|
Reply 120# nazurah
kak naz , entry ni umum kan? mek nk highlight colour hijau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 121# jingga007
ya mek jingg... umum, boleh dibaca oleh anak-anak dan emak-emak juga warga di antaranya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 122# nazurah
ok .. ok bagus
ai dh highlight |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nazurah
Kejam giler ending
bintang Post at 21-11-2010 21:13
macammana dgn bintang,( macit jarang jenguk bod ni...)bintang pun dah ada terbitkan buku juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bile nak de n3 baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shachihata33 at 11-12-2010 19:51
tapi ending RHS tu nizam ngan sofia dan nikahkan... tak sabar nak tau mcm mane kehidupan ikhmal lepa ...
asyriqa Post at 27-4-2010 14:25
baru je habis baca RHS.. hairan juga bila baca RHS 2 ni, cinta nizam ditolak sofia.
kalau ending RHS 1, tiba2 sofia dh kawen dgn nizam...adakah RHS 2 nak menceritakan apa yg terjadi sebelum sofia akhirnya menerima Nizam?
ikut ending RHS, mcm selepas 6 tahun bercerai klu x silap..kiranya RHS 2 ni, mengisahkan sblm 6 thn tu ye?
begitu kah naz?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 127# shachihata33
selalunya dalam novel tak dapat nak diceritakan semuanya justeru siapa yang berpeluang baca dan ikuti kisah tiga sahabat ini di forum inilah yang bertuah |
|
|
|
|
|
|
|
Naz, akak nk nizam ngan sofea |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah beli novel ni, menarik.
Tapi lagi best Lili Buat Najah. |
|
|
|
|
|
|
|
SUDAH empat kali Sofia menolak pelawaan Nizam untuk keluar makan tengahari bersama. Dia sudah kehabisan alasan untuk menolak lagi kali ini. Dalam berat, Sofia ikutkan jua. Nizam sudah menunggu di hadapan pejabatnya dan dia harus turun dengan segera. Sofia menaip status baharu di YMnya.
Rindu nak makan dengan dia. Rindu hendak lihat dia lagi. Apakah dia juga rindu seperti aku?
Lalu dibiarkan YM itu sepi. Sofia mematikan skrin komputernya dan mencapai telefon bimbit. Anak-anak tangga dituruni perlahan. Dia lihat kereta Mazda warna hitam terparkir tidak jauh dari pintu pejabatnya. Dia berjalan ke arah kereta itu. Nizam keluar dari kereta apabila kelibat Sofia muncul di cermin sisi keretanya. Pintu kereta dibuka untuk Sofia dan kemudiannya ditutup kemas.
“Sorry I lambat.”
“It’s okay I am no hurry. Kita nak makan dekat mana?”
“Ikut suka you, I ikut aje.”
“Kita pergi dekat tempat yang kurang orang makan. Senyap sikit.”
Senang hendak berbual kalau tempat itu lebih privasi. Itu maksud Nizam. Kereta terus
dipandu menuju ke arah bandaraya kemudian kereta itu menyusuri jalan Lingkaran Tengah.
“Thai food okey kan?”
Sofia angguk sahaja. Kereta semakin perlahan apabila ia mula menyusuri Jalan Abdul Samad yang berbukit dan berliku. Isyarat kiri dinyalakan dan kereta itu menuruni bukit kecil dan berhenti di sebuah restoran yang asalnya merupakan sebuah banglo lama. TERA THAI, baca Sofia dalam hati. Dia buka pintunya sendiri dan keluar sebelum Nizam sempat sampai ke pintunya.
“Nice place.” Puji Sofia.
“Sedap juga.” Tambah Nizam.
Seorang pelayan yang sudah sedia menunggu di atas tangga membawa mereka berdua ke tempat duduk yang telah ditempah lebih awal. Nizam memilih untuk duduk di balkoni banglo lama itu, luasnya cukup untuk sebuah meja dengan empat tempat duduk dan sepasu besar pohon heliconia sexy pink yang digunakan sebagai teduhan. Angin bertiup mesra menjadikan mereka berdua sedikit selesa.
“Hilman dah okey?” Tanya Nizam setelah makanan dipesan.
“Okeylah sikit… tapi risaulah kerap sangat dia kena asma.”
“Nanti kita bawa Hilman jumpa pakar.”
“Sekarang ini pun sudah doktor pakar yang monitor dia Mal.”
Nizam berdehem.
“Sorry.”
Nizam rasa bersalah. Sudah hampir dua tahun mereka bercerai tetap nama Ikhmal seolah-olah melekat di bibir Sofia, kerap benar dia tersasul.
“Nanti I cakap dengan Kak Jihah untuk dapatkan doktor yang lebih bagus untuk Hilman. Mungkin ubatnya yang tak serasi atau doktornya yang tak serasi.”
Hilman rindukan ayahnya bukan sebab ubat atau doktor, sambut Sofia dalam hati. Tergamak Ikhmal membiarkan Hilman hidup sendiri. Sampai hati Ikhmal buang Hilman macam itu aje, seolah-olah anak itu bukan lahir dari benihnya. Tiga hari Hilman dimasukkan ke wad akibat diserang asma namun bayang Ikhmal tidak pernah muncul. Jangankan harap dia akan datang namun khabar daripadanya juga tidak ada. Yang datang melawat Hilman di hospital hanya kedua orang datuk dan neneknya juga Sharah.
