CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Rhythmic Gymnastics

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2007 06:17 AM | Show all posts

Topik pasal GIMRAMA ni dah ada dah dulu..

http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;highlight=gimrama

And by the way, it's not JIMrama..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2007 06:19 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by payrol at 23-9-2007 12:10 PM
ni ade citer skit..dulu adik aku skuad pelapis negeri sports ni .....kalo balik traning je sure dier bawak balik peralatan gimrama ni...aku dulu punyer la sengal..cuba segala aksi2...hahaha..kela ...

nak pinjam belantan dia bleh tak???




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 11:47 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 12:10 AM | Show all posts
RHYTHMIC GYMNASTICS APPARATUS




Rope

The rope is made of hemp or other synthetic material. Its length is proportional to the gymnast’s height. Rope is considered to be a very dynamic apparatus requiring good jumping abilities and explosiveness.
The fundamental groups of body movement for rope are: jumps/leaps skips and hops. The technical groups for rope are rotations, throws and catches and small tosses. Handling the apparatus includes swings, circles, figure eights and "sails".
Rope is very dynamic apparatus requiring agility, jumping ability and coordination. The rope’s shape throughout the routine should remain well designed, without any curves.

Hoop
The hoop may be made of plastic or wood. Its interior diameter is from 80 to 90 cm; its minimum weight is 300 grams. The hoop must be rigid enough to retain its shape.
The fundamental groups of body movement for hoop are jumps/leaps, pivots, balance and flexibility. The technical groups for hoop are the rolls over the body or on the floor, rotations around the hand or other parts of the body, throws and catches and passing over or through the hoop. Handling the apparatus includes swings, circles and figure eights.
Hoop is the apparatus offering greatest variety of movements and technical skills. It must be used on all levels and planes. Any vibration of the hoop in the air is penalized.               

Ball
It’s made of rubber or a synthetic material. It is 18-20 cm in diameter and weights 400g.
The fundamental groups of body movement for ball are flexibility elements
The technical groups for ball include throws and catches, bouncing and rolling over the body or on the floor. Handling includes "thrusts", swings, circles, figure eight or "flip overs". Ball is by tradition an elegant and "lyrical" rather than dynamic apparatus.
The ball should rest in the gymnast’s hand and not against the wrist, all the time during performance; no grip is allowed, the movement should be flowing and sensuous.

Clubs
They are 40-50cm long and weight 150gr each and should be made of wood or synthetic material.
The fundamental groups of body movement for clubs are balance elements.
The technical groups for clubs include mills, small circles, throws and catches and tapping. Handling includes "thrusts", figure eights and asymmetric movements.
Clubs are a great hand game! Their handling requires rhythmic work, psychomotor coordination and clockwork precision. Clubs are especially popular with ambidextrous gymnasts.

Ribbon
The ribbon, made of satin, (or a similar material without starch) is at least 6m long and 4-6cm wide. The stick is of 1 cm diameter and a length from 50 to 60 cm. It is usually made of wood, bamboo, plastic or fibreglass. Its maximum weight is 35 grams.
The fundamental groups of body movement for ribbon are the Pivots.
The technical groups for ribbon are the snakes (serpents), spirals, throws and catches, small tosses. Handling includes "thrusts", swings, circles and figure eights.
The movements with the ribbon should be large and free flowing. Any knots in the ribbon are penalized. Its function is to create designs in space. Working with the ribbon requires strength of the shoulder and arm muscles.




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 09:00 PM | Show all posts

Reply #20 payrol's post

cite aku pon lebih kurang ko gak.....
roomate(budak cbn) aku mase sek. dulu involve gak dgn gimrama ni.. kitorang ni pewasanla gimnas gak, main die punye bola dgn riben.. last2 x jd gaya gymnas, kitorg blasah bola die buat main bowling dlm bilik.. yg besnye, die x marah pon.. tp dlm hati tu kitorang xtaw la..

Selamat Hari Raya Ila.. maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2008 07:44 AM | Show all posts
Latihan 38 jam seminggu

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Bagi mendapatkan bentuk badan yang fleksibel dan mempersembahkan gaya akrobatik, gimnas memerlukan latihan dan regangan yang terbaik.


AFRITA memberi tunjuk ajar kepada pelatihnya.

"MELIHAT liuk lentok dan pergerakan badan yang lembut serta penampilan mereka yang cantik telah membuatkan hati saya terbuka untuk mencuba sukan ini.

"Ibu turut menyokong, lantas mendaftarkan saya menyertai sukan gimnastik berirama (gimrama) ketika berusia sembilan tahun," kata Kharunnisa Badri, 10, yang begitu lincah melantun dan menggelek bola.

