CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
 Author| Post time 2-3-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 160# nhid_tam


    sabar eh..akan datang, x lama lg.tggu dan teruskan sokongan ek..
semangat betul nk asah bakat sbb ramai yg bg feedback.. thanx!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2011 10:19 PM | Show all posts
Reply 158# rose_liz


    kalo dpt tgk muka x tido malam tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:32 AM | Show all posts
agak2 hari ni ade new n3 tak AH ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 09:55 PM | Show all posts
hari ni takde N3 rasanya..byk sgt kojenya..sabar eh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 08:28 AM | Show all posts
Reply 164# anakhalal


    hari ni pulak macam mana AH.... ade ke n3 nye??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 01:23 AM | Show all posts
BAB 19

Alisha nampaknya tidak senang duduk. Dia asyik melihat jam di tangan. Sesekali dia mengeluh perlahan. Najmi di sisi menyedari keadaan tunangnya itu tapi dia sekadar diam dan membiarkan. Seronok juga dapat melihat sisi lain tunangnya itu. Wajah manis yang selama ini selalu selamba itu kelihatan sungguh tidak keruan. Najmi menyimpan tawa di dalam hati.

Alisha mengetap bibir. Geram melihat Najmi yang tekun membaca surat khabar dan tidak mempedulikannya. Khusyuk betul orang tua ni baca paper! Desis hati Alisha, sedikit sebal. Akibat terlalu geram, laju saja tangannya mencubit lengan Najmi. Najmi terperanjat dan mengaduh.

“Sayang!” kata Najmi, terperanjat. Dia menggosok lengan kanannya. Berkerut dahinya melihat Alisha yang kelat wajahnya.

“Padan muka!” balas Alisha. Puas hatinya.

“Sejak bila sayang pandai cubit orang ni??” tanya Najmi. Pedihnya dicubit jari runcing Alisha. Alisha diam tidak menjawab. Dia berpeluk tubuh dan menjarakkan duduknya dari Najmi. Najmi ketawa kecil melihat telatah Alisha.

“Okay... I’m all ears. Kenapa ni sayang?” Najmi memujuk dengan lembut. Alisha diam lagi walaupun sebenarnya dalam hati, dia sudah cair dengan pujukan lembut Najmi. Tapi sungguh sampai kahwin pun dia tak mahu Najmi tahu yang dia ini mudah dipujuk. Najmi melipat surat khabar dan letak di sebelahnya. “Sayang... Em eloklah tu, mulut sayang tu boleh gantung cawan dah,” usik Najmi. Alisha pantas berpaling dan menjeling. Najmi ketawa terus. “K-e-n-a-p-a?” Najmi seperti budak sekolah tadika mengeja perkataan ‘kenapa’ satu persatu.

Akhirnya Alisha mengalah. Buang karan je merajuk lama- lama, bukannya di pujuk. Makin giat dia mengusik ada la. “Kenapa mama dengan papa tiba- tiba datang?” soal Alisha. Itu yang membuatkan dia tak senang duduk dari tadi. Segalanya tiba- tiba. Najmi muncul di rumah sewanya dan mengajaknya ke lapangan terbang yang jaraknya lebih 1 jam dari rumah. Bila ditanya untuk apa, dengan selamba dia menjawab, “Jemput mama dengan papa.” Sekarang, here they are. Di lapangan terbang dan menunggu di hadapan balai ketibaan.  

“Sayang tak suka mama dengan papa datang?” Najmi bertanya pula.

Elok selepas Najmi bertanya, Alisha menghadiahkan Najmi dengan jelingan maut se-das. “Ada ke tanya macam tu!” rungut Alisha.

“Sorry sayang...” cepat Najmi meminta maaf. “Tapi mama dengan papa datang sini sebab nak tetapkan tarikh perkahwinan kita la. Babah dengan umi tak bagitahu sayang ke?”

Alisha menggeleng sambil mulutnya berkata, “Oooo... Umi tak bagitahu pun! Ni kira suprise la ni eh?”

