CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

LIVERPOOL FC ~ BaDi TiaNG, PaLaNG & PeNaLTi ~

   Close [Copy link]
Post time 15-3-2012 11:29 AM | Show all posts
Best striker in the Premier League
Managers vote on the best striker

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 11:31 AM | Show all posts
Aquilani will join Milan from Liverpool on a permanent basis, says agent

The Italy international' ...
RosesAre_Red Post at 15-3-2012 11:23



   aku nak aquaman men ngn liverpool..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:31 AM | Show all posts
Gelaran baru yang diberikan oleh penulis Sportmail kepada Steven Gerrard " Real Mersey Master".
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by RosesAre_Red at 15-3-2012 11:35
aku nak aquaman men ngn liverpool..
sudugaru Post at 15-3-2012 11:31



tu la.. tp dia tak pernah diberikan peluang, lepas injured terus loan, he is much much better than adam, memanglah dia x sesuai kt BPL tp lucas,alonso,mascherano,pun mula2 dulu x sesuai juga.,tapi bila kerap diturunkan mereka dapat menyesuaikan diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:38 AM | Show all posts
tu la.. tp dia tak pernah diberikan peluang, lepas injured terus loan, he is much much better  ...
RosesAre_Red Post at 15-3-2012 11:34



   taw x pe...daripada adam..dia ni lagi bagus... joe cole pun aku rasa dah makin better..panggil balik la dey
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:51 AM | Show all posts
taw x pe...daripada adam..dia ni lagi bagus... joe cole pun aku rasa dah makin better..pang ...
sudugaru Post at 15-3-2012 11:38



KD nk ke? dia tu degil, lain la kalo hendo, adam gan carroll tu dia syg sgt2 la kahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2012 11:56 AM | Show all posts
KD nk ke? dia tu degil, lain la kalo hendo, adam gan carroll tu dia syg sgt2 la kahkah {:laug ...
RosesAre_Red Post at 15-3-2012 11:51



   syg la sgt...smpi penalti pun blh x goal ape semua...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 02:05 PM | Show all posts
Happy birthday liverpool
yg ke 120
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 02:33 PM | Show all posts
Gerrard ledak hatrik




LONDON - Steven Gerrard meledakkan hatrik untuk membantu Liverpool menewaskan Everton 3-0 pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.


Kapten skuad The Reds itu menegaskan dia semakin serasi untuk bergandingan bersama dua penyerang Liverpool, Luis Suarez dan Andy Carroll.


Gandingan tersebut berjaya membantu kebangkitan Liverpool selepas tewas tiga perlawanan liga terakhir.


"Kejayaan menewaskan Everton adalah sesuatu yang istimewa. Saya sangat bertuah kerana berjaya meledakkan tiga gol.


"Begitupun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan terutamanya Luis (Suarez) yang telah membuka ruang untuk saya.


"Rentak yang dipamerkan pasukan sangat hebat. Apa yang diharapkan menjadi kenyataan," kata Gerrard.


Ketika ditanya mengenai kesefahaman beraksi bersama Suarez, Gerrard berkata, dia sudah mempunyai keserasian untuk bermain bersama penyerang utama Liverpool itu.


"Meskipun tidak selalu digandingkan, saya, Suarez dan Carroll seperti sudah ada keserasian. Saya rasa kami bertiga akan menjadi ancaman utama.


"Saya harap, perkara ini dapat teruskan agar kami (Liverpool) menjadi semakin kuat dan disegani," jelas Gerrard.


Terdahulu, skuad kendalian Kenny Dalglish itu tewas 1-2 kepada Manchester United, Arsenal (1-2) dan Sunderland (0-1) sebelum menempah kejayaan di Anfield awal pagi semalam.


Gerrard yang lebih banyak direhatkan selepas mengalami kecederaan serius sepanjang musim ini berkata, dia berasa kecewa kerana tidak dapat membantu Liverpool mengekalkan rentak permainan terutamanya ketika menghadapi saingan liga domestik.


"Walaupun tewas, kami telah mempamerkan aksi yang sangat baik ketika bertemu Arsenal dan Sunderland.


"Pasukan perlu kekal konsisten agar mampu memenangi setiap perlawanan kerana ia lebih baik daripada menang satu dan tewas satu (perlawanan)," jelas Gerrard. - AGENSI



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 02:35 PM | Show all posts
Hatrik Gerrard julang Reds




LIVERPOOL - Steven Gerrard menggesa Liverpool supaya menamatkan musim ini dengan bergaya selepas dia meledak hatrik pada pertembungan derby Merseyside.


