CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 22-12-2004 08:07 PM | Show all posts
Kenapa Tuhan lakukan, orang jahat pun diberi atas dasar pemurah?

1. Di dalam Al Quran, Tuhan sudah berjanji dengan diri Nya dan Dia tidak mungkir janji. yakni Tuhan sudah berjanji pada azali lagi. selagi makhluk Nya hidup. Dia jamin makan minumnya.

Bukan kerana sayang tetapi kerana Dia sudah berjanji. Sekalipun pada orang jahat, Allah jamin rezekinya. Begitulah Tuhan kalau sudah berjanji pada diri Nya. Perkara ini kita susah hendak buat. Kita bohong dengan orang dan bohong dengan diri sendiri. Katalah kita niat hendak sembahyang malam lebih sedikit tetapi setelah empat rakaat, sudah rasa tidak larat. Padahal sudah janji malam tadi hendak sembahyang lebih. Janji dengan diri pun tidak boleh ditunaikan. Apatah lagi janji dengan orang. Rupanya kerana Tuhan sudah berjanji, maka Dia beri rezeki, beri kuasa atas dasar janji Nya itu.


2.   Selain itu, Tuhan menganggap dunia ini tiada nilainya maka Tuhan beri pada orang kafir atas dasar pemurah Nya. ingatkan satu hadis, Tuhan menyebut kalaulah dunia ini ada nilainya sama dengan sebelah sayap nyamuk pun, maka orang kafir pun tidak akan dapat makan. Tetapi bagi Tuhan. dunia ini langsung tidak ada nilai walau sebesar sayap nyamuk. Dunia kan besar. Ada emas. ada timah. ada berlian. ada Jepun, Amerika dan Eropah tetapi Tuhan beritahu kita, seluruhnya ilu kalau hendak dibandingkan dengan sebelah sayap nyamuk pun tidak ada nilainya. Kalau dunia ini ada nilai sekalipun hanya sekadar senilai sebelah sayap nyamuk, pasti Tuhan tidak akan beri kepada orang kafir dan orang jahat. Kerana itulah nabi-nabi dan rasul menghayati perkataan "arrahmanir rahim itu. Mereka bangga dan rasa indah dengan miskin sebab mereka tahu Tuhan hendak kayakan di akhirat. Dunia tiada harga langsung, walaupun seharga sebelah sayap nyamuk. Macam kita pandang pasir itu tidak ada harga. Ambillah. menyusahkan sahaja. Tuhan beri itu atas dasar janji. Atas dasar rahmat Rasulullah yang mana tidak dijadikan dunia kalau bukan atas dasar nur Muhamad. Dunia tidak ada harga. Sebab itu orang-orang jahat dapat lebih dari orang baik. Tapi kalau orang itu tidak baik sangat, dia risau mengapa dia susah sangat. Kalau Tuhan balikkan nanti, beri banyak, dia tidak tahan akhirnya dia dapat nikmat yang banyak itu bukan dari kategori kasih sayang tetapi atas dasar pemurahnya Tuhan sahaja, lagi malanglah ia.       

3. Pemberian Tuhan pada manusia kerana kasih sayang Tuhan
Kalau Dia beri nikmat itu atas kasih sayang. maka ia selamat lagi menyelamatkan. Kalau Dia beri atas dasar Pemurah, maka ia berisiko sedikit kerana tidak ada rahmat. Mengapakah Tuhan beri lebih kepada orang kafir atau fasik sedangkan kepada orang baik itu, atas dasar kasih sayang, diberi Nya sedikit? Di sini ada rahsia Tuhan. Ada rahmat dalam rahmat. Kepada orang yang Dia kasih, pemberian itu dalam rahmat.

Kemudian seorang itu diberi sedikit, atas dasar kasih sayang, seolah Tuhan tidak sayang. Kita tidak faham Tuhan seperti mana anak kita tidak faham kita. Bila kita beri sedikit, anak kita anggap kita tidak sayang, padahal kita hendak didik dia supaya tidak rosak.

Atas dasar kasih sayang kepada orang-orang yang paling Tuhan sayang iaitu para-para rasul, Dia beri nikmat sedikit tetapi banyak ujian kesusahan. Di sini ada nikmat dalam nikmat. Dia beri sedikit tanda Dia kasih. Rupanya Dia beri sedikit itu ada kasih sayang besar yang akan berlaku di akhirat. Sebab kalau beri banyak di sini, akan dapat sedikit di akhirat. Dia beri sedikit di sini sebab dunia ini tidak bernilai dan tiada guna. Tuhan hendak beri banyak pada kekasih Nya di akhirat. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Kalau orang faham maksud Tuhan beri sedikit di dunia kerana hendak beri banyak di akhirat, maka orang itu akan rasa Tuhan sayang padanya. Kuliah-kuliah begini kena disampaikan pada anak-anak kita. Kalau mereka tidak faham, mereka anggap kita tidak sayang, maka jadi masalah. Sebab itu minda dan ilmu kena diberi kepada anak didik kita.


