CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2009 02:43 PM | Show all posts
kesian pulak dgn diana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 12:00 PM | Show all posts
Fizzi...mana ko pegi ni..... next..next....
gath hari tu napa x pegi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:05 PM | Show all posts
fizzi...... where r u??
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:50 PM | Show all posts
Yelah fizzz mana ko menghilang...weh dah lah hari sabtu ko x muncul kami semua ni kerinduan dan kelaparan sbb cite detox and smiiley dah habis kena tunggu cite barulah pule buat sementara ni kami tumpanglah berumah tangga kat sini he he h he
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 10:38 PM | Show all posts
bestnya...sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:35 AM | Show all posts
wa...mane n3 takde lg ni? tak sabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2009 12:35 PM | Show all posts
:cf::cf::cf::cf::cf::cf::cf::cf::cf:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 11:35 AM | Show all posts
tak de n3 baru ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 07:11 PM | Show all posts
fizzz...mana ko pergi???
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:00 PM | Show all posts
Huhuhu... Takde lagi ker ???
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 09:34 AM | Show all posts
Fizz mana ko menghilang....tiada khabar berita.
Haku harap ko sentiasa sehat dan dlm rahmat ALLAH....
Rindu kat ko lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 11:07 AM | Show all posts
Fizz mana ko menghilang....tiada khabar berita.
Haku harap ko sentiasa sehat dan dlm rahmat ALLAH....
Rindu kat ko lah
qimi08 Post at 21-1-2010 09:34


betul lah kak qimi... lepas je gath tahun lepas smpai skrng fizzi tak muncul lagi ni....
mana dia pegi ni.....????
harap2 fizzi sentiasa selamat dan sihat selalu tak kira dimana berada....
dan jgn lupa n3 kat sini lum suku buku pun.....
fizzi muncul lah kau cpt2...... lama menanti dan ramai menunggu ni......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 06:27 PM | Show all posts
masih xder lagi ker....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 09:57 AM | Show all posts
sambung la lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii plsssssssssssssssssss!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:47 AM | Show all posts
Diana merenung Farid dari jauh. Suasana petang itu begitu mendamaikan, namun menyesakkan dadanya. Hembusan angin petang tidak mampu menenteramkan hatinya. Farid kelihatan sedang menunggunya di depan pintu kelab catur.

Diana cuma memerhati lagak Farid yang sedang duduk di kerusi di hadapan pintu kelab itu. Sekali sekala, dia disapa oleh pelajar2 lain yang merupakan rakan mereka juga. Riak resah di wajah Farid jelas kelihatan meski dia sedang tersenyum.

Farid!Bagaimana aku nak terangkan pada kau bahawa aku tak boleh terus berkawan dengan kau? Kau terlalu baik. Berkawan dengan kau, memang menyeronokkan. Memang selesa bila bersama dengan kau. Tapi, dihujungnya nanti, aku takut, kita berdua yang akan terluka.

Bagaimana nanti jika kau tahu hakikat yang sebenar? Bagaimana aku nak menghadapi pembohongan yang aku ciptakan sendiri dalam hubungan ni?

Farid! Aku banyak berahsia dengan kau. Tak mungkin kau akan terima kenyataan itu. Diana berpusing, mahu pulang ke asramanya. Biarlah Farid terus menunggu. Biar dia marah. Memang itu niatku. Untuk berundur secara mengejut dari Farid, Diana akui, dia sukar.

Cara terbaik yang difikirkannya ialah, dengan pergi perlahan2 dari hidup Farid. Moga2, dengan apa yang dilakukan, dapat menaikkan kemarahan Farid. Dengan itu, perlahan2 mereka akan terpisah. Lagipun, mereka bukan pasangan kekasih! Soal perasaan itu, hanya masing2 yang mengetahuinya.

Yang dia tahu, dia sudahpun mula menyintai Farid. Apa sebenarnya perasaan Farid, dia tidak tahu. Sebelum aku dikecewakan sekali lagi, baik aku mengelak dari hal ini terus menjadi lebih teruk.

