikut terus matikan PG RED CAFé seperti video yang tertera di bawah ini

Pada masa itu? Boss E-Barrel yang juga salah seorang BOSS Island Red Cafe (IRC) iaitu Yvonne Toh mulakan tindakan selanjutnya dengan Yvonne Toh sekali lagi berkerjasama dengan rakan kongsinya iaitu Michael Ng melalui E-Barrel. Michael NG yang merupakan Director STG (Scam) menolak semua kesalahan kepada Peter Ong dan Philip Ong dengan memanggil semua orang untuk membuat laporan polis berkenaan dengan PG Red Café tetapi sebenar-benarnya dia sendiri yang merupakan orang kuat di belakang Island Red Café (mother company IRC ialah EP-Link) yang ambil semua duit dan tidak menghiraukan EV dan EP ahli-ahli dan pelabur-pelabur Island Red Café.

BUKTI-BUKTI SAYA SERTAKAN!!! AHLI-AHLI IRC BANYAK LOAD CARD, DI TANGAN SAYA ADA BUKTI SEKURANG-KURANG 10 JUTA PUNYA. LOAD CARD SLIP, SEMUANYA LOAD KE DALAM EP-LINK, PERGI MANA DUIT ITU? SIAPA DIRECTOR EPLINK?? TEDDY TEOW DAN YVONNE TOH!!! SAYA SERTAKAN SEBAHAGIAN BUKTI UNTUK SEMUA ORANG TENGOK, SEMUA TRANSAKSI IRC LOAD KE DALAM EP LINK!!! [HUBUNGI SAYA JIKA INGIN MELIHATNYA]

DI MANA DUIT AHLI-AHLI ISLAND RED CAFE PERGI?????

Yvonne sekarang berani memulakan penipuan baru lagi dengan memulakan dari Sarawak dan ibu pejabatnya di Ipoh. Nama syarikatnya ialah Lifestyle Worldcard. Diharap jangan ada yang tertipu lagi selepas ini.Di sini, saya sertakan semua maklumat berkenaan Teddy Teow dan Yvonne Toh. Teddy menggunakan nama anaknya sebagai Director Ep-link dan Island Red Cafe (IRC):

Teow Chee Chow
Telefon?0166901222
Plat Kereta? S320 & WQS222
Nombor telefon: 1) 016-2378333 2) 012-4013838 3) 013-2183333 4) 014-3313133
Alamat rumah: K1-G-08, Kenari Court, Jalan Pandan Indah 6/1 Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur
Alamat pejabat: 5M, Jalan Pandan Indah 1/23b, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

Yvonne Toh aka Toh Fong Peng
Telefon: 1) 0192613383 2) 0162220943 3) 0123302352
IC?701002105060
Nama suami: Raymond Ong
Telefon : 0133631449
Alamat rumah: D-20-06 D’Alamanda, Pudu Impian 56100 Kuala Lumpur

IBU PEJABAT Lifestyle Worldcard!?dulu STG SCAM PUNYA PEJABAT?
No 5A, Persiaran Greentown 6, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh.
Di sini merupakan kedai Lifestyle Worldcard di Kuching?No.33, Lot 5416,Ground Floor, RH Plaza, Jalan Lapangan Terbang, 93250, Kuching (formally known as Point One )
Telefon: 08 – 2457 0634


hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by hanalisa at 3-1-2012 22:32

Reply 90# maxim
Memang itu jugak yang aku jumpe.. So Teddy Teow bekas Chief Exec President, Island Red Cafe (lihat video bawah ni saat ke 0:52)



dan Teddy Teow rakan kongsi AC Mizal ini (yang dalam gambar bawah inikah Teddy Teow?)






adakah individu yang sama?


Berikut quote dari first posting TT:

Menurut AC, dia memilih Tedy Teow sebagai rakan kongsi kerana dia juga pernah mengalami nasib yang sama sepertinya.



sumber gambar pinjam dari: http://www.tehtarikbersamayb.com/
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:39 PM | Show all posts



maxim Post at 3-1-2012 22:10


Aku dah try google, mamat yang ini namanya Ong Tong Swan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:40 PM | Show all posts
Reply 93# hanalisa

hmmm...ikutkan berita penangkapan yg teddy teow yg IRC tu baru je rasanya...logically cam agak mustahil la brani plak die nak terang2ngan wat bsnes cenggini...

kalau kebetulan..memang malang la sbb nama sama ngan scammer yg menggunakan modus operandi yg hampir sama...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:42 PM | Show all posts
ini lah dia kalau nak bisnes tapi tak ada ilmu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 10:48 PM | Show all posts
Reply 93# hanalisa

lor..if tgk kat video tu..kompem la orang yg sama...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:51 PM | Show all posts
hairan aku, mcm mana mamat ac ni dpt dato.....dato beli ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply 97# maxim

cute kan?
Apapun marilah kita bersangka baik, mungkin pelanduk dua serupa.. Atau kalau betul orang yang sama, mungkin beliau sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan.. untung2 lepas ni turn beliau pula dapat Dato'..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:55 PM | Show all posts
jangan ko menipu dah la... ramai je org yg sdg cuba korek2 muslihatmu atas bisnes itu ini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063959 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list