bersambung :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 23-12-2004 05:50 PM | Show all posts
Atas dasar kasih sayang kepada orang-orang yang paling Tuhan sayang iaitu para-para rasul, Dia beri nikmat sedikit tetapi banyak ujian kesusahan. Di sini ada nikmat dalam nikmat. Dia beri sedikit tanda Dia kasih. Rupanya Dia beri sedikit itu ada kasih sayang besar yang akan berlaku di akhirat. Sebab kalau beri banyak di sini, akan dapat sedikit di akhirat. Dia beri sedikit di sini sebab dunia ini tidak bernilai dan tiada guna. Tuhan hendak beri banyak pada kekasih Nya di akhirat. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Kalau orang faham maksud Tuhan beri sedikit di dunia kerana hendak beri banyak di akhirat, maka orang itu akan rasa Tuhan sayang padanya. Kuliah-kuliah begini kena disampaikan pada anak-anak kita. Kalau mereka tidak faham, mereka anggap kita tidak sayang, maka jadi masalah. Sebab itu minda dan ilmu kena diberi kepada anak didik kita.

Pada orang baik yang Tuhan beri dengan kasih sayang. Makin sedikit diberi, makin Tuhan sayang. Kalau orang baik diberi banyak, Tuhan kurang sayang. Tuhan sayang dia sebab dia baik tetapi sayang itu sedikit. Sungguh perkara yang kita lihat dengan akal seolah terbalik. Orang yang baik sangat, Tuhan beri sedikit. tapi Tuhan sayang banyak. Orang yang baik, bila Tuhan beri banyak, ertinya sayang Tuhan padanya sedikit. Begitulah pentadbiran Tuhan. Begitulah sistem pemberian nikmat Tuhan. Kalau manusia tidak faham, akan jadi masalah. Mengapa? Kalau dia dapat banyak. dia sombong. Kalau kita faham bahawa itu tanda yang Tuhan tidak sayang sangat dengan kita maka kita akan cukup berkorban. Bila orang mukmin itu mendapat banyak dari Tuhan, sebab dia takut di akhirat nanti Allah murka, maka dia memberi-beri. Orang yang dapat sedikit pula reda,  faham bahawa dia dapat sedikit kerana Tuhan sayang dan Tuhan hendak beri banyak padanya di akhirat. ? Maka bila orang dapat pemberian dari Tuhan atas dasar kasih sayangNya, atas dasar rahmatNya. maka orang yang dapat sedikit pun jadi baik, yang dapat banyak pun jadi baik.

Itulah lebih kurang huraian 'Arrahmanir rahim' secara umum. Rupanya Tuhan memberi pada manusia atas dua keadaan iaitu kerana Dia pemurah atau kerana penyayang. Kepada orang-orang jahat. nikmat diberi atas dasar pemurah. Orang-orang baik pula diberi nikmat di bawah kategori kasih sayang. Kalau nikmat diberi atas dasar pemurah, banyak risikonya sedangkan kalau diberi atas dasar kasih sayang. ianya positif sebab di situ ada berkatnya.

bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 23-12-2004 05:52 PM | Show all posts
Apa beza huraian ayat pertama dan ketiga dari Fatehah ini?

Kalau kita bahas 2 ayat di bawah ini :

Bismillahhirrahmanir rahim

Artinya :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Arrahmanir rahim

Artinya :
Yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang


Maksud dari 2 ayat ini, tidak ada beza cuma cara menggunakannya yang berbeza. Kalau kita ada ilmunya, kita baca 'Bismillah' itu ada satu cara. Kalau tidak ada ilmu, kita baca sekadar untuk ambil berkat sahaja. Kalau tidak baca Bismilah, nanti tidak ada berkat. Itu sahaja kefahaman kita. Rahman dan rahim itu, tafsirnya. bukan bersama Bismilah. Bila dihubungkan dengan bismillah itu, lainlah jadinya. Tanpa Bismillah, 'Arrahmanir rahim' itu ada peranannya. Tuhan ambil kira sekalipun satu perkataan. Ada hikmah yang luas sekalipun nampak macam sama. Cuma kita tidak faham kerana ilmu tidak sampai.