Gerrard muncul pemain pertama Liverpool sejak Ian Rush pada 1982-83 melakukan hatrik pada perlawanan liga menentang Everton, yang menyaksikan Reds menang 3-0 ke atas pasukan jiran di Anfield, semalam.


Kemenangan itu turut menamatkan badi kekalahan Liga Perdana kepada Sunderland, Arsenal serta Manchester United.


Liverpool kini hanya dua mata di belakang pasukan tangga keenam, Newcastle United.


Walaupun harapan untuk meraih tempat ke Liga Juara-Juara semakin samar, ekoran ketinggalan 10 mata kepada Arsenal yang menghuni tangga keempat dengan 10 baki perlawanan, Gerrard mahu skuad Dalglish menamatkan cabaran musim ini dengan cemerlang.


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 02:38 PM | Show all posts
Gerrard makin gah


SIAPA yang tidak kenal Steven Gerrard yang menjadi ikon dan idola peminat Liverpool seluruh dunia. Ikuti kronologi pencapaiannya sejak menyertai pasukan itu sehingga kini.


29 November 1998

Gerrard membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool ketika berusia 18 tahun, sebagai pemain gantian kepada Vegard Heggem ketika menang 2-0 ke atas Blackburn di Anfield.



5 Disember 1999

Gerrard menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu apabila menyumbang gol ketiga dalam kemenangan ke atas Sheffield Wednesday di Anfield, 4-1.



25 Februari 2001


Gerrard menjulang trofi pertamanya menerusi penentuan penalti ke atas Birmingham dalam final Piala Liga. Memenangi trofi kedua dan ketiga menerusi Piala FA dan Piala Uefa hujung musim itu.


25 Mei 2005

Tandukan Gerrard tepat ke gawang memulakan kebangkitan ke atas AC Milan di Istanbul. Ketinggalan 0-3 pada separuh masa, Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara menerusi penalti.


13 Mac 2012

Pemain yang kini berusia 31 tahun itu membuat penampilan ke-400 buat Liverpool. Menjaringkan hatrik di Anfield ketika menentang Everton. Apa lagi yang boleh anda katakan?


PROFIL


Nama penuh: Steven George Gerrard

Tarikh lahir: 30 Mei 1980 (31 tahun)

Asal: Whiston, England

Tinggi: 183 sm

Posisi: Tengah

Kelab: Liverpool

No Jersi: 8

Pasukan Kebangsaan: England


www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 02:40 PM | Show all posts
Amukan Gerrard


LIVERPOOL: Steven Gerrard mahu Liverpool menamatkan kempen musim ini dengan cemerlang selepas dia meledak hatrik pada pertembungan jiran setempat Merseyside, awal pagi semalam.


Gerrard muncul pemain pertama Liverpool sejak Ian Rush pada 1982-83 menghasilkan tiga gol pada perlawanan liga menentang Everton untuk membantu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas lawan di Anfield.



Kemenangan itu lebih manis selepas ia menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana di tangan Sunderland, Arsenal dan Manchester United sekali gus melonjakkan Liverpool dua mata di belakang pasukan di tangga keenam, Newcastle United.


Meskipun harapan untuk menduduki tangga keempat liga bagi menempah tiket ke Liga Juara-Juara semakin pudar apabila Liverpool kini ketinggalan 10 mata di belakang Arsenal di tangga keempat dengan berbaki 10 perlawanan, Gerrard mahu skuad kendalian Dalglish terus memberikan cabaran dan menamatkan kempen di kedudukan terbaik.



Liverpool yang menamatkan kemarau enam tahun tanpa sebarang kejuaraan selepas menjulang Piala Liga bulan lalu, akan melayan kunjungan Stoke pada aksi suku akhir Piala FA, Ahad ini.



“Prestasi kami amat mengecewakan, kami gagal beraksi baik di Sunderland. Kami perlu terus mengekalkan rentak kemenangan,” kata Gerrard selepas mencipta hatrik pertama sejak menghasilkan tiga gol ketika menentang Napoli pada saingan Liga Europa pada November 2010.


“Untuk menghasilkan tiga gol adalah sesuatu yang hebat tapi saya perlu berterima kasih kepada Luis Suarez.