Diana mengatur langkah pulang perlahan2. Farid ditinggalkan tanpa menoleh ke belakang lagi. Satu keluhan berat dilepaskan. Hanya Tuhan yang mengetahui, apa yang terkandung dalam hati aku sekarang!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:47 AM | Show all posts
“Ramainya umat….” Diana melopong sebaik sampai di pintu masuk dewan utama universiti itu. Lina memaut lengannya.

“Kau dah bagitau Shila yang kita nak datang?” soal Lina. Matanya masih meliar melihat hadirin yang hadir. Bukan sekadar pelajar2 universiti, malah turut disertai oleh pihak luar.

“Lin…aku segan pulak nak masuk dewan ni..” kata Diana. Kakinya masih melangkah perlahan2 menuju pintu masuk dewan utama.

“Apa kau nak segan. Bukannya kau takde hidung..” getus Lina. Tangan masih erat memeluk lengan Diana.

“Yalah..kau tengoklah rata2 budak pompuan yang datang semua tudung labuh2!!! Kita ni, jangankan tudung…anak tudung pun tak ada kat kepala..” Diana terasa kerdil di saat itu.

“Isk! Kau jangan sebut hal tu sekarang boleh tak! Kalau nak sebut hal tu, patut kau sebut masa kat dorm tadi. Senang, kita boleh pinjam tudung Mimi. Sekarang, kita redah jela…Yang penting, niat kita betul waktu datang talk ni..” kata Lina. Diana angguk.

Sebaik melewati pintu masuk, Lina dan Diana memilih tempat di bahagian tengah. Ceramah itu akan dimulakan dalam masa 15 minit saja lagi. Lagu latar ‘ Kedamaian Yang Hilang’ dendangan kumpulan Nowseeheart memenuhi ruang dewan, membangkitkan semangat sejajar dengan tajuk ceramah pada malam itu, ‘Palestin; Sovereignity or Responsibility to Protect?’ Diana merenung segenap ruang dewan itu. Isk..seriau!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2010 11:48 AM | Show all posts
Farid memetik tali gitarnya perlahan2. Bilik asramanya  sunyi sepi malam itu. 3 lagi rakannya yang lain masing2 ada aktiviti. Petang tadi, Diana tak muncul2 di kelab catur. Sampai ke maghrib dia menunggu. Tapi, jangankan bayang Diana, bau kentutnya pun tidak ada!

Krenggg….tali gitar berbunyi lagi. Farid menarik nafas resah. Antara percaya dan tidak, dia rasa, dia sudah menyimpan perasaan terhadap Diana. Setiap masa wajah Diana didambakannya. Tanpa Diana, hidupnya dirasakan sepi. Pendek kata, dia sudah jatuh cinta!

Tapi, apakah Diana jua turut merasa perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa? Malu besarlah dia jika hanya dia seorang yang mendamba kasih, sedangkan di hati Diana, tiada langsung  sekelumit cinta.

Lagipun, mahukah Diana menerima aku jika aku meluahkan perasaan aku padanya? Aku ni siapa…Cuma budak kampung. Dia? Dari cerita, dia bukan gadis biasa2. Melihat barang2 miliknya, nyata dia seorang yang mempunyai citarasa yang tinggi. Entah2, dia Cuma mahukan orang2 kaya atau Datuk2 yang berkepuk duit didalam akaun? Aku??

Buat seketika, Farid terasa dirinya begitu kerdil. Aku tak layak untuknya agaknya. Sebab itu, dia layan aku macam orang tak berperasaan sahaja. Agaknya, jika aku berusaha sesuatu untuknya pun, langsung dia tak pandang…

Farid mengeluh kecil. Gitar terus dipetik. Lagu ‘Salam Sejahtera’ dari kumpulan Samudera terus beralun dari bibirnya. Kuburkan aku dihatimu, demi cinta sebelum mati….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 12:45 PM | Show all posts
Diana menyusur jalan di sepanjang koridor di depan bangunan hal ehwal pelajar. Surat khabar yang baru dibelinya tadi, masih memaparkan isu yang sama seperti hari2 yang lainnya. Isu2 dalam negara termasuk isu politik yang hangat lagi hangit, sudah hilang dari sisipan muka depan akhbar akhir2 ini.

