CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jingga007

Gambar Di Sekitar Preview Songlap !

[Copy link]
Post time 8-12-2011 01:46 PM | Show all posts
MiG Online baru je pulang dari tayangan perdana filem terbaru lakonan Shaheizy Sam d ...
samshik Post at 8-12-2011 13:46



   




FILEM Songlap, pertama kali menyatukan dua figura Shaheizy Sam dan Sara Ali yang terjun ke dalam dunia seni pada waktu yang berbeza namun, mempunyai persamaan. Mereka selesa berada dalam dunia ciptaan mereka sendiri.
Shaheizy Sam atau Sam terlebih dulu merasa rencah dunia hiburan apabila bergelar penyanyi pada usia 18 tahun bersama kumpulan M.O.B dan menjadi aktor pecah panggung menerusi filem Adnan Sempit.
Sara Ali pula baru setahun jagung dalam dunia lakonan, namun, tuah datang bergolek kepadanya kerana setakat hari ini, dia telah berlakon dalam tujuh buah filem. Satu profil yang cukup membanggakan untuk seorang pendatang baru sepertinya.
Ketika hadir pada sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini, jelas keserasian wujud antara mereka. Diminta melakukan aksi romantis untuk dirakam lensa kamera, diberikan sahaja oleh mereka berdua tanpa sebarang masalah.
Apabila ditanya pada Sam, sudah lamakah dia mengenali Sara? Kata Sam, salam perkenalan antara mereka hanya bermula ketika kedua-duanya membintangi filem Songlap. Sebelum itu dia hanya mendengar cakap-cakap orang mengenai kualiti lakonan bintang baharu itu.
Ditanya apakah pandangannya terhadap Sara? Jawab Sam: "Kami berlakon dalam satu filem tetapi tidak ada satu babak yang sama. Gambaran yang dapat saya berikan tentangnya adalah misteri. Dia tidak perlu banyak berkata-kata. Cukup dengan pandangan matanya yang tajam seolah-olah ada misteri tersembunyi sebaliknya."
Sambung jejaka berusia 29 tahun itu, dia cukup senang berdampingan dengan Sara kerana karakter Sara yang bersifat lebih kelelakian namun, terselit jiwa feminin.
"Perangai dia gila-gila dan agak kasar macam lelaki. Dia juga seorang pelakon yang bagus walaupun masih baru," tutur Sam yang juga akan muncul dengan filem berjudul 8 Jam.
Ujar Sara, sebelum mengenali Sam dalam Songlap, dia terlebih dulu mengenali Sam menerusi filem-filem lakonannya. Sara juga menyedari Sam seorang aktor yang bagus ketika dia berada di set penggambaran.
"Selama ini hanya kenal dalam filem, bila saya tengok dia berlakon dalam Songlap baru saya tahu yang dia memang seorang aktor yang cukup bagus dan komited terhadap kerjanya. Memang patut dia popular sebab dia sangat bagus," kata Sara.
Mendalami karakter Sam secara peribadi kata Sara, Sam merupakan seorang yang pendiam dan suka berahsia. Namun, ada waktu-waktunya dia akan bersuara.
"Jika tentang tarikan, bagi saya senyuman, mata dan juga suaranya. Itu bagi diri saya, tidak tahulah orang lain menilainya bagaimana," tutur gadis yang berusia 21 tahun itu lagi.
Luahnya lagi, dia teringin untuk bergandingan dengan Sam jika diberi peluang kerana wataknya dalam Songlap hanya mempunyai beberapa ayat dialog sahaja dan tidak mempunyai babak bersama Sam.
Sam bertukar serius
Sudah menjadi kebiasaan buat penonton melihat Sam membawakan watak komedi. Malah, setiap filem komedi yang dilakonkan oleh Sam sudah pasti akan pecah panggung.
Tetapi dalam filem Songlap, Sam membawakan watak Am seorang kaki judi yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi. Watak yang serius dan realiti. Mengakui bimbang dengan penerimaan orang ramai, namun di hatinya terdapat kepuasan yang sukar digambarkan selaku seorang aktor.
"Filem Songlap sebuah filem realiti yang keadaannya memang wujud dalam dunia kita hari ini. Memang bukan sebuah filem komedi tetapi filem seperti ini yang saya mahukan.
"Apa yang saya boleh katakan dalam Songlap orang akan ketawa juga kerana situasi dalam satu-satu babak itu yang melucukan, bukan kerana saya yang buat lawak.
"Kalau soal kutipan, penonton kita hari ini terlalu subjektif. Apa yang saya lakonkan sebelum ini semuanya mengikut kehendak penonton, saya tidak tahu sama ada filem Songlap tergolong sebagai filem yang memenuhi cita rasa penonton atau tidak. Saya serahkan pada penonton untuk membuat penilaian," jawab Sam yang menerima tawaran filem Songlap kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

BERLAKON di dalam satu filem, Sara dan Sam bagaimanapun tidak mempunyai babak bersama.



