CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 13-1-2011 06:40 PM | Show all posts
Reply 1763# wwannurr
smlm besday dia yg ke 6
sama dgn malam ke 7 pemergian arwah bapa dia
kita org beli birthday cake...dia potong lepas kenduri tahlil, cousins semua bagi hadiah.
Dia nampak okay jer, excited dapat Barbie doll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 08:31 PM | Show all posts
Reply 1748# sang_arjuna


    pertamanya, takziah dan Al-Fatihah untuk arwah. (sorry lambat .... jarang masuk forum lately)
    keduanya, sedih dengar your niece cakap macam tu. she must be very bright girl....kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:16 PM | Show all posts
juliet pun rasa yg sama....... knp la nak buat prangkap mcm tu......mcm takkan bjaya je ni ...
juliet80 Post at 13-1-2011 09:57



    sadis kalo tidak berjaya memerangkap FB
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 1780# sang_arjuna


    ermmm kenapalah tiba2 terperangkap dengan Aishah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Dahlia membelek satu persatu baju yang tergantung di rak butik pengantin Ratu Ayu.

“ Yang warna putih gading ini sesuai untuk Lia. Cuma kena alter sedikit saja. Dalam tiga hari pun boleh siap”  kata Puan Sheila, pemilik butik yang juga sahabat Puan Zurina.

“ A’ah… cantik baju tu. Auntie pun suka. Lia cuba lah.” gesa Puan Zurina.

“ Er.. masa nak tunang dulu, Lia dah beli sehelai baju tapi tak jadi pakai. Lia rasa Lia nak pakai baju tu saja lah.”  Bisiknya perlahan pada Puan Zurina. Puan Zurina menggeleng

“ Eh,, jangan! Untuk nikah kenalah pakai baju yang baru. Lia nak mulakan hidup baru. Don’t worry, semuanya Auntie yang bayar. Pilih saja yang mana Lia berkenan.”

Rasa bersalah mula melanda. Kesian Auntie Zu kalau dia tahu apa yang aku rancang. Patutkah aku ambil tindakan se drastik ini? Tapi kalau mereka tak nampak dengan mata sendiri , pasti mereka tak percaya dan aku yang jadi mangsa. Lagipun semua dah di atur, sudah terlambat untuk berpatah balik.

Dengan langkah berat Dahlia  ke fitting room untuk mencuba beberapa pasang pakaian. Akhirnya baju kurung putih dari kain sutera Thai dan lace menjadi pilihannnya. Dia terpaksa teruskan lakunan ini. Setakat ini lakunannya memang menjadi. Dengan penuh minat dia memilih dulang hantaran, pelbagai aksesori dan hiasan untuk kamar pengantin. Rasa bersalah di tolak ke tepi.

“ Lia suka yang mana? Yang empat segi atau yang bulat?” Puan Zurina menunjuk pada bekas bunga telur dari porselin.

“ Masa nikah pun kena bagi bunga telur juga kah? Lia ingat masa sanding nanti baru bagi bunga telur. Untuk nikah Usu nak buat pulut kuning saja”

“ Dahlia kena pilih sekarang. Kita kena buat special order dari factory. Banyak nak buat, nak kena letak nama pengantin lagi” usul Puan Sheila

Dahlia membelek keduanya dengan tekun. “ Yang empat segi “

“ Auntie pun suka yang empat segi. Sheila, I nak jemput 500 tetamu jadi biar order lebih. Nanti ada yang nak bawa balik untuk saudara mara. Bagi 600 lah. I nak ambil awal bulan Ogos.”

Semuanya di catit oleh Puan Sheila. “ Kalau ada apa perubahan, bagi tahu I cepat cepat, ya. Kalau dah bagi order kat kilang , payah nak tukar.” dia berpesan.

