CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 23-6-2006 04:04 AM | Show all posts
newbie kat sini sbb baru daftar, x bermakna baru kenal forum ni, apatah lg rufaqa'.. sejak zmn al-arqam mmg dah kenal

nak bg hujah apanya, dah berkoyan2 org lain berhujah pun korang buat pekak telinga juga.. majlis fatwa dah haramkan al-arqam, korang selindung atas nama rufaqa'.. bila org suruh kembali pd aqidah shahih, korang melenting..

nak buat macam mana kalau dah set2 jahil tp sombong, org lain nak hulur pertolongan tp korang sendiri yg tolak.. esok lusa jawablah sendiri.. x kan sekali2 ler ashaari nak bg syafaat kat korang.. jauh panggang drp api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 10:46 AM | Show all posts
Hidup kalau kita tak mengikut hadis dan Al-quran alangkah ruginya ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 11:07 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (6)
23/06/2006


Petikan buku" Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina" yang akan terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Meriam Hj Ahmad Shafiee


Bab 4: SURAT UNTUK FITRAH PERKASA
(PAHROL, MAT SALIM, HASHIM AHMAD DAN MD NASIB)



Tuan-tuan yang didoakan,

Setelah memutuskan bahawa Abuya Ashaari Muhammad, keluarga dan jemaahnya sesat, anda pun berjuanglah. Perjuangan pertama, terpenting yang anda lakukan ialah untuk mengumpulkan seluruh ahli Arqam untuk disatukan di bawah pimpinan anda. Terbayanglah diwaktu itu betapa jemaah anda akan benar-benar kuat dengan salah seorang daripada anda akan jadi pemimpinnya dan Ashaari akan mati sebelum mati. Tapi Allah sudah jawab persoalan ini bahawa anda gagal melakukannya.

Anda pun tubuhkan Fitrah Perkasa untuk mendidik Umat sekali gus untuk mencari rezeki halal. Anda dapat peluang-peluang yang baik kerana mendapat restu kerajaan untuk membangunkan Islam.

Berjuanglah anda didalam arus perdana dan bergaya baru demi menjaga hati-hati manusia. Apa kata Allah mungkin kurang dipertimbangkan atau dipertimbangkan dengan irama tafsiran yang baru agar anda lebih bersifat mainstream.

Namun reaksi Allah terhadap perjuangan anda nampaknya sekali lagi gagal. Dibandingkan dengan perjuangan sebelum anda dapat jadi pemimpin kepada ahli jemaah yang begitu taat, yang menanggung kehidupan mewah anda, boleh selalu ke hulu ke hilir di dalam dan luar negara, berkereta mewah dan berdriver, rumah di mana-mana boleh disinggahi, isteri-isteri patuh dan taat setia. Semuanya hanya legenda. Mungkin anda puas atau tidak perlukan itu semua, tapi kalau dapat alangkah baiknya bukan? Apakah rahsianya boleh dapat dan tidak boleh dapat. Moga-moga Allah faham-fahamkan anda.

Mendengar syarahan-syarahan anda, ia kekal masih stail pemikiran gaya Abuya Ashaari Muhammad, Islam yang tidak politik, tidak militan, tapi Islam kasih sayang. Cuba pastikan apakah guru-guru di JAKIM membentuk anda jadi begitu atau guru-guru dari Arqam?

Apa pun, anda perlulah sedari bahawa Allah menghina anda kerana terpaksa hidup di atas menghina guru tapi ilmu siapa yang dicedok, mengalatkan ilmunya lebih terhina kerana dah ramai orang tahu. Dicadangkan anda coraklah Fitrah Perkasa itu dengan sesuatu yang sama sekali tidak meniru dari musuh anda!

Tuan-tuan yang berjuang ,

Sejarah perjuangan Rasulullah adalah sunnah terbesar rujukan utama. Bahawa musuh baginda ialah Abu Jahal dan kuncu-kuncunya serta Yahudi yang kedua-duanya mengaku membawa kebenaran. Mereka sesatkan Rasulullah, sedangkan Tuhan menyesatkan mereka.