Sam yang bakal menerbit dan mengarahkan filemnya sendiri menerusi produksi kakaknya Zizie Ezette, 2121 Vision Pictures tidak lama lagi dan kini dalam proses memilih skrip yang terbaik.
"Agak lambat progresnya kerana saya masih memilih skrip yang terbaik. Ada beberapa skrip yang telah saya teliti tetapi masih belum tahu filem genre apa yang ingin saya terbitkan," ujarnya yang merupakan antara duta DiGi bersama artis lain seperti Lisa Surihani, Mia Sara dan Aizat.
Sara sering ditegur
Filem Songlap merupakan filem kelima lakonan Sara dan mengakui tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan.
Bagaimanapun akuinya, memegang watak Hawa seorang gadis berusia 16 tahun yang mempunyai masalah keluarga terlalu besar cabaran buatnya kerana sepanjang penggambaran dia kerap ditegur oleh pengarah.
"Sangat sukar untuk saya melakonkan watak Hawa yang sepanjang filem hanya melontarkan beberapa baris dialog sahaja. Selebihnya, saya hanya diam dan dialog yang dituturkan menerusi ekspresi wajah sahaja.
"Sekarang baru saya tahu, susah berlakon tanpa dialog. Saya banyak ditegur dan dimarahi oleh pengarah tetapi saya anggap ia satu pengalaman yang sangat berguna untuk saya memperbaiki mutu lakonan," balasnya.
Meletakkan sepenuh usahanya untuk menjayakan watak Hawa, Sara berharap filem Songlap dapat memberi sinar untuk kerjayanya sebagai pelakon.
"Walaupun saya sudah berlakon beberapa buah filem tetapi penonton masih belum sedar kewujudan saya. Jadi, saya harap filem Songlap antara filem yang dapat membantu orang nampak bakat lakonan saya," bicaranya.
Menganggap dirinya bertuah kerana baru sahaja berlakon sudah banyak tawaran filem dalam genggamannya. Tetapi semua itu tidak melalaikannya kerana dia sedar terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi orang pelakon yang bagus.
"Seperti dalam filem Songlap, semua pelakonnya bagus, cuma saya orang baharu. Memang rasa tertekan sebab bimbang lakonan yang saya berikan tidak setanding dengan pelakon yang lain dan akan merosakkan filem ini.
"Sebab itu saya tidak kisah kena marah hari-hari di set penggambaran asalkan saya dapat beri lakonan yang dikehendaki oleh pengarah," cerita Sara.
Gadis yang mempunyai berat sebanyak 47 kilogram dan ketinggian sebanyak 1.61 meter itu kini merupakan aktres sepenuh masa setelah menamatkan kuliahnya dalam jurusan Seni Bina dari Universiti Lim Kok Wing baru-baru ini.
Walaupun cita-cita sebagai arkitek tidak pernah padam dalam dirinya, namun, semakin hari, semakin besar cintanya dalam dunia seni.
"Saya sudah jatuh cinta dengan dunia lakonan. Jika dahulu saya was-was untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon sekarang tidak lagi.
"Selain berlakon, saya juga menimbangkan untuk terlibat secara serius dalam dunia sebalik tabir sesebuah filem atau drama. Saya beri masa selama enam hingga tujuh tahun sebelum saya bergelar seorang penerbit atau pengarah," ujarnya yang semakin memahami kerja-kerja produksi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 01:57 PM | Show all posts
promosi kena gigih la ............... sbb org malaysia ni pelik sikit!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:14 PM | Show all posts
best  ker cite dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:30 PM | Show all posts
best  ker cite dia...
noremz Post at 8-12-2011 14:14


abg avatar yu puji filem ni tau... dia dah tengok semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 02:34 PM | Show all posts
Rata-rata yang hadir semalam banyak yang memuji filem Songlap. Bagi I sendiri , tak expect langsung filem ni bakal buat I menangis meleleh ye? Ada part kelakar , touching , sedih dan uols kena tengok sendiri gitu

Mungkin intro dia agak bosan tapi bila dah masuk tengah-tengah filem ai rasa best! Lepas tu filem ni jenis buat kita byk tertanya2 and ai rasa kemungkinan akan ada sambungan la