Najmi tersengih. “Ye la... Boleh tahan gak gelabah sayang ek? Takut ek nak jumpa mama papa?” usik Najmi.

“Nak kena cubit lagi ke?” Alisha bertanya.

Najmi tersenyum. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. “Kalau sayang yang cubit, abang rela je,” bisik Najmi perlahan.

Wajah Alisha automatik bertukar warna. “Mengada!” kata Alisha untuk menutup rasa malu. Najmi ketawa kecil. Dia kembali membuka surat khabar tapi pantas Alisha merampas surat khabar dari tangannya.

“Sayang!” seru Najmi. Berkerut dahinya. Dia baru sahaja ingin membaca berita tentang EPL.

“Abang ni kan... Saja tau! Icha ada kat sini, dia senyap je baca paper!” rungut Alisha. “Kalau nak baca paper, baik abang datang sorang je!” sambung Alisha.

“Ala... Nak baca bahagian sukan je sekejap. Bagi la sayang,” balas Najmi. Tangannya cuba mencapai surat khabar.

Alisha menggeleng.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2011 01:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakhalal at 5-3-2011 01:30

“Sayang ni...” rungut Najmi dengan wajah masam. Alisha tersenyum, kemenangan. Yela, dari tadi Najmi diam saja membaca surat khabar. Dia di sebelah tercongok seorang walaupun datang berteman. Tapi Najmi kelihatan merajuk. Alisha ketawa dalam hati.

“Abang...” pujuk Alisha. Najmi diam saja. Tak mo kawan! Bisik Najmi dalam hati.

“Alalala... Merajuk ek? Tak comel la orang tua merajuk!” usik Alisha. Dia mencari wajah Najmi yang sengaja dipalingkan ke arah lain. “Okay lah, nah,” kata Alisha sambil menghulurkan surat khabar. Najmi pantas berpaling dan menyambar surat khabar. Dia sempat mengenyitkan mata pada Alisha yang mana Alisha balas dengan jelir lidah. Tapi Najmi sekadar pegang, dia tak baca surat khabar pun. Alisha sekadar senyum. Tahu sangat dengan perangai Najmi.

“Nakal la sayang ni,” tanya Najmi dengan senyum tak lekang dari bibir. Alisha turut senyum. Indahnya dunia bila bersama dengan yang tersayang. Indahnya dunia bila dapat melihat tawa dan senyum manja insan tersayang. Najmi tidak mahu rasa kehilangan lagi. Najmi tidak mahu berkeseorangan lagi. Cukuplah sekali, dia tidak mahu melalui detik suram itu lagi. Dia mahu bersama Alisha selama- lamanya selagi diizinkan Tuhan.

Hati Alisha berbunga- bunga. Betapa Najmi teramat mengasihinya dan Alisha berharap benar, kasih sayang itulah yang akan dibawanya hingga ke hujung nyawa. Alisha yakin Najmi akan membahagiakan nya dan Najmi akan menjadi suami yang penyayang buatnya dan ayah yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

Pengemuman ketibaan menghentikan perbualan mereka. Mereka sama- sama berdiri berhampiran dengan pintu di balai ketibaan untuk menyambut papa dan mama Najmi. Najmi melambaikan tangan apabila melihat orang tuanya bersama bagasi yang tidak terlalu besar. Sempat dia mengusik Alisha, “Habis la sayang. Mama nampak macam bad mood je tu.” Alisha menjeling tajam. Hatinya merusuh dengan ketakutan. Ketibaan ibubapa Najmi yang dirasakan tiba- tiba itu benar- benar menakutkan. Ntah- ntah mama fikir aku nak mainkan perasaan Jimi je, itu Alisha fikir.

Najmi menyalami papanya dan mamanya. Dia bergilir mendakap orang tuanya. Rindu yang amat pada orang tuanya. Alisha juga melakukan yang sama. Lama Raihah memeluk Alisha, bakal menantunya.

“Kenapa muka macam suspen je ni Icha?” Raihah bertanya. Najmi menyimpan senyum.

