CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 15-6-2006 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 15-6-2006 10:37 AM


cantik sgtlah kalau tatie dpt tolong confirmkan. saya nak tahu dari org rufaqa' sendiri di forum ini betul ke tak betul. adapun point selepas tu, ada dalil ke tak ada dalil dsbnya saya tak nak  ...


lagi cantik kalau ustaz sendiri dapat datang ke Rufaqa di Bdr Country Homes Rawang, lagi senang boleh tatie terus direct jumpakan dengan Mejar Abu Dzar....jangan risau org rufaqa tak menggigit dan pak mejar dah lama tak pegang senapang.....hehehe....

amcam ustaz?...cantik tak suggestion tu ???....semua tu biasa di atur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-6-2006 06:13 PM
mengenai rakaman tersebut, tatie masih menunggu feedback dari org tertentu, untuk memastikan kesahihannya, maaf ia mengambil masa yg lama kerana kami ada byk hal yg lebih penting yg perlu diletakkan sebg prioriti dan isu yg lebih besar.


aikk.. hari tu beria dok tanya kita, pasti ker tak itu yg original.. tup tup saudari sendiri x pasti rakaman tu ori atau tak.. aper cerita ni, sebenarnya dah tgk ker belum rakaman tu?

haa.. jawablah ust. nahzaluz tanya.. siapa yg yg berbohong, abu zar atau ashaari? bukan susah pun nak jawab

ana dgr petikan rakaman tu dah keluar dlm buletin tv3.. betul ker?

p/s: kak tatie, ana skrg dok nun jauh di luar sana.. tunggu nak balik msia ntah tahun bila la agaknya.. kalau bermurah hati nak pos rakaman yg 'original' pd ana elok gak, ana boleh PM bg address.. belanja pos ana yg tanggung.. boleh?

[ Last edited by  naj13 at 16-6-2006 06:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 16-6-2006 06:16 PM


aikk.. hari tu beria dok tanya kita, pasti ker tak itu yg original.. tup tup saudari sendiri x pasti rakaman tu ori atau tak.. aper cerita ni, sebenarnya dah tgk ker belum rakaman tu?

haa..  ...


itu sebab tatie suggest pada ustaz zul, CARA PALING SENANG ADALAH berjumpa terus dengan MEjar Abu Dzar, tak payah melalui org tengah, kalau tatie yang cakappun mungkin tak seJELAS PENERANGAN yg boleh diberi oleh pak Mejar tu....ini jalan yg terbaik, sebab kita terus menuju kepada ROOT of the PROBLEM...

yup..keluar dalam buletin utama, tapi org Rufaqa dah ada jawapan kepada setiap satu tohmahan yg dikeluarkan hatta dalam website TERKINI depa, rufaqasesatpun, semua fakta yang mereka guna tu boleh dijawab satu persatu bukan secara  emosi tetapi cukup dengan dalil naqli dan dalil aqli jika mereka benar2 mengikut akidah ASWJ.

Pesan kat depa yg buat website tu ustaz Zul, berhentilah buat kerja sia2 tu, banyak lagi tanggungjawab depa ke atas masyarakat daripada melayan perasaan sakit hati kepada sesama umat islam khususnya Ustaz Ashaari dan jemaah Rufaqa.

Org rufaqa tidak ambil hati dan sedia memaafkan mereka walaupun mereka begitu lantang menuduh kami SESAT, FASIQ, JAHIL dan sabagainya. Biarlah Allah SWT dan Rasul menjadi saksi ke atas tuduhan mereka tersebut.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2006 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 17-6-2006 09:40 AM


Org rufaqa tidak ambil hati dan sedia memaafkan mereka walaupun mereka begitu lantang menuduh kami SESAT, FASIQ, JAHIL dan sabagainya. Biarlah Allah SWT dan Rasul menjadi saksi ke atas tuduhan mereka tersebut.



Alhamdulillah, kalau benarlah pendekatan ini yang diambil oleh orang rufaqa yakni pendekatan bermaafan dan berkasih sayang maka amat dialu-alukan dan selaras dengan perjuangan rasulullah saw dan para sahabat. Rasul saw membawa semangat persaudaraan yg unggul keserata alam, orang yg bersalah dimaafkan, malah musuh2 baginda didoakan.

Tapi malangnya cakap tak mudah dikotakan apabila caci maki terhadap bekas kawan-kawan menjadi mainan mulut malah diperjuangkan pula. Amat malang sekali pabila amalan keji dianggap suatu kebaikan. Kemanakah perginya ilmu sufi yg tinggi sehingga bertindak spt manusia yg hilang panduan?

