CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 14-12-2009 10:38 AM | Show all posts
sambung lagi...
makin best ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 11:37 AM | Show all posts
perjumpaan?
boleh!!aku nak ikut!!!
fizziany Post at 13-12-2009 13:52


join fiz...ramai2 kumpul beshhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:00 PM | Show all posts
cara diarog berkawan pun kelakarkan...., best cam tue., tak terikat & terkongkong, rasa cam free jer...hehehehehe
ee, geram la plak ngan si daniel nie.., sesuka ati jer suruh jauhkan diri dari Farid...
nnti mesti diana rasa lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:04 PM | Show all posts
perjumpaan?
boleh!!aku nak ikut!!!
fizziany Post at 13-12-2009 13:52


Fizz meeh  arrr  tgk kat rmh detox bercinta lagi tu..... latest page tu kat n3 kaypo dia da list name yg nak join...meh arr gi sama haku ada perkara nak tanyer ko ni he he he
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:19 PM | Show all posts
Fizz ni haku copy dari rmh detox page 43.... post dari kaypo
so ape klu ko nak ikut sama ko blh pm kaypo or letak nama ko kat situ yg nak jmpa ni pun semua geng2 yg membaca kat forum nilah

date : 26 December 2009 - aku cadangkan lepas zohor dalam kol 2pm...jadi senang sikit nak berjam jam duduk..tak delah terlewat solat...lunch crowd pun kurang dah masa tu..tak menggangu org lain nak lunch...

List (nama yang aku tertinggal...korang isi dgn no turutan ya)...
1. Detox
2. Ifah  Anak Pak Kassim
3. Qimi
4. Jaza
5. Sya Adilla
6. Kaypo
7. Uda08_za
8. hh_hs
9. chengkeh
10. norim
11. lyza24
12. Smiley Sang Arjuna - confirm join?

yang lain lain sapa nak join..sila ambil no giliran.....next no. is 13
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 04:21 PM | Show all posts
x de n3 ke ari nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2009 09:30 PM | Show all posts
date :  ...
qimi08 Post at 14-12-2009 12:19


nomot 13: Fizziany!!!!
ada soklan..kat mana nak buat?jgn wat klaka kata kat London lak!aku sekeh sekor2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:45 PM | Show all posts
“Jauhkan diri dari dia. Jangan sampai dia pun suka kat Di. Lagi susah nanti…”tutur Daniel dalam nada tegas. Diana terkedu. Bolehkah aku lakukannya?

“Sebelum sejarah lama berulang semula, abang nasihatkan Di, stop playing this game.Faham?” soal Daniel. Diana serba salah.

“Tapi…” Lututnya digaru. Diana makin bingung.

“Agaknya Di lupa apa yang Hadi dah buat pada Di? Agaknya Di dah lupa apa yang Di dah buat sebelum ni….” Daniel menarik nafas panjang. Marahnya datang kembali. Diana terdiam.

“Dulu Di pernah cintakan Hadi yang lebih muda dari Di. Di kahwin dengan dia. Ayah, ibu…abang…walaupun kami tak suka Hadi, tetapi, sebab kami sayangkan Di, kami restui jua. Kami turuti segala kemahuan Di. Di satu2nya anak perempuan dalam keluarga ni. Di satu2nya adik abang. Kami mahukan satu majlis perkahwinan yang meriah untuk DI. Sampai semua orang akan bercakap tentang majlis itu. Tapi, Di tolak. Di cakap, Hadi tak mahu. Kami ikut juga kemahuan Di….Lepas kahwin, Hadi bawak Di tinggal di Penang. Tiap2 minggu kami pergi ke Penang semata2 nak melawat Di. Tapi, Di tolak jumpa  kami. Di bagitau Hadi tak benarkan Di keluar rumah. Kami mahu pengajian Di disambung. Tapi, Di berhenti belajar. Di bagitau Hadi nak Di duduk di rumah saja….” Daniel berhenti seketika. Air pancut kolam direnung.

“Hancur luluh hati kami Di. Kami benar2 terasa kehilangan Di. Kami faham, isteri harus berada di bawah telunjuk suami. Tapi, kami benar2 rasakan tindakan Hadi benar2 tak masuk akal. Kami tahu, Hadi terlalu sayangkan Di sampaikan dia terlalu bimbang Di jatuh ketangan orang lain hingga sanggup mengurung Di di rumah berbulan2 lamanya sampaikan kami pun tak boleh ditemui. Kalau sampai tahap macam tu, sayang jenis apa itu?.”

“Cukuplah Di. Abang, ibu dan ayah sekarang dah terlalu takut untuk melepaskan Di sekali lagi. Kami tak mahu kehilangan Di sekali lagi. Habiskan pengajian Di yang tertinggal dulu, kemudian ibu dan ayah akan bincangkan tentang jodoh Di. Kali ini, biarlah ibu dan ayah yang membuat keputusan. Jangan lakukan kesilapan itu dua kali Di. Kami tak nak lalui saat2 itu lagi..” Daniel merenung setiap inci wajah si adik.