Rahim Tuhan itu untuk orang mukmin sahaja, sekalipun mukmin yang 'asi. Untuk orang kafir, tidak ada rahim, hanya ada rahman sahaja. la dari perkataan yang sama. Rahmat itu dari perkataan rahimah. Tetapi untuk orang kafir, ia tidak dinamakan rahmat. Katalah ada dua orang, seorang mukmin dan seorang kafir. Keduanya sama-sama diberi nasi. Nampak tidak ada bezanya tetapi yang mukmin diberi atas rahmat dan yang kafir diberi atas dasar nikmat. Nikmat itu dari pemurahnya Tuhan. Tidak mesti dalam nikmat itu ada rahmat Tetapi kalau dapat rahmat. dalam rahmat itu ada nikmat. Rugilah orang yang hanya mendapat nikmat sahaja.

bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 23-12-2004 06:15 PM | Show all posts
Namun demikian, bila Tuhan beri sedikit pada orang kafir, sebenarnya dalam sedikit itu pun ada rahmat juga. Ibarat 2 orang yang kena jel. Seorang kena 10 tahun dan seorang lagi 20 tahun. Bagi yang kena 10 tahun, atas dasar umur, itu nikmatilah walaupun jel itu laknat, istidraj atau bala. Kalau dibahas lagi, yang kena 10 tahun itu dapat rahmat lah sedikit kalau dibandingkan dengan orang yang kena jel 20 tahun. Kalau dibandingkan 2 orang tadi, secara umumnya, mana ada rahmat.10 tahun kena jel pun teruk. Cuma kalau dibahas lebih jauh, adalah rahmat sedikit bagi yang 10 tahun itu.

Apabila dikatakan orang kafir pun dapat rahmat dengan kedatangan Rasulullah, itu atas dasar kefahaman  umum.  Ibarat Tuhan  berkata di dalam Al Quran,  Tuhan  hamparkan bumi ini. Benarkah bumi ini terhampar? Bukankah bumi ini bulat? Tapi takkan Tuhan berbohong. Tuhan gunakan perkataan hampar itu kerana kadang-kadang Tuhan cakap atas dasar level umum. Orang kampung yang tidak saintifik. dia lihat bumi ini terhampar maka Tuhan pun cakaplah bumi ini terhampar supaya senang untuk faham. Atas dasar ilmu, begitulah. Ada kalanya Tuhan bercakap atas dasar umum. Orang mungkin tidak setuju kalau dikatakan orang Cina yang dapat ilmu dan kekayaan itu tidak dapat rahmat. Jenuhlah kita hendak berbahas kalau kita katakan kaya dan berilmu itu bukan rahmat bagi orang kafir. Jadi Tuhan sebut orang kafir dapat rahmat dengan kedatangan Rasulullah. itu Tuhan hendak menarik perhatian umum. Padahal rahmat di situ tidak mengikut definisi yang sebenar.

Tuhan sebut begitu untuk orang umum, sebab pada pandangan umum, seseorang yang rezekinya mewah. itu ertinya dapat rahmat. Jadi secara umum, Tuhan kata betullah itu tetapi kalau di sisi tuhan. itu belum tentu dari kasih sayang Nya. Katalah saya ada kenal seorang yang jahat dan rang yang baik. Kebetulan pula saya kaya. Katalah ada suatu masa, saya beri duit pada dua orang itu. seorang RMI00. Kalau secara umum, mesti orang ingat saya sayang kedua-duanya. 3eium tentu demikian. Nanti bila ada kawan datang, saya ceritalah. "Mat, kamu tahu kenapa saya bagi duit pada 2 orang itu. Seorang saya beri duit sebab saya sayang dan seorang lagi saya beri duit supaya dia tidak mengacau." Itulah 2 alasan berbeza atas pemberian yang sama.

(bersambung ke BAB 5)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2004 08:01 AM | Show all posts

salam,

Ilmu yg bagus..  dulu masa mengikuti usrah pernah gak belajar mengenai tafsiran Al Fatihah ni.  

Abang yg mengelolakan usrah itu mcm tidak disukai oleh seorg pentadbir tempat I study tu.  Tetapi beliau tabah menegakkan amalan2 dlm Islam (dgn sokongan oleh beberapa pensyarah).  Memastikan semua pelajar2 lelaki dan perempuan Islam berkelakuan baik.

Semoga Allah swt memberkati kehidupan beliau dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-12-2004 09:28 AM | Show all posts

BAB 5

TUHAN, PENGUASA MUTLAK DUNIA & AKHIRAT


               Malikiyau  middin

Ertinya:

'Raja (Tuhan) Yang Memiliki hari akhirat


Mengapa Tuhan tidak sebut Dia mentadbir hari akhirat. (Rabbul ya umiddin) Mengapa disebut akhirat sahaja. tidak disebut dunia? Inilah tajuk huraian di bawah ini.