Di bumi Mekah yang dijanjikan, mereka berjuang. Perjuangan tiga penjuru yang memaksa bangsa Arab semuanya bertanya-tanya yang mana satukah kebenaran? Allah pun menjawablah dengan menyatakan Muhammad itulah kebenaran. Yakni bilamana akhirnya perjuangan Rasulullah SAW berjaya menguasai Mekah dan Abu Sufian memeluk Islam.

Di Malaysia sejarah itu sedang berulang. Di bumi yang dijanjikan begitu ramai orang mengaku memperjuangkan kebenaran. Allah, Rasul dan orang mukmin melihat dan menilai, keputusan di tangan Allah. Nanti Allah yang akan putuskan siapakah yang benar-benar dari Allah yang semua orang boleh menerimanya.

Kalau begitu anda berjuanglah, tempahlah sejarah. Kami pun akan terus berjuang. Kita akan terima keputusan Tuhan di bumi yang dijanjikan ini nanti.

Ambillah perhatian, wahai orang yang berakal, bahawa kamu semua adalah serpihan dari perjuangan Abuya Ashaari Muhammad. Dalam sejarah, orang-orang serpihan tidak mampu mengendali kapal sendiri. Sebab dia tidak ada kemahiran untuk belayar dalam suasana yang berubah-ubah. Sebab dia ciptaan yang tidak mampu memulakan, lalu bagaimana dia pandai mengakhirkannya? Tanpa menumpang kapal tuan punya kapal, biasanya kecundang, antara kapal politik dengan kapal kasih sayang, cuba anda telahkan mana yang selamat untuk ditumpangi?

Tuan-tuan yang gagal,

Kegagalan adalah guru yang sangat penting dalam hidup. Allah adil menggagalkan anda dalam niat-niat baik yang anda katakan. Sebab dia akan menjawab banyak pertanyaan.

Perjuangan kita dulu membuatkan bekas PM (Mahathir Muhammad) marah dan tangkap. Biasalah seorang yang berkuasa marah bila kuasanya dicabar. Yang orang hendak tahu siapa kalah? Rupa-rupanya hasil akhirnya krisis itu ialah Mahathir jatuh dan oleh Pak Lah bebaskan Abuya dan dibenarkan buat Rufaqa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 11:09 AM | Show all posts
Mengapa Fitrah Perkasa takut sangat Abuya Ashaari Muhammad dibebaskan?

Kalau atas dasar sesat dan takut menyesatkan orang lain konon, rasanya tidak sama sekali. Sebab mereka tahu kalaulah Abuya Ashaari Muhammad betul-betul sesat, jangankan orang ramai tidak ikut dia lagi, bahkan anak-anak, isteri-isterinya pun akan lari. Siapa mahu sesat masuk neraka? Ini bukan cerita sesatlah!

Sebenarnya Fitrah Perkasa ini takut kalau-kalau pengaruh Abuya Ashaari Muhammad akan menjatuhkan mereka. Sebab mereka sudah keterlaluan sangat dalam kerja menjatuhkan bekas pemimpinnya itu. Waktu mereka buat kerja itu dulu mereka amat-amat yakin yang Abuya Ashaari Muhammad tiada masa depan lagi. Tak terfikir langsung oleh mereka Abuya akan bangun semula bersama Rufaqa yang sekarang mempunyai 700 rangkaian seluruh dunia. Justeru bila Allah mentakdirkannya terkejut besarlah mereka. Nak ikut Abuya balik sudah tak mungkin. Sebab dah maki hamun tok guru gila-gila macam orang dah tak siuman. Al Hasil mereka cari jalan untuk menghalang habis-habisan kenaikan Abuya.

Kalau sayalah berada dalam keadaan mereka sebagai pendakwah yang menyeru orang kepada keredhaan Tuhan, tentulah saya akan merujuk kepada Allah dan Rasul dengan bersembahyang hajat, bertaubat, membaiki diri, mendidik anak isteri dengan penuh insaf, memohon agar Allah memberi jalan keluar yang paling selamat. Bukannya bila terlajak, lajakan lagi. Walaupun sudah tahu terlajak. Pendakwah ke macam tu? Takut nanti bawa masyarakat bukan ke jalan Allah tapi ke jalan yang dimurkai Allah.

