CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_kikilala

[Tempatan] UPDATE:Budak 2 tahun mati dibunuh di Paka

[Copy link]
Post time 23-1-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg otak kna dadah ni sewel.

memula tanya pian, pian kata anak ada...pastu pian ikut balik..parking myvi jauh2 then sadenli cakap anak hilang pulak...mende laaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 09:03 PM | Show all posts
Transkrip PC oleh ACP K. Manoharan Ketua Siasatan Jenayah Terengganu

"Utk makluman bedah siasat ke atas kanak-kanak ni telah dijalankan semalam antara jam 2.30 ke 5 petang dan bedah siasat dibuat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Buat masa sekarang, setakat inilah pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor tidak menunjukkan apa-apa unsur penderaan seksual samada di rogol atau diliwat. Walau bagaimanapun perkara ini belum lagi conclusive, belum lagi dipastikan dan perlu mendapat pengesahan dan laporan lanjut daripada bahagian toxicology"
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:48 PM | Show all posts
bila bacca nama syafiqah binti abdulah... aku dh terbayangkan, budak ni  mungkin anak tksah taraf aka anak luarnikah.... mmg mak pak tk leh  manusia.....

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 11:06 PM | Show all posts
hukum hudud patut dilaksanakan...jenayah semakin banyak...rakyat sudah tidak selamat
hari ni hari dia...hampa biarkan je..esok mungkin hari hampa...org lainpun keep buat tak tahu...paling banyak pun depa akan update status depa dekat blog tentang rasa simpati mereka....
bukakla mata hampa sikit... cuba fikir kenapa benda ni keep repet...almost setiap hari ada kes rogol dan mcm2 jenayah lg...pokoknya undang2 tak kuat..rakyat dah tak takut pada undang2 negara ini

mak bapa dia memang salah tingalkan dia dalam keta...tp cuba fikir camna kalau culikan itu berlaku didepan pintu rumah mereka....takkan u all 24 hour nak keep tengok anak2 hampa buat apa...tapi itulah yg hampa patut buat sekarang......mak bapa takut nak bg anak2 mereka main depan rumapun sbb anytime anywhere anak mereka jugak bole jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
6x cuba beranak..6x tu lah gugur,ada antaranya mati selepas dlahirkn...jd Allah bg satu peluang lg utk si beah ke birah namanya dia ni.utk lahirkn arwah..Allah xpernah silap..yg sorang ni pun si birah ni xjaga dgn sebaiknya..ni nk jaga 6org trdahulu..mmg xdapat lah..buat aniaya je anak2 nnti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2014 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yasinfi posted on 23-1-2014 11:06 PM
hukum hudud patut dilaksanakan...jenayah semakin banyak...rakyat sudah tidak selamat
hari ni hari d ...

kau ni refer citer mana? mak tinggal dlm keta tu kanke laporan palsu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kkdng trpikir kegilaan apa kah pompuan2 skrng ni..sayangkn boifren baru dr anak sendiri..snggup korbankn anak yg lahir dr rahim sendiri...kes 1)pompuan yg anak dia kena dera, rogol,liwat smpai mati dgn bf negro..snggup buat report palsu anak kena dera dgn maid
2) kes anak mati dtangn bf pemandu teksi..dh berzina smpai ada anak haram,anak kena pukul depan mata biarkn smpai anak mati baru nk mnta wanita umno tolong...
3)yg ktiga....kes ni lah..

Kkdang sorry to say la kan..pompuan melayu ni pilih lelaki suami xfkirkn masa depan anak2.main sebat je asalkn kawen snggup susah payah..mcm si maya karin ckp dlm pisau cukur tu ckp..cm pompuan cina,klo lelaki tu xmnjamin masa depan dia n anak2..sorry la diorg nk pndang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 11:46 PM | Show all posts
bambimo posted on 23-1-2014 11:27 PM
6x cuba beranak..6x tu lah gugur,ada antaranya mati selepas dlahirkn...jd Allah bg satu peluang lg u ...

