CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sokmogitu

uncle seekers mimpi Allahyarham Datuk Ahmad Jais akan pergi, sebulan yang lalu ?

  [Copy link]
Post time 13-10-2011 05:04 PM | Show all posts
DIA SIAP ramal zizan akan jatuh pada tahun depan ekoran kes 'seks'

nabil akan slow down dan buka  ...
sokmogitu Post at 11-10-2011 17:04


bijan dgn ahkak pink tu sape??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 05:07 PM | Show all posts
tp btol la..ramalan dia sng je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 05:49 PM | Show all posts
dahsat jugak...suratan atau kebetulan ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 14-10-2011 11:48

Jumaat Oktober 14, 2011

Artis Kurang Senang Ramalan Buruk 'Uncle Seekers'

Oleh FERIDE HIKMET ATAK



PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

"Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.



"Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?" soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

"Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.



"Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

"Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia," ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap r gara-gara dikaitkan dengan isu seks pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.



Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

"Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.

* Gambar dipetik daripada blog milik Uncle Seekers, http://uncleseekers.blogspot.com/




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:54 AM | Show all posts
dia nih islam ke tak? dalam islam mana boleh percaya ramalan bintang & laen yang boleh membuatkan org taksub...dan2 dia lak nak show off dia boleh meramal...ustaz harun din yang berilmu tu pon tak ada buat ramalan macam nie...setan mana dah menurun dalam badan & otak dia?

semoga Allah s.a.w tunjukkan natijah pada org2 yang suka menyesatkan org2 islam...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:56 AM | Show all posts
allahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 104# achik2009

ramalan terhadap anuar zain
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply 101# anony-mous


    tertanya tanya gak..sapekah itu BIJAN n AHKAK PINK????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply  anony-mous


    tertanya tanya gak..sapekah itu BIJAN n AHKAK PINK????
adiratna Post at 14-10-2011 12:16



   aduhhaiii apasal ramai noe x taw pasal bijan ngn akak pink nie............ iolss pn takut nak ckp x pasal2 lappy iolss kena hangkut masuk balai......
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 12:26 PM | Show all posts
"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?


jadah..maleh aku nk comment..akai ada ka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply 109# shida81


    i br je tau sape...hehehhehe..ketinggalan betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 12:42 PM | Show all posts
"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.



hal peribadi, hidup mati, jodoh tu perkara sensitif. kalau kita tak dpt jodoh lagi lepas tu makcik2 kita tnya sah2 kita kecik ati, ini dia yg x ada kena mngena ngan kita ckp pasal diri kita, sah2 la melenting!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 01:42 PM | Show all posts
isu utama dia ni adalah psikologi..

ayah dia seorang yang terkenal & bergaul dgn golongan atasan atas tiket sebagai penulis.. sebagai anak lelaki haruslah dia mengagumi ayah dia & sedikit sebanyak nak menyaingi pencapaian ayah dia tetapi dengan cara sendiri...

tapi jalan yang dia pilih menyimpang... melalui jalan2 mistik... sampai sudah tak akan selesai masalah dia... mula2 dgn seekers, kemudian kontroversi dengan ex PA la, artis la, kemudian meramal mimpi pulak...

dia masih belum jumpa betul2 bidang yang boleh menaikkan nama dia... so sekarang ni masih try & error...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:06 PM | Show all posts
kagum i dgn uncle seekers nih.. i setahun skali nak mimpi jmpa artis pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by juliez at 14-10-2011 14:17

i tgh rajin ni.. biar i kopipes semua mimpi2 uncle seekers pasal artis ye




Lisa Surihani Mohamed (25 tahun) & Yusry Abdul Halim (38 tahun)
Mereka berdua tidak akan melangsungkan perkahwinan kerana...he he!






Anuar Zain (41 tahun)
Shahrul Anuar Bin Zain
Beliau tidak akan berkahwin sampai ke akhir hayat. Diakhir kehidupannya miripAllahyarham Sudirman
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:16 PM | Show all posts

Zizan (27 tahun)
Mohd Razizan Abd Razak
Rezekinya mencurah-curah sehingga tahun depan namun namanya agak tercalar kerana isu ‘seks’ yang bakal dihadapinya…







Johan (27 tahun)
Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz
Peluang lakonannya mencurah-curah sehingga tahun hadapan dan namanya sebagai pelawak mengatasi semua pelawak-pelawak sebelum ini.





Nabil
Ahmad Nabil Ahmad (27 tahun)
Namanya sebagai pelawak akan tenggelam perlahan-lahan dan perniagaannya yang akan diceburinya tahun 2012 agak menampakkan hasil berbanding dunia seni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 02:19 PM | Show all posts



Peluang lakonan datang mencurah-curah sehingga pertengahan 2013. Akan bertemu jodoh selewatnya 2013/2014. Bakal suaminya bukan orang kebanyakan tapi...




Marsha akan menganut agama Islam dan mengikat 'pra-perkahwinan' selewatnya 2013. Kerjaya sebagai penyanyi & pelakon akan pudar...




Rumahtangga sudah mula goyah akibat kesilapan diri sendiri. Silap perbaiki sekiranya mahu ikatan perkahwinan kekal hingga keakhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:21 PM | Show all posts

Kerjaya sebagai pelakon bertambah baik sehingga pertengahan 2013. Nasihat saya jangan 'nakal-nakal'




Kerjaya sebagai pelakon semakin menurun namun beliau akan buat satu kejutan!



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 03:06 PM | Show all posts
merepek dah org gila ni. nak cari modal baru nak meniaga. dah puas menipu kat dlm tv dgn hantu dongeng dia tu, nak reka benda baru pulak untuk publisiti murahan baru pulak....
patutnya dia ni ditangkap jek
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 03:09 PM | Show all posts
bila org tanya dia, dia jawab suma ni dtg dr mimpi dia... org gila je bg alasan mcm tu.
kepala hotak dia dr mimpi. abis mimpi ko tu mcm drama bersiri ke? sampai dah part 20 dh aku tgk. bodoh ke gila dia ni? atau dua2 skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.524034 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list