Diana menggulung surat khabar yang dibaca sambil berjalan tadi. Masuk hari ini, dah 4 hari dia tidak bertemu Farid. Dia memang sengaja mengelak dari bertembung dengan lelaki itu. Habis saja kelas, dia sudah tidak mahu merayap. Tapi, hari ini, dia mahu ke kedai buku untuk membeli kamus bahasa Arab.

Usahlah ditanya mengapa dia mahu membeli kamus berbahasa Arab. Entah kenapa, sejak pulang dari  mendengar ceramah umum tentang Palestin tempohari, dia rasa seronok pula mendengar seorang pelajar berbangsa Arab bercakap dalam bahasa ibundanya.

“Diana!!!!” entah dari mana tiba2 Farid muncul di depannya sambil tersengih. Tergamam Diana seketika melihat Farid sudah berdiri di hadapannya. Mulutnya ternganga. Hendak dielak, sudah terlambat. Ah! Buat biasa sajalah…

“Kau dari mana ni? TIba2 muncul depan aku..” Diana mengepit akhbar di celah ketiaknya.

“Library. Exam kan dah nak dekat. Kau? Dari mana? Nak kemana?” soal Farid. . Langkah diatur seiringan.

“Dari kelas. Nak ke kedai buku…” ucap Diana sambil tersenyum.

“Aku pun nak ke kedai buku…” macam berjanji pulak…Farid senyum sambil merenung wajah Diana di sebelahnya. Diana senyum jua. Masing2 terdiam. Langkah masih diteruskan.

“Kenapa kau tak datang kelab ituhari?” soal Farid.

“Aku ngantuk!”

“So? Kau dah tak nak main chess lagi?” Farid masih merenung Diana.

“Malaslah..” Diana mencebikkan bibirnya.

“Dah jumpa hobi baru ke?” soal Farid lagi. Diana geleng lagi.

“Then?” soal Farid.

“Aku rasa aku nak tumpu pada study. Aku ingat aku nak quit masuk mana2 kelab…” ujar Diana lemah. Aku rasa ini masa yang sesuai untuk aku beritahu dia yang aku mahu berundur.

“Habis, kau nak buat apa lepas ni?” soal Farid.

“Aku nak pergi kelas, balik kelas. Tidur…Hujung minggu, aku nak balik rumah aku. Settle!” tutur Diana.

“Habis, aku pun dah tak boleh jumpa kau lagi?” soal Farid. Kedai buku sudah hampir. Diana mematikan langkahnya. Farid direnung lama.

Diana duduk di kerusi yang terdapat di taman yang berhampiran koridor menuju ke dai buku. Farid turut serta. Buku diletak di riba. Badannya di sandarkan ke kerusi sambil matanya merenung pelajar2 yang lalu lalang di kawasan itu. Farid memandang Diana di sebelahnya.

“Aku malas nak aktif kelab lagi. Itu saja. Kalau kita terjumpa, jumpa la. Tapi kalau tak jumpa, tak jumpa lah….” Tutur Diana. Dia menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Iiii..macammana aku nak cakap dengan dia yang aku tak nak jumpa dia lagi ni…

Farid yang mendengar terpana. Begitu mudahnya Diana berkata! Tahukah Diana, sehari tak bersembang bersama, terasa  kosong benar dunia aku ni??? Farid menghembus nafas lemah.

“Kau ni sebenarnya macam mana Di? Ini memang stail kau berkawan dengan orang ya? Time kau nak kawan, kau kawan. Time kau dah bosan, ko biar???” Farid menyoal kembali. Riak wajahnya keruh.Diana mengetap bibir. Dari soalan Farid, rasanya Farid sudah mula marah. Diana senyum pahit.

