CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sufisme

[Copy link]
Post time 25-7-2011 01:19 AM | Show all posts
Permulaan bicara dalam Sufisme tidak menyentuh soal ketuhanan secara langsung. Soalan pertama bukanlah "siapakah Tuhan?", sebaliknya, "siapakah aku?". Jika sagu yang dikehendaki, ruyungnya harus lebih dulu dipecahkan. Tetapi ramai yang tidak sanggup mengenal diri sendiri. Iri hati dan keangkuhan hanyalah dua contoh penyakit yang menghinggapi mereka. Apakah kita sebahagian daripada mereka? Tepuk dada tanya selera... (ironinya, orang yang dengki dan angkuh tidak pernah merasakan sedemikian.)

Hanya bila 'aku' dikenal, maka soalan-soalan seterusnya, iaitu "dari mana aku datang?", "di mana kuberada?", dan "ke mana kan kupergi?" boleh difahami. Perhatikan, keempat-empat persoalan besar ini hanya berkisar tentang 'aku'.

Orang cenderung menjawab; Aku hamba Allah, datang daripaNya, sedang berada di dunia yang fana,  dan akan pulang semula kepada Allah. Jawapan-jawapan ini tidak salah sama sekali, bahkan benar, dan jika kita sudah berpuas hati dengan jawapan-jawapan ini, kita tidak perlu mendalami Sufisme.

Sufisme bermula sejak penciptaan Nabi Adam. Semua orang bersetuju bahawa Nabi Adam hamba Allah, dan para malaikat bersujud kepada Allah.  Tetapi untuk memahami hakikat sebenar di sebalik perintah Tuhan kepada para malaikat supaya bersujud kepada hambaNya (iaitu Adam), Sufisme jawapannya. Jika kita berpuas hati dan percaya kepada penjelasan di luar skop pembicaraan Sufisme, maka tidak perlu mendalami Sufisme.

Persoalan samada Sufisme wajib atau tidak wajib didalami tidak relevan. Tetapi ada suatu ketika di mana manusia-manusia tertentu, sedar atau tidak sedar, terjerumus ke lembah hakikat. Jika ini kehendak Tuhan, siapakah yang dapat menghalang? Biar bumi berkalang kabut dan huru-hara meliputi alam sekalipun, perhatian mereka tidak pernah lari daripada soalan "siapakah aku?"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2011 02:34 AM | Show all posts
"Siapa kenal dirinya, kenallah dia akan Tuhannya"... Hadis

Bila kita berzikir, yakni mengingati Tuhan, bagaimana kita tahu bahawa yang diingat itu benar-benar Tuhan? Kita hanya tahu bahawa yang diingat itu betul-betul Tuhan jika kita kita kenal Dia. Tetapi untuk kenal Dia, kena kenal 'aku' dulu. Tetapi jika Tuhan sudah dikenal secara teori ('ilmul yaqin), bukankah patut kita naik lagi setapak, ke tingkatan yang lebih tinggi?

Pemahaman peringkat kedua dalam Sufisme ialah 'ainul yaqin, peringkat di mana bukan sahaja logik perbicaraan Sufisme difahami, bahkan lebih tinggi lagi. Kebenaran yang di'potret'kan dalam ilmu ini dapat dilihat sendiri dengan mata hati. 'Ain secara literal bermakna 'mata'. Walaubagaimanapun istilah 'ainul yaqin diertikan 'keyakinan berasaskan pandangan mata hati'. Kalau dulu kupasan Sufisme dapat difahami, sekarang kebenarannya disaksikan sendiri oleh sang sufi.

Sekadar perumpamaan, sekali lagi, ambil contoh kewujudan buah durian. Tentunya tingkatan keyakinan orang yang melihat sendiri buah durian dengan mata kepalanya lebih tinggi daripada mereka yang mengetahui kewujudannya berdasarkan pembacaan dan cakap-cakap orang. Moga-moga kita berada di tingkatan ini, bahkan lebih tinggi lagi, dan tinggi lagi...

Kerana itulah, saudara-saudari yang budiman, zikir seseorang dengan seorang yang lain tidak sama, kerana tingkatan makrifat(pengenalan) mereka kepada Tuhan berbeza. Agak-agaknyalah, siapakah gerangan pemilik hati yang dimaksudkan dalam firman Tuhan, "Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang"...? Siapa yang berasa tenang bila mengingati Allah? Apa maknanya jika hati kita masih gundah-gulana walaupun berzikir kepadaNya beratus-ratus ribu, bahkan berjuta-juta kali sehari?.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:17 AM | Show all posts
Siapakah ahli hakikat?

Dialah sufi yang kefahamannya di tahap haqqul-yaqin. Ilmu kesufiannya bukan lagi berdasarkan sumber-sumber luaran, bukan pula sekadar kefahaman yang jelas dan nyata mengikut apa yang dipelajari daripada orang lain. Bahkan Tuhan sendiri menitipkan roh kesufian yang sejati ke dalam dirinya. Tidak ada ilmu kesufian yang pernah dia kecapi selama ini yang setanding dengan keilmuan dan kefahamannya di tingkatan haqqul yaqin.


Bila mendengar saja ujaran mahaguru-mahaguru tasauf, senang saja ia menangkap makna-makna yang tersirat di dalamnya, kerana dia tahu kebenaran ujaran-ujaran itu dari pengalamannya sendiri hasil daripada perdampingannya dengan Tuhan, baik dalam kesunyian mahupun dalam kesibukannya di tengah manifestasi-manifestasi ketuhanan.

