CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 6-4-2006 07:43 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Siti Nurhaliza serikan teater khas


BATU PAHAT: Penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza akan menyerikan teater khas memperingati perjuangan Datuk Onn Jaafar sempena sambutan ulang tahun Umno ke-60 di Johor Bahru, 11 Mei ini.

Teater khas itu turut menampilkan penyanyi Man Bai sebagai pelakon utama memegang watak Datuk Onn serta beberapa barisan pelakon terkenal.

Persembahan itu akan diadakan di Stadium Bandaraya Johor Bahru.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza tidak akan berlakon dalam teater itu sebaliknya akan menjadi penyanyi latar bersama seorang lagi penyanyi terkenal, Ramli Sarip.

Ketua Penerangan Umno Johor, Senator Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pemilihan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi latar teater itu bukan hanya disebabkan popularitinya, sebaliknya kelunakan suara serta keperibadian penyanyi itu yang sentiasa bersih serta bersopan sesuai bagi majlis yang bermakna itu.

"Johor dipilih sebagai tuan rumah sambutan ulang tahun Umno peringkat kebangsaan kali ini dan pelbagai acara sudah kita susun bagi memeriahkan acara itu.

"Kita akan menyediakan pementasan khas yang melakonkan semula sejarah perjuangan pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dengan menampilkan penyanyi serta pelakon terkenal untuk menjayakannya dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan Siti Nurhaliza turut serta untuk menyerikan lagi teater itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan rombongan Umno Bahagian Marang dan Umno Hulu Terengganu di Hotel Landmark, semalam.

Mohd Puad berkata, teater perjuangan Datuk Onn menentang gagasan Malayan Union sekali gus membawa kepada penubuhan Umno itu pertama kali dipentaskan.

Katanya, antara tetamu kehormat yang akan menyaksikan pementasan sulung itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2006 10:45 AM | Show all posts
Hiburan

Restukan ajelah jodoh Siti
? sokong kalau jodoh Siti dengan Datuk K. Siti pun dah 27 tahun. Daripada dia kahwin lari, baiklah dia buat cara elok. Restukan ajelah jodoh Siti kalau dia nak kahwin. Perkara elok. Apa salahnya.

?alau I dapat jemputan perkahwinan dia orang tu nanti, memang I nak pergi. Siti budak baik.?

Begitu kata seorang artis popular kepada seorang teman Kak Tim tatkala mereka berbicara kisah yang tengah hangat di perkatakan kini. Apa lagi kalau bukan gosip percintaan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dengan ahli korporat, Datuk K.

Artis kecil molek yang peramah dan berstatus ibu muda ini menyatakan sedihnya bila mengetahui percintaan Siti dengan Datuk K tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada beberapa pihak.

Kenyataan artis ini mengingatkan Kak Tim pada penyanyi dangdut terkenal Amelina. Gara-gara percintaannya tidak direstui keluarga, dia kahwin lari. Sudah tujuh tahun kini, Amelina masih bersikap menyembunyikan diri daripada keluarganya. Panjang betul rajuknya.

Dan hati Kak Tim begitu tersentuh bila baru-baru ini terbaca di dada akhbar rayuan ibu Amelina, Hasmah Ramli yang meminta anaknya itu pulang ke pangkuan keluarga.

Bila minggu lalu wakil Warner Music memberikan CD terbaru terbitan syarikat itu, Amelina Ratu Dangdut yang menghimpunkan lagu-lagu popular penyanyi itu, Kak Tim terbayang sikap manja penyanyi itu sewaktu meniti zaman gemilangnya pada pertengahan tahun 90-an.

Memanglah penyanyi datang dan pergi. Tapi biarlah kepergian itu bukan dengan cara menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

Cukuplah hanya Amelina mencipta sejarahnya tersendiri.

KAK TIM: Teringin juga nak merajuk. Tapi ada ke yang nak pujuk?


sumber : Utusan Malaysia - 08/04/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 12:47 PM | Show all posts
KOSMO 9 APRIL 2006




Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 12:49 PM | Show all posts
KOSMO 9 APRIL 2006

TRANSKRIPSI SITI

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Bertemu lagi di ruangan Penasiti minggu ini.

Sejak Isnin hingga Rabu lalu, Siti ke Jakarta atas urusan promosi album konsert di Royal Albert Hall. Mungkin album ini agak lambat diedarkan di Indonesia tetapi bagi Siti, ia bukan satu masalah kerana album ini sudah Siti jadikan sebagai album yang boleh dijadikan koleksi para peminat Siti di mana-mana sahaja.

Barangkali urusan mencari pengedar album juga membuatkan album ini agak lewat dipasarkan di republik itu tetapi Alhamdulillah akhirnya pihak syarikat rakaman EMI menjadi pilihan kami di sana.

Di Jakarta, Siti sempat berkunjung ke stesen-stesen radio untuk promosi album ini dan juga menjalani rakaman program TV. Selain itu, Siti juga bertemu pihak media pada majlis pelancaran album tersebut.

Walaupun masa agak suntuk di sana tetapi dalam kepadatan waktu itu, Siti, pengurusan SNP dan EMI berjaya menyelesaikan semua perkara yang sudah dirancang dan pemergian ke Jakarta baru-baru ini berjalan dengan baik.