Kawan-kawan semua,

Tiada gunanya kita mendesak tatie atau kawan2 rufaqa lainnya utk menjawab segala isu2 spt ini kerana mereka semua hanyalah anak buah/pengikut  yang semata2 menurut, taat dan mengulangi perkataan tok guru yg mereka cintai yakni ustaz ashaari.Haatta berbuih mulut kita, bahkan sampai habis ruangan dlm server cari.com ini kita gunakan untuk menerangkan kepada mereka ttg kebenaran....tiada sesekali mereka akan menerimanya melainkan apa yg keluar dari mulut ustaz ashaari itulah saja yg akan mereka ikuti.

Kalau hendak dibetulkan juga mereka dan jemaahnya ini maka kita perlu menyampaikannya kepada ketuanya itulah.Maka terpulanglah kepada yg empunya jemaah itu untuk menerimanya dan menilai kembali segala pegangannya dan ajaran itu.Saya percaya dengan cara ini sajalah segala kemelut ini akan berakhir.Dan saya amat yakin bhw ianya bukanlah perkara yg mustahil sekiranya Allah saw mengkehendakinya.

Saya tak menyalahkan pengikut2 rufaqa kalau mereka terus bersikap sedemikian rupa kerana memang begitulah yg dikehendaki oleh ketuanya itu. Saya memang lama kenal dengan orang arqam ini samada yg masih bersama rufaqa ataupun bekas2 arqam. Memang niat mereka amat murni utk memperjuangkan Islam bahkan ketika diera kemuncak arqam dulu amat terserlah keindahan persaudaraan Islamnya dan masyarakat pun boleh tumpang berbagai kebaikan yg dibawa oleh jemaahnya.

Namun apabila ustaz ashaari mula membawanya kearah yg lain yakni tidak lagi berlandaskan kebenaran al quran dan as sunnah spt yg diperjuangkan oleh para sahabat dulu maka keindahan dulu mula menjadi momok yg amat menakutkan. Bahkan bau busuknya telah  membuat masyarakat mula menjauhi mereka tanpa mereka sedari. Mereka tidak akan sedari sehingga mereka keluar dari kebusukan tsbt.

Namun saya yakin kalau Allah saw masih menyayangi ustaz ashaari dan jemaahnya nescaya Dia akan datang petunjuk dan hidayahNya agar mereka tersedar akan kesilapannya itu. Mudah saja bagi Allah utk membuka pintu hati ustaz ashaari kearah jalanNya yg benar. Sama2lah kita berdoa. Walaupun kerap kali saya mengeluarkan kata2 yg pedas kepada ustaz ashaari dan pengikutnya tetapi tidak pernah saya membencinya bahkan setiap kali berdoa saya doakan juga moga Allah memberi petunjuk kepada beliau.

Yg saya benci adalah penyelewengannya itu.....memang sepatutnya kita benci. Disegi peribadinya saya amat menghormati beliau bahkan mengkagumi perjuangannya. Saya optimis.....beliau akan sedar juga akhirnya....tambahan pula ketika diusia beliau yg semakin lanjut malah semakin uzur diakhir2 ini khabarnya.

Ya Allah..Kau datangkan hidayah dan petunjukMu agar ustaz ashaari kembali kejalanMu yg benar. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Petunjuk lagi Maha Pengasih. AMIIN. :pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 18-6-2006 06:36 PM



Alhamdulillah, kalau benarlah pendekatan ini yang diambil oleh orang rufaqa yakni pendekatan bermaafan dan berkasih sayang maka amat dialu-alukan dan selaras dengan perjuangan rasulullah saw  ...

Sedih saya membaca luahan sdr luluguagua ni..sbb saya pun ada ramai sedara dan kwn2 dlm rufaqa ni..dan saya sbnrnya cukup simpati dgn mrk krn terus-terusan ditipu..apa yg mampu saya lakukan hanyalah mendoakan dr jauh kebaikan utk mrk.

Nak berhujah dan berdebat mmg saya tidak mampu sbb derang ni pandai mematahkan cakap2 kita. Setiap isu yg cuba kita pertikaikan dah ada jawapannya dlm fikiran mrk. Sungguh kasihan..ramai yg nak beri pertolongan dgn memberi kesedaran pd mrk tp malangnya mrk dr awal2 dah menutup pintu dr pertolongan itu..sungguh saya sedih dgn apa yg mrk lalui..tidaklah saya mengatakan segala yg mrk buat salah. Yg benar ttp benar..cuma penyelewengan itu aje yg amat dikesalkan. Byk cerita ttg mrk yg saya simpan selama ini..dan ada antaranya cukup menyentuh hati saya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Maisarah at 19-6-2006 09:35 AM

Sedih saya membaca luahan sdr luluguagua ni..sbb saya pun ada ramai sedara dan kwn2 dlm rufaqa ni..dan saya sbnrnya cukup simpati dgn mrk krn terus-terusan ditipu..apa yg mampu saya lakukan hanya ...


terimakasihlah kerana mendoakan ....doa dari org yang tidak dikenali itu besar hikmahnya...