“ Sheila, apa lagi yang tak cukup ya? I risau lah. Kalau boleh I tak nak turun ke Ipoh lagi. Di rumah pun banyak benda belum siap.” Puan Zurina mengerutkan dahi sambil membelek barang barang yang di beli.

Dahlia menjeling jam  sambil membelek majalah Pengantin. Sudah hampir pukul lima. Masa yang di tunggu sudah hampir tiba.

“ Untuk majlis nikah I rasa semuanya dah lengkap. Tapi kalau ada apa apa yang tertinggal, you call saja. I will deliver to you. Baju Lia kita kena alter, jadi minggu depan baru siap.“ Dahlia mengangguk. Apa apa jerlah.

“ Tak habis lagi kah? Takkan nak tidur kat sini?” Encik Sulaiman bersuara dari bahagian depan kedai. Dia dan Hj Zul sudah lama menunggu. Minuman  yang di hidangkan sudah pun habis di teguk.

“ Faham faham sajalah Leman. Orang perempuan ni kalau pasal shopping, sanggup tak makan , tak minum. Suami pun dah tak kenal.” komen Hj Zul.

Dahlia dan Puan Zurina tersenyum sumbing. “ Ya lah.. ya lah. I tengah bayar ni” getus Puan Zurina.

“ Puan Sheila, bagaimana kalau kita tak jadi pakai barang ni? Boleh dapat refund tak? Manalah tahu kalau bila balik rumah nanti nampak tak sesuai pula” tiba tiba Dahlia bertanya.

“ Jangan risau. I’ll make an exception. Mak mertua you kawan baik I. Jadi kalau dalam masa seminggu ni ada apa yang tak kena, boleh pulangkan balik atau tukar dengan benda lain. Cuma baju saja tak boleh pulangkan sebab dah alter ikut ukuran badan Dahlia”

Dahlia tersenyum lega. Tak lah rugi Auntie Zu bila aku tak jadi bernikah dengan Farid. Baju tu aku boleh bayar sendiri. Biarlah aku simpan jadi kenangan pernikahan tak jadi dengan Buaya Sg Perak aka Farid tak Buncit .

Encik Sulaiman dan Hj Zul memasukkan barang ke dalam but. “ Cepat, dah pukul lima. Asar dah masuk. Jom kita pergi rumah Farid.”  

Dahlia memejam mata sejenak dan berdoa. Mudah mudahan segalanya berjalan seperti yang di rancang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:16 PM | Show all posts
Seharian Farid sibuk mengemas kondonya. Buang apa yang patut, sembunyi apa yang perlu. Nasib baik Ainudin bercuti ke Phuket bersama Mimi. Kalau tak susah kalau ibubapa, bakal mertua dan bakal isteri aku datang.  Ahh…. Indahnya perkataan itu. Dahlia, bakal isteri ku. Tak lama lagi dia akan jadi hak mutlak aku. Hantaran yang di beli – beg tangan dan kasut Gucci, set mekap dan perfume Lancome di simpan dalam almari. Hampir RM5,000 melayang untuk beli barang hantaran saja, tak termasuk cincin dan set barang kemas yang di sponsor oleh ibunya. Dahlia sungguh bertuah. Rumah pun sudah siap menunggu, banglo dua tingkat atas bukit. Cuma perlu bawa beg pakaian, semuanya sudah lengkap. Harap dia sedar berapa beruntungnya dia. Kalau dia kahwin dengan Cikgu Amir tu, paling bagus pun dapat rumah teres. Itu pun sampai pencen kena bayar hutang.

Di bilik tetamu sejadah sudah di hampar mengadap kiblat. Farid menyembur pewangi Armani ke tubuhnya sebelum menyembur penyegar udara aroma sitrus sekeliling rumah. Segalanya bersih dan teratur, tak macam rumah bujang yang berkeladak. Pasti ibubapanya bangga. Hj Zul pun makin sayang kat aku. Jendela pintu gelongsor yang memisahkan ruang tamu dan balkoni di tarik. Bayu petang bertiup lembut. Dahlia akan suka suasana tenang di sini.  Sementara menunggu tetamu dia menghirup udara nyaman di balkoni. Tak sabar nak jumpa Dahlia . Sudah lebih dua minggu mereka tak bersua. Berkali kali dia melihat jam. Kata ibunya mereka akan datang bila selesai membeli belah.