Radhiah mardhiah - redha dan diredhai - makam nafsunya. Kalau dulu dia hanya memandang ke lautan samudera ('ilmul-yaqin), dan kemudian menjejakkan kakinya ke pantai (áinul-yaqin), sekarang pula ia tenggelam dalam samudera ketuhanan itu (haqqul-yaqin). Dia wali besar.

Mari kita dengar puisi sang sufi Farid Ad-Din Áttar, yang menggambarkan tiga tingkatan makrifat menggunakan analogi rama-rama dengan api lilin;

Manusia dalam dunia ini
          ibarat tiga ekor rama-rama

                    yang mengelilingi api lilin.

Rama-rama pertama menghampirinya
          lalu berkata;
                    "aku tahu apa itu cinta."

Rama-rama kedua menyentuhnya sedikit dengan sayapnya
          kemudian berkata;
                    "aku mengetahui betapa api cinta membakar."

Rama-rama terakhir mencampakkan dirinya
         ke teras api
                    lalu terbakar.
Dia saja yang mengerti
         cinta sejati.


(Perhatikan Farid Ad-Din 'Attar mengumpamakan api lilin dengan kehangatan cinta, dan memanggil Kebenaran dengan nama 'cinta')
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:30 PM | Show all posts
alhamdulillah.
syukran tn indira di atas pencerahan.
teruskan menulis .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 10:22 PM | Show all posts
Reply 164# rosaline08

Terima kasih rosaline08, di  atas penghargaan dan sokongan itu...
InsyaAllah saya akan menulis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Indira at 23-12-2011 23:33

"Kesaksian" dan salah faham terhadap Al-Ghazali

Nota pembukaan:
(1) Tulisan ini berkaitan dengan pandangan-pandangan saya sebelum ini.
(2) 'ilmul-yaqin/ kesaksian pertama/teoretikal -------> 'ainul-yaqin/ kesaksian ke-dua/mata hati -------> haqqul-yaqin/ kesaksian tertinggi/langsung

Pandangan Imam Al-Ghazali kerapkali disalahtafsirkan. Pandangan yang dimaksudkan itu menyentuh hakikat tahapan-tahapan kefahaman sufisme. Terutamanya, pandangan Hujjatul Islam itu berkenaan perlu atau tidak perlunya seseorang salik mencapai tahap 'ilmul-yaqin dan 'ainul-yaqin.

Sebenarnya makrifat di tahap 'ilmul-yaqin mesti dicapai oleh seseorang salik yang belum mencapai tingkatan 'ainul-yaqin, dan makrifat di tingkatan 'ainul-yaqin mesti diperolehinya jika dia belum memperolehi makrifat di tahap haqqul-yaqin.

Walaubagaimanapun, setelah tiba di tingkatan haqqul-yaqin atau kesaksian tertinggi, seseorang ahli hakikat itu tidak perlu lagi kepada kesaksian pertama dan kedua, kerana kefahaman teori dan 'keyakinan berasaskan pandangan mata hati' selama-lamanya tidak akan mengatasi keyakinan langsung sang salik yang dititip dengan roh kesufian sejati (lantaran pengalamannya berdampingan secara langsung dengan Tuhan, baik dalam kesunyian mahupun dalam kesibukannya di tengah manifestasi-manifestasi Tuhan).

Malangnya, ramai yang tersalah faham dengan penjelasan seperti di atas, dan menyebarkan kefahaman yang salah kepada massa sehingga mereka menyangka bahawa Al-Ghazali menafikan sama sekali kesaksian-kesaksian pertama dan kedua!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2011 12:52 AM | Show all posts
wah ramainya org zawq!

aku cuma leh pegi zouk je.. yg kat jln ampang tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 02:05 PM | Show all posts
Kebahagiaan tidak akan ditemui bila ia dicari. Ia berada dalam diri yang tidak mencari. Kebahagiaan wujud dalam diri yang memahaminya. Namun diri ini menafikannya, dan mencari kebahagiaan yang lain yang ia sendiri tidak mengerti. Maka derita itu atas pilihan sendiri.

Kita sentiasa mencari itu dan ini sehingga diputuskan bahawa pencarian telah berakhir. Lalu kita menikmati sesuatu yang sedia ada dalam diri sendiri.

Seekor anjing menggigit-gigit tulang-temulang. Gusinya terluka, dan berlumuranlah darahnya pada tulang itu. Lalu sang anjing menikmati darahnya sendiri, dan memuji-muji keenakan tulang. Begitu nasib anjing yang malang.

Kebahagiaan tidak berada di mana-mana. Ia sentiasa berada di sini dan di saat ini. Ia tidak berada dalam pencarian, sebaliknya berada dalam penerimaan. Aku memanggilnya redha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2012 02:27 AM | Show all posts
Apakah respon para sufisme trhdp pendudukan Zionist di Palestine?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:20 AM | Show all posts
Dengarkan

Dengarkanlah deruan sungai,
yang memberitahumu suatu perkara.

"Mati di tebing ini.
Sertai daku menuju samudera."

- Jalaluddin Ar-Rumi

.....

Para pencinta Tuhan telah tercebur ke dalam arus sungai yang gila,
Mereka relakan diri terhadap titah perintah Cinta,
Laksana roda-roda kincir, mereka berputar siang dan malam, siang dan malam,
Terus berputar dan berputar, dan menjerit bahagia.

- Jalaluddin Ar-Rumi (petikan dari puisi beliau, Cinta adalah Tuan)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 07:40 PM | Show all posts
bila cinta datang, hanya satu bagian saja yang tertulis, yang sembilan lain terbang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052811 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list