Tuhan pilih perkataan 'Malik' "Yang memiiliki" atau boleh dimaksudkan 'Yang menguasai'. Atau "Yang Mempunyai Hari Akhirat". Sebelum itu Tuhan sebut alam iaitu dunia dan akhirat Dia punya. tetapi sekarang Dia hanya sebut Akhirat sahaja. Mengapa? Di sini kita dapat 2 hikmah :

1.        Agar manusia Dapat melihat kuasa Tuhan secara mutlak.

Mengapa Tuhan tak sebut Tuhan yang menguasai dunia dan akhirat"? mengapa "dunia' tak disebut? Apakah kuasa Tuhan di dunia tidak mutlak? Kalau dikatakan 'Tuhan yang menguasai dunia akhirat", orang yang bertuhan kan akal, oleh kerana hanya pandang dengan mata, mereka nampak bahawa Amerika pun ada kuasa. Yang sebenarnya, dunia akhirat itu kuasa mutlaknya di tangan Tuhan tetapi oleh kerana diganggu oleh mata dan oleh akal maka pandangan hati kabur dan pandangan hati tertutup. Seolah-olah kuasa Tuhan di dunia adalah tidak mutlak. Amerika kata, "Saya kan ada kuasa juga." Jepun kata,"'Saya pun menguasai." Orang Melayu yang jadi hamba kecacai ini berkata, "Amerika tu berkuasa." Sama-sama tunjuk dengan akal.
Tetapi kalau dikatakan Tuhan yang menguasai akhirat, siapa boleh cakap dia juga kuasai akhirat? Kalau Tuhan katakan, Dia menguasai dunia akhirat, manusia terkeliru sebab orang akal akan berkata ada yang lain yang berkuasa. Sebab itu Tuhan tidak sebut begitu. Dia sebut kuasa Nya di akhirat. Nampak kuasa Tuhan itu mutlak. Kalau disebut Tuhan menguasai dunia dan akhirat, hanya orang yang bersih hatinya sahaja yang terasa. Hanya orang rohani saja yang nampak. Berapa banyak orang yang bersih hatinya? Majoriti manusia sekarang menggunakan akal dan mata sehingga terasa ada manusia yang berkuasa di dunia seperti Amerika, Eropah dan Jepun.

Bila sebut Tuhan itu menguasai akhirat, orang terasa hebat nya Tuhan. Tuhan, tuan punya akhirat yang mutlak. Tidak ada siapa yang boleh share tentang akhirat.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 25-12-2004 09:29 AM | Show all posts
2.        Tuhan hendak memperkecilkan dunia


Bila Tuhan sebutkan akhirat sahaja, tidak sebut pun dunia, ertinya dunia tiada harga. Seolah-olah Tuhan berkata begini, "Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk pun. Sedangkan Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang kerana berebutkan dunia itu. Karena dunia tak ada harga bagiKu maka satu masa Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggal melainkan akhirat dan Aku." Terasalah hinanya dunia yang manusia pandang mulia, yang direbutkan sampai berperang, tiba-tiba Tuhan hancurkan begitu sahaja, nampak hinanya dunia ini. Ini hikmahnya. Kalau dapat disyarahkan begitu, orang dapat dibangunkan rohnya. Dunia tidak ada nilai. Kalau ada nilai, Tuhan tidak akan hancurkan. Akhirat itu dikekalkan. menunjukkan begitu berharganya akhirat.

Inilah hikmah-hikmah terbesar selain daripada hikmah lain yang banyak. Bila disebut 'Malikiyau middin
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-12-2004 09:31 AM | Show all posts
3.        Manusia mukmin di akhirat bebas merdeka

Selain itu hikmahnya, Tuhan tidak pilih perkataan Rabb tetapi Maliki, menunjukkan Tuhan tidak guna perkataan mentadbir atau mendidik padahal di dunia Tuhan mendidik, di akhirat pun Tuhan mendidik. Tidak lepas dari didikan. ilmu dan kehendak Tuhan. Mengapa Tuhan sebut begitu (Yang memiliki hari akhirat)? Supaya nampak, manusia mukmin di akhirat kelak, mereka bebas sebebasnya. Seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Indahnya hidup, bebas merdeka (Tetapi Maha suci Tuhan dari tidak campur tangan). Seolah-olahnya begitu kerana hendak hiburkan manusia. Kalau guna kalimah Rabb, masih nampak campur tangan Tuhan. Itu cara Tuhan hendak hiburkan manusia. Begitu juga kalau masuk neraka, Tuhan begitu sahaja seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Mustahil Tuhan tidak campur tangan tetapi sengaja Tuhan hendak beritahu, seolah-olah Tuhan tidak peduli langsung. Seolah-olahnya begitu. Kalau di dunia kena hukum, boleh juga makan. Tidak terasa takut sangat tetapi di neraka, Allah tidak peduli langsung. Yang di syurga pula bebas sebebasnya. Tidak ada peraturan atau undang-undang. Apa yang dikehendaki, boleh dapat. Hendak jadi raja. boleh. Hendak terbang pun boleh. Syurga itu besar. Kalau ada yang hendak minta jelajah dalam satu saat, boleh. dengan kuasa Tuhan. Bebas sebebasnya. Sebab itu Tuhan pilih kalimah, 'Malikiyau middin'.