Bila loceng pintu berdenting Farid terus merapi rambut dan membetulkan kemeja. Senyumannya lebar. Sebaik pintu di buka riak mukanya berubah. Musibah apa yang menimpa aku!

“ Hi Farid. Tak nak jemput I masuk kah?”

“ Er.. apa you buat di sini? Bukankah kita dah janji tak akan jumpa lagi?”

Nurul tersenyum manis. Jaket hitam dan skirt merah paras lutut menyerlah kecantikannya. Dada Farid berdebar.

“  I have to talk to you. Its important” Tanpa di ajak Nurul melangkah masuk. Dia menghempas tubuhnya di sofa.

“ Hmm… kemasnya rumah you hari ni. Ada tetamu nak datang?”

“ A..apa you nak cakap? Cepatlah. My parents nak datang. I tak nak mereka terserempak dengan you” Farid mundar mandir

“ Duduklah dulu. I tak nampak sesiapa pun di lobi. Lambat lagi mereka sampai.  Ee.. panas lah rumah you ni “  

“ You.. you… nak ..mi ..minum?”  tanya Farid sambil melabuhkan punggung di sebelah Nurul. Macam ada magnet yang menarik dirinya.

“ Kenapa you gagap? Nervous kah? ” Tangan Nurul menjalar ke dada Farid dengan tawa manja.

Farid menepis tangannya. “ Look, don’t play games. I tak ada masa. Cakap saja apa yang you nak cakap, lepas tu tolong tinggalkan rumah I”

“ Excuse me,  tolong sopan sikit. I mengandungkan anak you.” Selamba Nurul menutur.

“ WHAT?!! Jangan tipu. You jangan nak perangkap I. Dulu kita dah setuju, apa apa jadi tanggung sendiri. Sekarang I tak nak ada apa apa hubungan dengan you lagi. Jangan kacau I dengan Dahlia. Go and get an abortion.”

“ You pasti kah dia akan kahwin dengan you? Will you be happy with her? ” Nurul  tersenyum. Jaketnya di tanggalkan menampakkan camisole lace yang jarang. Farid menelan airliur. Tubuh Nurul lebih seksi dari dulu. Hebat betul dugaan kali ini. Syaitan mula memberi sokongan. Come on, my friends. That’s the way.. aha..aha… I like it!

“ I miss you Farid” bisik Nurul. Ini tak masuk dalam skrip yang di beri Cikgu Amir tapi dia sendiri yang buat improvisasi

“ I miss you too ” Farid terus merangkul tubuh Nurul dengan rakus. Mereka terus hanyut dalam adegan 18SX hingga telinga Farid menangkap bunyi loceng pintunya berdenting di ikuti dengan ketukan bertalu talu. Farid melepaskan Nurul. Mukanya pucat. Habislah aku!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2011 11:30 PM | Show all posts
“ Buka pintu ni sekarang. Kami dari Pejabat Agama” Suara lantang bergema dari luar. Lutut Farid lemah. Ini mimpi ngeri. Dia memandang ke balkoni. Tiada peluang untuk aku memboloskan diri kecuali kalau nak kaki patah. Tangannya menggeletar bila memusing tombol pintu. Tiga lelaki bersongkok meluru masuk.

“ Kami dapat aduan dari jiran mengatakan penghuni rumah ini sering bawa perempuan balik.”  Kedua Nurul dan Farid terkebil kebil.

“ Kami tak buat apa apa Tuan. Hari ini saya jemput keluarga saya datang ke rumah. Ini saudara saya.” Farid cuba berdalih.

