CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173767|Reply: 370

Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam

[Copy link]
Post time 2-6-2016 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kawan2.

Baru2 ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut ( nama dirahsiakan) di U.S yg telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 thn bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).

Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk2 yg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata2.

"Saya seorang penyelam laut dalam yg bekerja dgn sebuah syarikat yg membuat kerja2 penyelaman dalam laut khas untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat2 seperti "salvage n rescue" (pemulihan dan pertolongan), "deep sea demolition" ( letupan di lautan dalam) "rig n vessel repair" ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh org biasa.

Sudah beratus ekspidisi selam telah dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada2 kejadian yg tidak masuk akal dan menakutkan yg telah buat saya berfikir masak2 utk bersara dan membuat kerja lain.

Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalam

Satu hari kami diberi tugasan khas utk membuat satu penyelaman utk pembaikian kapal di lautan dalam. Jarak laut dgn daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dgn tali2 tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus kebawah kapal utk memotong tali2 pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan dan setelah terjun ke dalam, saya mula membuat kerja2 memotong dan membuang tali yg tersangkut dari propeller. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.

Tapi satu perkara pelik berlaku.  Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg peralatan tersebut  penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah2 ada tulisan dan simbol yg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seolah2 seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai setiap satu.  Saya terus bertanya dengan penyelam senior yg lain dan mereka pun mengatakan kadang kala ia berlaku kepada mereka tetapi mereka buat dunno dan bawa balik ke rumah simpan.
  




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 05:01 PM | Show all posts
pastu..apa jadi pada cengkerang siput2 tu?
pada orang yg bawa balik tu?..ada jadi apa2 tak? kena rasuk ke..hapa ke
any misteri??
sambung sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 05:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-6-2016 05:01 PM
pastu..apa jadi pada cengkerang siput2 tu?
pada orang yg bawa balik tu?..ada jadi apa2 tak? kena ra ...

Tak jadi apa2. Dah org laut beri duit kerajaan laut, dia simpan je la. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 05:06 PM | Show all posts
lagi?? takde ke beliau tunjuk gambar cengkerama yang simbol-simbol tu?

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 05:10 PM | Show all posts
lor..tu je ke?
kata ada dua kejadian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 05:26 PM | Show all posts
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera

Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara U.S yg bertaraf Level 4 iaitu "Sangat Rahsia dan Sulit". Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi briefing oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah utk mengenalpasti lokasi kapalterbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua org juruterbang terhempas bersama dan jika boleh, kenal pasti mayat dan keadaan mayat tersebut.

2 org juruselam termasuk saya ditugaskan utk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.

Dari kejauhan kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dalam dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yg tidak ada ada sesuatu pun disekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda2 lain disekeliling kapal yg terhempas ke dasar laut.

Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa2 kecacatan pun pada badan, sayap atau cockpit jet. Ini mustahil kerana kapalterbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa2nya bertaburan.

Apa yg lebih pelik, ketika kami mengintai di dalam cockpit, tidak ada mayat juruterbang ada didalamnya. Kami hanys melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yg lainnya tidak ada tanda2 menunjukkan ada juruterbang didalam kapal tersebut sedangkan Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada 2 juruterbang yg memandu jet pejuang itu .

Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2016 05:43 PM | Show all posts
lagi, lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 06:18 PM | Show all posts
kapal pejuang kecik mampu jumpa..
adda satu kapal terbang tu, sampai la ni tak jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 06:30 PM | Show all posts
tiba teringat kisah laut segitiga bermuda tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya takut dengan air gelap yg xnmpak dasar.Ntah apa ada kat dalam sana...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tengok yg national geographic tu...kalau episod deep sea...

mcm2 jenis hidupan air pun ada....pelik2...
kagum betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa tak kan mcm ni ja evil.....gmabaq yeelek ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa tak kan mcm ni ja evil.....gmabaq yeelek ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 09:46 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-6-2016 06:18 PM
kapal pejuang kecik mampu jumpa..
adda satu kapal terbang tu, sampai la ni tak jumpa..

hmph..tah-tah kapatebang yg hat besaq tu pun camni gak kisahnye.
mana kita nak tau kalo kerajaan klasifikasi level 5 ke hape ke kan..

kalo tengok natgeo mmg rasa seram keadaan di bawah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 10:45 AM | Show all posts
evilcooler replied at 2-6-2016 04:26 PM
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera

Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara U. ...

Agaknya mayat jurutrbang tu dh dimakan jerung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2016 11:24 AM | Show all posts
sikit je ke ceritanya?
kalau ada lagi
nak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 11:59 AM | Show all posts
ha ah cerita la lg..

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:41 PM | Show all posts
nice story...ni kisah sebenar TT ke atau kisah penyelam dr US tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Een ad baca kisah ni kat page read if u dare. Ad 3 series semuanya & ad beberapa kisah yg ble bce mcm x masuk akal tapi bumi Allah ni bukan kita aje yg tinggal. Dalam laut tu ad lg tempat yg human x explore lg.

Bak kata supervisor pencerita, there are some places man simply isn't meant to explore..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.342265 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list