CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:31 AM | Show all posts
Sambungan....

Bahkan sesetengah Rasul apabila masuk berperang dan boleh membunuh tetapi mereka tidak membunuh. Kalaulah membunuh orang itu dianggap hebat, yang paling banyak membunuh orang adalah Rasul. Tetapi tidak ada seorang pun yang Rasul bunuh. Kecuali kalau kita dengar kisah Nabi Musa ketika berumur 18 tahun. Ketika itu dia belum menjadi Rasul dan belum menjadi Nabi. Dia melihat dua orang sedang bergaduh iaitu diantara orang Qibti dengan Bani Israel. Dia hendak meleraikan mereka tetapi dia tertolak sedikit salah seorang daripada yang bergaduh. Oleh kerana dia ada mukjizat, orang itu mati. Dia bukan berniat hendak membunuh tetapi dia mati juga. Nabi Musa ketakutan sebab dia hanya bermaksud hendak meleraikan pergaduhan.

Di antara pemuda Qibti dengan Bani Israel, yang mati itu adalah pemuda Qibti. Maka Firaun tuduh Nabi Musa dan mengatakan yang Nabi Musa mahu mempertahankan bangsanya. Kerana yang mati itu bukan bangsanya. Itu yang menjadi masalah. Sedangkan dia bukan berniat hendak membunuh. Bagaimana pun ketika itu dia belum menjadi Rasul. Setelah dia menjadi Rasul, memang dia tidak pernah membunuh walaupun seorang.

Yang peliknya umat Islam hari ini bahkan sesetengah ulama, bila dikatakan jihad, mesti bunuh orang. Bila disebut jihad, mesti berkasar dengan orang. Di mana mereka belajar tentang ini semua?

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:36 AM | Show all posts
Sambungan...

Yang kedua, ayat itu mengatakan lagi bahawa Umat Muhammad mestilah membuktikan kepada manusia. Umat Muhammad mesti membuktikan bahawa Islam yang sebenarnya membangunkan agama dan kemajuan. Mereka membangunkan dunia akhirat. Dunianya juga dijadikan ibadah. Akhirnya semua menjadi agama. Jalan raya sudah menjadi agama. Pembangunan sudah menjadi agama. Kapal terbang, kereta dan apa saja, semuanya sudah menjadi agama kalau didisiplinkan mengikut kaedah Tuhan. Tidakkah itu indah? Itu kemajuan, itu pahala, itu ibadah dan itu kebaikan.

Allah menganjurkan umat Muhammad mesti membuktikan kepada manusia. Tetapi hari ini, yang dibuktikan oleh umat Islam ialah golongan jumud dan golongan militan. Bila sebut saja Islam, tidak ada selera orang hendak mendengarnya. Samada nampak tidak maju atau nampak ganas. Ini satu kesilapan besar.

Jadi kalau dunia marah dan orang kafir marah, memang patut. Sebab kita sedang membuktikan Islam yang tidak tepat. Islam membawa kasih sayang. Islam membawa hiburan. Islam adalah hiburan, samada secara langsung atau tidak. Tetapi mengapa terjadi golongan pertama dan kedua? Inilah tugas kita, yang hendak diberitahu kepada anak-anak. Akhirat dan dunia digabungkan hingga seluruhnya menjadi agama. Itu pahala dan itu kemajuan. Dan moga-moga, apa yang Tuhan minta kepada kita itu, kita sanggup buktikan kepada manusia. Sekarang mesti dibuktikan kepada dunia. Inilah ajaran Tuhan yang sebenarnya. Ini maksud yang kedua.

Maksud yang ketiga kalau kita boleh buat apa yang telah dikatakan tadi, maka Rasul juga turut menyaksikan. Mengapa Tuhan mengatakan yang Rasul menyaksikan? ,Kalau zaman para Sahabat, Rasul memang hidup. Rasul melihat sama apa yang sahabat buat. Tetapi di sini dikatakan Rasul melihat, tidak ada yang kecuali. Secara umum, di sinilah kelebihan Rasul. Walaupun sudah wafat, Tuhan boleh perlihatkan apa yang dibuatkan. Walaupun Rasul hari ini sudah wafat, dia boleh melihat.