Jawapan kepada segala tohmahan dan fitnah ke atas AKIDAH Ustaz Ashaari dan jemaah Rufaqa akan dijawab secara online melalui laman website rufaqadaily dan offline melalui BUKU yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebenarnya saudari maisarah dan pak lulu yang ketinggalan mengenai respons masyrakat terhadap jemaah Rufaqa, tolonglah buka mata sedikit dan melihat bahawa masyarakat sudah PANDAI MENILAI antara provokasi yang sengaja diada-adakan dengan jemaah yang benar2 jujur dalam perjuangan mereka utk menegakkan ISLAM...

sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2006 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by Maisarah at 19-6-2006 09:35 AM

Sedih saya membaca luahan sdr luluguagua ni..sbb saya pun ada ramai sedara dan kwn2 dlm rufaqa ni..dan saya sbnrnya cukup simpati dgn mrk krn terus-terusan ditipu..apa yg mampu saya lakukan hanya ...


Soal siapa kena tipu dan siapa yang menipu kita serahkan kembali kepada Allah swt.
PadaNYA sebaik2 Pengaduan dan sebaik2  Petunjuk.

Yang jelas ada 72 golongan yang kena tipu dan cuma hanya satu golongan sahaja yang benar2 mengikuti arus kebenaran iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Jadi panduan nak mecari kebenaran bagi mengelakkan kena tipu dan tertipu adalah dengan mengikuti perjalanan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Lain dari kumpulan ini,sudah jelas mereka adalah kumpulan yang tertipu meski pun telah mendapat negara samada secara REVOLUSI pada tahun 1979 atau pun melalui kekerasan merampas kuasa pada tahun 1925
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by hambasufi at 19-6-2006 11:23 AM


Soal siapa kena tipu dan siapa yang menipu kita serahkan kembali kepada Allah swt.
PadaNYA sebaik2 Pengaduan dan sebaik2  Petunjuk.

Yang jelas ada 72 golongan yang kena tipu dan cuma hanya  ...


Cuma dengan adanya ilmu dan petunjuk dari Illahi yang benar2 menyelamatkan kita dari tertipu!!:

Yang penting sederas mana ombak melandai dan setinggi mana muntahan gunung berapi setiap insan seharusnya mempunyai Jati Diri dan Hala Tuju kearah Mencintai Tuhan, Takut Pada Tuhan, Gerun Pada Api Neraka dan mengabadikan diri pada Allah.Allah adalah segala2nya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2006 12:12 PM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (1)

18/06/2006


Sebuah buku terbaru hasil kajian dan penulisan Puan Meriam Hj Shafiee yang bertajuk Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari, Mereka Terhina akan diterbitkan tidak lama lagi dan para peminat dan pembaca Rufaqadaily diberi keistimewaan untuk membaca isi kandungannya sebelum ia diterbitkan. Kami akan updatekan setiap hari sebagai santapan harian sehingga selesai isi kandungan seluruh buku tersebut sekaligus menjawab persoalan-persoalan dan isu yang ditimbulkan di dalam internet dan juga dalam Buletin Utama TV3 yang disiarkan baru-baru ini.

Ajaran Sesat Muncul Kembali
(Khamis, June 15, 2006 - Buletin Utama TV3)
Isu Ajaran Yang Dikhuatiri Memesongkan, Heboh Kembali.

Semuanya Gara Gara Kemunculan Cakera Padat Rakaman Satu Ceramah Agama Di Selangor.
Isi Ceramah Diragui. Yang Dipersoalkan - Benarkah Seseorang Boleh Melambatkan Kematian?
Setelah Meneliti Kandungan Rakaman Ceramah Berkenaan, Datuk Ibrahim Azmi Hasan Berkata - Jelas Ceramah Boleh Memesong Akidah Umat Islam.

Apa Yang Disebut Oleh Penceramah Yang Saya Lihat Ianya Taksub Pada Seseorang. Cara Taksub Kepada Seseorang Tu Bukan Tak Boleh Tapi Tak Boleh Sehingga Sampai Meruntuhkan Akidah...

Maka Sekiranya Ada Pendapat-Pendapat Seseorang Yang Mengatakan Dia Boleh Misalnya Berhubung Terus Ataupun Direct Daripada Malaikat Jibrail Ataupun Daripada Tuhan Sendiri Kepada Mereka, Maka Pendapat Itu Adalah Sebenarnya Tidak Benar Dan Amat Salah......

TAJUK BUKU: TUN MAHATHIR TANGKAP HJ ASHAARI, MEREKA TERHINA

Prakata

Isu jemaah Darul Arqam adalah isu internasional. Sesuatu yang berkait dengannya akan dapat reaksi dan ulasan yang seluas-luasnya. Walaupun sudah tiada, tapi Arqam masih diminati dan diperkatakan.

Sementelahan ada pejuang-pejuang yang terus memperjuangkan isu ini dengan maksud pengaruhnya biar betul-betul berkubur. Lalu terus hiduplah namanya dan kekal diperkatakan.