Siti juga begitu sibuk dengan urusan album baru kerana pada saat-saat akhir sebelum dipasarkan, banyak perkara yang harus diteliti. Siti memang mahu menghasilkan sesuatu yang sempurna dan kerana itulah ia mengambil masa yang agak lama.

Album yang sudah diberikan judul ini iaitu Transkripsi akan menemui peminat sebelum 20 April ini. Siti berharap tidak ada aral melintang dan anda akan mendapatkan album ini pada waktu yang terdekat ini.

Transkripsi ini akan Siti ceritakan dengan panjang lebar dalam catatan Siti minggu depan. Namun, besar harapan Siti agar para peminat akan mendoakan agar album ini akan membuahkan hasil yang baik.

Siti juga berharap agar para peminat akan membeli album yang asli kerana seperti sering Siti katakana bahawa album ini adalah sesuatu yang bermakna bagi Siti. Menerbitkannya bukanlah sesuatu yang mudah dan Siti berkorban banyak perkara. Semoga peminat seni suara di Malaysia akan terus membeli album yang asli dan menjadi pengguna yang bijak. Sekurang-kurangnya keprihatinan anda akan membolehkan kami terus berkarya, insyaAllah.

Ramai juga peminat yang bertanya mengenai produk kecantikan baru yang mengambil Siti sebagai jurucakap, yang juga membawa Siti ke Jepun baru-baru ini. Semuanya akan terjawab hari  ini jika anda menonton klip promo produk tersebut di TV3 dan ntv7. Jangan lupa saksikan ya!

Sebelum mengakhiri catatan Siti minggu ini, semoga kita semua akan mengingati hari kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w tidak lama lagi. Semoga kita juga boleh menjadi insan yang berkeperibadian mulia dan terbaik seperti baginda. Juga dapat mengikuti ajaran sunnahnya. InsyaAllah.

Sekian dahulu catatan Siti kali ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 05:54 PM | Show all posts
thanks ruffly.................
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 07:09 PM | Show all posts
thanks ruffly
Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-4-2006 12:59 AM | Show all posts
Squeaky clean to savvy chic  
After 11 years in showbiz, M'sian pop princess Siti is all grown-up
By Sheela Narayanan

April 08, 2006      
(SUMBER:The Electric New Paper (S'pore))



SITI Nurhaliza Tarudin has grown up. The carefully-cultivated image of a sweetie-pie from the small town of Temerloh, Pahang, is gone.

  
Compare the fresh-faced Siti on the cover of her 1996 debut album (below right) to the radiant diva in a picture taken earlier this year (above). --Pics/NEW STRAITS TIMES
These days, when the 27-year-old pop princess hits the headlines, it's usually not about her music.

Instead, her personal life has been in the news - like her legal woes with former diva Sharifah Aini and her secret romance with a Malaysian datuk.

A Malaysian music promoter, who declined to be named, said all these scandals have caused people to start questioning Siti's image.

After all, when she came onto the scene in 1995, she was the epitome of kampung girl goodness - sweet, filial, pious and always conservatively dressed.

No scandals. No controversies.

And barely a smudge of bad press.

  
Said the promoter who is in her 30s: 'People have always wondered if there is another side to Siti that we don't know about.

'They have probably questioned whether the image she is presenting is real.'

That good girl image seems to have been shattered over the last year when Siti got embroiled in a nasty court battle with veteran singer Sharifah.

The 57-year-old was accused of defaming Siti in an e-mail.

The e-mail described Siti as an arrogant diva who indulges in sex romps and uses black magic to preserve her looks.

The case was dismissed last year. Then earlier this year, it was reported that Siti was supposedly dating 47-year-old businessman Datuk Khalid Jiwa, a divorcee with three children.

In the past, the very eligible star has remained coy about her love life.

  
2003: Siti sharing the stage with friend-turned-foe Sharifah Aini during the Berita Harian Malaysia Popular Artistes Awards.  
Although she had been linked with Yusry Halim from pop group KRU, and singers Fazley and Anuar Zain, she has never even been photographed on a date or alone with a male companion.

ONLY INVITES FEMALE FANS

Even when she invites fans up on the stage during concerts, she makes it a point to call on only female fans.

But a month ago, Siti finally admitted she was seeing someone new, but refused to identify him.

At the same time, Datuk Khalid whom the Malaysian press has dubbed Datuk K, said she was 'well-mannered and carries herself well', prompting speculation that he was the lucky beau.

There was even talk that he bought her a Mercedes Benz and a RM1 million ($437,700) bungalow as presents.

The Malaysian media also went to town when Siti and Datuk Khalid, who is the chairman of media company Ace Group, attended a charity event in matching purple outfits.

That rumoured relationship became fodder for serious teasing at the recent Anugerah Planet Muzik, the local Malay music industry's version of the Grammys, where Siti was dubbed the new 'datin', a title given to the wife of a datuk.

In an e-mail interview with The New Paper, Siti said that the jokes didn't really rile her.

She said: 'Everybody can tease me and play guessing games but I know what the true situation is.'

But in her usual tight-lipped and diplomatic way, she declined to elaborate.

So since she has admitted to having a new man in her life, when does she find the time to see him, especially with the paparazzi constantly looking over her shoulder?

Siti claimed she doesn't date.

She said: 'As a public figure, I always have to be careful about what I do and where I go.