Kalau begitu, ajaran Islam ini sangat cantik. Inilah yang sedang kita pelajari semula supaya kita dapat faham secara tepat hingga dapat dipersembahkan secara tepat. Dan kita perjuangkan secara tepat. Supaya kita buktikan kepada manusia dan insya-Allah manusia akan boleh menerimanya walaupun ada yang tidak sanggup masuk Islam.

Cukuplah yang dapat dikatakan matan-matannya saja untuk kita jadikan bahan fikir dan untuk kita jadikan modal perjuangan. Moga-moga Islam yang telah pernah diperjuangkan oleh Rasullullah itu dan kemudian diwariskan kepada kita ini dapat dizahirkan ke dunia ini.

Sekian dr Abuya.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 2-12-2004 04:34 PM | Show all posts
Tajuk: MARI MENGENAL MANUSIA

Basmalah.
Alhamdulillah kita dpt buat kuliah lagi utk menambah ilmu kita sebab ilmu sgt penting dlm memimpin kita beribadah, berjuang dan berjemaah.

Kita akan bercakap ttg bagaimana mengenal manusia. Tajuknya, 揗ari Mengenal Manusia擺/i], bila kita kata mari mengenal manusia, kita ini manusia, ertinya mari mengenal diri. Sabda Rasulullah saw, "Brgsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya. 揫/i] Jadi kita hdk kenal diri kita. Kalau tdk kenal diri, tdk kenal Tuhan. Makin byk kenal diri, makin banyak kita kenal Tuhan. Makin mendalam kita kenal diri, makin mendalam kita kenal Tuhan.

Perkataan manusia itu dlm bahasa melayu. Dlm b. Inggeris disebut human being. Dalm b. Arab, disebut 慽nsan.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:19 PM | Show all posts
Maaf bebanyak lambat sambung....sibuk sket lately...

Ok kita sambung balik ye...

Peringkat-peringkat akal manusia

1. Genius atau bahasa Arabnya Abqari. Genius pula di pelbagai bidang. Cthnya di bidang kedoktoran, ada seorang genius. Di bidang engineering , ada seorang genius. Dlm semua hal, ada yg genius. Dlm bidang apa pun, genius ini, dlm 100 tahun ada seorang. Genius itu manusia luar biasa yg bukan seorang nabi. Genius in ialah orang pertama membuat penemuan dlm apa2 bidang. Dgn kata2 lain org yg buat matan. Datang org kemudian, barulah matan itu diproses balik. Ilmu yg asal, dari orang yg genius. Ini pembuat matan. Kalau orang Islam, di bidang syariat, geniusnya adalah Imam Syafie. Di bidang tasauf, geniusnya ialah Imam Ghazali.

2. Cerdik. Akal yang cerdik ini, bila dia dapat satu benda yg telah ditemui oleh orang pertama (pembuat matan), dia boleh hurai. Kalau orang pertama, dapat matan 1 jilid, orang yang cerdik ini kaji dan hurai hingga dapat 10 jilid. Kalau orang yang tidak sekolah tentu anggap orang yang boleh buat 10 jilid itulah yg lebih bijak. Padahal orang yang pertama itu genius sebab buat matan.

3. Cerdik Sederhana. Pembuat hasiah. Yang 10 jilid tadi, orang yang buat hasiah boleh hurai hingga jadi 20 jilid. Imam Syafie buat Umm satu jilid kecil (matan). Dari Umm, keluar Tufah dan Majmuk oleh mereka yang cerdik sederhana.

4. Sederhana. Macam kita. Boleh terima ilmu tetapi tidak pandai hendak keluarkan balik. Faham tetapi susah hendak keluarkan.