4.        Mengembara dalam sembahyang melihat dahsyatnya Hari akhirat

Kalau manusia mampu menghayati, maka dia akan boleh mengembara dalam sembahyang untuk melihat kedahsyatan yang Allah lakukan di Padang Mahsyar di mana manusia akan berada di bawah matahari yang terik tanpa pakaian selama beratus tahun akhirat. Tetapi orang Mukmin diberi kebebasan.

Mudah-mudahan kita akan menjadi orang akhirat. Tadi disebutkan, di dunia ini ada 3 golongan manusia iaitu orang mata, orang akal dan orang roh. Orang rohani itu melihat tidak seperti orang mata atau orang akal. Orang rohani itu tidak ramai, yang boleh menganggap dunia ini Tuhan punya sedangkan manusia lain menganggap dunia ini mereka punya. Walhal kita tidak patut jadi tuan punya nya. Yang paling rugi, kita rebut dunia yang kita nampak emas, intan berliannya, sedangkan di sisi Tuhan, ia tiada nilai walaupun senilai sebelah sayap nyamuk. Katalah orang bergaduh kerana dunia kerana hendak kuasai beberapa negara. Bukan semua negara dia dapat. Mungkin dapat 2/3 dunia. Kalau keseluruhan dunia itu tiada nilai, dapat 2/3 dunia tentu lebih tiada nilai sebab ia makin kecil. Katalah Amerika dapat kuasai }/2 dunia. Lagi tidak berguna sebab ia bukan dapat semua. Mati masuk neraka. Kalau masuk neraka pun boleh tahan juga sebab dia sudah dapat '/2 dunia. Akal kata kalau bergaduh kerana hendak tawan dunia, boleh tahan juga. Ini bergaduh kerana berebutkan ikan dalam pinggan sahaja sampai masuk neraka. Atau dalam kelas, ada beberapa puluh murid. bergaduh sebab hendak jadi ketua. sehingga bakar sekolah, hanya kerana itu masuk neraka, ruginya. Sampai perkecilkan guru, mak ayah dan timbulkan huru hara. Tidak payahlah pandang dengan hati, dengan akal pun sudah terasa bodohnya manusia begitu. Kalau tidak taubat, walaupun bergaduh hanya kerana berebut seekor ikan bilis. boleh masuk neraka.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 27-12-2004 09:01 AM | Show all posts

BAB 6

TIADA YANG PATUT DI SEMBAH KECUALI ALLAH

Iyya kana抌udu waiyya kanastain

Ertinya :
'Akan Engkaulah (ya Allah) kami sembah dan akan Engkaulah kami minta pertolongan'

Dalam ayat di atas ada 2 perkara iaitu:       
1)   Tuhan tempat kita menyembah       
2)   Tuhan tempat kita meminta tolong


Mengapa ayat ini merupakan ayat keempat? Adakah tidak munasabah kalau diletak di awal atau diletak selepas Bismillah. terutama kerana roh kita belum dapat melihat lagi siapa Tuhan itu sebenarnya, had mana kuasa Nya. Sejauh mana nikmat dan Rahmat Nya. Sejauh mana kemampuan Nya, apakah Tuhan itu segala-galanya, setakat mana kuasa Nya. Tiba-tiba cakap hendak sembah Tuhan sedangkan kita tidak kenai Tuhan. Sekadar tahu adanya Tuhan tetapi tidak tahu sejauh mana kebesaran dan kemampuanNya. Kita tidak tahu sejauh mana keperluan kita terhadap Tuhan maka tidak munasabahlah kalau ayat itu hendak diletak di depan. Jadi Tuhan susun ayat dengan susunan begitu, tentu ada maksudnya.

Kita telah menceritakan kasih sayang dan nikmat Tuhan yang begitu banyak yakni apabila kita bahaskan 'Bismillahiirrahmanirrahim'. Kemudian kita bahaskan patut Tuhan itu dipuji iaitu memuji Zat Nya yang sungguh luar biasa. yang tidak ada tandingan, yang mana kita faham sifat kesempurnaan-Nya tiada kesudahan. Nikmat Nya ada yang bersifat lahir, Akliah dan Rohaniah.