Cukuplah anda menyakitkan Abuya. Kitakan sudah sama-sama sakit. Takut-takut kalau diteruskan, bukan Abuya yang hancur. Sebaliknya tuan-tuanlah Allah akan hancurkan.

Menurut fahaman Fitrah Perkasa, Hj Ashaari sesat. Yakni terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hukumnya fasik. Aqidahnya rosak. Tapi masih Islam dan satu kiblat dengan semua Umat Islam. Cuma aqidahnya sama dengan Syiah. Ya Allah! Saksikanlah betapa perpecahan fahaman Umat Islam diantara satu sama lain. Tolong satukan fahaman kami Ya Allah! Supaya selamat dari api neraka-Mu.

Abuya itu orang sufi, tarekat dan orang berjuang. Dia melahirkan orang-orang abid dan pejuang. Dia bukan syiah, bukan Wahabi. Itu semua orang tahu. Dia ada buat buku Bahaya Syiah. Dia ada buat buku Menolak Fahaman Menentang Mazhab oleh golongan yang mengaku konon As Salaf. Nak mengaku siapa pun boleh. Bukti mana? Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ada ciri-cirinya yang boleh dikenal dengan jelas. Bukan hanya berteori, berslogan dan berhujah dengan melulu tanpa ilmu.

Fitrah Perkasa tolong keluarkan senarai ciri-ciri yang membuktikan awaklah kumpulan yang Allah dan Rasul itu maksudkan. Buatkan sepuluh ciri yang ada pada kamu dan ada pada Rasulullah SAW dan ada pada para sahabat yang bersifat maknawi. Kalau sebut pun orang tak nampak. Sebutkan cirri-ciri lahir yang dikira hasil daripada rohaniah atau aqidah yang tepat.

Pokok rambutan tentu keluarkan rambutan. Bukti pokok itu rambutan ialah orang tengok buahnya, daunnya, bunganya. Akar dan segala saluran-saluran didalamnya orang tak nampak. Jadi dengannya orang tidak boleh diyakinkan bahawa dia ialah rambutan.

Nak tahu Abuya sesat aqidah ke tidak, dilihat ciri-ciri lahirnya, jemaahnya, keluarganya, ibadahnya, akhlaknya, ekonominya, kebudayaannya. Lebih-lebih lagi sembahyangnya. Kaji sembahyangnya. Anda akan lihat hatinya dan aqidahnya. Kaji melalui bukunya yang tebal-tebal itu. Buku-buku itu tersebar dalam dan luar Negara. Nak tahu Fitrah Perkasa betul ke tak betul, lihalah ciri-cirinya disudut-sudut yang sama jugalah. Peribadi, keluarganya, jemaahnya, perjuangannya, disudut-sudut ibadah, minda, akhlak, pendidikan dan lain-lain.

Cuba bandingkan dua tokoh ini, disitu boleh dambil kesimpulan, siapa sesat aqidah dan siapa pula sistem keyakinannya yang benar. Tolong diambil perhatian! Umat Islam jangan tertipu dengan dakwaan oleh satu golongan kepada satu golongan menyatakan sesat, karut, bohong, fasik dan lain-lain. Jalan terbaik ajak kedua-dua golongan muzakarah, berbahas dan berhujah tertutup atau didepan umum. Kalau nampaknya kedua-dua pihak membawa ulama dan kitab-kitab masing-masing, dengan mudah kita boleh faham persoalan itu adalah salah faham atau perbezaan pendapat antara Umat Islam. Allah dan Rasul memberitahu, bahawa perbezaan pendapat diantara Umat Islam adalah rahmat. Apalagi?

Yang kita tak suka begini: kedua-dua kalau bahas, tapi kedua-dua atau salah satu cuai sembahyang dan tak berjuangkan cara hidup Al Quran dan As Sunnah. Yang itu dua-duanya salah. Atau salah satu bahas bukan untuk mencari kebenaran. Tapi untuk cari makan. Agama Allah bukan makin berdaulat tapi makin tenggelam atau hilang. Hari ini di Timur Tengah Umat Islam bertekak mempertahankan fahaman masing-masing sampai kafir mengkafir. Tapi Yahudi terus menguasai mereka. Moga-moga di Malaysia tidak adalah budaya samseng itu dilaksanakan.