5. Lemah. Hanya faham yang asas2. Kalau diberi lebih dari itu, dia jemu dan tidak boleh faham.

6. Dungu. Yang asas pun payah dia hendak faham.

Kebanyakan manusia secara umum, akalnya seperti yang 3 dan 4. Yang pertama tadi hanya 100 tahun seorang. Kita boleh agak akal kita macam mana. Kalau Rasul, baginda special case. Baginda tidak boleh dikatakan genius atau abqari. Ada istilah sendiri. Baginda dikatakan Fatonah. Selain Rasul tidak boleh dikatakan Fatonah walau hebat macam mana pun. Rasul special case. Otaknya boleh terima wahyu. Kalau otak biasa boleh mati. Apa buktinya? Tentu ada hujahnya. Rasulullah itu otaknya Fatonah. Kadang2 sedang naik unta, datang wahyu, terduduk unta. Peluh Rasulullah keluar sebesar biji jagung. Itu pun mungkin satu dua ayat sahaja yang turun tetapi dengan unta-unta pun terduduk. Jadi kalau otak tidak macam Rasul, dapat satu ayat pun tidak ada manfaat. Boleh mati.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:27 PM | Show all posts
Sambungan..

Jadi sekarang fahamlah kita tentang peringkat2nya otak. Dalam masyarakat insan yang tidak bersatu, yang tidak kasih sayang, berapa ramai orang yang otaknya cerdik tetapi terbiar. Di sinilah rahsianya. Hari ini ada berapa ramai professor. Orang kata professor hebatlah. Dia jadi professor bukan sebab dia cerdik. Otaknya sederhana tetapi dia diberi peluang. Mak ayahnya mungkin kaya atau dia kroni kerajaan. Dia dibantu. Sedangkan mungkin ada anak orang miskin yang begitu bijak tetapi orang tidak peduli. Sekolah sampai darjah enam. Sebab itu umat Islam sudah tidak bangun sejak 700 tahun lagi. Rugi betul.

Banyak otak cerdik terkorban sebab tidak dapat peluang. Sebab itu, tidak payahlah tengok 100 tahun yang lalu. Kita ambillah bukti yang agak dekat iaitu 50 tahun sudah. Dalam bidang bahasa, ada tak orang Islam, khususnya orang Melayu yang jadi pendita. Ada seorang iaitu Zaaba. Apakah tak ada orang lain yang cerdik? Ada tetapi terpinggir. Masyarakat kampong pun tidak peduli. Sebab itu perofessor ramai tapi tidak ada seorang pun jadi pendita. Berapa banyak professor tetapi seorang pun tidak boleh buat 50 buku. Yang ada tesisnya sahaja. Akhirnya umat Islam rugi sebab orang Islam sekarang tidak boleh mencabar dunia.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:30 PM | Show all posts
Sambungan....

Semenjak 50 tahun yang sudah, mana ada seorang pujangga selepas Hamka dan Agus Salim mati. Kenapa? Sebab yang pandai2 tidak diberi peluang. Yang berilmu sekarang ini, orang yang tidak pandai tetapi diberi peluang. Akhirnya yg rugi adalah orang Melayu. Selepas Agus Salim, Hamka, Mustafa Abdul Rahman, mana ada penulis besar. Penulis artikel ramai tetapi penulis buku2 tebal tiada.  Mana ada pengganti. Sebab orang2 pandai  sekarang bukan sebab otaknya baik tetapi sebab diberi peluang.  Orang yg otaknya geliga tidak sekolah. Dia tidak mampu. Masyarakat biarkan dan kerajaan biarkan. Akhirnya Negara yang rugi.

Mao tse Tong, ketua komunis yg ada 2 juta pengikut hingga Amerika tercabar. Dia hanya peon (office boy). Genius otaknya. Dia jadi peon di sebuat universiti. Dia tidak ada peluang belajar. Dia hanya mencuri-curi dengar dan proses hingga akhirnya Barat tercabar dengannya.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:33 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan

Macam mana hendak mengasah akal yg lemah supaya menjadi sederhana atau sederhana cerdik?

Jawapan Abuya

Orang yg memang lemah, kalau dia mujahadah, dia belajar, dia boleh pandai tetapi tidak cerdik. Mungkin boleh jadi professor. Pandai lain, cerdik lain. Kalau orang itu pandai dan cerdik, hebatlah. Hamka tidak ada kelulusan. Agus Salim dan Mustafa Abdul Rahman, tidak ada kelulusan. Zaaba setakat sekolah menengah tetapi dapat jadi pendita. Kalau diberi peluang, boleh jadi pandai. Otak macam kita, kalau hendak jadi pandai, kena usaha, tetapi kalau otak cerdik, mengaji lebih kurang sahaja sudah cukup. Kalau kita hendak pandai terpaksa usaha lebih. Bagaimana pun, bagi kita, dengan berkat, boleh jadi cerdik.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:37 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan

Apa kaitan akal kita dengan pancaindera?

