CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 1-1-2010 10:37 AM | Show all posts
salamm.....pokcikk


Al-Fatihah buat Enku Budin.....Walau terlewat..terimakasih buat Hadi menyelamatkn anakanda Engku Damit.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2010 01:03 AM | Show all posts
141# pu3_fiona
Alamak....Pu3 dah terover menghayati lakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:07 AM | Show all posts
tak sabar nk baca sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 12:41 PM | Show all posts
141# pu3_fiona
Alamak....Pu3 dah terover menghayati lakkkk
azredclaw66 Post at 2010-1-2 01:03



hehhehe...alaaa pokcik zredd..xsalahh pun kannnzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 06:44 PM | Show all posts
“Kenapa perlu masuk ke dalam kotak itu, cukup pandang tembus dari jauh. Merbahaya jika ada musuh yang telah bersedia.” Kata Dr. Salam. Wajahnya sedikit mencuka, maklumlah, Hadi tidak berhati-hati kerana menerawang sebenarnya adalah kaedah yang cukup berbahaya.
Pada suatu masa yang lain pula, Hadi pernah menerawang masuk ke perut laut kerana dipinta oleh seorang waris kerajaan lama untuk mengesan warisan-warisan yang dipercayai tertimbus di dasar laut Merah termasuk mohor lama yang dipercayai kepunyaan Rasulullah s.a.w.. Ketika itu jugalah buat pertama kalinya Hadi bertemu dengan makhluk naga berwarna hijau. Berbagai khazanah lama berada dalam perbendaharaan sebuah istana yang telah lama tenggelam. Hadi menemui apa yang dicari tetapi rohnya hampir kelemasan disebabkan terlampau leka dengan keindahan dasar laut dan tenaga yang digunakan terlampau banyak. Sekali lagi Dr. Salam terpaksa campur tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 07:38 PM | Show all posts
Selamat membaca Adzyla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2010 10:53 PM | Show all posts
terima kasih....asyik tol kita layan citer kat sini......sesuatu yg menarik....
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2010 10:51 AM | Show all posts
RANCANGAN