“Aku tak pernah terhegeh2 nak kawan dengan orang! Kalau orang nak kawan dengan aku, kawan ajelah. Tapi, jangan paksa2 aku buat apa yang aku tak nak. Lagipun, takkan aku sorang je kawan kau? Kau dah tak ada kawan lain dah?tolonglah beb…”Diana bersuara keras. Dia tahu, jawapannya itu agak keterlaluan.

Farid terdiam terdengar kata2 Diana. Dia menggeleng kesal. Farid mengutip buku2nya.

“Kesalnya aku Di…apa yang aku fikir tentang kau selama ni, rupa2nya jauh berbeza sama sekali!” sebaik menuturkan kata2 itu, Farid terus mengangkat kaki. Hatinya menggumam kesal. Diana terus ditinggalkannya tanpa menoleh sedikit pun. Hatinya marah! Kesal! Geram!

Aku yang terhegeh2 nak bersamanya?? Begitu maksudnya??Aku tak ada harga diri langsungkah??Kalau orang lain yang melakukan sedemikian rupa kepadanya, mungkin langsung tidak berkudis padanya. Tapi, bila Diana yang bertindak seperti itu, Farid tidak tahu mengapa dia benar2 marah. Farid menahan rasa di dada. Matanya serasakan panas.

Dari jauh, Diana merenung langkah Farid yang berjalan pantas. Sekelumit perasaan hiba timbul di benaknya. Farid…aku mintak maaf….Diana tunduk, merenung hujung rumput di kakinya.Kolam matanya bertakung air jernih, namun tak menitis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:55 PM | Show all posts
Kesian DIANA dalam dilema erkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:05 PM | Show all posts
“Mengapa kau tergamak sungguh,
Memperdaya harapan ini,
Tunas kasih yang aku semai, racun berbisa yang kau sirami,
Beginikah balasan cinta,
Manis kata di bibir saja,
Lembut lidah mengukir janji,
Segunung mimpi berkecai kini…
Sesalan tidak terucap,
Bila kau berubah sikap,
Ku sedar siapa diriku kau buat tempat berteduh,
Semoga engkau bahagia…
Di samping kekasih baru,
Andainya engkau kecewa,
Janganlah kau cari aku…
Biarkanlah aku sendiri,
Yang mencari damai dihati…
Airmata basah dipipi,
Tak mungkin dapat membasuh luka….
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap,
Ku sedar siapa diriku kau buat tempat berteduh,
Semoga engkau bahagia…
Di samping kekasih baru,
Andainya engkau kecewa,
Janganlah kau cari aku…

Farid menendang batu kecil yang berada di depannya. Janganlah kau cari aku???Haha…tak ada maknanya!!Takkanlah orang macam aku yang si Diana tu nak cari?? Aku pun bengong jugak! Kenapalah kau tersangkut  dengan orang macam tu!!!

Farid angkat wajahnya. Dia baru saja selesai menjalani kertas soalan peperiksaan terakhirnya. Dia yakin, dia akan lulus. Tak sabar aku nak habis belajar! Keluar dari kampus ni!!

Farid angkat wajahnya memandang kedepan. Dari jauh, batang tubuh yang sedang berjalan ke arahnya Farid kenal benar! Lidahnya kelu. Perasaanya serta merta tak keruan.

Ah! Pedulikan! Bukan sehari dua macam ni. Sejak perbualan mereka di depan kedai buku tempohari, itulah yang terjadi. Dia dan Diana sudah bagaikan orang asing. Bertemu, tapi tak bersapa. Farid menahan nafas. Buat macam biasa…Langkah terus diatur.
       
Diana kelihatan tunduk, Farid jua tunduk. Mereka berselisih jalan. Namun masing2 bungkam. Tunduk merenung jalan. Farid diam. Diana diam. Sudahnya, masing2 sudah pun terpisah jauh. Masing2 menuju destinasi sendiri. Masing2 membawa haluan sendiri. Antara mereka, sudah ada dinding pemisah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.085789 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list