Jawapan Abuya

Pancaindera itu akan aktif bila akal, nafsu dan roh sudah aktif. Kalau roh tidak aktif, akal tidak berfikir, nafsu tidak bertindak, fizikal pun tidak aktiflah sebab dia rakyat atau tentera. Kalau tidak diarah, ia tidak aktiflah.

Soalan

Apakah kesan dari pancaindera yg cacat?

Jawapan Abuya

Tengok mana saluran yg penting. Antara mata dan telinga, telingalah yg penting. Orang buta, kalau telinganya boleh dengar, dia akan pandai. Tapi kalau orang tidak boleh dengar, otak cerdik pun tidak guna sebab saluran maklumat sudah terputus. Bagi orang yg cacat mata dan telinganya, itu dianggap tidak mukalaf, jadi masuk syurga percuma.

Soalan

Abuya seolah-olah membanggakan BA, MA, professor. Realitinya ilmu itu tidak membawa orang pada Tuhan. Realitinya, bukankah ilmu minda mesti jadi keutamaan.

Jawapan Abuya

Abuya cerita secara umum, secara otak. Ilmu ada dua.Yang pertama, ilmu kasbi, yakni hasil usaha. Yang kedua, ilmu yang datang dari Tuhan, yakni anugerah tanpa usaha. Yakni ilmu wahbi. Kalau bagi Rasul, ianya wahyu. Kalau wali dapat ilham. Ilham itu ilmu laduni.

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2004 12:40 PM | Show all posts
Sambungan...

Ulasan

Ilmu ini (kuliah ini) berbentuk falsafah. Kalaulah saya tidak kenal Abuya, tentu saya fikir dia baca kitab mana2 yg analisa mengenai akal ini sebab kalau bukan diambil dari sumber2 itu, Abuya dapat dari mana ilmunya? Teori atau maklumat ilmu ini mesti hasil kajian tetapi saya tidak nampak bila Abuya mengkajinya. Ertinya kita sedang saksikan satu orang yang dilahirkan 100 tahun sekali yg membawa sesuatu.

Sekian....nanti kuliah lain pulak ok...

[ Last edited by Akasyah on 9-12-2004 at 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

semesra86 This user has been deleted
Post time 9-12-2004 06:25 PM | Show all posts
Terimakasih Akasyah kerana menyambung dan memaparkan kembali minda Abuya..dah lama saya ternanti-nanti kuliah Abuya ini disambung....

Dari pengetahuan yg saya ada, memang pembahagian peringkat akal yang dihurai oleh Abuya itu mempunyai tafsiran yg mendalam...ia tidak dapat diperolehi melalui tafsiran dari Barat....


Ahli falsafah Barat dari zaman Aristotle/Plato hingga sekarang masih terhenti kepada konsep KNOWLEDGE(ILMU) dan masih tidak berupaya untuk menyingkap misteri WISDOM(HIKMAH)..bagaimanapun Abuya telah mengolah definisi ILMU dan HIKMAH ini dengan begitu cantik sekali di dalam bukunya ILMU dan HIKMAH...

permainan/penerokaan minda ahli falsafah Barat yg kita agung-agungkan itu masih diperingkat membezakan dan memahami bidang-bidang falsafah yang merangkumi hubungan di antara metafizik, epistemologi, etika, ontologi....penuh dengan teori-teori yang pembuktiannya menggunakan kaedah saintifik (yg pastinya 90% perintis pelbagai kaedah ini adalah golongan Yahudi) ... teori saintifik dan kaedah mereka penuh dengan andaian yg tidak berkesudahan (yg pasti salah satu unsurnya adalah bebas nilai (pemisahan fizikal/spiritual))..sehingga ada ketikanya saya rasa jelak dengan teori-teori mereka ini....apa-apapun doktrin mereka disebalik segala teori ini adalah sekularisme(pemisahan agama dan dunia)...itulah cabang utama kepada semua ilmu/teori yg dilagangkan oleh Barat...dan ia bermula semenjak keruntuhan empayar Islam dan bermula di abad ke 13(era renaissance)....sekarang kita berada di abad 21..sudah 700 tahun lebih kita didoktrinkan dengan konsep sekularisme....Jadi sampai bilakah kita masih harus tunduk pada konsep sekularisme ini?