'I am always in the company of my family. I am also very busy with work and don't have much time for myself.'

She added that she is currently 'only friends' with her alleged beau and they are slowly getting to know one another.

In an earlier interview with Berita Harian, she appealed to everyone to stop speculating about her love life.

'I am not a Barbie doll to be paired with any male doll. When it comes to who is going to be my life partner and when I am going to get married, let God decide that.'

Fans whom The New Paper spoke to had mixed reactions about the rumoured romance.

Said Ms Ina Sugang, 30: 'When I heard about Datuk K, I wondered, 'Can't she find somebody her own age?'. It doesn't feel right. They look so incompatible.'

In Malaysian entertainment circles, it's not new for starlets to hook up with rich, older men, especially members of the royal family.

Singer Fauziah Latiff married Tengku Syed Budriz of Selangor in 1992. They split up in 1995.

Likewise, actress Julia Rais is married to Pahang regent Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, while actress Tiara Jacquelina is hitched to Sarawakian minister Datuk Seri Effendi Norwawi.

Siti's fans were hoping that with her success and wealth, she would have no trouble finding a handsome young suitor.

Has all this talk about her personal life put a dent in her incredible popularity?

'I have always maintained that my aim is to be in this industry with sincerity and share my talent with people,' Siti said.

'Whatever people have to say, I will always look after my good name and be a good example.'

She also brushed off talk that her popularity is being threatened by the Malay music scene's new paramour - singing sensation Asmawi Ani or Mawi. The 24-year-old won the reality TV talent contest, Akademi Fantasia (Fantasy Academy).

Siti said: 'I believe these new talents will bring something good to the industry so that it can progress. I never had the intention of always remaining at the top.'

Observers believe that it's natural for Siti's squeaky clean image to evolve over time.

Local Malay entertainment journalist Hafeez Harun said: 'Of course, she has changed. She has become more independent, more savvy.

INTRIGUING MYSTIQUE

'But her down-to-earth charm has not changed. The fact that she does not want to reveal everything is very smart. It keeps the 'Siti mystique' going, which keeps people interested.'

And while he acknowledged that she hasn't won any major singing awards this year or released a new album since her live album (recorded at London's Royal Albert Hall early last year), the hiatus is only temporary.

Said Hafeez, who goes by the moniker Hafeez Glamour: 'When her new album comes out, it will blow everybody away. I heard a sample of it and it is very good. She will be back stronger than ever.'

Likewise, radio DJ and TV host Adi Rahman, 35, believes that Siti is merely just growing up as a woman.

'Siti is no longer the girl from Pahang. She has matured. If you notice, her brother used to be her spokesman, now she is handling all these issues with the media like a pro.'

He pointed in particular to the way she handled her legal spat with Sharifah.

'Despite all the accusations, Siti handled it with dignity and elegance and came out being the media darling.'

[ Last edited by  sayang_manja at 10-4-2006 01:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-4-2006 01:02 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza Cuekin Gosip


Jakarta, Warta Kota (kompas.com)

   
Yang ditunggu akhirnya datang juga. Penyanyi Negeri Jiran Siti Nurhaliza mampir ke Indonesia untuk mempromosikan album barunya. Sebenarnya bukan cuma karya terbarunya yang ditunggu, melainkan jawaban langsung dari Siti perihal gosip yang menerpa dirinya. Benarkah dia sudah menikah dengan seorang pengusaha bernama Datuk K?

Sayangnya, belum sempat pertanyaan itu dilontarkan, Siti sudah
berpesan untuk tidak ditanya masalah pribadi. Dalam jumpa pers tentang album baru Siti, Siti Nurhaliza in Concert, di Hard Rock Cafe, Rabu (5/4), Siti hanya mau menjawab pertanyaan seputar pekerjaannya saja. Tapi ketika ditanya apakah segala gosip yang menerpanya membuat pekerjaannya terganggu, Siti mau juga menjawab.

"Siti tidak risau dengan segala gosip yang beredar. Gosip dan
pekerjaan tidak boleh dicampuradukkan. Siti tahu apa yang Siti perbuat. Dan Siti selalu ingin membagi keceriaan dengan semua penggemar Siti. Makanya, bila sampai waktunya tiba, untuk menjawab semua itu, Siti pasti akan bicara," katanya.

Jawaban yang bikin penasaran itu dilanjutkan dengan senyum manis
Siti. Katanya, senyuman dan keceriaan itu muncul  karena ia sedang
bersemangat dan merasa bebas. Bukan bebas dari gosip, tapi bebas
berekspresi sebab mulai saat ini Siti memproduseri sendiri album-
albumnya.

"Album terbaru Siti akan diluncurkan Mei mendatang. Sekarang sudah selesai dibuat. Siti bersemangat sekali karena di album itu Siti menjadi penerbitnya dan EMI jadi distributornya. Karena album itu Siti sendiri yang buat apa keinginan Siti bisa dilakukan," katanya.

Keinginan Siti itu antara lain memasukkan lebih banyak musisi
Indonesia untuk menggarap albumnya. Maklum, Siti ingin lebih merangkul fans-nya di sini. Di album yang akan berisi 13 lagu itu, lima lagu diantaranya adalah karya musisi Indonesia.

