CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10844|Reply: 3

Kelebihan Wanita Melayu Kahwin Lelaki Negro.

[Copy link]
Post time 26-5-2016 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 26-5-2016 04:26 PM

Zaila Mohamed Ali… “Tak Sangka Begini Layanan Keluarga Mentua Warga Afrika Terhadap Saya”… Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bersama Keluarga Mentuanya Di Ghana Selama 48 Hari Yang Buat Dia TERKEJUT !!!Admin Heskem |




Zaila Mohamed Ali… “Tak Sangka Begini Layanan Keluarga Mentua Warga Afrika Terhadap Saya”… Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bersama Keluarga Mentuanya Di Ghana Selama 48 Hari Yang Buat Dia TERKEJUT !!! |Pulang ke rumah mentua yang jauh sedikit tapi masih dalam Malaysia pun ada yang mengeluh, inikan pula pulang ke rumah mentua nun jauh di Afrika.

Perjalanan udara 15 jam, tujuh jam  jalan darat, 11,250 kilometer, beginilah gambaran kejauhannya.  Di sana pula bukan setakat seminggu tapi 48 hari bersama dengan keluarga mentua yang tidak hanya berbeza warna kulit tapi segala-galanya.

Inilah pengalaman berharga  dilalui oleh Zaila Mohamed Ali bila mana memilih lelaki kulit hitam berasal dari Ghana sebagai pasangan hidup.

Terlalu banyak kisah menarik diperoleh sepanjang berada di sana, Zaila berkongsi cerita di dalam status Facebook miliknya yang kemudian ditulis semula menjadi sebuah novel, Winter Di Afrika.

Jangan ditanya dia kenapa memilih lelaki kulit hitam itu sebagai suami, ibaratnya seperti orang bertanya anda kenapa memilih untuk berkahwin dengan suami. Jawapannya sudah tentunya kerana jodoh yang sudah diatur Tuhan Yang Maha Esa.

Tidak menafikan berdepan banyak cemuhan, dugaan malah dipinggirkan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 namun sedar tak sedar sudah enam tahun dia melayari hidup bersama lelaki negro Khalid Ewusi atau nama asalnya Pius Ewusi.

Diajak pulang untuk menjenguk kampung halaman suami di Sunyani, Ghana selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, dia seperti menantu perempuan lain turut merasai debarannya. Apatah lagi dia dihadapkan dengan provikasi daripada kawan-kawan dan keluarga tentang keadaan di benua Afrika itu.

“Ia menyebabkan kepercayaan saya kepada suami hampir runtuh. Tapi saya kuatkan semangat dan yakin kepada dirinya yang telah sah menjadi suami saya.

“Saya sebenarnya selalu bercakap dengan mentua dalam telefon. Kami berbual dalam bahasa Inggeris walau ‘broken’ kerana mentua tak mahir berbahasa Inggeris.

“Dia peramah, jadi saya tak rasa macam takut atau berdebar. Setibanya di sana saya pula dilayan bagai permaisuri dan menyebabkan semua persepsi buruk sebelumnya hilang begitu saja,”kisah  Zaila.

Dilayan Seperti Permaisuri

Pulang kali pertama ke Ghana bersama anak sulung, kali kedua selepas dia melahirkan anak kedua pada tahun 2014, kata Zaila sepanjang di sana layanan keluarga mentua terhadap dirinya dan anak-anak cukup baik, sekali lagi ibarat permaisuri!

“Pakaian saya mereka basuh. Sehelai pun saya tak pegang. Mereka basuh setiap hari Ahad, dan guna sabun terbaik supaya baju kami tak luntur dek cuaca panas di sana.

“Makanan sentiasa berhidang. Saya diharamkan masuk dapur walau apa jua keadaan. Setiap kali tiba waktu makan, mereka akan ambik meja kecil dan kerusi untuk saya dan anak-anak duduk.

“Bawa pot untuk basuh tangan. Kami tak payah bangun atau menyusahkan diri apa-apa pun. Dah habis makan, tangan dibasuhkan.

“Anak saya pula sentiasa ada yang tolong jaga malah selalu dibawa bermain dengan anak-anak jiran. Mak mentua juga akan tolong mandikan setiap hari pagi dan petang.

“Malah dikendong di belakang badan  setiap malam supaya mereka terlelap dan senang tidur,”jelasnya panjang lebar.

Bangga Dapat Menantu Kulit Putih

Dalam pada itu cerita Zaila yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan akhbar, menerima menantu berkulit putih meskipun dirinya bukan ‘minah salleh’ adalah menjadi kebanggaan keluarga di Afrika.

“Setiap kali orang singgah rumah, mereka akan suruh saya keluar dan berkenalan. Bawa saya ke mana-mana saja saya pergi.

“Di sana sudah jadi budaya, anak lelaki kalau kahwin oberoni (mat Salleh) itu satu kebanggaan. Kerana mereka akan dapat menantu half-cast (mixed).

“Ada rambut lain dari anak-anak Afrika yang original. Dan itu satu kebanggaan yang tak dapat mereka gambarkan dengan kata-kata,”ungkap ibu kepada dua puteri Paola Ajwa Ewusi dan Kira Afyha Ewusi.

Simpan Hasrat Tinggal di Ghana Di Sisi suami

Namun demikian kata Zaila di hatinya terselit juga perasaan sedih kerana di Malaysia, suaminya Khalid tidak pula menerima layanan sebegitu.

“Persepsi di sini, orang Afrika jahat, mereka buat kerja tak senonoh. Persepsi yang mungkin berpunca daripada hebahan media.

“Saya tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu. Sebab itu saya sentiasa di sisi suami dalam apa juga keadaan untuk menjadi penyelamat.

“Malah buku Winter di Afrika ini juga saya tulis untuk menerangkan situasi sebenar mereka yang berkahwin dengan warga Afrika dan layanan yang diterima.

“Dengan harapan orang Malaysia terbuka mata dan minda. Saya ada ramai kawan yang kahwin mix Afrika juga, malah ada yang anak-anak sudah besar. Mereka hidup aman bahagia sentosa.

“Keluarga saya sendiri turut mengambil masa untuk menerima perkahwinan ini sehinggalah anak pertama lahir.

Bila ada cucu barulah mereka ok dan setelah saya balik dari Ghana kali pertama keyakinan mereka kepada suami sudah semakin pulih. Saya hubungi mereka hari-hari di sana dan buktikan saya kembali ke Malaysia,”cerita Zaila.

Sentiasa berharap untuk berada di sisi suami yang kini menetap di Ghana kerana menguruskan perniagaan (hardware store) kata Zaila dia tidak menafikan punya hasrat untuk tinggal di sana dan kini sedang berusaha ke arah itu.

Sebenarnya apa yang ditulis ini hanya sebahagian kecil dari pengalaman menarik Zaila selama 48 hari berada di Ghana, ada banyak lagi kisah dalam novel Winter di Afrika tulisannya yang menggunakan nama pena Poala Kira Ewusi.

Bahasanya santai di selang seli kisah lucu malah ada juga bahagian yang mampu membuatkan anda mengalir air mata. Selamat membaca!

Sumber : Vanilla Kismis


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 04:30 PM | Show all posts
@spiderman80

dah ada la tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 06:45 PM | Show all posts
krustykrab replied at 26-5-2016 04:30 PM
@spiderman80

dah ada la tt

Haha...ni kat Bod Kongsi Viral.
Spidey tak dapat tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 26-5-2016 06:45 PM
Haha...ni kat Bod Kongsi Viral.
Spidey tak dapat tutup.

Pukul spidey lang :



  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 2.603957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list