Memang benar sukar sekali mendapat seorg pujangga besar seperti Buya Hamka di Indonesia atau Zaaba di Malaysia..mereka adalah sebutir permata yg sekalisekala sahaja menyinar di bumi bertuah ini.....sejarah telah menyaksikan orang-orang besar ini tumbuh dan mengharum disebabkan ilmu dan pengalaman dari universiti bersijil kehidupan...bukan seperti kita yg tumbuh dari universiti bersijil kertas.


Winston Churchill pernah berkata " empire of the future is empire of the mind....""
tetapi hari ini saya yakin bahwa " empire of the future is empire of the Muslim mind".


Saya harap para audiens semua memberi perhatian kepada minda yg disampaikan oleh Abuya ini...

Hanya jauhari yg mengenal maknikam...

[ Last edited by semesra86 on 9-12-2004 at 06:33 PM ]
Reply

Use magic Report

ainaa This user has been deleted
Post time 11-12-2004 06:56 AM | Show all posts
maaf, firstly ingin saya nyatakan saya tak menafikan bahawa saya tertarik dengan perbincangan ilmiah yang disampaikan... buat peringatan penyuluh hati diri yang banyak kekurangannya..

ingin juga saya nyatakan di sini bahawa saya tidak berkenan dengan sikap2 sbhgn forummer dalam . dalam tegur-menegur ni, tidak perlula disertakan dengan 'hina-menghina'... rendah-merendahkan.. (e.g berkenaan air liur etc..APAKAH??!!!!)
apakah begitu caranya Rasulullah s.a.w akan lakukan??  sampaikah msg yang ingin disampaikan melalui cara yang sedemikian?? renungilah..
Reply

Use magic Report

ainaa This user has been deleted
Post time 11-12-2004 06:56 AM | Show all posts
namun, having said that.. saya masih menunggu persoaln saya di'thread' yang telah dikunci utk diberi penjelasan... apakah ceritanya? okla..sekiranya tak mahu sangat utk menceritakan cara Ashaari beryaqazah (apa yg saya faham atas dasar 'faham tak faham', "payah bagi mereka yang tak tersampai ketinggian aqalnya utk memahami etc"..dan pelbagai lagi alasan...)

but what about soal blh berhubung dengan malaikat maut. saya minta penjelasan.. kalau tak boleh nak jawab..nanti kona2..saya siapkan pilihan jawapan:

a) soal ni tak pernah wujud...fitnah besar buat Ashaari
b) wujud..tapi payah untuk diterangkan..kerana kami faham dari sudut yang berbeza.. kalau tidak sampai kepada tahap kefahman yang sepatutnya, agak payah untuk menerangkan di sebaliknya..
c) hmmm.. wujud..dan kami rasa tak salah pon.. bahkan kami akan sampaikan nas2 yang berkaitan.

wallahua'lam..bukan niat mencari gaduh. cuma jangan dikata perkara ni tak penting. soal aqidah indeed. saya sedia menerima penjelasan..cuma perlu dikupas dengan baik.

dan kalau boleh, saya mahu mendengar drpd saudara Aqasyah sendiri.. kerana saya pasti saudara yang paling hampir dgn Ashaari berbanding yang lain.




ambil yang jernih, buang yang keruh..
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2004 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by ainaa at 2004-12-11 06:56 AM:
[a) soal ni tak pernah wujud...fitnah besar buat Ashaari


Jawapannya adalah spt a)

Saya boleh agak kenapa dakwaan yg sgt mengarut spt ini timbul, elok saya citerkan sikit supaya slps ini dakwaan tak masuk akal dan boleh menjejaskan aqidah ini tak berulang lagi....

a) Pernah semasa selepas kematian Allahyarham penasyid Hijaz yg bernama Soleh (antara sahabat saya semasa kami dlm arqam), isteri aruah pergi berjumpa keluarga Abuya dan minta maaf secara 'tidak direct' atas keterlanjuran aruah suaminya sebagai bekas anak didik Abuya.