oh dia kawen lama dah lah yea
Ya Allah arwah nih kira anugerah terindah tetapi cuma di pinjamkan seketika


still takleh nak terima cara kematian arwah..
ade kakak dia bgtau kakak dia marah2 kat dia cemana jaga anak bleh ilang
nih dah kakak dia tau dia penyebab utama ilang anak dia
xtaulah nak kata apa
punyalah susah nak dptkan anak yg sorang neh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 11:49 PM | Show all posts
hari tu aku tengok program kat aljazeera yang al qaeda sebat pompuan kat depan orang ramai kat timbuktu, aku pun berangan best nye klau ada al qaeda kat sini bogelkan semua pembunuh budak ni, pastu sebat dan gantung kat depan orang ramai....sure insaf punye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dkt BH.ada statement 6x beranak..thn gugur ada yg mati masa baby..myb sbb dadah kot tu yg anak2 dia mati dlm kndungan..or klo lahir pun xpnjng umur dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:01 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 23-1-2014 11:33 PM
kau ni refer citer mana? mak tinggal dlm keta tu kanke laporan palsu

aku tak pastilah apa cerita sebenar...tp i rasa sedih sgt2 bila baca kejadian keatas budak ni...kesimpulan semua da tak selamat dah..everyday ada je news yg menyakitkan hati..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:05 AM | Show all posts
terima kasih la kepada pembunuh ni sebab bagi aku sakit kepala smpai migrain semalam sebab pikir risau sedih dan segala nye pasal budak ni...dont worry allah swt akan beri pembalasan pada mu amin...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:30 AM | Show all posts
mintak2 la conclusive bedah siasat mmg konfim xde penderaan seksual...ape punye mak la, org lain susah2 nak dpt anak ko bole biar org buat anak ko mcm tu...

how I wish bende camni x wujud kat negara sendiri, melihatkan kat US merata kes mak2 jahanam ni...

bole pegi link ni to see what I mean :

8 Monstrous Mothers Who Killed Their Own Children
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:36 AM | Show all posts
knapa la kat mana2 ada aje manusia tp bertopeng shaitonnn...zalim giler...xtercapai akal rasenya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:28 AM | Show all posts
miawpink posted on 23-1-2014 02:48 PM
jalan jalan jumpa ni

Pompuan celaka.
Rape joke sama keji spt perogol itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDAK BERLAKU DI DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM.

Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh berita kematian Nursyafiqah, kanak-kanak berusia 2 tahun yang mati didera oleh kekasih ibunya yang sebelum ini telah membuat laporan palsu kehilangan anaknya sebagaimana disuruh oleh kekasihnya.

Dalam beberapa kes sebelum ini, penderaan kanak-kanak kerapkali dilakukan oleh kekasih ibu kepada mangsa dera sebagaimana kes di Kuang, di mana seorang kanak-kanak telah didera oleh kekasih ibunya sendiri, di mana suaminya (bapa mangsa) dipenjarakan akibat kes dadah.

Isu yang saya nak fokuskan di sini ialah, kenapa ibu mangsa ada kekasih sedangkan mereka masih ada suami?

Dalam kes-kes isteri mempunyai kekasih sebahagiannya adalah akibat suami mereka dipenjarakan. Dalam kes ini, suami tertuduh (bapa mangsa) yang berusia 28 tahun sedang menjalani hukuman penjara di penjara Marang akibat kesalahan dadah.

Di dalam link dibawah ini (Rujukan 2), adalah antara contoh kes dera oleh kekasih ibu yang masih mempunyai suami (bapa mangsa) tetapi sedang menjalani hukuman penjara.

Apa yang saya ingin ulas disini ialah kelemahan undang-undang konvensional yang formula penghukumnya lebih mengfokuskan kepada memenjarakan si pesalah disamping denda yang lebih menguntungkan kerajaan berbanding mangsa. Jika pesalah tak mampu bayar denda, maka jawapannya ialah penjara. Itulah formula dalam kebiasaan undang-undang konvensional.