Fitrah Perkasa cuba buat model satu sistem Islam yang tidak fasik, tidak rosak aqidah dan tidak jahil. Sebuah system yang muktabar yang melihatnya sahaja orang teringatkan Mekah dan Madinah diwaktu Rasulullah SAW dan para sahabat berjuang disana. Bukan Mekah dan Madinah yang sekarang.
Reply

Use magic Report

poyo This user has been deleted
Post time 23-6-2006 11:26 AM | Show all posts
Aurad muhamdiah tu apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 11:28 AM | Show all posts
揟elah berlaku Zaman Kenabian atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (khulafa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2006 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by kiasfansuri12 at 24-6-2006 05:49 PM

salam

aku harap ko jgn layan budak2 nih. mereka ni bukan saja sesat, bahkan cuba menyesatkan kita.

jika tak mampu, jangan berhujah. biar ulama yg menentukan


ciii.. relek nya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 07:50 PM | Show all posts
Dunia islam gelap gelita,
bilakah masa yang akan tiba,
sinaran iman menyinari dada,
sinaran mentari terang didunia,

suatu hari islam kan kembali,
menuju era kegemilangan,
kejayaan pasti dikekalkan,
keadilan pasti ditegakkan....

copy from abuyazid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2006 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 24-6-2006 07:50 PM
Dunia islam gelap gelita,
bilakah masa yang akan tiba,
sinaran iman menyinari dada,
sinaran mentari terang didunia,

suatu hari islam kan kembali,
menuju era kegemilangan,
kejayaan pasti d ...



Ya...paranormal, abuyazid kini dah melangkah kedua-dua kakinya di alam perjuangan, kita doakan yang terbaik untuknya...

selamat berjuang wahai abuyazid ....:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 08:06 PM | Show all posts
tak habis lagi ke berdebat?? bosan benda yang sama je
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 05:50 PM | Show all posts
tak ada apa nak didebatkan sebenarnya. debatlah apa isu sekalipun kat sini, rufaqa terus bergerak menuju matlamatnya.

rufaqa adalah satu organisasi perniagaan yang diluluskan oleh kerajaan malaysia tanpa apa-apa sekatan. pemimpinnya pula, abuya adalah seorang warganegara yang bebas di bumi malysia seperti saudara-saudara juga. jadi tiada isu yang nak didebatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 28-6-2006 05:50 PM
tak ada apa nak didebatkan sebenarnya. debatlah apa isu sekalipun kat sini, rufaqa terus bergerak menuju matlamatnya.

rufaqa adalah satu organisasi perniagaan yang diluluskan oleh kerajaan malay ...


yup....orang berdebat ada fakta...tapi geng yg dok buat provokasi ni bukan berdebat sebab depa bukan ada fakta cuma mengarut dan mengaruk ajer dalam thread ni...

kalau depa ada bukti sgt suruh ler kerajaan haramkan kalau setakat nak berkokok  kat sini buang masa ajer..nampak sgt KALAH SEBELUM BERJUANG....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 09:46 PM | Show all posts
dah hangpa daftar atas nama organisasi perniagaan, mmglah kerajaan x haramkan..tp berselindung di sebalik perniagaan tu dakyah2 yg menyesatkan.. pikiaq dgn akal lah..

kak tatie oii.. gerakan liberal, SIS tu pun sesat jugak, tp kerajaan x ambil tindakan.. tp x bermakna mereka x sesat.. sama lah juga mcm aqidah depa mcm aqidah rufaqa'.......... 2x5, 5x2
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 28-6-2006 09:46 PM
dah hangpa daftar atas nama organisasi perniagaan, mmglah kerajaan x haramkan..tp berselindung di sebalik perniagaan tu dakyah2 yg menyesatkan.. pikiaq dgn akal lah..

kak tatie oii.. gerakan lib ...


fuhhhh... hebat aqidah ko yeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 28-6-2006 11:51 PM


fuhhhh... hebat aqidah ko yeee


yer ler paranormal, naj13 ni dah taraf tinggi....hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-6-2006 12:39 PM


yer ler paranormal, naj13 ni dah taraf tinggi....hehehe....


ashaari jer yg claim tarafnya dah tinggi, lbh tinggi drp manusia2 lain.. ana bukan mcm ashaari

kuliah: Mimpi bertemu Rasulullah & berdusta atas Nabi

dengar2 kan lah!!