"Sudah lama Siti ingin membawakan lagu karya Melly Goeslaw, Glenn Fredly, dan Erwin Gutawa. Akhirnya tercapai. Melly membuatkan dua lagu yang sangat manis," ungkap gadis bernama lengkap Siti Nurhaliza Taruddin ini.

Hubungan Siti dan Erwin memang sudah sangat akrab. Beberapa kali konser Siti memanfaatkan jasa Erwin untuk menjadi music director  dan saat konser akbar di Royal Albert Hall London, 1 April 2005, Erwin menjadi konduktor yang memimpin London Symphoni Orchestra mengiringi Siti menyanyi.

Di album baru itu juga Siti menciptakan dua lagu, bertema balada
dan ceria. Lagu bertema rancak itu diciptakan Siti dengan
menitikberatkan kedinamisan  bunyi alat musik perkusi. Di lagu Misteri Cinta itu Siti bekerja sama dengan seorang musisi Malaysia.

"Di lagu balada, Siti buat sendiri lirik dan lagunya. Lagu ini
tentang kehidupan dan perasaan manusia. Bukan hanya dari perasaan Siti saja tapi perasaan banyak orang. Jadi penggemar Siti bisa ikut merasakan hal yang Siti alami," katanya.

Bukan soal cinta? "Cinta itu permainan emosi. Ada juga masalah
cinta di dalam lagu itu," kata Siti. (sra)

[ Last edited by  sayang_manja at 10-4-2006 01:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 11-4-2006 11:04 AM | Show all posts
Siti banyak muhasabah diri

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my
11/4/06


Berhadapan cabaran hebat sejak hubungannya dengan Datuk K didedah




SETIAP tahun, tarikh 12 Rabiulawal diingati dan diraikan umat Islam kerana ia menjadi detik bermakna sempena keputeraan Nabi Muhammad (s.a.w) melalui sambutan Maulidur Rasul.

Bagi penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin, yang dilahirkan pada 11 Januari 1979, Maulidur Rasul tahun ini mungkin berbeza daripada tahun sebelumnya kerana berhadapan dengan cabaran hebat apabila diasak wartawan mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk K.

Siti, 27, mengakui cabaran dihadapinya akhir-akhir ini begitu hebat, tetapi katanya, semua itu perlu dihadapi dengan tenang, tabah dan banyak bermuhasabah diri.

?aulidur Rasul satu perayaan menyambut kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w). Sudah banyak pengajaran boleh diambil dan direnung seluruh umat Islam untuk dijadikan bekalan dalam menghadapi cabaran hidup.

?erlalu besar cabaran dihadapi baginda sepanjang menyebarkan Islam. Memang tidak terkata hebatnya tetapi baginda tetap sabar dan tabah menghadapinya.

?alau dibandingkan cabaran Rasulullah dengan kita manusia biasa, bagai langit dengan bumi. Memang terlalu kecil. Tapi kita boleh mengambil iktibar daripada sikap baginda yang begitu sabar, tenang dan tetap dengan perjuangannya walaupun menghadapi banyak cabaran dan rintangan.

?alaupun cabaran yang saya lalui tahun ini hebat, saya hanya mampu bersabar dan berdoa supaya perjalanan hidup saya berjalan dengan baik,? katanya ketika dihubungi, semalam.

Siti yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia pada 6 April lalu berkata, dia tiada aktiviti khusus pada hari ini dan ini memberinya peluang meraikan sambutan Maulidur Rasul bersama keluarga.

Katanya, Maulidur Rasul tahun ini juga cukup bermakna kerana bersamaan dengan ulang tahun kelahiran ayahnya, Tarudin Ismail.

?ungkin saya akan balik kampung untuk meraikan hari jadi ayah. Biasanya kami sambut dengan makan bersama,? katanya.

Sebagai artis beragama Islam, Siti juga memberi sokongan pada apa saja program berbentuk keagamaan seperti Maulidur Rasul. Contohnya, pada 1 April lalu Siti menjayakan Malam Sinar Maulidurrasul anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ia turut dijayakan Rabbani, Yasin dan Waheeda. Siti yang anggun dengan jubah dan bertudung, menyanyikan tiga lagu iaitu Junjungan Mulia yang pernah dipopularkan kumpulan Al-Mizan, Tuhan Yang Esa dan Hikmah.

Dalam majlis sama, turut diadakan cukur jambul enam bayi bertuah termasuk anak ketiga pelakon dan pengacara Raja Azura, Puteri Mia Maizura. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Othman Desa, diberi penghormatan mencukur jambul semua bayi yang dikendung ibu masing-masing.

Mengenai aktitivi seninya, Siti berkata album barunya, Transkripsi yang bermaksud satu kata-kata yang diluahkan tapi ditulis, sudah siap dan berharap dapat dipasarkan pertengahan bulan ini.

Katanya, album itu juga akan dipasarkan di Indonesia dan pihaknya kini merancang pelbagai aktiviti untuk promosi album itu.

?aya akan menjayakan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality Kuala Lumpur pada 19 dan 20 April di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, kemudian menjayakan Anugerah Industri Muzik 13 (AIM13) pada 29 April,? katanya.

Mengenai majlis Siti Nurhaliza Share? Love Story With Olay Total Effects di Hotel Grand Maya, esok, Siti enggan mendedahkan atur cara pada hari itu dan meminta wartawan datang melihatnya sendiri.

