CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 5-1-2009 09:08 AM | Show all posts
Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau


Ketua Biskop Kristian Katolik Da
to Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bersama Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Rumah Terbuka Kristian anjuran Christian Federation of Malaysia bertempat di Archdiocesan Pastoral Institute, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007

Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad dan Anwar untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah kedua-dua manusia yang bertopengkan ugama ini boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat kedua-dua petualang bangsa ini?

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 慉llah?dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosiol, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan Allah ?terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.


Dato Murphy Pakiam, Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (sebelah kanan Anwar) merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim dalam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2007 di kediaman rasmi Anwar di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.




Datuk Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bergambar bersama aktivis dan NGO PKR yang mendapat dana Yayasan Kristian-Yahudi dari Amerika. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM - sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Datuk Murphy dan Tian Chua (Aktivis SUARAM, HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar. Lihat bukti klik di sini.


Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan Allah?walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan 憄rophecy of Nabi Muhammad?di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa 揃ible is Corrupted?

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai 憌ords of God?sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan Holy?

Berlainan dengan Al-Quran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah diedit?dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar 揊REEDOM OF EXPRESSION?

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al扐lameen.

Berbalik kepada kenyataan Teresa Kok...kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak..

Kenyataan Teressa Mangkok menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia..kalau dia boleh saman Utusan kerana " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab????

Salam perjuangan

Tamingsari

[ Last edited by  shamsadis at 5-1-2009 09:10 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 07:53 AM | Show all posts
TUTUP TADIKA KEMAS: Kekejaman MB Perak Makin Hebat



Kerajaan Negeri Perak makin celaru.

Belum habis kemarahan orang Melayu dengan sikap MB Perak yang berat sebelah kepada kaum pemakan babi, kini satu lagi tindakannya membuatkan orang Perak terutamanya Melayu mengeluarkan perkataan "celaka MB" kepada beliau.

Menurut Utusan Malaysia, 5hb Januari 2009, 700 buah premis tadika KEMAS di Perak diarah tutup oleh kerajaan negeri dan kira-kira 13000 murid tadika akan terjejas dan ramai guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Tindakan ini jelas sangat kejam yang menjadi kronologi kepada pemerintahan zalim Pak Nizar si *Edited* DAP ini ke atas Melayu Perak.

Ini jelas menunjukan bahawa kerajaan Perak dan Pakatan Rakyat amat tidak prihatin kepada kesejahteraan rakyat malahan hanya memikirkan kebusukan hati mereka kepada Barisan Nasional.

Seteruk-teruk BN sekalipun, semasa pemerintahannya di Perak dan kini di negeri-negeri lain, tidak pernah mereka meminta supaya tadika PASTI milik PAS ditutup.

Jesteru, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah TS Muhammad Muhd Taib telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pak Nizar dan kerajaan negeri sangat KEJAM!.

Semoga Allah akan memberi balasan setimpal kepada Nizar dan kawan2 lanunnya itu. Kekejaman mereka ini pasti akan mendapat balasan satu hari nanti.

Melayu Perak, sedarlah.. tahun 2009 kini kita sudah hilang tanah dan tadika KEMAS, nanti sehingga 2013, apa lagi yang tinggal buat kita semua?


[ Last edited by  cluesan at 6-1-2009 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 07:55 AM | Show all posts
[size=180%][size=180%]SYARIKAT PAKATAN BELA BABI RAKYAT SDN BHD.
[size=180%]
[size=180%]



[size=180%]LADANG BABI TERBESAR DI DUNIA
[size=130%]Moto Syarikat
[size=130%]Melahirkan seberapa ramai Usahawan Penternakan Babi seiring dengan Pembiakan Babi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 07:58 AM | Show all posts
Politik kan HUDUD ; UMNO bukan 'kafir'.

Cukuplah bercerita pasal nk buat hukum hudud, buat terluka aje.. Dari dulu lagi dengan cerita pasal hudud.. Bermula pada zaman 'kepanasan' isu hudud iaitu zaman 80/90-an.