“Dia mencipta dua peluang buat saya. Saya jarang berpeluang bermain dengannya namun bila kami beraksi bersama, kami memiliki persefahaman yang jitu. Saya harap prestasi ini akan berterusan.” Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish amat gembira dengan prestasi Gerrard yang sebelum ini kerap dihimpit kecederaan. Pemain tengah England itu membuka tirai jaringan dengan melambungkan bola ke gawang Everton sebelum menggandakan gol pada separuh masa kedua hasil kerja keras Suarez. Dia kemudian melengkapkan hatrik pada masa kecederaan. - AFP



www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 05:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 07:27 PM | Show all posts


mmg x blh blah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 10:04 PM | Show all posts
TAHUKAH ANDA :

BAGAIMANA LIVERPOOL FC DITUBUHKAN ???

Menyingkap kisah awal penubuhan kelab kesayangan SG ini, 15 Mac 1892 adalah tarikh kelahiran a.k.a penubuhan Liverpool FC. Ia bermula apabila pemilik Anfield ketika itu... John Houlding telah berjaya menubuhkan pasukan bolasepak sendiri selepas berlaku pertelingkahan dengan Everton F.C yang sebelum ini menyewa padang di Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park.

Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaan dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.

Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

JOHN HOULDING

John Houlding adalah pemilik sebuah kilang membuat bir dan menjadi kaya setelah perniagaan berjaya, membolehkan beliau hidup selesa. Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Liverpool.

Jika kita memahami sejarah penubuhan Liverpool, mungkin kita beranggapan bahawa John Houlding ini adalah insan yang kejam lagi tamak. Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Ini membuatkan pemegang saham Everton naik berang dan menuduh John Houlding hanya mengaut untung dari kejayaan mereka. Akhirnya Everton telah keluar dan membeli padang baru di Goodison Park...YNWA

LIVERPOOL FC DITUBUHKAN OLEH (pic) JOHN HOULDING ..YNWA

kredit to Sale'ehs Gerrard
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 10:07 PM | Show all posts


NEXT GAME : QUATER FINAL / SIXTH ROUND

LIVERPOOL VS STOKE CITY

STADIUM ANFIELD

AHAD 18 March 2012

11 : 55 pm

LIVE ASTRO CH813 STAR Sport

YNWA ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 10:32 PM | Show all posts
liverpool dah 120 tahun rupanya lagi lama dari real madrid
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:00 AM | Show all posts
prens...di sini ade pepatah br utk team yg br je dok kt sggahsana..
'YG DIKEJAR DAH TELEPAS, YG DIKENDONG X TENTU DPT..""
merujuk pd kekalahan men yu pd bilbao.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:53 AM | Show all posts
Happy Birthday Liverpool... YNWA....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:44 AM | Show all posts
Reina tabik Suarez




LIVERPOOL - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengakui rakan sepasukan- nya, Luis Suarez berhak diberi pujian sama seperti kapten, Steven Gerrard.

Gerrard kembali mencuri tumpuan selepas meledak hatrik untuk membantu skuad The Reds menewaskan Everton 3-0 pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Reina berkata, meskipun Suarez hanya meledak satu gol dalam lapan perlawanan terakhir bersama Liverpool, dia memainkan peranan penting, sekali gus membantu Gerrard menjaringkan dua gol terakhir dalam perlawanan itu.

"Tahniah buat Gerrard kerana dia sudah menemui semula sentuhan sebe- nar.

"Namun, pada masa sama, saya rasa Suarez juga berhak menerima kredit atas kerja kerasnya dalam perlawanan itu.

"Kadangkala, penyerang dikatakan tamak sekiranya terlalu ghairah untuk menjaringkan gol tetapi tidak bagi Suarez. Dia adalah kunci utama kejayaan pasukan ini," kata Reina.

Meskipun mencatat kemenangan bergaya ke atas Everton, skuad bimbingan Kenny Dalglish itu masih ketinggalan 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Arsenal.

Namun, Reina percaya mereka tidak akan mengalah, sekali gus berazam untuk memberikan tekanan kepada skuad The Gunners.

"Ia suatu tugas yang cukup sukar. Kami harus bersikap realistik berhubung perkara ini.

"Namun, pada masa sama, kami tidak akan mengaku kalah sehingga ke penghujung musim," katanya. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063067 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list