Allah SWT seperti mahu jelaskan pada manusia tentang mengapa Arqam ini pernah ada, pernah tiada, tapi macam ada semula. Kejadian-kejadian yang ditakdirkan berlaku memaksa orang bercakap lagi tentangnya.

Buku ini terpaksa diterbitkan adalah untuk menjelaskan hakikat sebenar apa yang berlaku kepada Arqam kerana sehingga hari ini orang masih tertanya-tanya tentang jemaah Al Arqam. Selagi penjelasan tidak dibuat, masyarakat tidak puas hati. Lantaran itu, penghinaan demi penghinaan yang dibuat kepada Arqam dilabelkan lagi kepada Rufaqa. Dan apa yang dikesalkan, ia dibuat oleh bekas-bekas ahli Arqam yang kini sudah jadi penentang.

Walhal, negara Islam Hadhari ini sangat menerima kerjasama Rufaqa. Mengapakah hal yang pelik ini terjadi? Penjelasan-penjelasan terpaksa dibuat untuk membuatkan masyarakat faham cerita yang sebenarnya. Dengan itu diharapkan Allah akan selesaikan pertarungan perjuangan ini dengan membuktikan yang benar itu benar dan yang batil itu adalah batil.

Dulu sebelum Arqam diharamkan dan pemimpinnya ditangkap, semua ahli Arqam bersembahyang khas minta Allah tunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Maka Allah pun bertindak. Dihancurkan-Nya Arqam.

Sepuluh tahun kerajaan berkrisis dengan Arqam. Tapi hari ini, Abuya dibebaskan dan keberadaannya diterima kerajaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad pun dah boleh terima Abuya Ashaari Muhammad.

Tapi rupanya setelah bebas, Rufaqa terpaksa hadapi sebahagian daripada golongan bekas Arqam sendiri yang tak boleh lagi menerima Abuya. Mereka terus menyerang dan menyusahkan Abuya. Sakitnya hati mereka dengan kewujudan Rufaqa. Sepatutnya Rufaqa jangan ada! Aneh! Musuh terakhir Abuya Ashaari Muhammad ialah bekas anak-anak murid atau bekas orang kanannya dulu.

Rufaqa kenalah bela diri. Lebih-lebih lagi bilamana setiap usahasama Rufaqa dengan akhbar, TV atau kerajaan, mereka akan cuba halang dan menghasut penganjur untuk menghentikannya.

Inilah penjelasan sebagai satu usaha mendapat keadilan, agar masyarakat dapat mendengar dari kedua-dua pihak.

Sekian.
[/color
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 12:15 PM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (2)

19/06/2006


Sebuah buku terbaru hasil kajian dan penulisan Puan Meriam Hj Shafiee yang bertajuk Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari, Mereka Terhina akan diterbitkan tidak lama lagi dan para peminat dan pembaca Rufaqadaily diberi keistimewaan untuk membaca isi kandungannya sebelum ia diterbitkan. Kami akan updatekan setiap hari sebagai santapan harian sehingga selesai isi kandungan seluruh buku tersebut sekaligus menjawab persoalan-persoalan dan isu yang ditimbulkan di dalam internet dan juga dalam Buletin Utama TV3 yang disiarkan baru-baru ini.



MUQADDIMAH

Jemaah Darul Arqam telah diasaskan oleh Abuya Ustaz Haji Ashaari Muhammad pada tahun 1968. Jemaah itu dilihat sebagai jemaah dakwah dan pengajian bagi mereka yang cenderung ke arah membaiki diri. Namun pemimpinnya mempunyai pandangan yang lebih jauh dan lebih tinggi.

Abuya Ashaari Muhammad yakin, dengan mengusahakan diri agar bertaqwa kepada Allah, umat Islam akan kuat. Dengan taqwa, umat Islam akan berwibawa dan boleh berdaulat ke peringkat negara, antarabangsa dan dunia. Sistem taqwa adalah jalan perjuangan umat Islam yang dijamin Allah boleh mengembalikan kekuatan umat Islam. Sedangkan Allah tidak jamin sistem ideologi yang diamalkan di seluruh dunia itu boleh mengembalikan empayar umat Islam.

Memang nampaknya kaedah pendekatan yang diambil terbukti boleh membuatkan jemaah Arqam begitu berkembang, kaya sehingga menggerunkanlah pengaruhnya. Ada pihak yang sudah mula takut. Kalaulah dibiarkan Arqam terus membesar, silap-silap orang akan tawar hati dengan sistem demokrasi di Malaysia dan Arqam menjadi alternatifnya.

Begitulah yang berlaku dalam jemaah Darul Arqam. Sistem taqwa yang dilaksanakan oleh Abuya Ashaari Muhammad dalam jemaahnya telah membuahkan hasil. Orang ramai melihat Arqam begitu indah dan cantik. Maka berdatanganlah manusia melibatkan diri di dalamnya. Bukan saja untuk membaiki diri, tapi yang ramainya ialah untuk mencari ketenangan hidup, rezeki yang halal, kawan yang ramai dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, ada yang datang dengan tujuan jawatan, perempuan dan kemewahan.

