CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 20-6-2006 11:46 AM | Show all posts
tatie,

berdasarkan jwpn tatie saya fahamlah bhw rakaman tu memang betul. memang sahih mejar ada ckp mcm tu.

waslm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 20-6-2006 11:46 AM
tatie,

berdasarkan jwpn tatie saya fahamlah bhw rakaman tu memang betul. memang sahih mejar ada ckp mcm tu.

waslm.


Bab rakaman nie, hanya mahkamah sahaja yang boleh menentikan kebenarannya. Setakat orang awam boleh sembang-sembang kosong jer.

Dengan teknologi canggih , melalui handset kelolaan DIGI para pengguna boleh mengubahsuai suara mereka mengikut yang dikehendaki. Gunanya untuk mengelirukan pendengar!

Yang penting bukan siapa yang berucap. Tetapi intipatinya. Kalau intinya berbeza dengan akhlak penceramah bermakna bahawa cd tersebut telah di selewenmgkan oleh golongan tertentu!!

Yang penting kita ambik kebaikan ceramahnya dan jika ada yang buruk kita pulangkan kembali pada Allah swt.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 03:55 PM | Show all posts
Saya tak mau cakap banyak... tapi apa yang saya nampak sejak mula Abuya berjuang orang dah mula nak rujuk Al-Quran dan As-sunnah, tapi orang tak dapat buat apa yang beliau lakukan kerana dia ada cara dan ilmu dari Allah. Hasil dari usaha taqwa yang beliau lakukan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by TipinTakTipu at 20-6-2006 12:14 PM


Bab rakaman nie, hanya mahkamah sahaja yang boleh menentikan kebenarannya. Setakat orang awam boleh sembang-sembang kosong jer.
Dengan teknologi canggih , melalui handset kelolaan DIGI para  ...


betul tu, bila pk balik, setakat nak sembang kosong je tak depekdah..sebb tu usulan dibuat pada ustaz zul dan rakan2 supaya terus jumpa pak mejar..TV3 pun ucap terimakasih pada pak Mejar sebab membuat penjelasan dan pihak TV3 pun dah faham bahawa ia hanya ISU LAPUK yg sengaja diada2kan oleh pihak tertentu...nampaknya ustaz zul dan rakan2 lebih suka sembang2 kosong le kalau gitu yek...maaflah..tatie tk nampak pekdahnya...

yg berfaedah kalau dapatkan terus sumber primer kepada persoalan tersebut....bukan sumber sekunder...itu LEBIH BERILMIAH...ustaz kan org intelektual ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 08:59 PM | Show all posts
tatie pun simpati kepada anda...begitu sekali anda membenci ustaz Ashaari sehingga mendoakan kematian beliau sehingga anda sudah lupa bukan anda yg menentukan syurga dan neraka seseorang itu tetapi anda bersikap seperti anda sudah tahu meramal kesudahan hidup org lain di akhirat sana...


mmg benar ana membenci ashaari, bukan krn fizikal atau sifat peribadinya, tetapi atas segala pendustaannya terhadap Allah, Rasulullah SAW dan atas nama Islam.. ana membenci ashaari sebagaimana bencinya ana pd rashad khalifa, mirza ghulam ahmad, ayah pin & pembawa2 ajaran sesat yg lain.. sbb mereka bukan saja sesat, tp turut menyesatkan org lain.. pd ana org2 mcm ni lbh cepat mati lbh baik, kalau hidup pun dok menyesatkan org lain.. mudah2an sblm akhir hayatnya ashaari sempat bertaubat & bongkarkan semua pendustaan yg dia dah lakukan, biar org2 rufaqa' ni sedar aqidah mereka dah jauh terpesong & dapat kembali ke pangkal jalan

please read what i've posted carefully.. adakah ana menentukan atau meramalkan balasan syurga atau neraka bg ashaari? jgn memandai kata apa yg ana tak kata..

org yg dok sibuk cakap psl teknologi ni confirm x tegok video tu, ataupun saja nak taqiyyah dgn org2 luar rufaqa'.. kalau dah gerak mulut (gambar) dan suara percakapannya konsisten sedari awal rakaman sampai habis, secanggih mana pun teknologi x kan boleh lawan yg original.. lgpun tatie sendiri refuse nak jawab soalan mudah ust. zul, means apa yg abu dzar cakap tu mmg betul..

kalau zaman Saidina Abu Bakar confirm dah isytihar perang & hukum pancung pd golongan mcm ni kalau masih tak nak bertaubat walaupun dah diseru berkali2..

