CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miftahuljamilah

AKHIR ZAMAN.. MISTERI SEBUAH PERJALANAN 2.0

   Close [Copy link]
Post time 30-3-2021 01:42 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 12-3-2021 06:40 PM
keh keh keh

dua benda besar yang dah berjaya puak azazil ni buat wa rasa adalah:

Setuju sgt pasal ni... demokrasi tu ibarat satu idealoji yg kuat merubah semua tu... kalau layan netflix skrg ni pon depa banyak keluarkan cerita2 sejarah yg mengisahkanasal usul keujudan demokrasi..libertie dan sbg nya...mungkin suatu kempen diorang jugak ni...
Cerita2 nak tunjuk bahawa sistem monarki semua menindas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 02:30 PM | Show all posts
Matpon replied at 22-3-2021 06:48 PM
1924 kejatuhan kerajaan islam.. masa ini la puak freemason dan Illuminati luaskan jajahan mereka) ...

Empayar othmaniah jatuh 1914... kiranya lepas perang dunia pertama sistem khilafah semua dah mula berganti kepada sistem lain... sampai la sekarang... yg masih beraja khilafah dah tak banyak... mungkin brunei saja kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bluecathaze at 30-3-2021 03:05 PM
novlin replied at 30-3-2021 09:26 AM
busy yahamats noks... ni pun cecuri baca sementara nak tgu org lain log in zoom meeting 9.30am.
b ...


Uols mcm iols. Malam awal gila pengsan. Hahaha. Weh uols suku biduanda ke? Sama ncm kawan iols. Dia kt ghombau gak

Edit. Salaaaahhh dia suku batu hampar patani. Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 30-3-2021 12:58 PM
apek nak share jgak satu rumah lama di kepala batas ada simbol Muhammad timbal balik
Ni video dia.. ...

dulu pernah up video ni rasanya dalam thread lepas kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:36 PM | Show all posts
Matpon replied at 30-3-2021 12:58 PM
apek nak share jgak satu rumah lama di kepala batas ada simbol Muhammad timbal balik
Ni video dia.. ...

keh keh keh

ni memang dah lama tahu...
sapa2 geng silat cekak akan tahu pasal rumah ni..
famous stroy di kalangan mereka...

tapi sampai hari ni..mereka tak tahu rumah siapa...
wa punya kajian, wa syak ni rumah isteri kedua panglima tok rashid....
yang hijrah ke batu kurau...

cuma belum di sahkan lagilah syak wasangaka wa tu...

oleh kerana rumah ini ada logo Muhammad bertangkup..maka rumah ini kedudukannya pun unik sebenarnya...
pada ketika semua rumah lain mengadap ke sungai. (sungai dulu umpama jalan raya la) rumah ini membelakangkan sungai..
kenapa ia membelakangkan sungai? kerana pintu depannya nak mengadap matahari terbit...

itu kira petua orang2 lama bila nak bina rumah..yang faham petua akan buat begitu..
zaman ni memang tak lah ramai yang tahu...


keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 06:29 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 30-3-2021 04:30 PM
dulu pernah up video ni rasanya dalam thread lepas kot

OOOooo maaf terlepas pandang.. cuma nak tanya bab hadis ini
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam
Ini bermaksud..Dajjal dah ada pada 1400 tahun dahulu..atau mcmn..boleh terangkan tak..atau fahaman mereka


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2021 06:33 PM | Show all posts
Ada mengatakan pulau Tamim al-Dariy ini sudah dijumpai hasil dari kajian. itulah kepulauan Britain.

Dulu pernah juga tengok drama bersiri Merlin..berkaitan sihir..best tapi takut jgak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 30-3-2021 06:33 PM
Ada mengatakan pulau Tamim al-Dariy ini sudah dijumpai hasil dari kajian. itulah kepulauan Britain.
...

Pernah terbaca ada orang ckp kat britain jugak... N kat britain tak silap diorang ada Gog and Magog parade gak setiap tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 06:47 PM | Show all posts
Membongkar Penampilan DAJJAL Sebagai MERLIN ?

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.