---------------
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.
--------------

Sepatutnya negeri Kelantan Serambi Mekah terlebih dahulu menjalankan Hudud, kerana kita (PAS) dah lama memerintah disini, pendek kata.. kita dah tahu selok belok amalan dan tatacara hidup anak tempatan. Dah tahu budaya dan non-muslim pun dah macam orang Melayu gaya hidupnya.

Kalau Perlis boleh gubal undang-undang memudahkan poligami, kenapa Kelantan tidak boleh gubal undang-undang hudud?

Pernah pada masa dulu saya bekerja di kedai elektrik, ada seseorang perempuan (anak gadis) yang tidak pakai tudung dan melepaskan rambutnya yang keperangan itu mengurai-ngurai di bahu. Bertanyalah saya kepada beliau, "Majlis perbandaran (MPKB-BRI) tak saman ke 'free-hair' ni"?. Selamba je dia tunjukkan kain tudung di dalam laci seraya berkata, "Kalau diaorang datang, saya sempat lagi pakai".

Dan pada masa kini, kerajaan Kelantan masih lagi gagal untuk membendung gejala pakaian ketat, bertudung tapi 'menonjolkan' apa yang sepatutnya disembunyikan dalam tudung.

Dulu dah kita buat undang-undang akan menyaman mana-mana perempuan yang berpakaian seksi dengan saman sebanyak RM500.00. Cukupkah dengan undang-undang begini?

-------------

Jadi, tak perlulah kita menghukum orang lain yang tak mahu menerima cadangan dari kita, cukuplah dan jangan lagi mengkafirkan mereka yang mana mereka itu adalah saudara kita.

Sepatutnya sudah lama kita mendidik, mengajar & mengasuh tentang Hudud ini, sebabnya sudah lama kita memerintah. Jangan panaskan isu Hudud ini ketika hampir-hampir dengan Pilihanraya.

Dulu kita menolak UMNO untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan Melayu dalam Parlimen, tapi kita menolak mentah-mentah.. Kita bagi syarat, UMNO kena tubuhkan kerajaan Islam jika mahu berpakat dengan PAS. Tapi PAS rela pula berpakat dengan PKR (tak apa lagi) dan DAP (ni yang teruk).

Dan sekarang ni.. dengan apa yang dah kita lakukan (politikkan Hudud); SEBENARNYA

1. UMNO bukan kafir (Ada antara kita mengkafirkan mereka kerana kononnya mereka menolak Hudud.
2. Sembelihan mereka boleh dimakan.
3. Imam mereka boleh diikuti (atau mereka boleh menjadi imam sembahyang)
4. Mereka boleh sembahyangkan jenazah

Dan yang penting, mereka sama dengan kita.. seseorang muslim yang solatnya adalah sama arah kiblatnya.

PS : Siapa berani cakap yang orang PAS akan masuk syurga terlebih dahulu sebelum orang UMNO?

ada yang berani?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 08:02 AM | Show all posts

Reply #1264 shamsadis's post

lawak siot statement ni ---> orang PAS masuk syurga dlu sblm org UMNO.

tu la, klu nk org lain terima, buat kat kelantan dulu klu berani. setakat cakap tu bole la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 08:08 AM | Show all posts
Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih ?