Dalam keadaan meriahnya jemaah dengan ramainya pengikut, Abuya Ashaari Muhammad selalu beri kuliah tentangnya adanya golongan escapisme dalam jemaah. Hal ini lebih-lebih lagi ditekankan oleh Abuya terutama waktu dekat-dekat jemaah nak diharamkan. Ini menunjukkan beliau amat sedar ramainya golongan yang tidak ikhlas itu sedang membanjiri dan menguasai jemaah.

Abuya Ashaari Muhammad tetap bersabar mendidik dengan harapan mereka direzekikan hidayah untuk mampu tukar niat asal kepada tujuan mencari taqwa. Ada yang berhasil, namun ada yang tidak. Susah jadinya perjalanan jemaah yang di dalamnya ada orang-orang yang mempunyai haluan yang tidak sama dengan pemimpin. Sementelahan Abuya Ashaari Muhammad hanya memimpin dari luar negara waktu itu.

Mereka ini pula diberi jawatan penting dalam jemaah oleh Abuya Ashaari Muhammad dengan tujuan untuk mendidik mereka. Moga-moga dengan jawatan itu mereka akan cukup bertanggungjawab serta dapatlah mereka membaiki diri dengan lebih mudah. Sekurang-kurangnya mereka akan malu dengan anak buah.

Namun mereka itu tidak semudah yang disangkakan. Mereka seperti orang-orang yang memang merancang untuk merosakkan jemaah dari dalam. Gelagat mereka dapat dibaca oleh ramai ahli Arqam. Hingga ada di antara mereka yang merasa bimbang lalu menyampaikannya kepada Abuya Ashaari Muhammad.

?pa pendapat ustaz, polan-polan itu nampaknya tidak ikut disiplin perjuangan dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan.?
Dengan tenang Abuya Ashaari Muhammad waktu itu menjawab, ?ahulah Allah menyelesaikannya nanti.?

Sungguh mengejutkan sekali, rupanya hari itu tiba jua akhirnya. Di mana orang-orang yang dimaksudkan sudah tidak bersama Abuya Ashaari Muhammad sekarang. Sedangkan ramai pengikut yang masih dapat bertahan. Abuya Ashaari Muhammad tidak keseorangan seperti yang mereka katakan. Merekalah yang keseorangan.

Namun lebih-lebih lagi mengejutkan bila Abuya Ashaari Muhammad sendiri mengeluarkan buku Nasihat Buat Kawan-Kawan Lamaku Dalam Arqam, khusus ditujukan untuk mereka itu. Tentu sekali mereka tak setuju buku itu dikeluarkan kerana ia cukup memalukan bila tembelang-tembelang mereka dibuka oleh tok guru mereka sendiri. Mungkin mereka pun tak sangka Abuya akan berbuat begitu.

Tapi rupanya Abuya Ashaari Muhammad seorang yang boleh selembut-lembutnya dan seorang yang boleh sekeras-kerasnya. Terhadap muridnya dia begitu kasih dan sayangnya. Tetapi terhadap orang yang dianggap musuh, dia cukup berani dan bijak dalam memeranginya. Pukulannya cukup dahsyat. Dan memang pun padanlah dengan siapa yang dipukulnya itu!

Sepatutnya kalaulah mereka itu sedar diri, bila tok guru sudah bertindak, mereka patut takut, insaf dan mula berfikir untuk bertaubat. Tapi sayang, mereka terus melawan. Mereka tak tahu penangan Abuya Ashaari Muhammad. Sedangkan musuh-musuh yang lebih besar pun kalah. Inikan pula hanya kudis buta.

Setelah keluar buku Nasihat Buat Kawan-Kawan Lamaku Dalam Arqam, nampaknya mereka jadi tambah galak. Bukan main lagi mereka melawan. Nak tunjuk kuat. Cakap-cakap mereka pun kurang ajar. Sedangkan mereka tentu lebih tahu siapa diri mereka sebenarnya.

Maka dengan kuasa Allah, ada dua orang hamba Allah yang merasa marah sangat dengan perbuatan mereka itu. Ini kerana Abuya Ashaari Muhammad itu guru mereka. Lalu mereka mengambil inisiatif untuk menyelidik siapakah bekas murid Abuya yang begitu jahat perilakunya itu. Biadabnya mereka dengan seorang yang sangat mulia lagi amat berjasa.

Kaji punya kaji, terjumpalah rahsia mereka. Gempar sekali jadinya bila semua rahsia itu didedahkan dalam buku bertajuk ?engapa Sebahagian Pemimpin Arqam Menentang Haji Ashaari?. Penulis buku tersebut ialah Dr Mohd Noor Mohd Basir dan Alifi Alias. Buku itu diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Mata Angin (00161855-V).