Sambil menyarungkan baju gimnas berona hijau, murid Sekolah Kebangsaan Convent (2), Klang, Selangor ini memberitahu, jadual hariannya tidak pernah lekang. Setiap hari terisi dengan aktiviti persekolahan dan latihan gimrama.

Selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran pada pukul 9 pagi, Nisa akan menghadiri latihan gimrama di Dewan Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, selama dua jam. Tepat pukul 12.30 tengah hari, dia perlu bersiap-siap untuk ke sekolah.

Meskipun Nisa hanya menjalani latihan selama tiga jam, enam hari seminggu, ia cukup meletihkan. Namun, itu semua bukan halangan untuk dia mengundurkan diri.

Memetik kenyataan laman web Sport Dietition Australia, menjalani latihan selama tiga jam tiga kali seminggu adalah penting buat ahli gimrama.

Ini kerana sesi latihan membantu atlet memantapkan kemahiran, kekuatan dan latihan lenturan seperti balet.


GIMNAS CILIK. Dari kiri : Tee Ke Hui, Tee Sujen, Nadiah Mohd Zaidi dan Kharunnisa Badri menyertai sukan gimnastik kerana minat.

Tambah Nisa, sukan gimrama memiliki keistimewaan dan keunikan yang tersendiri, terutama ia membuatkan tubuhnya sihat dan cantik.

"Menerusi gimrama, saya dapat melayah badan dengan lembut, sambil menari bersama bola, gelung, tali atau reben. Bagaikan mimpi apabila saya mampu membengkokkan kedua-dua belah kaki ke muka, berbanding sebelum ini," jelas Nisa mengenai tarikan gimrama yang diiringi dengan alunan muzik.

Sememangnya Nisa mempunyai semangat dan minat yang tinggi. Dia yang pernah menyertai Sirkit Junior 1 dan 3 sentiasa menumpukan perhatian serta menghabiskan masa dengan latihan gimrama.

Tujuannya menyertai sukan gimrama bukan sekadar memahirkan diri, malah ingin mencipta nama dan melangkah ke peringkat yang lebih baik.

LIMA peralatan yang wajib dipelajari oleh atlet-atlet gimrama.

"Memperoleh kejayaan bukan suatu perkara mudah. Kita perlu berusaha, mendengar nasihat jurulatih dan giat berlatih. Justeru, setiap kali berlatih, saya jalani latihan bersungguh-sungguh dan fokus," kata Nisa yang gemar beraksi bersama tali kerana ia mudah dilantun dan bergerak.

Selain Nisa, dewan latihan itu juga menyaksikan tiga atlet gimrama sukan teras, Majlis Sukan Negara (MSN), Selangor menjalani latihan.

Tee Su Jen, 10; Tee Ke Hui; 12, dan Nadiah Mohd Zaidi; 14, sedang tekun memanaskan badan di bawah pengawasan jurulatih, Afrita Ariany Nasril yang berusia 26 tahun.

Kumpulan gimrama ini menggunakan dua buah kerusi plastik yang diletakkan di bahagian depan dan belakang. Kemudian, mereka duduk di posisi tengah untuk meregangkan kedua-dua belah kaki di atas kerusi tersebut.

Bagi mereka yang tidak berkecimpung dalam sukan gimrama pasti berasa gerun tatkala melihat aksi mereka memanaskan badan. Tetapi, itulah rutin harian yang perlu dilakukan, bagi membolehkan badan mereka dilentur, lembut dan fleksibel.

Sekali-sekala, Afrita akan masuk ke tengah gelanggang untuk memerhati dan membetulkan postur badan anak-anak didiknya.

"Gimrama melibatkan pergerakan akrobatik dan memerlukan kekuatan fizikal serta kelenturan. Jika postur dan regangan badan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan kepada atlet ketika memulakan latihan.

"Atas faktor tersebut, sebelum menjalani latihan gimrama bersama alatan pilihan, mereka perlu fokus dan disiplin ketika memanaskan badan. Biasanya, ia mengambil masa selama tiga jam, sebelum berlatih gimrama," jelas Ketua Jurulatih Sukan Teras, Majlis Sukan Negara (MSN), Selangor ini.

Sementara itu, laman web Gymnastic Zone menjelaskan, sesi memanaskan badan sebelum latihan bertujuan meregangkan badan dan otot-otot serta menaikkan suhu badan. Ia juga memudahkan atlet melentokkan badan ketika berlatih.

Mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan badan yang mudah dilentur dan lembut, Afrita menjelaskan, ia bergantung pada kesungguhan atlet itu berlatih.

Menurut Afrita, secara keseluruhan mereka perlu menjalani latihan 38 jam seminggu iaitu lima jam pada hari-hari biasa kecuali hari Rabu, manakala sembilan jam pada hari Sabtu dan Ahad.