Meskipun isteri aruah spt keberatan iaitu tak direct  mengaku atau
sebut apa dia kesalahan dilakukan oleh aruah suaminya...(entah kerana apa atau mungkin si isteri rasa tak perlulah sebut) tapi khabarnya kerana sudah jadi antara pesanan aruah suaminya, si isteri tunaikan juga. Abuya dan keluarga faham dan biasalah apa juga kesalahan anak buah Abuya terlebih dulu sudah maafkan. Jauh sekali nak berdendam atau tak maafkan.

Dari sini entah macam mana sudah timbul desas-desus (rempah-ratus dah bertambah sana-sini) dan akhirnya sampai pada telinga isterinya, antara sebab kematian suaminya ialah akibat derhaka dan celupar pada tuan guru sendiri. Padahal cerita asal hanya lebih kurang begini...aruah sendiri rasa
'sesuatu' semasa beliau sakit sebelum meninggal dunia  dan lantas tinggalkan pesan agar pergi minta maaf pada Abuya dan semua org yg aruah pernah kenali. Bukankah hal pesan-memesan spt ini biasa saja apabila berlaku sesuatu kematian.

Jika kita berfikiran terbuka....apa jua yg kita alami semasa ingin meninggalkan dunia yg fana ini, itu semua sebenarnya bergantunglah pada amalan kita sendiri. Bukanlah mesti bulat2 mesti kaitkan pada bekas mursyid sendiri hingga timbul fitnah yg karut. Aruah Soleh seorang yg baik, jadi ia berbesar hati tinggalkan pesan agar minta maaf pada semua org...bukankah itu sifat mulia si aruah?

b) Peristiwa kedua berlaku selang tak berapa lama selepas itu, berlaku pula kematian penasyid Raihan iaitu aruah Zairi di Genting Highlands.

Berturut2nya kematian bekas anak2 murid Abuya lebih2 lagi kematian di Genting Highland menyebabkan citer mula jadik semakin panas. Lebih2 lagi saya dimaklumkan aruah pernah berkata sesuatu yg agak tidak beradab pada Abuya (meskipun bukan direct depan Abuya) selepas dia keluar arqam....wallahualam....saya harap ianya tidak benar.

Sebagai bekas kawan2 yg masih setia dgn Abuya....sudah sewajarnyalah nasihatkan ahli2 yg dah keluar ini atas dasar kawan lebih2 lagi jika kawan2 yg pernah rapat dan susah payah dlm perjuangan iaitu agar ambil iktibar atas kematian kedua2 anggota penasyid tersebut. Itu saja.

Dengan harapan eloklah ikut Abuya balik tapi sebelum kematian kedua2 penasyid bekas pengikut Abuya tu....memang banyak kali juga ex2 ini dipelawa ikut balik sampaikan ahli2 yg masih setia ni....
dicop tak tahu malu...orang dah tak nak buat apa ajak2 lagi atau pun ex2 ni terasa mrk mcm kena 'hambat' tak sudah....

Tapi itu dulu semasa awal2 pengharaman arqam ....sekarang tak lagi...nak ikut, ikut tak nak sudah....Abuya sendiri tak mahu layan lagi...

Dari sinilah mana2 ahli yg dah keluar dek termakan fitnah, ramai yg naik angin hingga timbul khabar yg seolah2 Abuya tu pegang nyawa orang, boleh buat perjanjian dgn sakratulmaut dan sebagainya. Macam dah jadik fobia betul mana2 yg dah tak ikut Abuya iaitu biar apa pun terutama yg buruk2 yg berlaku ....mesti nak salahkan Abuya tapi bila dah senang, ada pula yg dabik dada kata...."kalau aku tak kuar arqam, takkan aku senang macam ni..."

Wallahualam....

[ Last edited by Akasyah on 11-12-2004 at 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Ayubi This user has been deleted
Post time 11-12-2004 11:07 AM | Show all posts
Terima kasih Akasyah, memang saya tertunggu jawapan dari saudara...but my guts feeling also said that the answer is A...