[ Last edited by  naj13 at 20-6-2006 09:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 20-6-2006 08:59 PM


mmg benar ana membenci ashaari, bukan krn fizikal atau sifat peribadinya, tetapi atas segala pendustaannya terhadap Allah, Rasulullah SAW dan atas nama Islam.. ana membenci ashaari sebagaimana  ...


simpatiku kepadamu wahai saudara....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2006 09:58 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (4)
21/06/2006


Buku yang akan terbit tidak lama lagi, Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina. Penulis Puan Mariam Hj Shafiee




Bab 2: Penjelasan Buat Orang Nombor Dua

Surat Terbuka Kepada Penentang Kebenaran.

Kepada Abdul Halim Abbas



Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada keluarga Abdul Halim Abbas kerana surat ini terpaksa ditulis hanya untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa perpecahan serius antara beberapa orang bekas pemimpin bawahan Al Arqam dengan pemimpin nombor satu Abuya Ashaari Muhammad.
Dijauhi Tuhan hendaknya surat ini bertujuan permusuhan. Sekadar penjelasan semata-mata.

Saudara Abdul Halim Abbas,
Mulanya kita sama-sama berjuang atas nama Darul Arqam. Setelah perjuangan berjaya besar, kerajaan bertindak.  Biasalah tu! Kemuncaknya perjuangan kita memaksa anda bertindak melarikan diri ke Indonesia. Padahal Abuya Ashaari Muhammad tidak tahu menahu dan tidak restui. Anda engkar. Ertinya anda telah menolak kepimpinan Abuya Ashaari Muhammad serta telah menyalahi kerajaan kerana lari dari tangkapan.

Masya Allah, jemaah Abuya Ashaari Muhammad kembali membesar selepas sepuluh tahun ISA. Pemerhati berkata kalau beginilah perjuangannya pasti Abuya Ashaari Muhammad ada masa depan.

Anda pulang ke Malaysia setelah pertukaran Perdana Menteri. Tapi tidak untuk bersama jemaah Abuya Ashaari Muhammad lagi. Kecenderungan anda ialah untuk mempunyai perjuangan sendiri dengan cita-cita yang besar tentunya.

Mahu tidak mahu anda memilih untuk bersaing dengan jemaah Rufaqa terutama ketika di tanya orang apa bezanya ajaran anda dengan ajaran Abuya Ashaari Muhammad. Memang pernah ada permintaan anda untuk bertemu Abuya Ashaari Muhammad tapi malang, Abuya sudah tidak percayakan anda lagi. Abuya Ashaari Muhammad yakin anda tidak akan boleh taat.

Lalu berjuanglah kita di landasan yang tidak sama maka tidak sama jugalah kefahaman kita dalam beberapa hal. Izinkan saya memberi penjelasan tentang beberapa salah faham anda tentang Abuya Ashaari Muhammad:-

1-Rufaqa mengarut dan sesat kerana mendakwa dapat wahyu

Penjelasan:
Ilmu Allah kalau diturunkan kepada Nabi atau Rasul disebut wahyu tapi kalau diajarkan kepada orang yang bukan Nabi atau Rasul disebuit ilham.  Penghasilan perjuangan Abuya Ashaari Muhammad memungkinkan para pemerhati beranggapan beliau orang yang diberi ilham oleh Allah. Sebab hanya Allah yang tahu bagaimana menghidupkan jemaah yang sudah hancur oleh ISA. Istilah ilham disebut juga wahyu bagi orang-orang yang tahu bahawa istilah yang sama tidak mesti maknanya sama bila digunakan kepada keadaan yang berbeza.

Cinta anak-anak, cinta isteri merupakan istilah yang sama tapi pengertian yang berbeza. Allah bercakap dengan manusia bercakap tidaklah sama pengertiannya. Walaupun istilahnya sama.