“ Tak buat apa apa tapi kenapa sampai 5 minit kami mengetuk pintu, tak juga di buka . Kenapa baju awak ni di butang senget? Kenapa leher dia anak kesan gigitan?  Encik ingat kami ni bodoh? Saudara konon ” Mata salah seorang lelaki yang agak berumur itu mencerlang.

Makin parah lagi bila Farid ternampak kelibat ibubapanya, Hj Zul dan Dahlia sedang menuju ke arah kondonya. Malang sungguh. Pecahlah tembelang aku hari ni.

“ Itu kondo Farid kan? Kenapa kecoh saja nampaknya? Ramainya  orang di dalam.” Encik Sulaiman memandang isterinya sebaik mereka keluar dari lif. Jantung Dahlia berdegup kencang. This is the moment! Yezzaaa… aku akan bebas dari Farid.

“ Mana I tahu? Cepatlah, kita pergi tengok” Mereka berempat berlari anak. Di ruang tamu ada tiga lelaki bersongkok dan seorang perempuan berpakaian sexy dengan Farid. Muka Farid pucat lesi.  

“ Kamu berdua di syaki berkhalwat” Salah seorang dari tiga lelaki bersongkok itu berkata dengan lantang.

KEBABOOM! Alangkah terkejutnya mereka. Kecuali Dahlia yang cuma berpura pura terkejut.

“  BERKHALWAT? APA NAK JADI DENGAN KAMU NI, FARID ” tempik Encik Sulaiman. Mukanya merah menyala. Sebiji macam adegan dalam filem klasik Anak ku Sazali.

“ Papa , jangan percaya. Mereka tipu. Farid tak buat apa apa.”

“ Biar saya jelaskan. Saya Syafie dari JAIP. Ini rakan setugas saya, Ariffin dan Lukman. Lelaki ini sering bawa perempuan balik ke rumah. Kami dapat aduan dari jiran. Memang betul, kami dapati mereka berdua dalam keadaan mencurigakan. Ini kes khalwat.” Lelaki yang agak gempal berkata.

Dahlia membuat muka cembeng sambil merenung tepat ke muka Farid. Sekarang masa untuk aku cuba tonjolkan bakat lakunan aku. Mana tahu boleh masuk Pilih Kasih musim baru.  

“ Saya tak sangka perangai awak macam binatang. Depan saya dan Babah pijak semut pun tak mati. Awak tak takut Tuhan? Sampai hati awak buat macam ni kat saya. You juga yang beria nak kahwin tapi you main kayu tiga.  Nurul datang jumpa saya dan cerita pasal affair awak dengan dia.  Saya dah cerita kat Babah tapi dia  tak percaya. Babah kata Nurul cuba fitnahkan you. I pun tak nak bersangka buruk selagi tak ada bukti. Tapi Tuhan Maha Kaya, sekarang dah terbukti siapa Farid Hadzim Sulaiman yang sebenarnya. Saya nak putuskan pertunangan kita. Its over! Jangan jumpa saya lagi! ” Dahlia menekup muka dan terus teresak ( pura pura). Rosyam Noor mesti bagi markah tinggi.

Puan Zurina memeluk bakal menantu ( tak jadi lah nampak gayanya). Airmata turut mengalir ke pipi wanita itu. Kalau Dahlia kecewa, apa lagi dia sebagai ibu yang mengandungkan dan membesarkan Farid. Di mana silap aku? Aku dah bagi didikan agama secukupnya. Tapi mungkin sebab aku terlalu sayang anak tunggal aku hingga aku alpa. Lagipun dia dah besar panjang, seharusnya dia tahu hukum hakam, halal dan haram.  

