KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai ini untuk keputusan kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, antara intipati hujahan yang disentuh pihak pendakwaan ialah mengenai 90 kesan tekapan seterika wap pada mangsa.
"Laporan yang diberikan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Salmah Arshad menunjukkan kesan tekapan itu menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur pada tubuh badannya.
"Pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan ketika kejadian namun, berdasarkan keterangan saksi mangsa menjerit setiap kali dipukul dan ditekap dengan seterika," katanya.
Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.
Seramai 29 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula Januari 2018, termasuk dua saksi mata iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah.
Isu lain yang turut dibangkitkan pihak pembelaan ialah mengenai punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran dan peranan setiap pelajar UPNM terbabit serta niat bersama mereka seperti dalam pertuduhan.
Berhubung niat bersama, kata Julia, pihaknya menghujahkan bahawa prinsip niat bersama berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut serta penglibatan setiap pelajar terbabit.
Enam penuntut UPNM, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. - Bernama
Post time 8-7-2019 05:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku harap lawyer yang bela suspek tu cerdik sikit la dalam islam...dok bela pembunuh buat apa tah!!!!! Aku harap peguam bela tu rasional dalam nak bela anak guam dia macam lawyer dalam filem INNOCENT WITNESS....moga Allah bagi pembunuh zulfarhan dapat balasan atas mukabumi ni
Post time 8-7-2019 05:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ronin replied at 8-7-2019 01:37 PM
Mesti sedih anak awak kan? Pasti ada kisah menarik ttg arwah yg mungkin anak awak ada ceritakan. K ...
Anak saya ada sebut minggu lepas. Klu arwah ada mesti dpt konvo sama2, btw anak saya permpuan. Mmg dr asasi dah satu kelas, kat sana dorang panggil arwah ni osman bukan paan. Tu yg masa keluar berita pasal arwah meninggal kat berita jenuh dia nak ingat farhan yg mana satu. Bila saya hantar ws gaambar arwah baru dia tau. Masa kejadian tu tgh study week, kebanyakan civilian dah balik rumah sbb awal puasa. Yg tinggal hanya kadet saja. Mmg bnyk kenangan dia dgn arwah, bnyk gak gambar dorang dlm kelas, tp sorry anak saya tak bg publish. Lec pun sayang dgn arwah ni, jenis pendiam dan rajin. Sayu kita yg bukan sesiapa dgn arwah ni, apatah lg emak yg menjaga dr kecik. Moga aman dia disana. Banyak mana pun kasih kita dgn arwah, takkan sama kasih Allah padanya.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai ini untuk keputusan kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, antara intipati hujahan yang disentuh pihak pendakwaan ialah mengenai 90 kesan tekapan seterika wap pada mangsa.
"Laporan yang diberikan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Salmah Arshad menunjukkan kesan tekapan itu menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur pada tubuh badannya.
"Pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan ketika kejadian namun, berdasarkan keterangan saksi mangsa menjerit setiap kali dipukul dan ditekap dengan seterika," katanya.
Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.
Seramai 29 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula Januari 2018, termasuk dua saksi mata iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah.
Isu lain yang turut dibangkitkan pihak pembelaan ialah mengenai punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran dan peranan setiap pelajar UPNM terbabit serta niat bersama mereka seperti dalam pertuduhan.
Berhubung niat bersama, kata Julia, pihaknya menghujahkan bahawa prinsip niat bersama berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut serta penglibatan setiap pelajar terbabit.
Enam penuntut UPNM, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. - Bernama
Post time 8-7-2019 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semoga Hakim Datuk Azman Abdullah tidak membuat kekhilafan semasa membuat keputusan
Menjawab lah di hari perhitungan kelak jika keputusan yg di buat adalah dusta
Semoga mastermind2 dlm kes ini menerima hukuman yg berat setimpal dgn KEJAHATAN yg telah di lakukan terhadap Allahyarham Haji Zulfarhan Osman. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
Di harapkan ada forummer yg dpt pergi pada 31/7/2019 so boleh update di sini secara live
Kes ni ada keluar di Buletin Utama TV3 pukul 8.00pm tadi
Thanks for sharing. Kesian budak baik mcm Farhan tu jadi mangsa pembunuhan kejam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. To your daughter tahniah, berjaya harungi kisah tragis dan dan berjaya menamatkan kursus. Dah nak konvo kan?