Rasul dapat wahyu. Abuya Ashaari Muhammad dapat wahyu. Tidaklah salah bagi orang yang tahu bahawa wahyu yang dikatakan kepada Abuya Ashaari Muhammad  ialah ilham. Sebab dia bukan Rasul atau Nabi.


2-Hj Halim mencintai Islam lebih dari yang lain.

Penjelasan:
Kata-kata Hj Halim cinta Islam tidak menggambarkan yang dia benar-benar mengamalkan Islam lebih-lebih lagi belum menjamin yang dia seorang yang bertaqwa kepada Allah. Seorang yang mengaku cintakan isteri di bibirnya jangan-jangan untuk menipu isterinya. Begitu juga seorang ayah cakap sayangkan anaknya untuk kepentingan barangkali. Bukan mesti sayang itu bermakna tanggungjawab.

Hj Halim kalau benar-benar cintakan Islam tentulah disayangi gurunya. Tapi kalau guru buang demi jemaah dengan cara memalukan sekali, permintaan untuk berjumpa pun tidak dilayan sedangkan dia masih mengaku Abuya Ashaari Muhammad gurunya. Apa ertinya itu ? apa pendapat anda tentang seorang anak yang mengaku cinta kebenaran tapi ibu bapanya halau dari rumah ?

Kalau setakat boleh bercakap Islam dan berceramah tentang kebenaran yahudi pun boleh buat! Biasalah seorang yang lepas bersyarah Islam kemudian tengking, herdik anak isteri. Tentu Allah tak suka orang berpura-pura atau munafik denganNya.


3-SB kata Hj Halim pembohong. SB kata Abuya pembohong.

Penjelasan:
Bohong Hj Halim dengan bohong Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi tak sama. Yang satu bohong yang haram. Yang satu bohong yang wajib. Allah terima yang satu dan menolak yang satu lagi. Pernah Sahabat berhelah atau berbohong di medan perang itu bijaksana dan dapat pahala. Tapi kalau bohong untuk cari makan haram hukumnya.


4-Saya tak nampak Al-Quran dan As Sunnah di tegakkan dalam kepimpinan Rufaqa.

Penjelasan:
Bukan semua orang boleh melihat semua hal. Lebih-lebih lagi ramainya orang tak boleh melihat kebenaran para Rasul-Rasul, para Mujaddid. Namun ukurannya kebenaran tetaplah kebenaran, manakala kebatilan tetaplah batil. Kalau yang benar itu makin diikut, makin dekat kepada taqwa. Manakala syaitan kalau diikut makin jauhlah seseorang dari cara hidup Islam yang diajarkan Allah dan rasul (Al Quran dan As Sunnah).


5.Malunya mengaku Tun Ghafar nak bagi jawatan.

Penjelasan:
Rasulullah SAW pernah membuatkan para sahabat malu melalui menandatangani perjanjian Hudaibiyah. Namun sejarah membuktikan bahawa Rasulullah SAW benar. Kerana setahun sesudah itu berlaku futuh Mekah.


6.Kami sorokan kelemahan Us. Ashaari selama ini kerana kami hormat.

Penjelasan:
Double standard. Kenapa hormat seorang yang penuh kelemahan? Jangan-jangan sorok kepentingan dan kepura-puraan. Tak sepatutnya anda masuk jemaah Abuya Ashaari Muhammad yang banyak kelemahan itu.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 10:00 AM | Show all posts
7.Ummu Jah nak rampas kedai Salehuddin di Perlis, kena halau. Muka tak malu.

Penjelasan:
Solehuddin itu suami kepada anak saudara Ummu Jah. Mereka makan duit haram kerana mengambil kedai jemaah. Kemudian memusuhi Abuya dan jemaah. Ummu Jah nak selamatkan keluarganya dari api neraka. Jadi dia usahakan supaya Solehuddin dan isteri bayar hutang jemaah. Sekarang jemaah buat tuntutan menggunakan peguam. Moga-moga Allah selesaikan didunia dan tidaklah lagi terhukum diakhirat.


8.Kata Rufaqa ada tujuh ratus rangkaian, tapi hutang ayam Selayang ratusan ribu tak bayar. Makan duit hutang ke Rufaqa. Biar papa asal nampak hebat.