Ikhlas ... mek jing!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 105# jingga007


   akak ni kalau filem jenis buat tertanya2 ni yang tak suka nih....hhmmm....poning pale nanti....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2011 02:54 PM | Show all posts
Reply 106# miskiah


    alaaaaa kiahhh tgk la duluuu

mu tak sayang aku ke

eh tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:56 PM | Show all posts
Reply  jingga007


   akak ni kalau filem jenis buat tertanya2 ni yang tak suka nih....hhmmm.... ...
miskiah Post at 8-12-2011 14:51



    Oooo.....kalau gitu nonton jela pilem Pak usop selam. Semua ada
    jawapan yang jelas...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 02:57 PM | Show all posts
suka dgn sume lakonan syafie naswip ni..pandai menghayati watak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAT_11 at 8-12-2011 15:05
Reply  miskiah


    alaaaaa kiahhh  tgk la duluuu

mu tak sayang aku ke

eh teti ...
jingga007 Post at 8-12-2011 14:54



    Ramai yang suker pilem lengkap detail macam sapa mak bapak,
    camna berjumpa dan akhirnya idup bahagia macam pilem industan......
    SONGLAP memang takda jawapan. It is just a story about dua adik
    beradik yang terperangkap dalam kemelot perniagaan manusia. Siapa
    dia orang tak penting sebab dalam pilem tu semua kisah manusia
    yang idup, membesar dan mati di jalanan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 03:06 PM | Show all posts
Ramai yang suker pilem lengkap detail macam sapa mak bapak,
    camna berjumpa dan akhirn ...
NAT_11 Post at 8-12-2011 15:02



    hiks... khenn? Songlap mmg tak ada jawapan dan mungkin agak tergantung ye?
Tapi meks tehtap suka dgn filem ni sbb lain drpd lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:17 PM | Show all posts
hiks... khenn? Songlap mmg tak ada jawapan dan mungkin agak tergantung ye?
Tapi meks teht ...
jingga007 Post at 8-12-2011 15:06



    For me, takda yang tergantung. Dua beradik meneruskan hidup
    memasing. Sorang dah ke Kuantan dan soran lagi di KL. Idup diteruskan.
    Cuma pilem industan je ada happy ending. In reality, idup kita memang
    sentiasa tergantung. KITA tahu ke apa nak berlaku esok????
    Tergantung gakkan..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 03:23 PM | Show all posts
Reply 112# NAT_11


    itulah maksud ai noks dlm hidup mana terus tahu ending nya
itu yg berbeza filem ni khen... bak kata syafie naswip , ada gaya mcm filem arwah Yasmin Ahmad gitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply  NAT_11


    itulah maksud ai noks  dlm hidup mana terus tahu ending nya
itu  ...
jingga007 Post at 8-12-2011 15:23


masa mula2 ai baca skrip dia, ai dah suka endingnya..  ai suka ending yg mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 03:29 PM | Show all posts
masa mula2 ai baca skrip dia, ai dah suka endingnya..  ai suka ending yg mcm tu
bungaros Post at 8-12-2011 15:25



    gituewww la khen? mmg lain drpd lain n sgt jarang filem pesen gini skrg ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAT_11 at 8-12-2011 15:37
masa mula2 ai baca skrip dia, ai dah suka endingnya..  ai suka ending yg mcm tu
bungaros Post at 8-12-2011 15:25



    About pelacor tua Normah Damanhuri tu, who is she? For all u know,
    dia memang bukan mak diaorang. Saja-saja si Am cakap kat adik dia,
    yang mungkin asik tanya sampai dia bosan. Dia pun tunjuk kat normah.
    Si adik ni, nak sangat bermak, terus pi jumpa pelacor tu. Tu yang bila
    dia cakap SIAPA SAYA kat normah, normah cam blurr je. Kalau anak
    dia, mustahil dia tak kenal kan........?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 09:37 AM | Show all posts
About pelacor tua Normah Damanhuri tu, who is she? For all u know,
    dia memang bukan m ...
NAT_11 Post at 8-12-2011 15:34




mmg x de dlm skrip tapi Sam & Syafie dibagitau secara lisan background Ad & Am utk diaorg faham watak dgn mendlm.  Mak ayah bercerai dan tinggalkan diaorg masa Am awal belasan tahun dan Ad dlm 4-5 tahun. since then Am yg jaga Ad. Ad cuma tengok muka mak dia dlm gambar. Mak dia pelacur tu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 09:43 AM | Show all posts
pengacara DIVA 2 macam jambu pink je aku tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:37 AM | Show all posts
SAYA NAK TGK FILEM  INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SESIAPA NK 'SONGLAP' SAYA MAASUK PANGGUNG?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:02 PM | Show all posts
..bile org nak share kat youtube...x sabar nk tgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.157990 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list