Sedar atau tidak, semua yang di dalam ini ada hubung kait dengan kita. Setelah itu. kita bahas hebatnya pentadbiran Tuhan dengan sistemnya yang begitu rapi yang mana, sekali Tuhan cipta tiada perubahan lagi, tidak tersilap lagi. Setelah itu kita bahas dan faham bagaimana Tuhanmemberi nikmat atas dasar Rahman atau atas dasar Rahim. Atas dasar pemurah dan kasih sayang.

Nikmat yang diberi atas dasar pemurah, itu istidraj atau dari murka Tuhan tetapi murka Tuhan tanpa emosi. Emosi itu perasaan. Maha suci Tuhan daripada berperasaan. Begitu juga ada orang yang rahmat atas nikmat atas dasar kasih sayang Tuhan. Itu juga bukan daripada perasaan dan hati. Kalau marah ada emosi, itu nafsu. Tuhan tidak begitu. Pemurahnya tersendiri. Kasih sayang Nya pun tersendiri tanpa perasaan dan emosi. Kasih sayang Nya bukan macam makhluk. "Maliki yaumidin" itu pula menceritakan kuasa Tuhan yang begitu mutlak. Nampak kuasa dan keadilanNya.

bersambung


[ Last edited by hafizi on 27-12-2004 at 09:04 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 28-12-2004 08:57 AM | Show all posts

Setelah semua itu kita faham, barulah Tuhan minta kita sembah Nya dan apabila hendak minta tolong, dia suruh minta tolong dengan Nya. Setelah di kaji cukup logiklah bahawa Allah adalah Tuhan dan dia tempat meminta. Pada Allah ada segala-galanya. Sebab itulah ayat itu diletak di tempat keempat dalam Fatihah. Kita pun berpuas hati. Patutlah Tuhan itu disembah dan munasabahlah Dia tempat meminta. Logik sangat untuk akal dan hati terima. Marilah kita buat pengakuan untuk surrender. Kita hendak buat pengakuan bahawa kita hamba dan Allah itu Tuhan. Kita perlu kepada Tuhan. perlu meminta pada Tuhan. Kalau Tuhan tidak ajar, kita pun tidak tahu bagai mana untuk berbuat dengan keperluan dan kepentingan kita. Setelah tahu Tuhan itu segala-galanya, maka Tuhan ajar kita bagaimana untuk kita berbuat dan bereaksi. Yang demikian itu pun Tuhan kena ajar. Iaitu melalui ayat "akan Engkaulah aku sembah dan akan Engkaulah kami minta tolong."

Untuk membahas maksud masing-masing, mari kita merujuk kepada nahu. Itu pengikat supaya jangan terkeluar. Bahasa Arab itu sudah luar biasa. la tidak seperti Bahasa Melayu. Bahasa Arab ada kaedah. Sebab itulah saya terjemahkan. "akan Engkaulah kami sembah, akan Engkaulah kami meminta tolong." Jadi bagi lidah melayu, apa dia rasa, apa maksudnya bolehlah kita susun sendiri.

Terjemahannya tidak jadi masalah. Yang penting susunan Bahasa Melayu dan kehendak bahasa Arab itu sama. Jadi terjemahannya, "akan dikaulah kami sembah, akan dikaulah kami meminta pertolongan." Kalau ikut Bahasa Melayu kita tidak sebut, "saya makan akan nasi." Kita mesti cakap "saya makan nasi" kalau istilah Arab, "saya makan akan nasi." Maknanya tepat. Tapi kalaulah saya kata, "nasilah yang saya makan," maksudnya memang berbeza,. Mengapa tidak  katakan "saya akan sembah engkau," kalau ikut Bahasa Melayu itu kan sedap. Tidak cacat dan dikira fasih. Bagi ahli Bahasa Melayu, ayat itu cantik. Tetapi Tuhan tidak ajar begitu. Selepas ayat "Malikiyau middin
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 09:35 AM | Show all posts
-  nak tanya..  nak tanya  !!


bagaimana pula wirid2 utk abuya  ??

ini juga ada cerita dalam Al Quran kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 2004-12-28 09:35 AM:
-  nak tanya..  nak tanya  !!


bagaimana pula wirid2 utk abuya  ??

ini juga ada cerita dalam Al Quran kaa..


hehehe...maaf la...kelakar lak dess tanya macam ni....bukan wirid utk abuyalah dess....tapi sebenarnya sedekah fatehah pada abuya. Sedekah fatehah tu diberikan sebelum membaca wirid aurad muhamdiah tu lah. Tu yg mungkin org nampak mcn wirid utk abuya pulak dah....:bgrin:

Amalan ni biasa bagi semua pengamal tareqat iaitu fatehah pada tuan guru.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 04:39 PM | Show all posts

Tak payah la

tak payah la kita nak layan sangat dengan orang yang menentang ni.
kita doakan agar mereka bersama kita suatu hari nanti. apa - apa kita harus amalkan pada kita sendiri baru boleh kita nak sampaikan pada seseorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 2004-12-28 01:47 PM:


hehehe...maaf la...kelakar lak dess tanya macam ni....bukan wirid utk abuyalah dess....tapi sebenarnya sedekah fatehah pada abuya. Sedekah fatehah tu diberikan sebelum membaca wirid aurad muhamdiah tu lah. Tu yg mungkin org nampak mcn wirid utk abuya pulak dah....