Selepas mengerjakan solat maghrib, tenaga Hadi semakin pulih dan tubuhnya berasa lebih segar. Engku Damit dan anaknda-anakndanya hanya diam memerhatikan kubur Engku Budin dari jauh. Dendam kesumat tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
Sedang mereka hilang dalam kemelut fikiran masing-masing, tiba-tiba terdengar bunyi derapan tapak kaki di sekitar tempat mereka berehat seperti beratus orang sedang cuba menyerang hendap.
“Tak nampak apapun?” bisik Engku Tumiran kepada ayahndanya. Hadi memberi isyarat supaya mereka berdiam diri. Dia sedang cuba mengenalpasti kedudukan musuh.
Engku Damit menunjuk beberapa arah kepada Hadi. Itu bermaksud beliau nampak makhluk-makhluk yang berada di sekeliling mereka. Hadi mengangguk dan dalam renungan makrifatnya, dia lihat beberapa ekor jin Azazil berada di persekitaran dengan wajah-wajah yang ganas. Mata mereka hanya satu terbonjol keluar di bawah dahi.
Hadi juga tahu bahawa Azazil tidak dapat dimusnahkan sehingga kiamat nanti tetapi boleh ditangkap dan dikurung. Sesuatu perlu dilakukan segera. Penyerang hendap perlu dikejutkan!
Hadi melompat keluar daripada lingkungan pagaran ghaib setelah memberi isyarat kepada Engku Damit dan anaknda-anakndanya supaya tidak mengikutinya.
Jin-jin Azazil itu bertindak mengelilingi Hadi dengan mata yang berapi kemerahan. Taring panjang jelas kelihatan di mulut mereka yang menyeringai. Badan mereka berbonggol-bonggol dan melengkung dengan kaki yang tirus.
Hadi melakukan jurus ‘Pasak Kota' agar dia tidak diserang melulu. Jin-jin itu mula bergerakan mengelilingi Hadi seolah-olah mencari ruang untuk menyerang. Mereka seperti keliru dengan keadaan itu. Ketika ini Hadi mempunyai sedikit masa untuk mengatur strategi tempurnya. Engku Damit dan anak-anaknya cemas dan menanti isyarat daripada Hadi untuk turut bertindak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2010 02:35 PM | Show all posts
xde mood nk baca..nnti pu3 baca ye pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:59 PM | Show all posts
wah..best..slmt thn bru..moga thn bru..lebih rajin lagi ye updates cite..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 02:26 PM | Show all posts
Hadi menumpukan sepenuh penjiwaan dan penyatuan nafas yang kental bagi mengaktifkan jurus sapuan ‘Sayap Jibril’, menyebabkan jin-jin jahat itu terpelanting jauh. Ini memberinya masa yang cukup untuk mengatur langkah yang perlu diambil.
Hadi menggunakan ‘Tarikan Pusar Angin’ iaitu tenaga angin yang diaktifkan dalam bentuk puting beliung dan menarik jin-jin itu ke dalam pusarannya. Sambil menghentak tanah dengan kaki kanannya, Hadi memakrifatkan agar mereka dihantar ke Bukit Qaf, sebuah tempat di suatu dimensi khas untuk memenjarakan mereka sehingga kiamat. Belum sempat Hadi kembali ke pagaran ghaib, tiba-tiba satu lembaga yang melayang entah dari mana menghambur dari atas menyebabkan Hadi terpelanting jatuh. Mujurlah tempat jatuhnya berhampiran pagaran ghaib itu. Dalam keadaan terkejut dan kesakitan, Hadi merangkak masuk kembali ke dalam lingkungan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 02:32 PM | Show all posts
TQ Naza81. Selamat Tahun Baru. Pakcik sebonanye banyak kojo...jadi kalau lambek update, mahap banyak2 yooooo...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:27 AM | Show all posts
salammm pokcik...dah baca..kesian hadii...