“Dia kecil lagi Zam, doktor nak beri ubat yang bukan-bukan pun susah.”
“Asma, ubat apalah sangat. Semua ubat sama aje. Sakit tu aje yang nak pergi atau tidak.
You pun ada history asma kan?”
Sofia mengangguk. JS nama momokannya di sekolah dahulu, Jihan Semput.
“Kalau dah ibu dia pun asma, anak-anak dia pun sama la.”
“Tapi Sharah okey.”
Sofia rindu pada Sharah yang baharu sahaja diambil Hajah Jamilah semalam. Kalau boleh dia bayar pada Ikhmal agar tidak mengambil Sharah darinya, Sofia sanggup berhutang asalkan Ikhmal tidak ambil anaknya. Mintalah berapa ratus ribu pun, Sofia akan usahakan. Hatinya sudah cukup menderita dipisahkan dengan cinta azalinya apatah lagi melihat anak-anak yang terpaksa dikongsi berdua.
“Sofia…”
“Hmm…”
“Dah fikir apa yang I cakap kelmarin?”
“Dah.”
Hati Nizam berdebar.
“Jawapannya tetap sama Zam. Hati saya belum terbuka untuk berkahwin dengan sesiapapun dan saya tahu awak pun tahu apa yang saya tunggu saban waktu. Bukan saya riak jauh sekali cakap besar, buat masa ini saya tidak fikir soal itu namun saya tidak mampu menentang takdir yang telah ditentukan untuk saya…”
“Dekat dua tahun saya tunggu Sofia.”
“Saya juga Zam.”
Jihannur Sofia masih lagi pencinta yang setia. Menanti saban hari dengan penuh sabar. Harapan tidak pernah datang bersinggah biarpun pelbagai isyarat telah dicanang ke segenap ruang.
“Semalam I jumpa Mal.”
“Dia sihat?”
“Macam dulu jugak kurus aje. Dia baru habis exam.”
“I harap dia dapat buat yang terbaik.” Doa Sofia. Dia rindu hendak lihat Ikhmal tenggelam dalam dunia bukunya. Rasa ringan lidahnya untuk bebelkan kertas-kertas dan buku-buku yang berselerakan di dalam bilik.
“Mal kata dia nak pergi umrah bulan depan.” Cerita Nizam lagi. Sofia hanya ‘hidup’ bila Ikhmal dijadikan bahan perbualan mereka kalau tidak lebih banyak bunyi cengkerik daripada suara Sofia didengarinya.
“Ibu ada beritahu I semalam. Dia orang pergi satu family cuma Sharah aje tak ikut.” Nadanya jelas sedih. Dia pernah memasang impian mahu ke tanah suci dengan Ikhmal. Bukan rezekinya. Nizam mengeluh dalam hati. Bagaimana dia bisa bahagia wanita di hadapannya ini kalau hatinya masih lagi mencintai bekas suaminya? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak sangat deme rujuk semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada entry.hehe.Dah baca semua buku akak naz.semua sedihh.huhuhu.
RHS 2 ni buatla ending happy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 131# nazurah
aku memang tenggelam dlm dunai RHS ni.... bila bab Sofia dan Ikhmal mmg hati aku terkilan sgt...
dlm hati aku mmg nak sofia dgn ikhmal trus walau apa pun terjadi... namun apakan daya...
cinta seorng suami yg tak berupaya mahu lihat isterinya bahagia walau bukan dgn dia....
apa salahnya Ikhmal masih dgn sofia...?? sian hati aku ni... sentiasa sebak dan mendung dgn dunia RHS...
walau terkesan dihati namun aku tetap sokong 100% kat Naz agar RHS 2 ni bakal memberi satu cahaya kebahagiaan
yg tak bertepi buat Sofia, Ikhmal dan Nizam.......
BBU ke Pelangi... hingga ke Setia Tropika.... seolah2 mereka ujud dlm dunia realiti aku.
harap2 RHS2 pun ke versi cetak gak.. walau pun memakan masa yg lama tuk di habiskan....amin...
Good Luck Naz..... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks all... thanks mod for the credits
RHS buah hati saya. sakit ikhmal maka sakit juga hati saya... sedih sofia, maka sedih juga saya. saya percaya dalam ramai yang tak suka ending RHS tu sebenarnya simpati dengan apa yang menimpa ketiga-tiga watak tu...
saya akan cuba tulis yang terbaik untuk semua orang mengikut piawaian sedih yang telah ditetapkan... (QS 90014: EKEKEKE)
LOVE ALL,
NAZ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by anieaina at 11-5-2011 16:40
Reply 135# nazurah
Naz sedih mmg sedih.
Masing-masing cuba setia pada cinta mereka, tapi takdir Allah tidak siapa dapat atasi. |
|
|
|
|
|
|
|
harap kak naz kita tmbah n3 jgn le gantung lame benor.... |
|
|
|
|
|
|
|
oo sambungan rhs sofia.. yg tu dah baca.. mmg x puas hati dengan endingnya.. hope yg ni hepi laa ek |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru jek abis tulis BENING MERAH JINGGA, ini yang ada masa lapang untuk jenguk Sofia dan kekasih2 nya...
niat dihati nak sambung RHS2...
sape nak pegang RHS2 sebagai novel angkat tangan!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|