Amalan ni biasa bagi semua pengamal tareqat iaitu fatehah pada tuan guru...


Maaf nak tanya. Saya bukan org Arqam dan bukan juga pengikut kepada mana-mana tarekat. Cuma ada lah saya baca perbincangan kat sini. Sekadar baca-baca shj. Bagi saya mana-mana jemaah ada hak untuk mempromosi jemaahnya di sini atas nama dakwah kepada kebenaran yang mereka dakwa ada bersama dgn mereka. Dan biasa lah akan ada yang menentangnya ...

Yang saya nak tanya nyer ialah bab sedekah fatihah ni. Saya rasa pelik (mungkin sbb saya bukan orang tarekat). Kalau sedekah kepada orang mati tu tak apalah, ni sedekah kat orang masih hidup. Ke abuya dah meninggal? kalau betul maaflah sbb saya tak tahu... :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 05:14 PM | Show all posts
Saya pun nak tau jugak. Pernah tak sahabat2 sedekahkan fatihah kpd Rasulullah semasa baginda masih hidup. Kalau ada cerita lah sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2004 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 2004-12-28 05:14 PM:
Saya pun nak tau jugak. Pernah tak sahabat2 sedekahkan fatihah kpd Rasulullah semasa baginda masih hidup. Kalau ada cerita lah sikit....


betol tu ..  

satu persoalan gak.   :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2004 08:28 PM | Show all posts
haaa..ustaz sudah masukk..assalamualaikum ustaz
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 28-12-2004 09:49 PM | Show all posts
Begitulah hebatnya Tuhan melihat dalam susunan ayat-ayat. Sebab itu kalau hendak mengajar tafsir, mesti tahu bahasa Arab. Kalau terjemah atau meniti huraian tanpa faham makna,dia akan ikut cara Melayu bukan cara Arab. tentu berbahaya. Sebab itu Tuhan berkata, 'Tiada Tuhan yang disembah, hanya Tuhan satu sahaja. Akan Engkau kami sembah." Kalau dikata, "'Saya akan sembah Engkau", ertinya mesti ada yang lain yang disembah, mungkin dua atau tiga, ini bahaya. Tapi bila dikata "Engkau sahaja yang kami sembah" Ertinya hanya Engkau yang satu. Tidak; yang lain. Itu menunjukkan cara pengakuan itu kuat. "Tidak ada Tuhan lain," ertinya hanya Engkau Tuhan. Tapi kalau kita kata, "Aku akan minta tolong pada Engkau." mungkin kita akan minta tolong dengan Jepun, dengan Amerika, dengan Korea sebab negara-negara itu maju. Kalau dikatakan, "Akan Engkaulah tempat kami meminta pertolongan," ertinya tidak ada pilihan lain. Maha Besarnya Engkau Tuhan.. Itulah yang dimaksudkan oleh "lyyakana 'budu waiyya kanastain". Maknanya, begitu ku telah pengakuan. Ayat itu kuat, Cuma bila hendak applykan dalam kehidupan, aplikasi inilah yang tidak kuat. Pengakuan atau ayat sudah mantap, tidak ada kiri atau kanan. Semuanya terus pada Allah tetapi kerana sudah diganggu oleh nafsu,syaitan dan dunia ini maka pengakuan ini tidak sama. Kita minta tolong pada banyak tempat. Kalau minta sebab-sebab, boleh  tahan sebab itu Tuhan ajar. Itu sunnatullah. Tapi kadang-kadang sebab-sebab itu dijadikan macam Tuhan. Kalau tidak begini atau begitu, bagaimana hendak hidup. Kalau tidak sandarkan pada pemimpin itu, mati kita tidak makan. Kita tidak applykan pengakuan lain, perlaksanaan lain.