Bagi mendapatkan hasil, mereka memerlukan masa selama tiga atau empat tahun untuk latihan sahaja.
Segelintir ibu bapa yang berminat dengan sukan gimrama, biasanya menghantar anak mereka ke pusat latihan gimrama ketika berusia empat atau lima tahun. Mereka berpendapat usia kecil lebih mudah untuk dibentuk.


="AFRITA ARIANY NASRIL "

Namun begitu, golongan kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun juga masih belum terlambat untuk mempelajari dan mengamalkan prinsip gimrama.

"Gimnas baru akan dilatih dari segi postur, regangan dan pergerakan yang ringan. Seterusnya, barulah ke peringkat melentur, membengkokkan badan dan menggunakan alatan," tambah graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 08:05 AM | Show all posts
Diet harus ada disiplin

Bagi memudahkan mereka bergerak aktif melakukan gimrama, ahli gimnas dinasihatkan supaya mengelakkan makanan manis, berminyak, makanan ringan dan makanan segera.


ATLET-ATLET gimrama yang giat membuat latihan.

MELIHAT bentuk badan ahli gimnas yang langsing, bagaimanakah diet mereka? Kharunnisa Badri, 10, menjelaskan, jadual pemakanan yang betul dan teratur dapat membekalkan tenaga dan bentuk tubuh yang baik kepada mereka.

Dia hanya makan empat keping roti dan segelas susu segar untuk sarapan pagi. Manakala, hidangan tengah hari pula, Nisa akan menikmati sepinggan nasi yang berlaukkan ikan dan sayur-sayuran.

"Semangkuk sup panas dan jus buah menjadi menu untuk makan malam. Kami dinasihatkan supaya mengelakkan makanan manis, berminyak, makanan ringan dan makanan segera.

"Walaupun perlu mengikut syarat-syarat pengambilan makanan yang agak ketat tetapi kadangkala tersasar juga apabila tidak dapat menahan nafsu menjamah makanan segera," jelas anak pertama daripada dua beradik ini.

Menurut laman web Sports Dietition Australia, golongan gimnas sentiasa mengalami masalah pemakanan. Mereka sanggup makan dalam kuantiti yang sedikit, semata-mata untuk mengekalkan berat badan.

Kadangkala pemakanan yang diambil tidak mampu menampung tenaga yang digunakan ketika menjalani latihan gimrama atau aktiviti sekolah.

Ahli-ahli gimnas disarankan supaya mengambil makanan yang sihat dan seimbang tanpa perlu menyekat selera makan. Berat badan mereka harus ideal dengan ketinggian.

Sementara itu, jurulatih sukan teras, Majlis Sukan Negara (MSN), Selangor, Afrita Ariany Nasril menegaskan, gimnas harus berdisiplin dalam diet. Jika mengamalkan pemakanan yang kurang sihat seperti berlemak, manis dan berkanji, berat badan mereka akan bertambah.

Ini menyukarkan mereka untuk aktif dalam melakukan pergerakan gimrama. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh menikmati hidangan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Bagi gimnas sukan teras, Nadiah Mohd Zaidi, 14, soal pemakanan tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya kerana sejak kecil lagi, dia sudah dididik menikmati makanan yang sihat.

"Keunikan sukan gimrama bukan sahaja terletak pada disiplin makanan malah pemilihan muzik dan pergerakan yang pelbagai. Inilah yang mencorakkan persembahan gimrama. Saya rasa bertuah kerana dapat menyertai sukan ini sejak berumur sembilan tahun.

"Sebelum aktif di peringkat negeri, saya terlebih dahulu mewakili sekolah untuk pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL)," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Selangor ini yang pernah merangkul empat pingat emas dan satu gangsa untuk Sirkit (1) pada tahun 2005. Pada ketika itu, Nadiah berada di gred satu dan beraksi dengan bola, gelung dan tali.


AHLI-AHLI gimnas disaran supaya makan makanan yang sihat dan seimbang tanpa perlu menyekat selera makan.

Bukan itu sahaja, ketika di gred dua pula, Nadiah memenangi enam pingat emas dalam pertandingan Sirkit (2). "Setiap kemenangan yang dikecapi, mengingatkan saya supaya lebih gigih membuat latihan," katanya sambil membetulkan kasut tari.

Dalam pertandingan atau sesi latihan, gimnas diwajibkan memakai kasut tari yang menutup jari kaki. Sekiranya, gagal berbuat demikian, lebih-lebih lagi dalam pertandingan, secara automatik nama mereka akan digugurkan.

Beralih mengenai pemilihan lagu atau muzik, Afrita menjelaskan, ia dipilih berdasarkan kredibiliti dan kebolehan gimnas itu sendiri. Contohnya, jika gimnas yang bergerak pantas dan tepat, mereka sesuai menari dengan iringan lagu yang rancak.