Siti juga mengakui tiada agenda untuk melangsungkan perkahwinan pada Ogos ini sebagaimana diperkatakan kerana dia sibuk dengan pelbagai aktiviti sempena kelahiran album barunya itu sama ada di tanah air dan juga Indonesia sepanjang Mei.

?aya baru balik dari Jakarta, Indonesia untuk promosi album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall London. Album ini dipasarkan di sana pada 20 Mac lalu tetapi baru kini saya berpeluang mengadakan promosinya.

?ajlis pelancaran diadakan di Hard Rock Cafe, Jakarta pada 5 April lalu. Selain itu saya sempat menjayakan dua program televisyen iaitu talkshow dengan Indosiar bersama tetamu undangan, Erwin Gutawa. Saya bercakap mengenai konsert di Royal Albert Hall dan satu lagi program hiburan selama sejam menyanyikan lagu ketika konsert di London untuk siaran Global TV.

?udah tentu aktiviti saya lebih sibuk apabila album Transkripsi dipasarkan di Indonesia seperti mengadakan konsert jelajah di kota-kota besar di Indonesia pada Jun,? katanya.

Siti mengaku turut diasak media Indonesia mengenai hubungannya dengan Datuk K. Ada wartawan bertanya siapa gerangan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu begitu juga berita mengatakan Siti sudah berkahwin.

Antara berita disiarkan media Indonesia ialah hubungan Siti dengan ahli perniagaan muda Malaysia hanya teman dan tidak lebih. Hal itu tidak berdosakan?

Apabila diasak dengan pertanyaan siapa kekasih hatinya, Siti mengatakan jika sudah tiba masanya, dia akan beritahu dan mereka akan tahu siapa pendamping hidupnya nanti. Siti dikatakan dalam keadaan serius dan sedikit gugup ketika menjawab soalan itu.

Menurut Siti, dia memang kurang selesa apabila ditanya perkara seperti itu. Bagaimanapun katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia terus diperkatakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 13-4-2006 10:28 AM | Show all posts
Edisi Nasional: Tiada orang ketiga

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
13/04/06


KUALA LUMPUR: Belum pun reda gosip Siti Nurhaliza dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Muhd Jiwa atau Datuk K, kini timbul spekulasi terbaru bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera.




Dia dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan lulusan sebuah universiti Amerika Syarikat yang juga abang angkatnya, Ogos depan.

Bagaimanapun, Siti yang ditemui pada majlis pengumumannya menjadi jurucakap Olay Total Effects di Hotel Grand Maya di sini, semalam, menganggap gosip itu tidak berasas.

?erkara itu sebenarnya langsung tidak wujud dan terus-terang saya katakan, saya tidak kenal dengan lelaki yang dikatakan itu.

?ukan mahu mengelak atau berdalih kerana sememangnya dari dulu hingga sekarang saya tidak pernah mempunyai abang angkat,? katanya yang tidak terkejut dengan gosip terbabit.

Menurut Siti, gosip itu digembar-gemburkan kerana dia mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya.

?aya sedar selagi saya tidak memberitahu siapakah lelaki yang dimaksudkan, selagi itulah pelbagai cerita akan tersebar.

?eperti yang saya katakan sebelum ini, diharapkan pihak media dan peminat bersabar. Apabila tiba masanya saya akan umumkan. Cuma sekarang waktunya belum lagi sesuai,? katanya yang sedang hangat dengan lagu terbaru `Biarlah Rahsia? yang lirik ditulisnya sendiri.

Sebelum ini, hangat diperkatakan Siti mempunyai hubungan cinta dengan Datuk K, namun kedua-duanya tidak pernah mengesahkannya.

Siti mahupun Datuk K hingga sekarang mengambil sikap berdiam diri mengenai isu terbabit walaupun beberapa kali didesak media massa.

Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 di Genting Highlands, 26 Februari lalu, Siti mengesahkan mempunyai teman istimewa ketika ditanya identiti insan tersayang yang disebutnya ketika menerima anugerah Penyanyi Wanita Popular.

Pada majlis itu, penyanyi kesayangan ramai itu, berkata dia mahu berkongsi kemenangan itu bersama insan tersayang.

Siti turut mengakui hatinya sudah dimiliki ketika dikelilingi wartawan pada majlis Sarapan Bersama Bintang sempena Anugerah Academy anjuran Star Movies di Hotel The Ritz Carlton, di sini.

Menjawab desakan wartawan ketika itu, Siti menjelaskan memang benar dia kini sudah mempunyai teman istimewa tetapi masih dengan keputusan mahu merahsiakan identiti lelaki berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 14-4-2006 01:43 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza dedah perubahan wajahnya
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
utusan 14/04/06



BUAT pertama kalinya, penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza Taruddin secara terbuka mendedahkan kisah cintanya kepada khalayak.

Jika sebelum ini Siti Nurhaliza agak malu-malu apabila membicarakan tentang kisah cinta tetapi senarionya berbeza muncul baru-baru ini.

Bertempat di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur, Siti dalam nada ceria menceritakan panjang lebar kisah cintanya untuk dikongsi bersama peminat.

Namun kisah kasih sayang unik Siti Nurhaliza bukanlah dengan lelaki misteri bergelar Datuk K yang heboh diperkatakan sebelum ini.