Penjelasan:
Memang Rufaqa menanggung hutang-hutang yang dibuat oleh Arqam jemaah kita dulu.. tapi sekarang, perniagaan ayam di Selayang berjalan semula. Hutang dapat dibayar setiap bulan RM 5,000.00. hutang semasa tiada. Baki hutang masih RM 200,000.00 dengan persetujuan pihak pemuitang.


9.Kalau Us. Ashaari pemimpin yang dipimpin Allah, kenapa dia lantik Jundullah itu, penjual VCD lucah?

Penjelasan:
Allah bukan sahaja lantik penjual VCD lucah. Dia lantik juga penipu, perompak, kaki perempuan, pemain seks gila, orang gila kuasa, pemarah, perungus dan lain-lain mazmumah. Dalam satu tempoh dengan tujuan mendidik dan memberi peluang. Tapi bila Allah sudah tutup peluang, tahulah Allah buatkan Abuya hukum mereka sepadan dengan kejahatan.


10.Kesihan Sahibul Rufaqa, menipu anak buah. Tapi sekarang sudah tidak dipedulikan orang. dia pemimpin zalim, berselindung dengan agama.

Penjelasan:
Orang kafir Quraisy pernah berkata kepada Rasulullah SAW kesian Muhammad kerana gila kuasa, gila wanita dan gila harta, sanggup memecah belahkan kaum, main sihir dan sesat.


11.Kalau Us. Ashaari itu pemimpin, dia tak akan tulis buku fitnah orang. tiada wali yang fitnah orang. Sahibul Rufaqa sahaja yang suka fitnah orang. Konon Sahibulzaman tak malu. Patutlah Allah kunci mulut. Mana ada pemimpin bisu?

Penjelasan   
Sewaktu perintah perang itu Allah keluarkan sebagai menyahut undangan perang pelakuan musuh, orang-orang munafik berkata,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-6-2006 09:45 AM


simpatiku kepadamu wahai saudara....


simpati ana juga kpd enti.. bertaubatlah dan kembalilah kpd aqidah yg shahih selagi Allah beri peluang pd kamu.. jika terpesong aqidah esok2 kat kubur x der ler roh ashaari nak bg syafaat kat kamu psl dia sendiri pun blm tentu lepas drp hisab.. waktu tu menangis hingga keluar airmata darah & menyesal bagaimana sekalipun dah tak der gunanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 21-6-2006 08:17 PM


simpati ana juga kpd enti.. bertaubatlah dan kembalilah kpd aqidah yg shahih selagi Allah beri peluang pd kamu.. jika terpesong aqidah esok2 kat kubur x der ler roh ashaari nak bg syafaat kat k ...


Jangan perasan aqidah org2 rufaqa dah tak sahih....suluh ilmu di dada tu dulu...sebelum beri statement yg ada ciri2 sombong perasan abihh yg aqidah hang tu dah sahih...

Hujah ilmiah tadak...habuk pun tadak hang kat sini sebagai newbie...tetiba mencelah nak saran org2 rufaqa kembali pada aqidah yg sahih....jangan syok sendiri laaa bebbb....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 21-6-2006 04:42 PM
hehe, dulu nak bunuh aku, skang nak tendang aku..INDAHNYA AJARAN ARSEARI....hik hik hik..

tak silap aku dah berbulan aku tak masuk sebab aku bz, tetiba pulak ada macai2 spam mailbox aku.

arseari, badut2 dibawahmu aku kagumi

assalamualaikum///


Hang nih snake...ada bukti ka yg spam mailbox hang tu org2 rufaqa...? Apa bukti? Sepanjang aku rapat dgn org2 ruraqa...depa2 ni tak pernah diajar utk layan species manusia mcm hang nih...tak dak pekdah pada perjuangan Islam...kat sini pun si tatie dan mawar merah tu pun buat dekk je kat hang kecuali sekali-sekala jika dah perlu sangat....