"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."

Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.

{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan."

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.

"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}

Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedangExcalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."

Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).

"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis

copy paste dari sumber FB Ustaz Abdul Hadi Hj Mohammad



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts


Sheikh imran hossein pun cakap dajjal di britain..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 11:23 PM | Show all posts
Matpon replied at 30-3-2021 06:29 PM
OOOooo maaf terlepas pandang.. cuma nak tanya bab hadis ini
Ini bermaksud..Dajjal dah ada pada 1 ...

Sungai yg dimaksudkan  tu sungai yg dekat iraq kan.. sg furat ke apa..dan memang saemakin mengering
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
novlin replied at 30-3-2021 01:08 PM
halaaa apek... aneh apanya...explain je...mistik pun tak apa...
sekadar sembang kedai kopi je... ...

Dik nov ni mmg org n9 ke mastautin n9?

Astana raja tu istana raja la kan

Klu suku biduanda bkn ke byk kt k. Pilah.. Bkn ghombau kan.. Ke kaka silap"
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 30-3-2021 06:29 PM
OOOooo maaf terlepas pandang.. cuma nak tanya bab hadis ini
Ini bermaksud..Dajjal dah ada pada 1 ...

Ye. Dr zaman b4 nabi lahir. Sbb tu D power on tech.. Dia tahu dan bljr byk tamadun
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 03:04 PM | Show all posts
1917

Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi.

Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem)

Britain juga yang menubuhkan negara Zeonis yahudi

Britain juga yang menjajah negara kita Malaysia dan menukar undang-undang sedia ada (Suruhanjaya Reid)
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 04:19 PM | Show all posts
Normabaru replied at 31-3-2021 12:18 PM
Dik nov ni mmg org n9 ke mastautin n9?

Astana raja tu istana raja la kan

iols mmg org nismilan...
Astana raja tu nama tempat je... teda kaitan dgn istana raja..
tapi sejarah dapat nama astana raja tu iols tak tahu la...
Rerata umat manusia di sekitar astana raja mmg bersuku biduanda...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang rumah mana?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 31-3-2021 03:04 PM
Britain juga yang menubuhkan negara Zeonis yahudi

Britain juga yang menjajah negara kita Malays ...

Cuba awak carik fb page HZ ke muhd arifin  ke geng2 diorang, diorang ada cerita pasal watak2 dajjal sepanjang zaman.. sabdo palon, samiri, nebuchadnezzar n etc kot tak silap sy.. basically setiap tamadun yg dah musnah tu ada watak dajjal masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 31-3-2021 08:35 PM
bluecathaze replied at 31-3-2021 06:47 PM
Cuba awak carik fb page HZ ke muhd arifin  ke geng2 diorang, diorang ada cerita pasal watak2 dajja ...


korang sebut nama diorang ni saya baru je dapat tau dia dah deactivate.. kononnya ramai dah sedar maklumat dia tu 50-50 dan byk mengarut HZ pun sama.. terlampau dok berkonspirasi lama2 kena talbis iblis .. itulah yg dipesan beberapa orang pada saya

https://www.facebook.com/100002254804158/posts/3773729502712173/?d=n
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 31-3-2021 08:34 PM
korang sebut nama diorang ni saya baru je dapat tau dia dah deactivate.. kononnya ramai dah seda ...

Haah saya setuju gak pasal info diorang ni 50 50. Talbis iblis tak sedar jadi ejen dajjal. Tapi tu lah... malas la nak judge.. takot kite pun tersalah nanti.. tapi info dajjal tu saya rs sy mmg baca kat page dorang. Ke tengok kat youtube ustaz auni eh?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 31-3-2021 08:34 PM
korang sebut nama diorang ni saya baru je dapat tau dia dah deactivate.. kononnya ramai dah seda ...

Yang HZ punya post pasal leluhur tuh lama2 baca pun pelik.. macam bergantung kat ilmu dan leluhur pulak jadinya.. apa yg dimaksudkan dengan leluhur tu pun taktahu. Kalo ikut pahaman sy macam saka je. Allahua'lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 1.166232 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list