Kata Siti, kisah cinta dan sayang itu merujuk kepada kulit wajahnya yang dicantikkan dengan produk Olay Total Effects.

Menurut penyanyi yang mencecah umur 27 tahun itu, kisah cintanya itu bermula sejak dua tahun lepas.

Katanya, dia mula dapat merasai perubahan pada kulit wajahnya. Sudah terdapat garis-garis halus pada wajahnya selain keadaan kulit yang kering dan kusam.

Siti berkata, semua itu merupakan tanda-tanda awal penuaan yang mula melanda kulit wajahnya.

?ebagai penghibur dan usahawan, Siti akui mempunyai jadual yang begitu sibuk dan tidak sempat menjaga kulit wajah.

?amun selepas lapan minggu mencuba Olay Total Effects, garis-garis halus pada wajah Siti semakin berkurangan.

?elain itu juga, kulit wajah Siti sentiasa kelihatan segar dan lembap,? kata Siti pada majlis pelantikannya sebagai duta Olay Total Effects.

Siti yakin Olay Total Effects adalah produk kecantikan penting untuk wanita masa kini kerana ia mudah digunakan selain ternyata dapat menentang tanda-tanda awal penuaan.

Pada majlis itu, Siti juga sempat berkongsi pengalamannya selama tiga hari di Jepun pada akhir Mac lalu ketika melawat Pusat Teknikal Kobe Procter & Gamble (P&G).

Ujar Siti, banyak pengalaman yang ditimbanya selain melihat sendiri kaedah penghasilan produk itu secara dekat.

Ditanya harga yang dibayar oleh P&G apabila memilihnya sebagai duta produk itu, sambil tersenyum Siti berkata: ?ak boleh cakap. Rahsia.?

Sementara itu, Pengurus Pemasaran P&G, Patricia Mathias berkata, Siti dipilih sebagai duta produk Olay Total Effects kerana dia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

?iti ialah seorang personaliti yang elegan, aktif dan memiliki kecantikan semula jadi,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 02:27 PM | Show all posts

HAI 15-21 APRIL 2006

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2006 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by nickilroy at 14-4-2006 02:27 PM



sah sah aku beli secepat mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 06:13 PM | Show all posts
Nation
Friday April 14, 2006


Siti teased over Prince Charming

RAWANG: The speculation about a certain ?atuk K? has even got Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil teasing Siti Nurhaliza about her mysterious Prince Charming.

?t looks like Siti Nurhaliza came alone today,? said the Women, Family and Community Development Minister, who had the audience in stitches at a gathering of orphans in Bukit Beruntung, near here, yesterday.

  
Where? your Prince Charming? Pop Queen Siti Nurhaliza beaming her version of the Mona Lisa smile while she ponders the question asked by the Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil when they met at a function in Rawang Thursday. ?-STARpic by JOEL CHAN
Those who heard her knew fully well what the minister meant. Siti Nurhaliza, too, was all smiles and took Shahrizat? remarks in her stride.

The singer, however, did not come alone to the function at the Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati orphanage.

Her sister-in-law and personal manager Rozi Abdul Razak accompanied her and made it clear to the press from the outset that Siti Nurhaliza would not entertain any personal questions.

For months, Malaysia? pop princess had been linked to a certain corporate figure but she had repeatedly brushed aside the talk about her love life.

  
HELPING HAND: Siti Nurhaliza and Shahrizat having their picture taken with some of the children from the Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati orphanage after the handing-over ceremony in Bukit Beruntung Thursday.
Recently, another rumour surfaced, that she now has an abang angkat (foster brother), who the media construed as the new man in her life.

Shahrizat acknowledged that the Kuala Lipis lass had a heavy responsibility being a role model to her fans.

?hatever Siti Nurhaliza says, wears, does ... everything becomes a trend,? she said in her speech at the handing-over ceremony of the orphanage to the Welfare Department.  

?t is a responsibility and at times, a burden. Siti Nurhaliza is a role model who can have a positive influence on the less fortunate.?

The home was built through a charity drive conducted by Yayasan Jusco Malaysia at a cost of RM315,000. It can accommodate eight orphans and two adult caretakers. Siti Nurhaliza is the ambassador for Yayasan Jusco Malaysia.  





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 14-4-2006 06:56 PM | Show all posts
?aris halus dah kelihatan?
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Berita harian 14/04/06


DUTA P&G: Siti menunjukkan produk penjagaan wajah
Olay Total Effects.

PADA satu sidang media di ibu kota baru-baru ini penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dengan beraninya mengumumkan dia sudah menemukan cinta sejati? Siapakah insan bertuah yang mendapat tempat di sudut hati penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu? Adakah ahli perniagaan bernama Datuk K yang dimaksudkan artis popular itu atau abang angkatnya?

Sebenarnya cinta sejati yang dialihkan kepada maksud penemuannya ke atas produk penjagaan wajah keluaran P&G iaitu Olay Total Effects apabila Siti dilantik menjadi duta produk itu bagi tempoh setahun. Malah, P&G juga dengan berani menggunakan tagline ?iti menemui cinta? seakan-akan memanipulasi gosip cinta artis itu yang cukup hangat diperkatakan kini.

Namun, Siti bukanlah seorang artis yang mudah melatah dan sudah menjangka slogan itu bakal menimbulkan persoalan di kalangan pihak media.