Kali ini kalau mereka nak marah atau nak mengamuk pun tak patut. Jangan disalahkan orang yang ingin membela gurunya daripada dihina orang. Masya-Allah, Tuhan yang Maha Adil telah melakukan keadilan-Nya. Kenalah buku dengan ruas. Mereka buat zalim sangat pada Abuya Ashaari Muhammad. Sedangkan kerajaan pun dah bebaskan Abuya. Mereka pula yang lebih-lebih menghentam. Maka tibalah giliran mereka pula yang kena hentam. Hentaman yang cukup memalukan!

Mulanya saya susah nak percaya sebahagian cerita yang saya baca dalam buku itu. Rasanya tidak mungkin sama sekali. Masakan orang yang berserban dan berdakwah boleh buat skandal itu semua. Mungkinkah ia hanya fitnah, fikir saya. Tapi bila saya temui sendiri beberapa orang yang saya kira tahu cerita sebenarnya, memang sungguh mengejutkan. Gemparlah jadinya bila dapati cerita itu semuanya benar.

Perempuan-perempuan yang terlibat muncul mengakuinya. Bahkan mereka sanggup jadi saksi di mahkamah kalau mereka diperlukan. Mereka simpati dengan Abuya Ashaari Muhammad kerana dizalimi oleh geng Pahrol Md Joui. Pada saya, oh dahsyatnya Halim Abbas, Pahrol Md Joui, Hashim Ahmad, Sobri, Zabidi, Salahuddin dan lain-lainnya. Mereka adalah syaitan berbulu nafsu, bertanduk lembu, mengembek kambing dan menipu Allah dan Rasul.

Lalu akhirnya tahulah Allah menipu mereka. Bukan setakat dimalukan. Jangan-jangan selepas ini kena makan pasir atau menyangkul sendiri untuk makan sepertimana yang pernah mereka katakan kepada Abuya Ashaari Muhammad. Kini jelaslah sudah, mengapa mereka itu dibiarkan Allah dengan dosa-dosa menentang guru dan perjuangan kebenaran. Rupa-rupanya ada dosa yang sangat besar yang disorokkan. Untuk menutupnya, dituding-tudinglah kepada Abuya Ashaari Muhammad. Tapi kini Allah telah tuding mereka!

Dipetik dari http://www.rufaqadaily.com



  


[ Last edited by  hambasufi at 19-6-2006 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 01:00 PM | Show all posts
tatie: itu sebab tatie suggest pada ustaz zul, CARA PALING SENANG ADALAH berjumpa terus dengan MEjar Abu Dzar, tak payah melalui org tengah, kalau tatie yang cakappun mungkin tak seJELAS PENERANGAN yg boleh diberi oleh pak Mejar tu....ini jalan yg terbaik, sebab kita terus menuju kepada ROOT of the PROBLEM...

tatie, saya cuma nak tahu betul ke tak betul rakaman tu. tu jer. bukannya penjelasan dan huraiannya berdasarkan qur'an dan sunah dsbnya. since tatie sendiri boleh berhubung dgnnya tanya jerlah, pastu bgtau kat kita org. ok?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-6-2006 10:11 AM


terimakasihlah kerana mendoakan ....doa dari org yang tidak dikenali itu besar hikmahnya...

Jawapan kepada segala tohmahan dan fitnah ke atas AKIDAH Ustaz Ashaari dan jemaah Rufaqa akan dija ...

Sdr Tatie..semua jawapan yg awk berikan tu saya dah tahu dan dah ada dlm kepala saya sejak dr dulu lagi sbb saya sendiri pernah tinggal dgn kwn2 dr Arqm ni semasa kat Lembah Pantai dulu. Ketika itu mungkin Tatie masih kecil lagi. Dan sehingga kini saya masih mengikuti perkembangan Rufaqa.

Itulah masalahnya..jgn marah jika saya katakan hujah2 dan jawapan yg ada itu yg menghalang awak dan kwn2 awk dr melihat kebenaran. Dan lebih malang awk teru menerus ditipu..

Yer..perjuangan Rufaqa mmg diterima ramai sbb tiada yg boleh buat mcm yg Rufaqa buat. Syabas! Saya berbangga sbb ada lagi org Islam mcm kamu seme dlm dunia ni..tp alangkah sedih bila memikirkan ttg pegangan dan ketaksuban kamu yg terlampau kpd pemimpin..kalau saya nak ceritakan di sini segala penyelewengan dan keterlampauan yg kalian lakukan(yg mungkin forumner lain x tahu lagi), rasa mcm x sanggup pulak. Kelak kamu yg akan malu. Cukuplah saya katakan..pohonlah kpd Allah agar diberi petunjuk dah hidayah-Nya. Peringatan utk diri saya sendiri juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 19-6-2006 01:00 PM
tatie: itu sebab tatie suggest pada ustaz zul, CARA PALING SENANG ADALAH berjumpa terus dengan MEjar Abu Dzar, tak payah melalui org tengah, kalau tatie yang cakappun mungkin tak seJELAS PENERANGAN ...