Realitinya, perlaksanaan undang-undang konvensional hari ini menjadi penyumbang utama kepada menambah banyakkan mangsa yang tidak terbela, bukan sahaja mangsa kepada jenayah atau kesalahan, tetapi termasuk juga keluarga si pesalah, khususnya isteri dan keluarga yang akhirnya terkontang kanting apabila suami mereka dipenjarakan dalam tempoh yang lama.

Saya mengambil contoh yang lain di mana isteri kepada si pesalah menjadi mangsa kepada undang-undang konvensional ialah kes Nik Zaini Nik Abdullah yang dipenjara tujuh tahun dan denda RM10,000 setelah mengakibatkan kematian 15 penumpang. (Rujukan 1).

Siapa pernah mengambil tahu bagaimana nasib, perasaan dan situasi isteri dan anak-anak si pesalah? Siapa yang menanggung perbelanjaan mereka selama tempoh 7 tahun suami dan ayah mereka dipenjarakan? Jika anda sebagai anak, selepas tempoh 7 tahun menjadi yatim bukan satu perkara yang mudah. Tiada kasih sayang bapa, diejek oleh kawan-kawan di sekolah dan seumpamanya. Apa perasaan anak-anak yang mempunyai bapa yang dikategorikan sebagai banduan? Walhal bapa mereka dipenjarakan akibat kecuaian dalam kerja (pemandu) untuk mencari nafkah bagi menampung keperluan mereka sendiri.

Bagi si isteri pula menjadi ‘janda’ selama tujuh tahun tanpa nafkah zahir dan batin adalah sesuatu yang cukup menyeksakan. Bukanlah sesuatu yang pelik jika si isteri yang kehilangan nafkah zahir dan batin ini akhirnya bertindak ‘memasang’ kekasih gelap bagi menampung keperluan nafkah zahir, atau batin atau kedua-duanya sekali. Si suami di dalam penjara bukan sahaja terseksa dengan kurungan, tetapi kebimbangan terhadap keselamatan isteri dan anak-anak adalah tekanan tambahan kepada mereka. Kemungkinan untuk rumah tangga yang dibina retak dan pecah akibat hukuman ini juga adalah tinggi kerana pada waktu ini, isteri berhak memohon fasakh akibat tekanan zahir dan batin, sekalipun mereka masih ada perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain.

Bagi isteri yang imannya tipis tetapi masih sayangkan suami dan rumahtangga, mereka tidak sanggup untuk memohon fasakh dan sanggup menunggu tempoh yang lama sehingga suami dibebaskan. Tetapi akibat tekanan hidup samada zahir dan batin, maka tidak pelik dan tidak mustahil akhirnya mereka sanggup memasang kekasih gelap. Hidup serba salah antara sayangkan suami / keluarga dan antara tekanan hidup serta keperluan ‘fitrah’.

Siapa yang mengambil peduli masalah mereka? Undang-undang konvensional hanya tahu menghukum. Akibatnya mereka yang tidak bersalah ini menjadi mangsa kedua selepas keluarga si mati menjadi mangsa kemalangan. Keluarga si mati menjadi mangsa kecuaian pemandu manakala keluarga si pemandu pula menjadi mangsa undang-undang.

Kesannya, berlaku kes-kes sebagaimana yang dinyatakan di atas. Ramai yagn marah apabila berlaku pembunuhan, penderaan dan macam-macam? Siapa pernah peduli masalah dan tekanan yang mereka hadapi? Siapa pernah perasaan bagaimana undang-undang konvensional mengzalimi keluarga-keluarga si pesalah?

Di dalam Islam, kesalahan seperti di atas tidak diperuntukkan penjara. Kes pemandu bas yang mengakibatkan kematian, si pesalah akan dikenakan pembayaran diyat (gantirugi) kepada keluarga si mati. Jika tidak mampu, maka Al-Aqilah (seperti bapa si pesalah) mesti top-up sekadar kemampuan kewangan yang ada. Jika kesalahan itu ada elemen dan punca daripada syarikat bas, maka syarikat tersebut perlu membayar diyat kepada keluarga si mati. Jika Al-Aqilah atau syarikat tidak mampu membayar sepenuhnya, maka mereka perlu membayar setakat maksimum kemampuan mereka dan selebihnya wajib ditampung oleh baitulmal (kerajaan). Kiri atau kanan, depan atau belakang, keluarga si mati dalam kes kemalangan terbela dengan duit pampasan tersebut.