Kedudukan ayat pun sangat mantap. Ayat itu diletakkan pada nombor 5. Kedudukannya tepat cara mengungkapnya pun cukup mantap. Begitulah huraiannya, sungguh Allah itu maha Bijaksana. Kalau Dia menyebut sesuatu perkara itu, itulah yang paling tepat. Tidak ada yang lebih tepat itu. Dan ini termasuk rahmat dan nikmat Tuhan, supaya Tuhan bercakap dengan kata-kata sangat berhikmah. supaya aqidah umat selamat. Itu pun ramai lagi yang tidak selamat juga. Kalau Tuhan tidak bercakap dengan berhikmah seperti itu, lagi ramai yang sesat. Kata-kata Tuhan yang paling tepat itu termasuk dalam rahmat dan nikmat Nya. Sungguh sangat terasa betapa berdosanya kita kerana begitu sekali Tuhan ajar kita berucap tetapi tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh.   


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 28-12-2004 09:51 PM | Show all posts
Apa erti Sembah?

Sembah maksudnya luas dan global. Maksudnya membesarkan. menghormati, mengagungkan dan mengiktirafkan. Sewaktu kita sembah Tuhan. mana boleh ada satu rasa sahaja. Kita himpunkan semua rasa. Rasa akan kesempurnaan Tuhan. Orang yang hatinya hidup, dia tidak patut ada satu rasa sahaja. Sebab sembah itu menghimpunkan rasa-rasa yang menggambarkan kesempumaan Tuhan.'Kalau orang yang hatinya mati, mungkin dia akan rasa satu perasaan sahaja yakni dia akan rasa Tuhan memang palut disembah. Hendak rasa hebat, besar, hormat pada Tuhan itu tidak ada terasa. Sebab itu kena latihan dari kecil. Sebab kesan menyembah Tuhan itu tidak sama. Kadang-kadang kita nampak orang itu secara lahirnya banyak sembah Tuhan tetapi tidak ada kesan. Dia hanya bawa rangka tetapi tidak ada rasa apa-apa.

Kadang-kadang ada orang cukup dengan sembahyang sunat dua rakaat. tetapi hati sangat berkesan sebab dia faham. Dia rasa. dia hayati. Dalam pengakuan sembah itu yang patut kita rasa ialah rasa Tuhan itu maha hebat, maha besar. rasa hormat pada Nya. Rasa-rasa itulah patut ada waktu kita sembah. Itu kecil sangat. Itu aqidah asas. la bukan aqidah yang sampai boleh mengubah sikap. Itu hanya asas yang asalnya jangan sampai rosak aqidah. Sebab itu kalau orang kenal Tuhan dan kenal kelemahan dirinya, apabila sembah Tuhan terasa sedapnya. Kalau kita ada seorang mak ayah yang penyayang, bertanggungjawab, bagaimana kalau anak datang menghadapnya? Rasa seronok, rasa kuat. rasa dapat sesuatu. hendak berpisah tersiksa. Kalau terpisah, rasa rindu. Itu dengan mak ayah. Apatah lagi dengan Tuhan. Tetapi kalau kita sembah Tuhan tanpa kita kenal, sekadar jangan rosak aqidah, akan timbul rasa jemu.

Mengapa sembah didahulukan dari meminta pertolongan

Sebab sembah itu yang penting manakala minta pertolongan itu sampingan. Sembah itu tauhid itu aqidah.'Sebab itu kena dahulukan aqidah. Walaupun meminta tolong itu unsur aqidah tetap Tuhan sudah buat peraturan, sudah sunnahkan supaya kita lahirkan sebab-sebab. Minta dengan Tuhan tetapi kena usaha lahirkan sebab. Antara syariat dengan aqidah, kan aqidah lebih besar.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 29-12-2004 01:23 PM | Show all posts
STAIL TARBIAH TUHAN DALAM AL FATEHAH

Bila kita bahas lebih jauh 5 ayat pertama Al Fatehah ini maka kita dapat melihat bagaimana didikan atau tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam surah Fatehah. Kalau para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham, boleh hayati dan boleh apply kan kepada pengikut, anak buah, murid-murid dan anak-anaknya, insyaAllah, berkat dari Tuhan, akan sangat memberi kesan. Tetapi mungkin orang tidak perasan.

Mari kita mencungkil dari susunan ayat2 Al Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia, Kalau ilmu ini dapat kita miliki, dapatlah kita applykan dalam kita mendidik. Sebenarnya didikan dalam Al Fatehah sangat cantik dan sistematik.


Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara tadarruj yakni beransur-ansur.
Dari yang ringan-ringan kepada yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sampailah matlamat yang Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat 'Bismillah' hingga ayat "Iyyakana'budu..., banyak ilmu pendidikan yang kita dapat.


Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara bertahap agar sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Sebab Tuhan jadikan akal dan fitrah manusia tidak boleh diasak sekali gus kerana ia akan rosak. Sama ada dia tidak tahan dan jadi jumud atau dia militan dan agresif. Keduanya tuhan tidak mahu kerana kcdua-duanya bahaya. Sebab itu Tuhan mendidik secara bertahap.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.223130 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list