Tapi aku tak heran kalo ada org spam hang punya mailbox...bila nengok kelaku hang dlm forum nih...memang hang sentiasa mengundang musuh dr peminat dan pemsimpati rufaqa...hik hik hik....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 22-6-2006 10:06 AM

Hujah ilmiah tadak...habuk pun tadak hang kat sini sebagai newbie...tetiba mencelah nak saran org2 rufaqa kembali pada aqidah yg sahih....



mungkin dia newbie kat sini, tp tentang rufakak & kesesatannya, ko ingat suma org "newbie" ka??
dia dah bertahun2 penah ikut asaari, ko ingat dia newbie yg tak layak bagi pendapat ttg asaari & rufakak??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 22-6-2006 10:06 AM


Jangan perasan aqidah org2 rufaqa dah tak sahih....suluh ilmu di dada tu dulu...sebelum beri statement yg ada ciri2 sombong perasan abihh yg aqidah hang tu dah sahih...

Hujah ilmiah tadak... ...


tak mengapa le guys...itu pahala percuma dari Allah SWT...bila ada org hina, kutuk dan marah kita atas sesuatu perkara yg dia sendiripun TIDAK FAHAM dan TIDAK MENGERTI apa yg dia sendiri katakan..ibarat org yg meracau baru terjaga dari tidur, cam tu ler perangai depa sekrg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:43 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (5)
22/06/2006


Petikan buku" Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina" yang akan terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Mariam Hj Shafiee


Bab 3: ABUYA ASHAARI MUHAMMAD SAKIT

Tidak lama selepas bebas dari ISA, Abuya jatuh sakit teruk.Allah pula ISAkan beliau. Tak bolehlah Abuya aktif lagi nampaknya. Bergembiralah musuh Abuya Ashaari Muhammad kerana sakitnya beliau satu hujah besar untuk mereka menganggap Abuya memang sesat dan dikutuk Tuhan dengan sakit kuat.

Bekas-bekas Arqam yang menentang berkata Abuya kena mubahalah dan lenyaplah keyakinan mereka kepada Abuya Ashaari Muhammad sama sekali. Walaupun semua anak buah Arqam sudah kembali pada Abuya Ashaari Muhammad tapi tidak dengan mereka.

Soalannya mengapa pengikut Abuya Ashaari Muhammad makin ramai?. Mengapa mereka tidak jadi macam kumpulan penentang?. Apa yang mereka fikirkan  hingga mereka boleh ikut Abuya semula?.

Sebenarnya Allah memisahkan yang hak dan yang batil. Allah membuat tutupan sehingga yang batil jangan mencampuri urusan-urusan kebenaran. Sakit Abuya dilihatkan kepada orang di belakang tutupan sebagai penghalang untuk mereka kembali. Walhal kepada orang-orang yang benar Allah fahamkan begini:-

1. Sakitnya orang Tuhan bukan kutukan tapi kasih sayang. Allah bercinta dengannya melalui itulah. Buktinya,

i) Bila Allah merindui Nabi Ibrahim, Allah tarik kepada-NYA dengan lastik ke api. Sakitnya Nabi Ibrahim bila Allah buatkan bapanya sendiri yang lastik dirinya. Bergelak ketawalah Namrud dan orang-orangnya. Menangislah pengikut Nabi Ibrahim kerana menyangka kebenaran berakhir disitu.Di dalam api, hinanya kejadian itu, selama 40 hari. Demikian cinta dan rindu Allah.

ii) Nabi Musa AS lagi dahsyat!. Dihari-hari disangka menang dia kena terjun laut. Gambarkan Nabi dikejar orang dan kena terjun laut. Pemerhati tentu hairan kenapa Tuhan azab orang-Nya begitu sekali?.

iii) Nabi Muhammad SAWdua puluh tujuh kali pergi ke medan perang. Berperang-peranganlah dalam keadaan sungguh ngerinya. Berlompatan, berlarian, bertetakan, dikepung, diserang dengan pedang. Aduh, mengapa kekasih dibuat seteruk itu?. Demikianlah kekasih-kekasih mampu menerima cinta Agung dari Tuhan.

iv) Nabi Yunus AS empat puluh hari dalam perut ikan. Kalau anda disuruh pilih, samada ditelan ikan Nun atau sakit teruk dikatil, mana satu anda pilih?. Nampaknya Allah memilih kedua-duanya untuk orang-orang-Nya.

v) Nabi Noh AS dilambung gelombang besar yang membunuh. Sakitnya bila anak dan isteri menolak seruan. Menunggu air surut matilah yang difikirkannya. Sakitnya untuk mendapat cinta Tuhan.