Tiada langsung hukuman penjara kepada si pemandu yang di dapati bersalah di dalam undang-undang Islam. Mereka wajib membayar diyat dan hukuman ini sebenarnya cukup menginsafkan pemandu dan pesalah dalam kes yang dikategorikan di bawah Qisas sebagai kategori ‘membunuh seakan-akan sengaja’ (  ).

Di dalam kes dadah, jika si penghisap dadah, maka dikenakan hukum had sebagaimana arak. Jika si pengedar, maka hukuman takzirnya sekalipun mungkin boleh dipenjarakan, tetapi situasi dan keadaan keluarga si pesalah adalah perkara yang perlu menjadi pertimbangan dalam penetapan takzir berdasarkan kaedah:    . Maksudnya: “tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain”.

Perlaksanaan ndang-undang hari ini, bukan sahaja keluarga si mati (penumpang bas) tidak mendapat pembelaan, bahkan perlaksanaannya menambah burukkan lagi apabila keluarga si pesalah menjadi mangsa perlaksanaannya. Semua pihak tidak mendapat pembelaan, samada keluarga si mati,keluarga si pesalah atau mana-mana pihak yang terlibat.

Keuntungan di dalam undang-undang konvensional hanya dinikmati oleh pihak kerajaan melalui kutipan kompaun, iaitu RM7000 dalam kes ini. Di dalam sesetengah kes, jika si pesalah tidak mampu memberikan ‘income’ kepada kerajaan ini, maka alternatifnya mereka akan dipenjarakan (Rujukan 3). Adakah hukum penjara itu untuk kepentingan si mangsa jenayah? Sepastinya tidak kerana pembayaran denda itu akan diperolehi kerajaan, bukan akan diberikan kepada mangsa jenayah.

Berbeza dengan kerajaan Islam yang berkebajikan, di mana kerajaan akan keluarkan kos membela mangsa maut dengan top-up diyat selepas si pesalah dan Al-Aqilah didapati benar-benar tidak berkemampuan. Kerajaan Islam wajib melaksanakan ‘top-up’ sebagaimana wajibnya orang Islam berpuasa dan bersolat. Ini bukan kerana dekat PRU atau kerana meraih undi, tetapi perlaksanaan ini adalah kerana kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pemerintah Islam. Inilah model perlaksanaan kerajaan berkebajikan yang sepatutnya menjadi alternatif kepada sistem perundangan sekarang.

Tiada beza dalam kes ini antara muslim dan non-muslim, semuanya mendapat pembelaan yang sama.

- Zaharudin Muhammad,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Merangkap Ahli Majlis Syura Ulama.

* tolong sebar share dan like.
https://m.facebook.com/home.php?refid=9&_rdr#!/profile.php?id=312456128784829&__user=100003246347625

Rujukan 1:
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2004&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Rujukan 2:
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/budak-didera-kekasih-ibu-1.170584.

Rujukan 3:
http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131120/ma_09/Gagal-bayar-denda-penganggur-meringkuk-di-penjara
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 23-1-2014 11:36 PM
Kkdng trpikir kegilaan apa kah pompuan2 skrng ni..sayangkn boifren baru dr anak sendiri..snggup korb ...

ade lg.. beberapa thn dlu... mak cm bengap wat x phm nape laki baru dia bnci ank lelaki dia yg kcik n nape tergamak bunuh bdk tu... padahal laki tu liwat n dera bdk kcik tu.. geram tul... sebulan i stress lpas terbaca dlm majalah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
deryza posted on 24-1-2014 01:50 AM
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDA ...

hmmm... salah undang2 pulak... ada je... yelah, mak nye x salah le... siannyaaa maknye gersang x menahan sbb suami dlm jel... isk kesiannya la...




pfffttt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:31 AM | Show all posts
brita pon x btl....baik x yah tgk brita cam ni...
kejap kena rogol...kejap kata x kena...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074263 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list