Oleh Yahaya Ismail

Apakah kalian boleh menerima Anwar sebagai pemimpin Islam kalau benar dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang? Kalau anda anggap itu fitnah mengapa tidak mendesak Anwar mengheret Ummi dan keluarga Pak Ali ke mahkamah kerana menabur fitnah memburuk-burukkan imejnya sebagai pemimpin Islam? Mengapa diam membisu hingga sekarang? Mengapa takut bertindak? Apakah yang hendak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Oleh kerana Anwar memperalatkan setengah pelajar universiti yang terlalu dangkal pengetahuan dan sepak tendang politik untuk mendewa-dewakan dirinya sebagai pejuang Islam mengapa tidak bertanya kepada Anwar apakah benar dia bermukah dengan isteri orang? Minta dia bersumpah di masjid dan menjunjung Al-Quran di khalayak ramai di hadapan para alim ulama dan para pelajar dan rakyat jelata dan berkata dengan nama Allah bahawa dia tidak bermukah dengan isteri orang. Nah, sila lakukan upacara sumpah secara betul dengan disaksikan alim ulama dan seluruh rakyat. Bukanlah masuk ke dalam masjid tergesa-gesa lalu berkata aku bersumpah dalam masjid tanpa didengari dan disaksikan beribu rakyat dan lepas itu membohongi rakyat bahawa dia telah bersumpah dalam masjid!

Pelek bin ajaib mereka yang kononnya berakhlak mulia, pelajar-pelajar berjiwa Islam termasuk juga setengah yang bergelar ulama (atau ulam-ulama) tidak pernah bertanya kepada Anwar secara terbuka apakah dia sanggup menyaman malu adik-adik Azmin Ali, setiausaha sulitnya yang isterinya dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Sebagai orang Islam kita merujuk kepada Al-Quran dan hadith Nabi terlebih dahulu, lepas itu pendapat-pendapat dari alim ulama dan juga akal fikiran kita sendiri.

Apakah mereka yang taksub dengan Anwar tidak pernah menggunakan akal fikiran mereka yang bebas dan bernas secara terbuka dan berani menanya Anwar apakah dia mempunyai skandal seks dan hubungan sulit dengan Shamsidar? Apakah jendela intelek mereka tertutup rapat dan mereka menjadi koro dan lemah bercampur takut untuk menyoal Anwar tentang skandal ini?

Ini soal maruah, soal harga diri. Kalau Anwar berdegar-degar bercakap tentang akhlak yang mulia dan mengecam setengah pemimpin politik yang dianggap tidak berakhlak mulia, nah, tunjukkanlah kepada dunia bahawa anda seorang pejuang Islam dan pemimpin politik yang berakhlak mulia. Pilih antara dua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2009 08:08 AM | Show all posts
JOM BALING KASUT KAT ANWAR !
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 6-1-2009 08:08 AM
JOM BALING KASUT KAT ANWAR !
http://1.bp.blogspot.com/_6KEX-9v9rO8/SV5AjUGbuNI/AAAAAAAABRY/uMnKlytOwEE/S220/anwarkenakasut.jpg


memang teringin sangat aku nak baling kasut kat dier nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 09:06 AM | Show all posts
Anwar terima ancaman bunuh, siapa dalang?




Pembunuhan Benazir Bhutto pada 27 Disember 2007 telah mencetuskan konflik di Pakistan di antara Kerajaan Pakistan di bawah pimpinan Jeneral Pervez Musharraf dan golongan yang kononnya memperjuangkan demokrasi di bawah pimpinan Benazir Bhutto.

Dilihat daripada kronologi ringkas pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel (Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian Hebrew, Ma抋riv.

Akhbar ini telah mendedahkan bahawa Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.

Tujuan agensi ini adalah untuk melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari 2008.

Malang tidak berbau. Benazir telah dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.

Saya lebih suka mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang Soviet Union.

Umum mengetahui bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat (AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Harus diingatkan, agen CIA di dalam Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengkiut Al-Quran dan Hadis dimana pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.

Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi menghapuskan Taliban.

Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA yang menjadi key communicator (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan konspirasi dalam pembunuhan Benazir.

Kenapa CIA mahu membunuh Benazir? Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

Namun, CIA telah melihat Benazir tidak releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA..

Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.

Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. CIA mahu cuci tangan.

Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA menjadi key communicator di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Dilihat pada Anwar Ibrahim, dia dilihat sebagai seorang agen yang hampir sama dengan Benazir Bhutto. Kebanyakkan masa dihabiskan di luar Negara.

Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai dana yang besar sehinggakan tiada calon yang sesuai diketengahkan sebagai calon. Bukti? Sehinggakan Loh Gwo Burne yang tidak boleh berbahasa Melayu dilantik menjadi calon disebabkan masalah kekurangan calon. Siapa yang memberikan dana kepada PKR? Saya kira, pembaca boleh menilai sendiri.

Akhirnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Pak Lah gagal ditumbangkang. Anwar Ibrahim tersepit. Kemudian, timbul pula isu 30 Ahli Parlimen BN akan lompat ke dalam Pakatan Rakyat (PR). Itu juga tidak berlaku. Akhir sekali, timbul pula isu liwat Mohd.. Saiful Bukhari dan kemudiannya, Anwar Ibrahim mendedahkan ada ancaman bunuh kepada dia dan keluarganya.

Benazir Bhutto dibunuh oleh CIA kerana tidak releven. Anwar Ibrahim sudah tidak releven kepada CIA kerana gagal menumbangkan Kerajaan BN. Oleh yang demikian, siapa yang cuba bunuh Anwar?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:13 AM | Show all posts
Oleh : YAB. DATO SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat: DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR
Tarikh: 18-6-1999
Tajuk : PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



"MARUAH BANGSA TANGGUNGJAWAB UMNO"


Empat puluh dua tahun bukan satu jangka masa yang
panjang dalam sejarah sesebuah negara. Negeri-negeri
Melayu telah dijajah lebih dari 400 tahun jika dikira
dari tarikh kejatuhan Melaka. Dengan perkataan lain
bangsa Melayu dan rumpun Melayu mengambil masa lebih
dari 400 tahun untuk merebut balik kemerdekaan, untuk
membebaskan diri.


Sedutan Teks ke 60 hingga 79

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:18 AM | Show all posts
[size=130%]AMBOI MESRA NAMPAK...NANTI JELES PULAK AZMIN TENGOK NANTI. POSING MACAM JAMBU JE...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:21 AM | Show all posts
ILMU ANAK-ANAK KECIL PUN DIPOLITIKKAN


IPOH 5 Jan. ?Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini meminta kerajaan negeri Perak memberi penjelasan berhubung arahan yang dibuat oleh beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pegawai daerah supaya dewan Tadika Kemas dikunci.
Beliau berkata, tindakan itu telah menimbulkan kesulitan pada hari pendaftaran kanak-kanak tadika berkenaan di beberapa tempat hari ini. BACA LAGI SINI
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:19 AM | Show all posts
WANITA BUKAN MAHRAM.BOLEH!!!



TENGOK TU...UNIT AMAL BERBAJU MERAH HATI.SEBELAHNYA WANITA CINA YANG BUKAN MAHRAM.ORANG PAS BOLEH BERCAMPUR MACAM NI.EE......JIJIKNYA....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:22 AM | Show all posts
Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.

Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,?katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.

Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,?katanya.

Tetapi Nik Aziz Terlupa :

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :

" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."

Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sebelum ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.

Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.

Komen :

Inilah akibatnya apabila menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik? Sebagai seorang Islam rasa nak kecewa pun ada dengan fatwa terbaru Nik Aziz ini yang semakin menyongsang. Apakah Nik Aziz tidak memikirkan yang tindakan Anwar ini bahaya dan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia. Apa kah penipuan Anwar itu boleh disama kan dengan sunnah Rasullullah s.a.w ? Tidakkah Nik Aziz merasakan yang tindakannya menyokong Anwar ini sebenarnya bersubahat, dalam ertikata lain bersubahat menipu rakyat?

Nampak nya begitu mudah Nik Aziz persendakan junjugan kita hanya semata-mata untuk membenarkan penipuan Anwar itu!! Kepada yang masih memuja Nik Aziz, maka renung kan lah fatwa baru Nik Aziz itu..apakah ia selaras dengan ajaran Islam? Ya Allah, bukakan lah hati mereka agar kembali kejalan yang benar.