pak mejar dah jawab secara bertulis kepada TV3 mengenai hal tersebut sebab itu sekejap aje isu tersebut timbul sebab TV3 dah faham berdasarkan kepada keterangan Pak Mejar tersebut. Pak MEjar bersedia untuk dipanggil secara live untuk memberi penerangan kepada sesiapa sahaja yg mahu tahu...


kepada kakak maisarah,
tatie merasa simpati...sekian...

sEBENARNYA sejak isu rufaqa ditimbulkan maka masyarakat memberi input yg sangat positif kepada jemaah rufaqa, mana yg ada anak dah awal2 telefon nak masukkan kat khemah ibadah musim cuti sekolah penggal ke3, padahal lambat lagi, hari ini ada mediamassa arus perdana yg ingin menjemput motivator rufaqa utk mengisi slot rancangan mereka, dsbnya, malah yg ada masalah sebab beristeri duapun sanggup dtg bawa dua-dua isteri ke rufaqa  sebab diri sendiri dah pening kepala tahap kronik dengan kerenah isteri yg berpoligami..hehehe...dan alhamdulillah lepas dikaunseling ketiga2nya, dah sejuk hati masing2...hehheh..ustaz zul dan rakan2 pun dipelawa gak kalau ada masalah...gurau jer..

[ Last edited by  serihartatie at 19-6-2006 05:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-6-2006 05:03 PM
pak mejar dah jawab secara bertulis kepada TV3 mengenai hal tersebut sebab itu sekejap aje isu tersebut timbul sebab TV3 dah faham berdasarkan kepada keterangan Pak Mejar tersebut. Pak MEjar bersedia untuk dipanggil secara live untuk memberi penerangan kepada sesiapa sahaja yg mahu tahu...


psl per byk sgt pusing2? kalau dah tahu jawapannya jawab sajalah org dah tanya berkali2.. takkan susah sgt nak faham soklan ust. zulazhan tu

kalau nak kasihan pd mereka yg tahu dirinya jahil & nak terima pertolongan drp org lain..  kalau jenis yg dah tahu dirinya jahil tp masih lg nk bersikap b*doh sombong & tak mahu terima pertolongan org, tak perlu nak simpati sgt

ana doakan ashaari tu cepat2 lah meninggal.. sama ada dia sempat bertaubat pd akhir hayatnya & membongkarkan semua ajaran sesat yg dibawanya, ataupun meninggal dlm keadaan yg mengazabkan agar menjadi pengajaran kpd pengikut2 rufaqa' yg lain, sptmana azab yg ditanggung oleh mirza ghulam ahmad, pengasas ajaran qadiyani tu

but i still prefer the first option
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 06:26 PM | Show all posts
tak boleh doakan kematian untuk seseorng.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 19-6-2006 06:26 PM
tak boleh doakan kematian untuk seseorng.



Memang benar tu sdr....tak boleh dan tak perlu pun kita mendoakan akan ajal seseorang......  kerana ianya telahpun ditentukan Allah....tidak akan dipercepatkan ataupun diperlambatkan sedikitpun. tetapi kita dibolehkan bahkan dianjurkan untuk mendoakan mereka diberi taufik dan hidayah Allah. Kerana doa itulah senjata mukmin yg paling ampuh. Sebab itulah saya mengambil kesempatan ini utk menyeru sahabat2 semua utk sama mendoakan ustaz ashaari ataupun siapa sahaja yg kita tidak sukai agar Allah membuka hati mereka dgn cahaya kebenaran.


Wahai tatie, pak belalang dan kesemua geng rufaqa.....perkatalah apa yg anda sukai....anda bebas utk melakukannya...dan saya faham anda tidak lebih dari patung wayang yg digerakkan oleh tangan ketua anda. Tetapi saya dapat rasakan yg angin perubahan bakal melanda anda semua......sekiranya doa kami dimakbulkan Allah saw. Saya sudah memahami segala-galanya dan tak perlu lagi saya berkonfrontasi dgn kalian... yang ada dalam hati ini hanyalah perasaan sayang dan kasihan yang amat mendalam...melihat anda berterusan tenggelam didlm lubuk kegelapan yg dalam ciptaan ustaz ashaari yg telah sekian lama tersalah langkahnya.

Tetapi saya yakin Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.......akan diilhamkanNya cahaya kebenaran kepada org2 yg dikehendakiNya. Semoga Allah menghantar 'utusanNya' untuk membuka hati dan menyedarkan kembali ustaz ashaari kembali kejalan yg diredhoiNya. Mudah saja bagi Allah kiranya Dia menghendaki yg sedemikian itu.