Harap ambil perhatian kepada forumner yang lain jangan diperpanjangkan lagi (seperti dalam topik yg lain tu) isu ini dengan hujah daripada forumner yang mempunyai ciri-ciri :
a) usul yang tidak ada kesudahan
b) suka menggunakan cara berteka teki yang sukar dimengerti
c) menimbulkan perdebatan (bermujadalah) bukan perdebatan (bermuzakarah)

Saya beranggapan bahawa lebih ramai yang berminat dengan kuliah minda Abuya daripada membaca ayat-ayat beberapa forumner yang sudah kehilangan taring dalam berhujah.

Hanya jauhari yang mengenal maknikam....;)

[ Last edited by Ayubi on 11-12-2004 at 11:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2004 11:19 AM | Show all posts
Okey kita start kuliah baru hari ni....

Tajuk : Pengorbanan Hak

Basmalah

Para hadirin yg dihormati sekelian, dalam hidup ini,  yg paling susah ialah hendak mengorbankan hak. Ertinya hak itu hendak kita pertahankan, kalau boleh hak orang lain pun kita hendak. Begitulah kalau nafsu sudah bermaharajalela, kalau nafsu sudah mengatur hidup kita, kalau nafsu sudah menguasai diri kita. Bukan sahaja tidak sanggup korbankan hak bahkan hak orang lain pun kita hendak ambil. Kan individualistic sangat, mementingkan diri. Kalau rasa ini dipertahankan maka payah hendak menerima kebenaran, payah hendak berkasih sayang, payah bekerjasama, payah hendak taat. Padahal nakkan keredhoan Tuhan, nakkan kasih sayang Tuhan, nakkan pahala Tuhan, kenalah sanggup korbankan hak.

Kalau tidak sanggup korbankan hak ertinya tidak boleh jadi orang mukmin, tidak boleh jadi orang Tuhan, tidak boleh jadi orang Imam Mahdi. Takkan dapat keredhoan Tuhan dan kasih sayang Tuhan. Sedangkan hak kita itu banyak. Kadang2 hak masa, kadang2 hak itu harta, hak itu kesihatan, kadang2 hak kerehatan, hak keselesaan kita. Kalau kita sanggup korbankan itu semua, di situlah kasih sayang Tuhan, pahala besar, di situlah keampunan Tuhan. Sedangkan hak itu yg hendak kita korbankan. Kadang2 kepada Tuhan. Kadang2 kepada manusia. Manusia banyak jenis, kepada kawan, jiran, anak isteri, pemimpin dan lain2.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2004 11:54 AM | Show all posts
Sambungan...

Abuya buat beberapa contoh bagaimana untuk mendapat keredhoan dan kasih sayang Tuhan yg kita kena korbankan hak:

1. Kita sedang tidur malam. Itu hak kerehatan kita. Tiba2 hak kerehatan kita hendak diberi sedikit kepada Tuhan, kita bangun tahajud. Kita korbankan sedikit sekadar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2004 12:07 PM | Show all posts
Sambungan...

Contoh lain tentang pengorbanan hak, kita sedang bawa kereta, kalau ikut peraturan, ini hak kita, ini jalan kita tetapi kita beri orang lain jalan dahulu
Reply

Use magic Report

ainaa This user has been deleted
Post time 12-12-2004 07:31 PM | Show all posts
hhmmm... dakwaan itu bukanlah rentetan peristiwa kematian Allahyarham Soleh mahupun Allahyarham Zairi.  Bahkan saya tidak pernah dengar isu2 itu ditimbulkan... pertama kali daripada saudara Akasyah sendiri..

beginila, tidak perlu saya panjangkan hal ini di sini. kelak mengundang perbahasan tidak sudah. saya akan mengemukakan hal ini terus kepada saudara Akasyah secara personal...

hasilnya kelak pasti akan saya paparkan...be it kebenaran itu milik memana pihak..insyaAllah..


teruskan dengan peringatan di sini.... buat tatapan/peringatan diri yang senantiasa leka..







  1. Ambil yang jernih, buang yang keruh
Copy the Code
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-12-2004 11:06 AM | Show all posts
Sambungan......