Taminsari
Shah Alam

[ Last edited by  shamsadis at 7-1-2009 09:24 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 06:16 PM | Show all posts
ANTARA MANGSA YANG PERNAH MERASA PENANGAN ANWAR...

PENGAKUAN MANGSA PENAGAN ANWAR DIDEPAN IMAM
(USTAZ TAIB) :KINI PAS)


PENGAKUAN NORLAILA : KENANGAN TERINDAH BERSAMA ANWAR



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 07:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 07:59 AM | Show all posts
KEMPEN SERU JESUS...

HIMPUNAN AMAN: [size=130%]CANDLE LIGHT VIGIL
Membantah peperangan di Palestin dan Sri Lanka
Sabtu 10 Januari 2009
Jam 8 malam
Di Dataran Seremban
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Anjuran Parti Sosiolis Malaysia (Hubungi Mani 012-2702624)

[size=130%]Soalan: PASANG LILIN SEMUA NI MAHU BANTAH PEPERANGAN KA ATAU NAK SERU JESUS? KENAPA BUDAYA GEREJA INI SERING DIGUNAKAN? DAH TAKDE KAEDAH LAIN KE? HARAPNYA UMAT ISLAM NEGERI SEMBILAN TIDAK MUDAH TERPERDAYA DENGAN TAKTIK LICIK KAFIRUN YANG SECARA HALUS CUBA MEMESONGKAN KITA ATAS NAMA KEAMANAN. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 08:01 AM | Show all posts
Isu Nama Allah & Penyelewengan PAS

Para pemikir PAS yang menghalalkan penggunaan 'Allah' oleh penganut Kristian mungkin tidak terfikir bahawa dengan menggunakan nama Allah, mereka akan membentuk sebuah kepincangan yang serius. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis :

The first misunderstanding is in the false equivalency that "Malay is Islam" and "Islam is Malay", which makes Malay the language of Muslims. Newsletters in Malay for religions other than Islam is a form of a culture shock for many Muslim Malaysians, who, of course, forget that if any language has a right to claim such a position, it would be Arabic. Yet we find Christian Arabs comfortably delivering sermons in church in Arabic throughout the Arab world. They even use the word "Allah" with no objections from the Muslims there because, as every Arab knows, the word "Allah" means "God".
Di sini ingin saya bertanya: Adakah orang Kristian dan Yahudi di tanah Arab semasa pemerintahan Rasulullah, bebas memakan khinzir dan meminum arak seperti di negara ini? Nanti! Bukan sahaja sebagai konsumer, malahan sebagai pejuang kilang arak dan ternakan babi! Ini berbeza dengan Arab Kristian dan Yahudi yang hanya mempunyai perselisihan tentang rasul akhir zaman dan berkongsi kesemua undang-undang syariah Injil (Old Testament) mahupun Al Quran yang hampir sama. Adakah penganut Kristian di negara ini bersetuju dengan undang-undang syariah? Hatta dari Old Testament itu sendiri? Sudah tentulah mereka Arab Kristian dan Yahudi berasal dari ahli kitab yang boleh dinikahi oleh orang Islam tanpa mereka perlu menukar agama. Adakah ini situasi orang Kristian di Malaysia?

Pastinya, dikemudian hari, akan ada tuntutan mengelirukan mereka yang kurang arif dengan mengatakan bahawa tidak perlu seseorang Kristian untuk memeluk Islam seandainya berlaku perkawinan antara keduanya. Maka akan berleluasalah pernikahan Islam Kristian dengan masing-masing mengekalkan agama masing-masing di negara ini. Inikah yang PAS mahukan?

Sudah tentu penggunaannya nanti akan mewujudkan situasi di mana akan ada majlis yang melibatkan hidangan haram dan minumam haram dan dikelilingi perempuan-perempuan muda untuk dizinai, bersahut-sahutan mereka saling menyebut " MAY ALLAH BLESS US!! " ???



Pada masa itu, PAS sudah pasti menyalahkan 'pihak lain' dengan alasan bahawa ketungganglanggangan tersebut adalah hasil pemerintahan kerajaan Pusat padahal merekalah yang memberi izin kepada kekacauan akidah yang terjadi.

