CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

All About Sekolah Kluster -

[Copy link]
Post time 15-4-2007 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by cityphg at 15/4/2007 01:49 PM


mana ada ejaan kluster dlm English? cluster adalah...cadangannya tukar ke sekolah gugusan..tapi cam tak glamor lah pulak..'Sekolah Gugusan'.. kot tak de pulak sekolah2 cemerlang nak apply sek ...



alaaa nak melayukan perkataan cluster tu jadik kluster la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


cityphg This user has been deleted
Post time 15-4-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by coyotemawi at 15-4-2007 03:18 PM



alaaa nak melayukan perkataan cluster tu jadik kluster la..  


tu lah asyik2 nak guna istilah inggeris..istilah b.melayu berlambak2 dlm kamus..maleh tgk kamus rujuk lah pakar2 yg juga berlambak2 di luar sana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by cityphg at 15/4/2007 09:50 PM


tu lah asyik2 nak guna istilah inggeris..istilah b.melayu berlambak2 dlm kamus..maleh tgk kamus rujuk lah pakar2 yg juga berlambak2 di luar sana..



ntah...tipun aje officer kat dbp nun...
Reply

Use magic Report

cityphg This user has been deleted
Post time 16-4-2007 09:29 PM | Show all posts
Agaknya sape yg cadang guna nama kluster ni..tok menteri kot?..org bawahan takut nak pertikai pakai setuju je..nak buat sesuatu dasar baru pun teliti bebetul nama tu kot jadi pertikaian org..jgn ingat kita dok nunnn..di atas kita betul belaka..walahal ramai pakar2 bahasa kat luar kita tak nak tanya pendapat derang 2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 10:42 PM | Show all posts
kenapala sekolah aku tak da plan nak melawat sekolah kluster ni? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:51 AM | Show all posts
Aku pun rasa cam nak suruh je sekolah aku anjur lawatan ke sekolah kluster ni.. nak tgk camne pengurusan diorg.. boleh kita belajar kat situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2007 09:59 AM | Show all posts
Aku pun rasa cam nak suruh je sekolah aku anjur lawatan ke sekolah kluster ni.. nak tgk camne pengurusan diorg.. boleh kita belajar kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 20/4/2007 09:59 AM
Aku pun rasa cam nak suruh je sekolah aku anjur lawatan ke sekolah kluster ni.. nak tgk camne pengurusan diorg.. boleh kita belajar kat situ...




memang...aku rasa banyak menda kita bule belajar..
cara derang bahagi masa antara kuarga n kerja sekolah..
filing system derang..
module...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 03:40 PM | Show all posts
boleh bagi autonomi.. tapi KPI dia mesti diberatkan pada result kurikulum.  Kalau specialized school macam sekolah sukan the KPI dia should be set accordingly la.  Keceriaan, kecantikan should be less than 10%.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by rikiruj at 20/4/2007 03:40 PM
boleh bagi autonomi.. tapi KPI dia mesti diberatkan pada result kurikulum.  Kalau specialized school macam sekolah sukan the KPI dia should be set accordingly la.  Keceriaan, kecantikan should be ...




aku takut ..
cigu makin sibuk cat pasu..
n jaga kawasan..
n sibuk ngan files..n document seme

yerla..sebb banyak sekolah nak lawat
nak tngok itu ini...
reputasi kena jaga gak tu..
Reply

Use magic Report

cityphg This user has been deleted
Post time 20-4-2007 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by coyotemawi at 19-4-2007 10:42 PM
kenapala sekolah aku tak da plan nak melawat sekolah kluster ni? :stp:


Insyallah..jadi plan sek aku akan ke sekolah kluster awal Mei...Teruja pulak kami ni..Kau plan lah sesama cikgu2. Gali  n kongsi ilmu dengan cikgu2 di sekolah kluster..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:14 PM | Show all posts
Sekolah yang PS mengajar sekarang...SPR(sekolah prestasi rendah)

Terasa jauhhhhhhhhhhhhh benar beza budaya sekolah dan cara kerja guru n pengurusan amnya.... yang pasti....Rilexxxx...up skit..AFUNDI EBI!...heheheh

Ok la jugak....setelah penat keje hampir 8 thn di sekolah harapan negara..johan itu..johan ini...3K la... Sekolah Selamat laa....