“ Mama, Lia, Papa… Farid tak bersalah. I’ve been framed. Farid dengan Nurul tak buat apa apa. Mesti ada orang yang dengki”

Pegawai bertiga tadi mendengus. “ Tak bersalah? Siapa yang dengki? Tak ada sebab pun orang nak dengkikan awak. Awak bukan selebriti atau VIP. Awak dah memang buat salah berdua duaan dengan perempuan bukan muhrim. Kalau jiran tak lapor pun, Allah nampak. Dalam agama kita, dosa besar berzina atau mendekati zina. Dan sesiapa yang tahu ada maksiat berlaku tapi tak menegah di kira bersubahat.”
Mata Farid mula bertakung.

“ Uncle Zul, percayalah cakap Farid. I will never do anything to hurt Dahlia” katanya dengan sebak.

Hj Zul yang mendiamkan diri sejak tadi bersuara “ Cukuplah kamu berdrama Farid. Uncle menyesal sebab terlalu percayakan kamu. Leman, Zu, I harap kita masih bersahabat walaupun kita tak jadi besan.”

“ Zul, kita tetap kawan. Aku faham kalau kau tak nak berbesan dengan aku. Siapa nak bermenantukan  buaya macam anak aku ni. Papa malu sangat, Farid. Kamu nak kahwin dua minggu lagi , boleh kamu berkhalwat dengan perempuan lain? Siapa yang ajar kamu buat perangai macam setan! Dulu Papa dan Mama bangga sebab Farid pandai, ada kerja bagus, ada masa depan yang cerah. Tapi sekarang Papa dah lepas tangan. Lepas ni apa nak jadi, kamu tanggunglah sendiri. ” Sayu suara Encik Sulaiman. Dia menggeleng perlahan bila memandang Nurul yang duduk terperosok di hujung sofa. Perempuan mana lah yang Farid kutip. Pakai baju tak semenggah, semua nak di tayang. Kat mana letak otak anak aku?  Farid ….Farid. Dah dapat intan, kaca juga  yang kau cari.

“ Zu, Lia, Zul, jom kita balik. Aku tak nak duduk dalam rumah maksiat ini” Encik Sulaiman bergegas keluar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:32 PM | Show all posts
Reply 1784# di@n

cikgu amir tak berapa pandai lagi
tp nanti dia selamat juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 11:37 PM | Show all posts
yeah..ops kantoikan farid buncit berjaya akhirnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:46 PM | Show all posts
Yessss..lupus suda Farid Buncit. Ctrl + Alt + Delete.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:48 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiii.........x sabarnya nak tunggu smbgan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:52 PM | Show all posts
Reply 1789# adalia

yezzaaa....akhirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:53 PM | Show all posts
Reply 1790# dyea

farid masuk recycle bin
lepas recycle bagi kat aishah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:54 PM | Show all posts
Reply 1792# sang_arjuna


    bila plak turn cikgu amir masuk jarum ni..asyik terkantoi dpn2 dahlia jer ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:56 PM | Show all posts
tkt pasni farid meroyan gilakan dahlia...dia kan pakar putar alam nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply 1791# liyanur
sambungan?
sabar ye



nak kena cari jalan bagi dahlia terima amir, samada cara sukarela atau paksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2011 11:58 PM | Show all posts
Reply 1795# adalia

sblum dia putar alam
cikgu amir putar tengkuk dia dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:00 AM | Show all posts
Reply  liyanur
sambungan?
sabar ye



nak kena cari jalan bagi dahlia terima amir, samada c ...
sang_arjuna Post at 13-1-2011 23:56



    kalo dahlia xmau,paksa je terima...lama2 mesti sukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:02 AM | Show all posts
mati nurul, isteri orang kena tangkap khalwat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:03 AM | Show all posts
terima kasih....dgn sabarnya patik menunggu...

p/s : terharu bc luahan hati ur niece...liya masa umur 6 thn kehilangan mak tp x faham apa2 & x nangis pun cuma tgk jer...budak2 skrg dh pandai nk xpres feeling dorang...moga dia tabah menghadapinya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 1.419016 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list