“Di tahu bang…Di takkan pernah lupa apa yang Hadi buat pada Di. Sampai saat ini pun, Di sangat2 berterima kasih pada abang, ibu dan ayah yang telah membawa Di keluar dari neraka tu. Di tahu Di silap. Hadi bukan orang yang baik untuk dicintai. Di mengaku, Di salah. Di tersilap langkah dengan tidak memperdulikan nasihat abang, ibu dan ayah. Sampai sekarang, Di menyesal bang. Sebab tulah,  bila Di mula merasa perasaan sebegini pada Farid, Di cepat2 beritahu abang. Di buntu. Di tak mahu jatuh cinta lagi. Dan kalau boleh, Di tak nak kahwin lagi…Cukuplah sekali itu bang. ..” Diana mengetap bibir. Hatinya berkecamuk saat itu.

Suasana malam yang dingin tidak dapat menyejukkan hati Diana. Masing2 terdiam. Melayan fikiran masing2. Daniel merenung Diana yang tunduk, menyembunyikan wajah resahnya. Rasa kasihannya melimpah ruah bila melihat wajah si adik yang sugul.

Daniel mengeluh. Bukannya dia marah Diana untuk bercinta lagi. Selagi manusia bernafas, selagi itu cinta dan kasih sayang tidak dapat dipisahkan dari jasad. Ia begitu sebati dengan kehidupan. Tapi,  Diana pernah memilih untuk bercinta. Diana pernah memilih untuk berkahwin walaupun bercinta tak sampai setahun. Dan akhirnya, dia diceraikan dengan talak satu. Pelajarannya terbantut. Segala2nya punah.

Sedangkan, sejak kecil, Diana selalu diberi perhatian yang lebih. Apa saja kemahuannya dituruti. Sehinggalah permintaanya untuk berkahwin. Diturut jua walau hati berat. Setelah apa yang terjadi, mereka sekeluarga pasrah. Diana hampir gila selepas kejadian itu. Pantang dibiarkan dia bersendirian, meracau..menangis, hingga mendera hati siapa yang melihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2009 09:46 PM | Show all posts
Lantaran terluka dengan peristiwa itu, Daniel berdendam dengan Hadi. Hari terakhir berjumpa Hadi sewaktu mengambil Diana pulang, muka Hadi ditumbuknya sekuat hati. Hadi melenting. Hampir2 mereka bertumbuk sakan hari itu. Mujurlah keluarga kedua2 belah pihak menarik mereka menjauhi sesame mereka.

Hadi! Dengkel hati Daniel mengingatkan nama itu. Daniel merenung Diana yang masih terdiam.

“Fikir apa lagi?” soalnya. Diana angkat wajah, memandang abangnya.

“Tak payah fikir banyak. Tumpukan pada study. Nasihat abang, buat masa ni, jauhkan diri dari sesiapa saja yang Di rasa boleh buat Di jatuh cinta! Jelas?” tegas suara Daniel menuturkan arahan itu.

Diana tunduk. Perlahan2 dia mengangguk.

“Dah! Jom masuk tidur…dah jauh malam sangat ni…Esok abang belanja Di shopping.Anywhere you wish…Okay?” Daniel bangun. Lengan adik ditarik. Diana ikut saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:46 PM | Show all posts
Farid merenung Diana dari belakang. Kelas sudah hampir tamat. Mimpi apa budak ni tiba2 duduk kat depan? Selalunya duduk belakang, sebaris dengan aku.  Pen di jari dipusing2 360 darjah.

Sebaik kelas tamat, cepat2 Farid mengemaskan buku dan pennya. Beg yang tidak sempat disandang dipegang saja. Dia sudah berada di pintu luar kelas. Deretan pelajar yang berpusu2 keluar dari kelas diperhatikan satu demi satu. Kelihatan Diana dan Lina sedang keluar dari kelas di celah2 deretan pelajar lain.

Farid segera menghampiri Diana dan Lina yang sedang laju berjalan. Lina memandang Farid yang sudah berjalan di sebelah Diana.

“Apasal duduk depan hari ni? Buang tebiat ke?” mata Farid tertancap pada wajah Diana yang dingin.

“Saja..” pendek jawapan Lina. Diana masih membisu. Farid menjungkit keningnya.
“korang nak pergi mana lepas ni?” soal Farid lagi. Pandangannya dihalakan pada Diana yang memandang jauh ke depan.

“Balik asrama kot…kan Di?” soal Lina sambil menyiku lengan Diana.

“Ha’ah!”