Sementara itu, web Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikel bertajuk "Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH" menyebut dengan penuh hati-hati tentang perkara ini :
" Mengulas lanjut, Dato?Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."
...walhal mereka sendiri tahu, hukum fitnah akhir zaman tidak dapat membendung agenda pemurtadan belia Islam. Pun begitu, mereka masih membenarkannya.

PAS menghalalkan sebuah cara yang tidak kena dengan tempat, keadaan dan zaman demi matlamatnya. Ia ibarat seorang yang enggan berpuasa kerana bermusafir dengan menaiki pesawat selama 1 jam yang membawanya merentas jarak 500km.

Pendakwah Kristian di rantau ini berjaya memberi gambaran kepada PAS bahawa kelemahan mereka memiliki nama Tuhan membuatkan nama Allah dipohon untuk digunakan sebagai nama tuhan mereka demi sebuah kelulusan yang sebenarnya didalangi muslihat.

Muslihat terbesar yang telah terlaksana ialah dengan membuatkan PAS memperakui bahawa Allah mempunyai anak. Ini berlaku secara teknikal apabila PAS sendiri membenarkan Allah itu sebagai Tuhan agama triniti tersebut! Jika PAS kemudiannya akan menyebut pula bahawa "itu Tuhan mereka, bukannya Tuhan kita", bukankah ianya perbuatan menduakan Allah? Kemudian berkata pula mereka, Tuhan kita adalah Tuhan sebenar tetapi Tuhan mereka adalah khayalan, mengapa perlu diperakui penggunaan nama Allah sebagai tuhan dalam agama tersebut? Dan mengapa menggadaikan agama sendiri untuk diperolok-olokkan? Kristian hari ini bukan lagi Kristian di zaman Rasulullah!

Maksud ayat Surah Maryam (Ayat 88 - 92):
88. Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." 89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, 91. kerana mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.

[size=130%]Perlu diingat, golongan yang diingatkan Allah tentang kemuslihatannya ialah golongan yang menyatakan Allah itu mempunyai anak.

Perbuatan PAS merestui penggunaan Allah sebagai nama tuhan Kristian yang didakwa penganutnya sebagai mempunyai anak, dan para penganutnya pula bebas berzina, minum arak dan memakan daging babi tanpa ada batasan yang menghalang adalah kesilapan besar parti itu ke atas akidah umat Islam hatta umat manusia di negara ini, di masa depan.

Adakah PAS benar-benar tidak tahu tentang ini? Atau sesetengah mereka memang telah tahu dan itulah yang mereka mahu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 08:09 AM | Show all posts
Anwar perlu buktikan bukan homoseksual

Oleh Yahaya Ismail

Anwar memang menafikan perbuatannya itu. Dia menganggap itu fitnah besar dari Mahathir dan mereka yang mengelilingi perdana menteri juga takut terhadap kewibawaannya. Ini cakap besar dari Anwar yang hilang semua jawatan kerajaan dan parti akibat moralnya yang rendah. Peleknya hingga sekarang dan parti akibat moralnya yang rendah. Peleknya hingga sekarang Anwar tidak menyaman malu mereka yang menuduhkan melakukan homoseksual.

Sejak setahun yang lalu warkah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar kepada perdana menteri telah mendedahkan perilakunya yang buruk ini. Namun, Anwar bin Ibrahim berasal dari Ceruk Tok Kun, tidak terlintas hendak menyaman kedua-dua insan yang prihatin terhadap maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan tanahair. Para penyokongnya patut memikirkan hal ini juga agar tidak dianggap sebagai penyokong-penyokong buta.

Di sini disenaraikan sembilan pertuduhan terhadap Anwar seperti mana yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30hb September 1998.

RASUAH

(1) 揃ahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkna harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah :

(a) Campurtangan dalam siasatan tersebut, dan

(b) Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya, dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.101143 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list