?iti sudah sedia maklum bila pihak P&G mahu menggunakan konsep cinta, mesti orang akan kaitkan dengan gosip yang melanda Siti sekarang. Tapi ini tidak menjadi masalah kerana sememangnya Siti sudah menemukan sesuatu yang cukup bermakna iaitu produk penjagaan muka ini.

?ini Siti sudah berusia 27 tahun dan perlu memberi perhatian yang lebih kepada wajah. Risau juga sebagai artis, penampilan perlu dijaga apatah lagi apabila melihat garis harus yang sudah mula kelihatan,? katanya.

Kesempatan bertemu penyanyi yang bakal muncul dengan album barunya berjudul Transkripsi ini tidak dilepaskan pihak media untuk bertanya mengenai perkembangan kisah cintanya. Kala ditanya benarkah dia bakal menamatkan zaman daranya sekitar tahun ini, wajah Siti kelihatan berubah, namun enggan mengulas lanjut.

Penyanyi itu tidak menyangka niat sucinya mengumumkan hatinya sudah dimiliki seseorang akan membuatkan pihak media berpuas hati dengan kenyataannya itu. Bagaimanapun, ia berlaku sebaliknya apabila media terus mendesak supaya Siti mendedahkan siapa insan istimewa itu.

Seperti biasa Siti terus berahsia dan enggan berkongsi kisah peribadinya. Artis itu terus memberikan harapan dan teka-teki kepada media dan peminat supaya sabar menanti kerana masanya akan tiba juga.

?iti harap sangat wartawan cuba fahami masalah Siti. Siti sudah puas diasak hingga kadang-kala bosan dengan kepastian yang diinginkan, Siti mengaku punya teman cuma perlu tunggu masa yang sesuai untuk diperkenalkan kepada semua.

?adang-kadang seronok juga bermain teka-teki begini, tapi Siti tidak sangka ia menjadi satu isu besar hingga jadi tidak seronok. Berilah Siti ruang, masanya akan tiba juga. Siti hanyalah insan biasa yang tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

?iti juga bukan sengaja mahu bermain tarik tali dengan tujuan untuk membantu meningkatkan populariti. Banyak gimik lain yang boleh Siti lakukan yang berkait dengan industri seni daripada menjadikan kisah cinta sebagai sandaran,? katanya yang kelihatan cukup tenang.

Menyentuh mengenai album terbarunya yang sepatutnya dilancarkan pada Fiesta Media Idola 2006 (FMI?06), rancangan itu sudah dibatalkan. Transkripsi akan berada di pasaran pada 24 April ini, namun tarikh pelancarannya belum ditetapkan dan Siti akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Album itu menggabungkan komposer dari Malaysia dan Indonesia. Bagi karya komposer tempatan Siti memberi kepercayaan kepada Aubrey Suwito, Lin Li Zhen, Cat Ruffedge, Damien VE serta Yasin Sulaiman. Manakala Indonesia pula menyaksikan sentuhan Glenn, Melly Goeslow, Erwin Gutawa dan Shafik. Siti juga tidak ketinggalan menyumbangkan lirik untuk lagu Melly, Biarlah Rahsia.

?iti mendapat ilham ketika berada di dalam bilik air. Lirik yang Siti hasilkan mudah tapi menunjukkan emosi yang mendalam. Sebelum ini Siti tidak yakin mampu menghasilkan lirik malah banyak yang Siti simpan. Tapi sampai bila Siti harus berasa takut. Kalau Siti tidak mulakan dari sekarang, sampai bila-bila pun impian untuk terbabit sama dalam album tidak akan menjadi kenyataan,? katanya.




so dptkan album transkripsi pd 24 apr.....agaknyer saper org pertama yg beli???????...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 01:50 PM | Show all posts
KOSMO 16 APRIL 2006



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2006 01:57 PM | Show all posts
KOSMO 16 APRIL 2006

TERJAWAB SUDAH TEKA-TEKI

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat pembaca setia akhbar KOSMO! Ahad dan tentunya juga salam hujung minggu buat anda pembaca setia ruangan PenaSiti.

Apabila tersiarnya iklan di kaca televisyen mengenai pendedahan saya berhubung cinta baru yang saya temui, saya mendapat banyak maklum balas yang menarik.

Ada yang meminta saya dedahkan dengan lebih panjang lebar cerita cinta saya menerusi tulisan ini seperti mana yang saya dedahkan dalam iklan TV baru-baru ini.

Dan hari ini, sebagai memenuhi permintaan mereka, saya tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan anda berita gembira itu.

Pertama sekali saya ingin menyatakan rasa terima kasih dan terharu kerana akhirnya cinta yang saya harapkan selepas usia saya menjangkau 25 tahun hadir dalam hidup.

Benarlah kata orang, cinta itu menyeronokkan dan saya dapat merasakan keadaan itu hari ini.

Adakalanya saya tertanya-tanya kenapa baru sekarang saya bertemu cinta baru itu?

Namun sesekali bila difikirkan, saya sedar barangkali inilah namanya hikmah di atas kesabaran saya selama ini.

Seperkara yang ingin saya kongsi dengan anda semua ialah kegembiraan sentiasa menjadi sahabat saya pada ketika ini.