Hendak korban hak ini yg susah. Kita terlalu individualistic. Sebab nafsu, nafsu yg mengatur hidup kita. Kita tetap mempertahankan hak, dan hendak hak orang. Walaupun tidak dapat keredhoan Tuhan.Tetapi hak orang lain dia hendak, hak jemaah dia hendak, hak kepentingan orang dia hendak, hak Negara dia hendak, ini lagi syaitan. Sudah bergabung syaitan dengan nafsu. Bukan senang hendak korbankan hak.

Sedangkan menurut ajaran Islam, keredhoan dan kasih sayang Tuhan bergantung setakat mana kita korbankan hak demi Tuhan, masa yg dia ada, duit yg ada dikorbankan untuk Allah dan untuk manusia, kesenangan hidupnya, kesihatan badan dikorbankan untuk Allah dan manusia. Tenaganya juga dikorbankan untuk Allah dan manusia. Inilah orang mukmin yg sebenar, orang-orang Tuhan. Kerana Allah dan kerana hamba-hamba Allah aku korban pun tidak apa kerana berkorban itu bererti terkorban. Terkorban itu sangat berharga di sisi Tuhan. Itulah yg sangat mahal di sisi Tuhan.

Kena ambil perhatian, waktu ini kena takut dengan Tuhan, selepas itu dengan Rasulullah saw. Begitulah hendak korbankan hak bukan mudah. Kadang-kadang hak orang lain, hak jemaah, hak Negara dikorbankan untuk kita. Hak Tuhan pun kita ambil. Kalau hak manusia boleh tahan. Hak Tuhan pun kita sanggup ambil.

Setakat inilah dulu, yang penting setiap kuliah masukkan dalam hati, setiap kuliah benar2 difahami dan dihayati. Moga2 dengan minda ini 揳ku boleh baiki diri
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-12-2004 11:45 AM | Show all posts
Ditulis ketika Menjelang Maghrib pada 19-5-2004

Wahai petani dan para nelayan janganlah engkau bersedih hati, engkau tidak dikenali
Janganlah berkecil hati orang ramai tidak peduli
Mereka hanya kenal makanan, sayur-sayuran, ikan dan daging yg engkau hasilkan setiap hari
Makanan yg sedap2 tidak diambil tahu pun oleh mereka
Kamu susah atau senang mereka tidak pun ambil peduli dan prihatin
Begitulah sikap manusia yg sudah ditakdirkan Tuhan terhadap orang yg berjasa macam kamu nelayan dan petani.
Redholah, yang penting ikhlaskan hati agar kamu mendapat ganjaran dari Tuhanmu setiap hari


Minda-mindaku juga sudah diterima orang, tanpa pengetahuan dari mana minda itu datang
Aku sebenarnya sudah senasib dengan kamu
Aku bangga mindaku diterima orang sekalipun aku belum diterima dan diketahui orang, bangsa dan agama
Itulah bakti kepda bangsa, Negara dan umat di dalam hidupmu


Aku dan kamu senasib, aku tidak berkecil hati.
Minda-mindaku sekarang ini macamlah barang2 yg kamu hasilkan setiap hari
Siapa punya minda itu mereka tidak ingin tahu
Mungkin ada yg mengaku ia adalah dari ilmu mereka sendiri


Aku tidak berkecil hati mesti ada hikmah dari Tuhan Rabbul抋lamin
Tentulah ada baiknya mindaku diterima mereka tidak tahu dari aku
Penerimaan minda itu adalah makanan akal dan jiwa


Aku dikenali tidak perlu, yang penting mindaku difahami, dihayati, dijadikan panduan untuk hidup mereka
Tuan-tuan dan puan-puan janganlah bersedih hati kamu tidak dikenali
Yang penting bahan2 yang dihasilkan oleh kamu itu amat diperlukan
Itulah khidmat kamu untuk manusia dan yang bernyawa


Sepertilah mindaku itu, adalah sumbanganku kepada bangsa, Negara dan agamaku
Moga2 aku ikhlas, itulah yang aku akan bawa mati
Semoga Tuhan meredhoiku
Itulah yang penting bagiku
Aku berlindung dengan Tuhan daripada mencari nama,
Ampunkan dosa aku Tuhan, ampunkanlah aku jika berlaku.


Nukilan Oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069313 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list