Tapi yang PS kesian...pelajar la...coz pengurusan yang tak mantap.... mmg la effect motivasi pelajar.... takat cam kita guru biasa ni.... takat bole bagi cadangan je la... tapi mana mungkin nak lebih2...baru je 3 bln kat sekolah baru... kang org kata ngada2nya cikgu baru tu...mcm la dier pengetua
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by PeminatSiti at 21/4/2007 12:14 PM
Sekolah yang PS mengajar sekarang...SPR(sekolah prestasi rendah)

Terasa jauhhhhhhhhhhhhh benar beza budaya sekolah dan cara kerja guru n pengurusan amnya.... yang pasti....Rilexxxx...up skit..AFUNDI EBI!...heheheh

Ok la jugak....setelah penat keje hampir 8 thn di sekolah harapan negara..johan itu..johan ini...3K la... Sekolah Selamat laa....

Tapi yang PS kesian...pelajar la...coz pengurusan yang tak mantap.... mmg la effect motivasi pelajar....
takat cam kita guru biasa ni.... takat bole bagi cadangan je la...
tapi mana mungkin nak lebih2...baru je 3 bln kat sekolah baru...
kang org kata ngada2nya cikgu baru tu...mcm la dier pengetua




aku nak bagitau satu..
kejadian kat sekolah aku..
cigu baru tu cam professor serba tau..
boss pun the next year tu buh macam2 post utk dia
rupa2nya dia cakap tak serupa bikin..
terus boss tendang dia dok tepi..
sampai sekarang...
amik la iktibar dari cite aku tu PS..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by coyotemawi at 19-4-2007 10:42 PM
kenapala sekolah aku tak da plan nak melawat sekolah kluster ni? :stp:


How do you know sekolah kluster dah diimplementkan? Mac rasa belum start apa2 lagi kut.....

Kita ni biasalah.... masa launching gah kemain. Masa implementation, lembab sangat. Kut org Kementrian baca statement mac ni, pls tak it positively and pls prove me wrong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 21/4/2007 08:46 PM


How do you know sekolah kluster dah diimplementkan? Mac rasa belum start apa2 lagi kut.....

Kita ni biasalah.... masa launching gah kemain. Masa implementation, lembab sangat. Kut org Kem ...



mac..mmg la belum
tapi sekolah2 yang terpilih ni
sebelum dipilih nazir2 dah datang dan tengok dan dah gali...

jadik..mesti la sikit sebanyak sekolah tu mmg bagus dari seme segi
kalu tak, takkan terpilih kan?

mmg kalu tak silap belum lagi dilaksanakan
para pengetua baru meeting..
maybe tak lama lagi akan kuar la bermacam2 arahan..
selamat bertugas cigu2 sekolah kluster...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2007 07:04 AM | Show all posts

Orientasi Kluster - Program Kaunselling

Orientasi Kluster - Utusan, Unisel mulakan di Sarawak
Oleh Wahid Hashim

UTUSAN Malaysia, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, dengan sokongan Kementerian Pelajaran - melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak - akan menganjurkan program Seminar Kaunseling Peringkat Negeri Sarawak 2007 pada 30 April 2007.

Program itu bertujuan mempromosikan orientasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) melalui modul pembangunan modal insan, menggalakkan sekolah terpilih mempraktikkan amalan Sekolah Kluster serta memupuk kemahiran mengurus potensi sumber manusia dalam kalangan guru kaunseling.

Bagi peserta pelajar pula, semangat mereka akan dibakar melalui sesi Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS).

Tema seminar ialah Menjana Modal Insan Cemerlang Peringkat Negeri Sarawak 2007, yang akan dihadiri oleh 200 peserta guru dan 250 peserta pelajar.

Pemilihan SMK Batu Lintang di Kuching, adalah berdasarkan inisiatif berterusan keseluruhan warga sekolah itu meningkatkan prestasi akademik, pengurusan, kokurikulum, keceriaan dan lain-lain bidang - serta mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Paling terbaru, pelajar sekolah itu, Kelvin Tak Lek Chiong, 17, akan mewakili negara ke pameran Intel International Science and Engineering Fair (Intel ISEF) Ke-58 di New Mexico, Amerika Syarikat. Kelvin akan membawa ciptaannya tentang baja daripada sisa bahan buangan isi rumah yang diadun dengan cebisan sisa daun lada hitam (pepper).

Kajian itu beliau namakan Effective use of compost to maximize crop yield and sustain soil fertility, telah memenangi hadiah pertama kategori individu semasa Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2006.