Benarlah kata-kata Rasulullullah SAW
揙rang yang paling kuat iman, paling kuatlah ujian Tuhan padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 22-6-2006 10:24 AM



mungkin dia newbie kat sini, tp tentang rufakak & kesesatannya, ko ingat suma org "newbie" ka??
dia dah bertahun2 penah ikut asaari, ko ingat dia newbie yg tak layak bagi penda ...


ahaaa...ini menunjukkan hang kenai la yer si newbie sorang ni secara peribadi...sampai claim yg dia penah bertahun2 ikut abuya...hehehe...kan senang kalo si newbie ni declare..aku sebenor2nya adalah forumner lama kat sini dan bekas al-arqam gak mcm kopi topi tu...saje2 je register nick baru sebagai newbie...ha ha haha...abih citer

Tak pun ckp je teruih-terang aku ni sebenor2nya ialah kopi topi...kalo segan nak ngaku...pm je aku wahai en kopi oiii...miaah hahahaha....

Tapi kalo jangkaan aku ni meleset yg hang berdua ni bukan org yg sama....aku mintak maaf bebanyak nooo....tak bermaksud nak fitnah hang...aku syak jerk bila hang kata "dia dah bertahun2 penah ikut asaari" ...BUKANKAH ITU IDENTITI DAN PENGAKUAN HANG SEBAGAI EX ARQAM KAT SINI...dah tu siap lekas2 jadik pembela kat si newbie ni pulak...tau tak statement pembelaan hang kat atas tu...memerangkap diri hang sendiri hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:54 AM | Show all posts
ke situ pulak peginya...
hmm... entahlah..
ku serahkan urusan ini kpd Allah Yang Maha Tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2006 11:25 AM | Show all posts
Amboi Guys.... bila post dgn nama Guys ni lain macam je bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 22-6-2006 10:54 AM
ke situ pulak peginya...
hmm... entahlah..
ku serahkan urusan ini kpd Allah Yang Maha Tahu


hehehe...itu la...lain kali kalo tak nak org lain ke situ pulak peginya..jgn gatai nak 'memancing' spekulasi org....bila dah terkena batang hidung...pandai pulak bersikap escapism dgn statement "ku serahkan urusan ini kpd Allah yg Maha Tahu"...tadi bukan main bersemangat membela campur tangan...kan bagus kalo awal2 mcm tu.....tak timbul fitnah org pada diri hang dgn statement tak bijak hang tu...

Ini sama la mcm sikap forumner si abuaya tu...newbie gak tapi kurrr...semangat...dia punya kutukan pada rufaqa dan abuya mmg tahap cipan, iaitu hanya akan muncul dan mencelah memanaskan suasana bila time nak menghentam guna bahasa tahap gila babasss dia tu...bukankah sikap sedemikan seolah2 mengambarkan forumner lama yg benar2 mengikuti perbincangan mengenai abuya dan rufaqa ini tapi berselindung di balik nick baru..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 22-6-2006 11:25 AM
Amboi Guys.... bila post dgn nama Guys ni lain macam je bunyinya


Heh heh...antique pun dah syak kat aku ke...no problem...tapi jgn bimbang...
Bagi aku mmg setiap kali bila Guys muncul...ini ler identiti aku, tak kan ubah punya...hehehe jgn sdri antique tak tau...tapi aku jarang ngat dpt masuk...sekali2 je...

Lepaih ni...ntah bila pulak dpt masuk...maklum le komputer pun kongsi2...ikut dan mana dpt guna....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 22-6-2006 11:36 AM


Heh heh...antique pun dah syak kat aku ke...no problem...tapi jgn bimbang...
Bagi aku mmg setiap kali bila Guys muncul...ini ler identiti aku, tak kan ubah punya...hehehe jgn sdri antique tak  ...


Rasa2 kat 4 bulan nick Guys ni tak muncul!

Alhamdulilah muncul kembali!

Teruskan perjuangan mu menegakkan kalimah Allah yang maha suci. Serta berlembut sesama manusia agar sama2 mengasihi Allah Taala.

Persetankan musuh2 Rufaqa tu. Buat apa pun semua tak kena pada pandangan dia orang!!

Baik usah dilayan jer....

Salam buat Guys!

:love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057182 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list