Apatah lagi dengan kesetiaan cinta baru itu di sisi saya setiap masa dan ketika menjadikan saya lebih yakin untuk meneruskan langkah saya dalam dunia hiburan.

Terima kasih Tuhan atas kurniaan itu dan saya berjanji untuk membelai dan menjaga hubungan kasih dan cinta saya itu dengan penuh hati-hati.

Ada yang salah paham? Tidak, saya bukannya bercerita mengenai lelaki yang berjaya mencuri hati saya.

Sebaliknya, saya bercerita mengenai perlantikan terbaru saya sebagai duta Olay Total Effects.

Beberapa hari lalu, pengumuman secara rasmi perlantikan saya telah dibuat dan ia sekali gus menjawab teka-teki semua orang.

Jadi, kepada anda yang mahu memastikan penjagaan lebih awal anti-penuaan, saya syorkan inilah produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Selain daripada cerita cinta baru saya itu, hari ini juga saya ingin menarik perhatian anda semua mengenai penyertaan saya dalam Fiesta Media Idola (FMI) yang sedang berlangsung di Kuantan, Pahang bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir malam ini.

Saya berasa sangat gembira dan bertuah kerana diberi penghormatan membawa obor sempena perasmian FMI bersama rakan artis, Fasha Sandha.

Sebenarnya, ketika menyertai larian membawa obor FMI, saya benar-benar gementar kerana kesibukan kerjaya seni saya menyebabkan saya langsung tidak kesempatan untuk mengadakan latihan.

Bagaimanapun, semangat bersukan yang tinggi mengatasi perasaan debar. Kalau di pentas pertunjukkan, rasa gementar tidak sehebat rasa gentar ketika berlari di trek stadium. Apatah lagi saya juga memikul harapan pasukan.

Pada FMI kali ini, saya mewakili Kelab Shahzan Muda bersama-sama ramai lagi rakan-rakan lain seperti Marcella Zalianti, Dina Olivia, Norizan Razali dan Fara Fauzana.

Selepas sekian lama meninggalkan bidang olahraga, kesempatan menyertai acara padang iaitu berlari untuk kategori wanita 5 X 80 meter dan hari ini saya akan beraksi di peringkat akhir pula.

Semalam juga, saya mewakili pasukan Kelab Shahzan Muda dalam perlawanan bola jaring dan perasaan terharu semakin sukar saya sembunyikan apabila melihat ramai peminat dari seluruh negeri Pahang turun padang memberi sokongan kepada saya dan kesemua yang menyertai FMI yang dianjurkan buat kali kedua itu.

Lebih menyeronokkan ialah saya berpeluang bertemu dengan ramai rakan artis, rakan-rakan media, ahli sukan dan lain-lain.

Saya fikir, FMI merupakan platform terbaik untuk membudayakan masyarakat yang gemar bersukan dan paling utama sukan juga baik bukan sahaja untuk meningkatkan stamina golongan artis seperti saya bahkan ia juga boleh membentuk budaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat keseluruhan.

Baiklah, tinggalkan seketika cerita FMI kerana satu hal lagi yang perlu saya umumkan ialah mengenai acara Minggu Setiausaha bersama Hotel Quality yang akan saya jayakan pada 19 dan 20 April ini.

Bakal berlangsung di Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur saya tidak akan keseorangan kerana pada persembahan itu kelak, saya akan ditemani oleh pelawak popular negara siapa lagi kalau bukan Saiful Apek.

Saya tidak sabar lagi untuk beraksi dengannya dan dengan besar hati saya ingin menjemput peminat-peminat saya untuk memeriahkan acara itu nanti.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk mengikuti perkembangan FMI dan pastikan juga anda menonton majlis penutup FMI malam ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Bertemu lagi di ruangan PenaSiti minggu depan. Salam hormat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 03:24 AM | Show all posts
Apabila Siti Nurhaliza berdagu dua...
Oleh ABD. AZIZ ITAR

PENYANYI tersohor tempatan, Siti Nurhaliza ialah seorang yang tidak lokek dengan senyuman setiap kali berdepan dengan lensa kamera. Senyuman serta gaya Siti yang sentiasa anggun menyebabkan ramai yang sukar meneka perasaan suka dan duka yang sedang dialaminya.

Meskipun dihujani pelbagai gosip cinta dengan ahli korporat, Datuk Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) tetapi bintang berusia 27 tahun ini tetap kelihatan ceria.

Namun, di sebalik keceriaan itu terpancar pelbagai perubahan fizikal terutama dari segi raut wajah dan bentuk tubuh penyanyi ini.

Perubahan-perubahan itu dapat dilihat melalui gambar-gambar Siti yang sempat dirakamkan pada tahun lalu hinggalah pada hari Rabu 12 April.

Ada perubahan ketara pada wajah penyanyi yang mula popular dengan lagu Cindai ini iaitu pada bahagian pipinya yang semakin tembam, dagunya yang kelihatan berlapis dan bentuk badannya yang semakin berisi.

Adakah perubahan wajah Siti itu menunjukkan dia semakin ceria atau mungkinkah juga Siti tertekan dengan gosip cinta yang dihadapinya sejak kebelakangan ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 07:57 PM | Show all posts
thks ...............
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 14-4-2006 02:30 PM



sah sah aku beli secepat mungkin...



pergh.......cair
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.258104 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list