"Jangan beranggapan bahawa gimrama hanya sekadar pergerakan akrobatik dan bermain bersama alatan kerana ia turut merangkumi pelbagai perkara. Ini termasuklah penampilan dan tatarias gimnas dari segi dandanan sanggul dan solekan.

"Walaupun dandanan sanggul bukan syarat utama dalam pertandingan, namun penampilan yang cantik dan menarik ketika beraksi di gelanggang amat penting untuk menambat hati penonton," jelas Afrita yang sedang berusaha mencungkil dan menghasilkan gimnas yang terbaik.

Atlet gimrama tempatan masih belum berpeluang bertanding ke peringkat Sukan Olimpik. Afrita juga akan memastikan suatu hari nanti, gimnas gimrama Malaysia terpilih untuk mara ke Sukan Olimpik.

Kepada anda yang berminat menyertai kelas gimrama, hubungi Afrita di talian 012-387 2007.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 03:16 AM | Show all posts
Saper pernah tgk Italy team punya performance masa Olympic 2004.
Memang superd. Bias gilala bila Rusia menang. (Italy Perak)

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 06:03 AM | Show all posts
Lydia Wong curi tumpuan



GIMNAS muda, Lydia Wong Juan Ye (gambar) dari Sarawak tampil pada kelas tersendiri apabila mengungguli dua disiplin gimrama pada hari terakhir Kejohanan Gimrama Kebangsaan edisi ke-20 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam, lapor YASMIN RAMAN.


Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan atlet berusia 14 tahun itu muncul juara individu keseluruhan dengan 86.400 mata.

Lydia, 14, mengumpul mata terbanyak dalam disiplin kegemarannya, bola iaitu 22.450 mata dan reben (21.475).

Begitupun, bagi acara gelung, Lydia tewas dengan perbezaan 0.55 mata kepada Michele Lee Kar Mun yang memungut 22.200 mata untuk pingat emas.

Pingat perak untuk individu keseluruhan dimenangi Michele yang mengumpul 85.850 mata manakala Veronica Au Wei Ran dari Selangor dengan 85.775 mata untuk pingat gangsa.

"Persaingan sememangnya sengit tetapi saya yakin pada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik sekali gus muncul juara.

"Saya amat gembira kerana berjaya merangkul tiga pingat emas hari ini (semalam) dan saya rasa usaha saya menjalani latihan sejak sebulan yang lalu berbaloi," kata Lydia ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai perancangannya, atlet kecil molek dari Sarawak itu berkata:" Saya harap saya dapat mewakili negara pada kejohanan antarabangsa satu hari nanti."

Sementara itu, bagi acara berpasukan, Selangor muncul juara diikuti Kuala Lumpur manakala Perak Darul Ridzuan menghuni tempat ketiga.

***********************************************************************************

tahniah lydia... rasanya tak ada rhythmic gymnastics kat laos sea games -
kalau ada memang malaysia boleh menang emas -- kerana gymnasts malaysian
bagus2 dalam acara ini.. kecil2 aje budaknya tapi... sangat berkebolehan -
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 08:43 AM | Show all posts
Amy Kwan ungguli individu remaja
Oleh Hasnira Hassan


SATU-satunya gimnas kebangsaan, Amy Kwan Dict Weng  menepati ramalan menjuarai Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-Milo-MGF Sirkit Pertama di MSN (Majlis Sukan Negara), yang berakhir semalam.

Gimnas berusia 15 tahun yang berasal dari Kajang, Selangor itu mengumpul 84.141 mata bagi menjuarai Individu Keseluruhan kategori Remaja selepas menjuarai tiga daripada empat apparatus - tali (20.550 mata), gelung (22.133 mata) dan bola (21.175 mata).

Sementara itu, pingat perak dimenangi gimnas Kuala Lumpur, Nur Syakirah Abd Karim yang mengumpul 76.473 mata ketika gangsa menjadi milik wakil Selangor, Lydia Wong Juan Ye (74.465 mata).

Terdahulu, kesilapan pada pertengahan aksi apparatus belantan menyaksikan Amy Kwan - juara bertahan Grand Prix kejohanan yang sama tahun lalu - tercicir 475 mata di belakang pencabar terdekat, Lee Wan Nin yang mencatat 20.758 mata.

Mengulas mengenai laluan mudah menjuarai pusingan pertama kali ini ketika tiada cabaran sengit wakil gimnas kebangsaan lain, Amy Kwan yang menyertai skuad kebangsaan sejak Februari lalu, bagaimanapun menafikannya.

揗asih ramai yang bagus. Malah, dua gimnas pelapis - Wan Nin dan Ismahani (Mardhiah Mornie) memberi cabaran hebat.

揝aya menggeruni aksi mereka yang tampak begitu berkeyakinan,
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062340 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list