[ Last edited by  naj13 at 29-6-2006 09:08 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2006 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 29-6-2006 09:07 PM


ashaari jer yg claim tarafnya dah tinggi, lbh tinggi drp manusia2 lain.. ana bukan mcm ashaari

kuliah: Mimpi bertemu Rasulullah & berdusta atas Nabi

dengar2 kan lah!!



Naj13, tatie nasihatkan cukuplah bawa fitnah tu, sebab tak der faedahnya...ke atas diri anda dan menyebarkan fitnah itu kepada orang lain supaya org lain terlibat sama.

Segala usaha anda sia2 sahaja, sebab masyarakat kini bukan buta ilmu dan akal untuk menilai antara sesat dan tidak sesat...segala fakta yang anda berikan hanya fakta yang tidak berhujah dan atas dasar provokasi.

Hakikatnya, usaha2 pihak anda walaupun menggunakan TV3, akhirnya kecundang juga...pihak anda hanya boleh merancang, tetapi dengan kehendak Allah SWT setiap perancangan anda kecundang dan semakin lebur..malah ia semakin membuka mata MASYARAKAT yang pada mulanya tidak berpihak kepada sesiapa untuk bertambah simpati kepada perjuangan rufaqa.

-----------------

Dari dulu lagi tatie sudah kata sewaktu berhujah dengan nahzaluz bahawa jika wahabi (kaum muda) yg seangkatan anda semua tidak akan sama sependapat dengan golongan tarekat/salafi  jadi utk perpaduan sesama umat islam dan org awam yg kurang mengerti hanya akan lebih mengelirukan mereka lagi. Jadi hentikanlah atas dasar perpaduan ummah, ...pihak wahabi sejak zaman berzaman memang dari zaman MUHAMMAD ABD WAHAB lagi, sibuk MNYESATKAN akidah golongan tarekat/salafi MAKA TATIE TIDAK HERAN DENGAN KERENAH DAN SIKAP ANDA ITU kerana menurut PEMIMPIN AGUNG anda dan kini diMsia diketuai oleh Asri Yusuf.

[ Last edited by  serihartatie at 30-6-2006 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 01:12 PM | Show all posts
Salah satu petikan kandungan video

Bila seseorang begitu membesarkan Allah Taala dalam hidupnya, maka Allah pun menunaikan janjinya bahawa:

1. Rezekinya terjamin, urusan dipermudahkan.
2. Lepas dari bencana dan masalah hidup.
3. Diberi kejayaan dan kemenangan.
4. Dihapus dosa dan diberi ilmu, strategi, hikmah dan lain-lain.
5. Diturunkan berkat dari langit dan bumi.
6. Diberi bantuan dan pembelaan.
7. Diwariskan bumi.

Sebenarnya mengikut pendapat pemerhati, Bandar Rufaqa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 01:31 PM | Show all posts
salam..

ff:

Abu yazid nie lelaki @ perempuan?....

andai kata anda lelaki....
Abu Yazid Syiah @ Sunni?

andai kata anda Sunni...
Last edited by  Abuyazid at 30-6-2006 01:22 PM
Tak bersolat jumaat secara berjemaah?


abaikan persoalan-persoalan di atas sekiranya anda seorang perempuan... ataupun (if anda lelaki) sekiranya anda syiah...


sekian....

tamat OFF TOPIC.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 03:11 PM | Show all posts
salam

kenapa salahkah dia tak berjumaat
sedangkan masa itu beliau sedang MEMBERI P ERINGATAN
sesama manusia yg masih JAHIL
ttg kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan umat

ataupun terpaksa berdepan dgn situasi kerja
yg terpaksa menghadapinya walaupun sampai seruan berjumaat
cam NABI KATA:
HENDAKLAH KAMU BERPRASANGKA BAIK SESAMA KAMU
gamaknya NABI kat sebegitu utk sesama org islam ya kot!!!!!
yg lainnya tak terlibat..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052072 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list