Turut mengiringi Kelvin ke New Mexico nanti ialah sekumpulan pelajar dari Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad Shah Pekan, Pahang iaitu Mohammad Ashraaf Raiez Mohammad Ridzuan, 16, Aminuddin Abdul Raheem, 16 dan Muhammad Na'im As-Siddiq Wan Hasamudin, 17. Ciptaan mereka dinamakan Bio-ethanol from banana as an alternative bio-fuel, memenangi tempat pertama berpasukan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2006.

Antara lain, objektif seminar itu adalah seperti berikut:

1. Peranan Utusan Malaysia dan UNISEL sebagai pihak swasta yang menyokong dalam menyebarkan agenda PIPP.

2. Memangkinkan kerjasama pintar antara sekolah dengan institusi pengajian tinggi.

3. Membangunan modal insan melalui rogam kaunseling oleh profesional dan pakar.

4. Membangunkan konsep dan idea Sekolah Kluster di sekolah terpilih dan yang berminat.

Bagi program yang akan diadakan di SMK Batu Lintang itu, antara yang dicadangkan adalah supaya pihak Unisel menyediakan program smart partnership dengan pihak sekolah atas permintaan pengetua, seperti menyediakan program lawatan beberapa pelajar SMK Batu Lintang ke Unisel.

Selain itu, beberapa elemen PIPP akan diserapkan ke dalam program ini (semasa ceramah). Sebagai pengukuhan, pihak UNISEL akan mengadakan mini pameran tentang peluang dan ruang ke universiti itu.

Dua orang tokoh pendidikan, iaitu pakar motivasi, Dr. Ismail Zain dan Dekan Sekolah Pendidikan Unisel, Prof. Madya Dr. Ab Rahim Selamat akan memberi ceramah Menangani Kerenah Pelajar dan Mencorak Sikap (Attitude Reengenering).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2007 11:41 AM | Show all posts
skolah aku pon jd skola kluster...mid year-exam nih kena rombak blk klas...tension gla...dhla saingan sengit...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by af_1993 at 2/5/2007 11:41 AM
skolah aku pon jd skola kluster...mid year-exam nih kena rombak blk klas...tension gla...dhla saingan sengit...:@ :@



fuiyooo..kesian cigu kelas kan ker?
kenapa tak buat awal tahun depan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2007 10:26 PM | Show all posts
Pengetua, guru besar sekolah kluster ke UK
Oleh Syuhada Choo Abdullah


Program intensif tingkatkan tahap kepemimpinan, pengurusan


PENGETUA dan guru besar sekolah kluster atau kumpulan sekolah cemerlang (KSC) akan mengikuti program intensif yang direka khusus dalam aspek kemahiran kepemimpinan serta pengurusan di United Kingdom (UK), September depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelaksanaan program itu selaras pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelajaran dan University of London-Kings College, Mac lalu.

Justeru, beliau berkata, pemimpin sekolah kluster terbabit akan menjalani latihan peringkat awal di Institut Aminuddin Baki (IAB).

揘amun untuk program ini, kementerian akan membuat saringan terhadap pengetua dan guru besar berkenaan.

揇alam konteks ini, antara aspek utama diambil kira ialah dari segi umur di mana pengetua dan guru besar yang bakal bersara sama ada tahun ini ataupun tahun depan, mungkin tidak akan terbabit.

揗ereka akan digantikan dengan calon lain yang dikenal pasti bersesuaian seperti penolong kanan atau bakal pemimpin sekolah berkenaan.

揑ni supaya peserta program itu dapat memanfaatkan ilmu diperoleh untuk memimpin sekolah kluster dalam jangka masa perkhidmatan yang lebih lama.

揝elain itu, aspek kemahiran berbahasa Inggeris juga diberi penekanan kerana pelaksanaan kursus dan projek penempatan dalam program itu menggunakan bahasa berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 08:59 PM | Show all posts
揇alam konteks ini, antara aspek utama diambil kira ialah dari segi umur di mana
pengetua dan guru besar yang bakal bersara sama ada tahun ini
ataupun tahun depan, mungkin tidak akan terbabit.

揗ereka akan digantikan dengan calon lain yang dikenal pasti bersesuaian seperti penolong kanan atau bakal pemimpin sekolah berkenaan.


hmmm habisla peluang boss aku hehehehe
termasukla PK aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070129 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list