Khabar terkini yg saya dapat......yg ustaz ashaari berada dlm keadaan tersangat uzur sehingga tidak mengizinkan beliau untuk bertemu dgn sesiapa melainkan beberapa org yg menjaga beliau..bahkan barisan pemimpin terdekat pun tidak dibenarkan menemui beliau. Rasanya tika inilah waktu terbaik buat ustaz ashaari utk menilai kembali segala perjalanan hidupnya dan perjuangannya. Moga rahmat Allah sentiasa bersamanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2006 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 19-6-2006 10:33 PM



Memang benar tu sdr....tak boleh dan tak perlu pun kita mendoakan akan ajal seseorang......  kerana ianya telahpun ditentukan Allah....tidak akan dipercepatkan ataupun diperlambatkan sedikitp ...

Saya terharu mendengar khabar terkini ttg ust Ashaari..mudah-mudahan segala penderitaan yg ditanggungnya adalah sbg penebus segala dosa2nya selama ini. Sebagai seorg yg pernah sempat mengutip sedikit ilmu dr.nya saya agak tersentuh juga dgn perkhabaran ini. Sbnrnya saya sygkan beliau..dan juga kwn2 yg masih di dlm Rufaqa..kalaulah kalian tahu apa sbnrnya yg kami2 ini doakan utk kalian..jgnlah kalian sangka kami dengki dan sakit hati dgn perjuangan abuya ni. Tiada ertinya nak buat begitupun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 19-6-2006 06:22 PM


psl per byk sgt pusing2? kalau dah tahu jawapannya jawab sajalah org dah tanya berkali2.. takkan susah sgt nak faham soklan ust. zulazhan tu

kalau nak kasihan pd mereka yg tahu dirinya jahil ...



tatie pun simpati kepada anda...begitu sekali anda membenci ustaz Ashaari sehingga mendoakan kematian beliau sehingga anda sudah lupa bukan anda yg menentukan syurga dan neraka seseorang itu tetapi anda bersikap seperti anda sudah tahu meramal kesudahan hidup org lain di akhirat sana...

bawa mengucap banyak2..jgn sampai kebencian anda membawa kepada KEBOBROKAN kepada akidah anda...secara tidak langsung anda meletakkan diri anda lebih mengetahui mengenai nasib diri seseorg sedangkan kita sebagai hambaAllah tahu yg LEBIH MENGETAHUI ITU ALLAH SWT...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 10:46 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (3)
20/06/2006


Buku yang akan terbit tidak lama lagi, Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina. Penulis Puan Mariam Hj Shafiee

------------------------------

Pengenalan

Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengikut sama menyaksikan peristiwa pengharaman Jemaah Arqam oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994, lebih kurang dua belas tahun yang lalu.

Menurut kata Ketua Polis Negara Malaysia waktu itu, Tan Sri Rahim Noor, peristiwa paling besar tahun itu ialah berjayanya kerajaan menangani kes Al Arqam itulah. Memang pada waktu itu semua orang terkejut melihat demikian mudahnya kes Arqam di tutup oleh kerajaan. Maka ada pemerhati berkata, 揔alau pun dia boleh hidup balik, paling kurang lima tahun dari sekarang, itu pun bukan oleh Ashaari lagi tapi oleh salah seorang anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 19-6-2006 10:33 PM

Wahai tatie, pak belalang dan kesemua geng rufaqa.....perkatalah apa yg anda sukai....anda bebas utk melakukannya...dan saya faham anda tidak lebih dari patung wayang yg digerakkan oleh tangan ketua anda. Tetapi saya dapat rasakan yg angin perubahan bakal melanda anda semua......sekiranya doa kami dimakbulkan Allah saw....


Terima kasih kerana menasihati saya dan rakan2 yang lain. Yang penting saya bukan belalang dan serihartatie.

Saya insan yang mempunyai akal dan disuluh dengan tarbiah dan minda Abuya untuk membezakan antara panduan dari Illahi dan tipuan dari hawa nafsu dan syaitan.

Tak tahulah sejauh mana saya telah berubah. Namun apa yang saya rasai ialah saya pasrah dan redha segala2 yang terjadi kerana ketentuan dari Illahi.

Saya rasa saya adalah insan yang banyak berdosa!  Dan pada rakan2 dan sahabat taulan saya memohon kemaafan mereka dan saya turut memaaf dan menghalalkan makan minum serta hutang piutang sekiranya ada!

Yang penting saya sedikit sebanyak dapat Mencintai Tuhan dan menyayangi  sesama manusia!

Siapa yang mendidik dan mentarbiah kesemuanya ini kalau bukan dari didikan Abuya?

Sesungguhnya saya berterima kasih kepadanya dan memohon keberkatan Allah terhadapnya.

Amin Ya Rabbal Allamin.

:pray:

[ Last edited by  hambasufi at 20-6-2006 11:33 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.167078 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list