tiba-tiba satu lembaga yang melayang entah dari mana menghambur dari atas



TAPI SIAPAKAH ITU???
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:52 AM | Show all posts
perjalanan cerita yang begitu dramatis...penuh dengan halangan dan pancaroba..tahniah en..Azred......teruskan pengkaryawan ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2010 04:09 PM | Show all posts
Terima kasih pisautajam...selamat membaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2010 04:15 PM | Show all posts
“Anaknda Hadi, kenapa dengan anaknda?” tanya Engku Damit cemas sambil menghampirinya. Dipapahnya Hadi ke pangkal pokok berhampiran dan disandarkannya di situ. Engku Damit memeriksa kecederaan Hadi.
Terdapat tiga liang cakaran yang agak panjang di bahagian atas kepala Hadi. Darah mula keluar meleleh.
“Inilah akibat terleka. Tak apalah ayahnda, sedikit sahaja. Syaitan mana pula yang menyerang.” Kata Hadi sambil menahan sakitnya. Engku Damit mengeluarkan sesuatu dari uncang dipinggangnya. " Syukurlah tidak terlalu dalam cakarannya.." kata Engku Damit . Beliau membaca sesuatu dan menghembus ke luka di kepala Hadi. Darah tiba-tiba berhenti mengalir. Engku Damit menaburkan sesuatu di luka itu.
“Aduuuhhh!” jerit Hadi. Tangannya tergenggam erat menahan sakit yang melampau.
“Sabar anaknda, lukanya tidak merbahaya, cuma ubat yang ayahnda tabur sedikit memedihkan. Insya Allah sebentar lagi baiklah tu.” Kata Engku Damit.
“Terima kasih ayahnda,” kata Hadi. Kepalanya sedikit pening tetapi kesakitannya beransur hilang. Sebenarnya, apabila Hadi mengalihkan tumit kaki kanannya dari tempat dipasak, pagar pasakan itu telah hilang. Ketika itulah ruang untuk menyerang terbuka luas. Sepatutnya dia harus menggunakan ilmu ‘Selimut Kaabah’ sebagai perisai sementara.
Pokok-pokok besar di sekitar mereka tiba-tiba bergoncang dengan kuat.
Hadi duduk dalam posisi tafakur semadi dan melakukan ‘serapan tenaga suci’ iaitu teknik memulihkan tenaga dan merawat kecederaan.
Goncangan yang kuat itu kini diiringi bunyi hilaian tawa yang panjang dan mengerikan dari beberapa arah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2010 03:27 PM | Show all posts
Engku Damit dan anakndanya bergegas bangun bersedia untuk keluar menggempur musuh. Keris terhunus di tangan mereka sementara kaki kukuh dan kemas dalam kekuda.
“Biarkan dahulu, kita tengok apa lagi yang akan datang,” kata Hadi sambil menarik tangan Engku Tumiran. Mereka yang lainnya juga akur denga pendapat Hadi .
Mereka duduk memerhatikan keributan yang berlaku di sekeliling dalam keadaan bersiap sedia. Hadi sudah kembali bertenaga dan bersedia untuk berjuang.
“Langsuir rimba yang mengamuk ni,”bisik Hadi. Seketika kemudian terlihat kelibat beberapa lembaga berpakaian serba putih kelihatan melayang dari satu pokok ke satu pokok.
Zap!
Seketul buah ara melayang mengenai kaki kanan Engku Anggun. Yang menghairankan, Engku Anggun tidak mengaduh walau sedikitpun, cuma wajahnya sedikit berkerut. Seketika kemudian, mereka dihujani lagi dengan beberapa biji buah ara.
“Kurang ajar!” tempik Engku Tumiran setelah melihat lontaran yang terkena ayahndanya dan dengan itu, beliau terus melompat keluar dari lingkungan pagaran ghaib.
Seekor langsuir terus menerpa Engku Tumiran tetapi anak muda itu  sempat mengelak. Terpaan kali kedua sempat disambut dengan tikaman bertalu-talu oleh Engku Tumiran yang melompat tinggi. Langsuir itu terjatuh dan cuba merangkak jauh. Engku Anggun yang mengikuti di belakang terus melompat dan menikam hantu itu di pangkal tengkuknya. Hantu itu lenyap begitu sahaja.
Kini, keempat-empat pendekar telah berada di medan sambil membuka langkah silat masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 02:27 PM | Show all posts
sampai takat itu jer kerrr??? naklah tahu kesudhannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 03:44 PM | Show all posts
pokcik zredd
samungann plss

:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2010 09:56 AM | Show all posts
Kini, di atas kepala mereka, lebih daripada sepuluh ekor langsuir berterbangan, mencari kesempatan untuk menyerang. Langsuir rimba juga terkenal dengan kencingannya yang boleh mereputkan daging. Mujurlah tidak berlaku pada mereka pada malam itu. Penyatuan pancaindera menghasilkan kepekaan yang tinggi dan tindakbalas yang pantas.
Hadi menggunakan ilmu ‘keris merahnya’ dengan menyalurkan tenaga yang tinggi ke tangannya dan terhasillah pancaran cahaya merah keemasan bagi memangkas syaitan di atas. Engku Damit dan anakndanya melompat tinggi dan mengamuk di udara.  Sesekali kelihatan seperti mereka terapung-apung dan melayang ke sana-sini. Keris Engku Damit seperti memancarkan cahaya kekuningan setiap kali menikam. Keris Engku Tumiran dan Engku Anggun pula seperti boleh memanjang pada waktu bertempur sehingga kelihatannya seperti pedang.
Pertempuran mereka memakan masa sehingga hampir sejam lamanya kerana syaitan-syaitan itu agar liar mengelak dan tidak henti-henti menyerang. Setelah beberapa ekor syaitan yang  tersisa melarikan diri, pendekar berempat terduduk kelelahan. Mereka segera bergerak kembali ke dalam pagaran ghaib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078113 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list