“Tak ada apa-apa lah mama,” balas Alisha.

“Jimi kacau Icha kot?” Papa pula serkap jarang. Alisha tersengih memandang tunangnya. Najmi sekadar angkat bahu.

“Tak apa, nanti mama tarik telinga dia!” kata mama pula. Mereka tergelak kecil.

Mereka beriringan ke pintu utama lapangan terbang. Raihah memeluk lengan Alisha dan Alisha rasa senang sekali. Sempat Najmi menoleh dan mengenyitkan matanya kepada Alisha. Alisha buat- buat tak nampak. Nakal betul! Saat Alisha ingin membuka pintu kereta, sempat Najmi berbisik, “Amboi sayang, bukan main kamceng lagi dengan mama ek? Main politik ke?” Alisha membalas dengan menjegilkan matanya.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 01:26 AM | Show all posts
Dalam perjalanan pulang, Alisha mendapat panggilan telefon dari Uminya agar membawa orang tua Najmi ke rumah mereka untuk makan tengahari. Semuanya sudah tersedia dan cuma Alisha yang tidak tahu apa- apa. Haih... Diorang ni, sepatah pun tak bagitahu Icha!

Umi dan babahnya menyambut bakal besan mereka dengan penuh mesra. Alisha dan Najmi sama- sama gembira melihat kemesraan mereka. Memang, sungguh bererti sesebuah ikatan dengan restu dan doa ibubapa. Alisha ikut sama masuk saat Najmi memanggil namanya. Najmi tercegat di tepi keretanya.

“Kenapa bang?” Alisha bertanya.

“Sorry...” kata Najmi.

“Kenapa?” Alisha bertanya lagi.

“Kejutkan sayang dengan semua ni. Sebenarnya, mama dengan papa datang sini sebab ada jemputan kenduri kawan baik papa,” terang Najmi kepada Alisha. Alisha mengangguk.

“Tak apalah bang. Tak terkejut dah,” balas Alisha dalam senyuman. “Masuklah bang,” pelawa Alisha.

Mereka beriringan masuk dan sempat Najmi berbisik, “Tapi bincang pasal majlis kita pun salah 1 agenda mama papa juga”.

Alisha tersenyum sebelum berkata, “Okay sayang.”

Najmi terkedu. Sayang? Sayang? Oh sungguhlah, dia sudah kenyang!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 08:32 AM | Show all posts
Najmi terkedu. Sayang? Sayang? Oh sungguhlah, dia sudah kenyang!!!




wahhh haha kelakar la najmi ni
best sangat n3 kali ni AH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 169# juliet80


    hehehehe..time kasehh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 02:51 PM | Show all posts
semakin best nie...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 07:33 PM | Show all posts
suspender
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 07:33 PM | Show all posts
tak mungkin semudah itu
hidup ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 09:34 PM | Show all posts
hahaha..im not planning to make it complicated..
yup,its true.life is not easy..tp after every difficulties, there's relief kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:21 AM | Show all posts
Reply 174# anakhalal

kat mana difficultiesnya dear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 05:59 PM | Show all posts
Alisha dah bt perangai sekali..cukup la kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply 176# anakhalal


    may be masa tu alisha tgh dlm persimpangan dilema...
harap2 azmal tak muncul depan2 karang hati alisha berbolak balik kesian dgn Jimi lak....

tapikan seperti pepatah melayu..."makanan dalam genggaman pun masih tidak dpt masuk dlm mulut sbb masa nak suap tu
dtg merpati terus mematuk...." abis rezeki.....ibaratnya la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 177# Jaza2008


   tapikan seperti pepatah melayu..."makanan dalam genggaman pun masih tidak dpt masuk dlm mulut sbb masa nak suap tu
dtg merpati terus mematuk...." abis rezeki.....ibaratnya la tu



erkk ... macam tak pernah dengar je pepatah ni jaza
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 08:58 PM | Show all posts
huhuhu....
sgt menarik .. x sabar nk tggu next en3
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:11 PM | Show all posts
AH tak ada entry :cf:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.530750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list