Farid memandang Diana. Kenapa budak ni…tak bercakap pulak hari ni…

“Kau sakit mulut ke Di? Aku ada ubat. Kau nak?” soal Farid sambil merenung Diana. Diana terdiam. Wajah Farid dipandang sepi. Ah! Baiknya budak ni…tapi…

Di!!Sedarlah!!Hadi juga sebaik ini saat cinta mula bersemi. Namun, habis madu, sepah disepah2kan…Aduh!!

“Aku takde apalah. Aku nak rehat hari ni..” lemah jawapan Diana. Farid dan Lina saling berpandangan. Farid jungkit bahu. Akur dengan keputusan Diana.

“Okey. Kau balik, rehat banyak2. Esok kita main chess lagi okay?Aku tunggu kau lepas kelas esok..” Farid terus berlalu sebaik menghabiskan kata2nya. Diana ternganga.

“Far..” belum sempat dia memanggil , Farid sudah hilang dari pandangan. Lajunya dia hilang! Macam toyol! Diana menarik nafas payah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:50 PM | Show all posts
Bulan di awan mengambang penuh bercahaya. Langit terang benderang disimbah cahaya bulan. Diana merenung bulan di langit. Meski malam sudah menginjak siang, matanya tidak dapat lelap.


Apa aku harus buat supaya Farid menjauhi aku? Apa aku nak buat supaya dia tak nak berkawan dengan aku lagi? Aku tak boleh nak terus pergi dari dia. Takkan aku tiba2 nak cakap dengan Farid, ‘Farid, aku tak nak kawan dengan kau lagi..’

Mampus dia gelak berguling2 kalau dengar aku bercakap macam tu. Berkawan dengan dia memanglah seronok. Tapi, makin lama aku berkawan dengan dia, aku rasa macam aku mula perlahan2 menyayangi dia. Sedangkan aku dah berjanji dengan diri sendiri untuk tak nak bercinta lagi.

Makin aku sayang dia, makin aku cintakan dia. Makin aku cintakan dia, makin parah luka aku nanti. Lagi parah bernanah luka tu, kalau tiba2 hanya aku yang berperasaan macam ni pada dia. Sedangkan dia tak pernah ada secubit perasaan pada aku.

Dia sukakan aku tak? Hati Diana berteka-teki sendiri. Diana masih merenung terangnya malam berlampukan bulan penuh. Kalaulah ibu dan ayah tahu apa yang aku rasa sekarang, mati aku! Aku akan dituduh menggali lubang kubur sendiri. Tak pernah mengambil iktibar dari apa yang pernah berlaku.

Diana tunduk. Aku kena lakukan sesuatu! Farid harus aku jauhi. Lagipun, jika benar Farid seorang yang baik seperti yang aku sangka, dia sebenarnya layak mendapat perempuan yang lebih baik dari aku. Bukan seorang perempuan yang sudah bergelar janda! Bukan seorang perempuan yang lebih tua darinya! Bukan seorang perempuan yang kasar seperti aku!

Jendela biliknya yang berada di tingkat 4 asrama itu ditutup.  Diana bangun dari kerusi lalu merebahkan badannya ke tilam. Esok Farid akan tunggu aku di kelab ke? Kalau dia tunggu macammana? Ah!! Biarlah sampai berjanggut dia menunggu kat depan kelab sekalipun! Aku peduli apa! Diana menutup matanya. Ingatannya terhadap Farid masih bersisa. Tidurlah mata! Esok jangan kau jelmakan Farid di hadapan aku lagi…
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:53 PM | Show all posts
alamak...siannya kisah si Diana ni...

next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 10:04 PM | Show all posts
Fizz..meh arr gi sama haku ada perkara nak tanyer ko ni he he he
qimi08 Post at 14-12-2009 12:04


aiyyyakkk...kau nak tanya apa ni Qimi..
macam seram ja soalan kau....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:21 PM | Show all posts
Fizzi...baik baik...Qimi ada soalan soalan cepumas buat ko tu.....jgn lupa bawak payung...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 08:45 AM | Show all posts
ooo...ada black story rupanya si Diana nie...
tapi kesian lak ngan si Farid nie...
pape pun x sabo nak tunggu n3...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 09:24 AM | Show all posts
127# fizziany

Weh nanti aku srh kaypo pm ko lah
sbb next week haku luar kawasan liputan...
25/12/09 baru ada diklang valley haku srh kay masuk name ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2009 01:25 PM | Show all posts
Alamak Fizzi,

Sedih la citer ni..mesti lepas ni bab kejar mengejar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 02:54 PM | Show all posts
Alamak Fizzi,

Sedih la citer ni..mesti lepas ni bab kejar mengejar ni...
jijah Post at 15-12-2009 13:25



NEXT...FIZZI...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 04:19 PM | Show all posts
sambung lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:07 AM | Show all posts
Fizz mana n3  ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.195797 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list