View: 1327|Reply: 0
|
Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB Atas Jemputan Pengurusan 1MDB
[Copy link]
|
|
Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB Atas Jemputan Pengurusan 1MDB Bukan Pak Arab Yang Lantik Jadi Wakil !
Saya percaya hanya beberapa kerat saja rakyat yang telah habis baca file2 hansard PAC mengenai siasatan 1MDB yang didedahkan kepada umum. ( ada file yang tidak didedahkan kerana menurut kata Tony Pua, ada terkandung beberapa maklumat rahsia seperti yang ada dalam lapuran Ketua Audit yang masih dirahsiakan dibawah OSA yang sehingga kini tidak diberikan sebarang penjelasan kenapa masih dirahsiakan oleh kerajaan )
Saya sendiri nak kena ada mood baru boleh layan, itu pun belum tentu boleh kekalkan tumpuan sehingga habis sebab setiap satu file itu amat panjang ....
Kebetulan siang tadi saya baca file PAC-11022016 Bil 2 yakni yang bertarikh 11/2/2016 di mana PAC menyoal TS Bakke pada sebelah pagi dan bersambung dengan Shahrol pada sebelah tengahari. Shahrol sudah pun dipanggil pada sesi 25 dan 30 November 2015, yang ini adalah kali ketiga Shahrol dipanggil dan beliau masih tidak mampu berikan dokumen2 yang dipinta pada sesi sebelumnya.
Selain dari isu bayaran USD700 juta kepada Goodstar yang banyak dibincangkan ( yang ini mungkin saya tulis di artikel lain ) dalam sesi kali ini, turut dibincangkan adalah mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 26 September 2009.
Perlu diingat, perjanjian 1MDB-Petrosaudi Cayman ditandatangani pada 28 September 2009, iaitu dua hari selepas mesyuarat berkenaan. Jho Low dijemput untuk beri penerangan mengenai cadangan usahasama itu !
mukasurat 34 dan 35 -
Dah baca ? Cuba baca sekali lagi dengan penumpuan diberikan kepada persoalan SIAPA YANG JEMPUT JHO LOW untuk hadir mesyuarat lembaga pengarah 1MDB itu.
Jelas sekali dari ayat Shahrol sendiri - When that couldn't happen, we invited Jho Low to actually come and represent the interest on the other side to explain.
.... WE INVITED JHO LOW .... Kita ( pihak Pengurusan 1MDB ) yang menjemput Jho Low sebagai mewakili Prince Turkey BUKAN anak raja Arab itu yang lantik !
Saya segera teringat kepada satu artikel Mkini yang melaporkan satu jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri Kewangan yang menjawab soalan dari Tony Pua mengenai perkara ini -
"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan. - KLiK.
Menteri Kewangan jawab di Parlimen bahawa pihak keluarga diraja Arab Saudi yang telah meminta Jho Low untuk mewakili mereka dalam mesyuarat penting itu TAPI jika anda baca petikan hansard di atas, jelas bahawa yang jemput Jho Low adalah pihak pengurusan 1MDB sendiri !
Adakah Menteri Kewangan terkhilaf atau sengaja mahu menipu dalam Parlimen ?
Dan tujuan Jho Low dijemput adalah untuk memberi penjelasan kepada projek usahama 1MDB-Petrosaudi.
Ini bukti keterlibatan penuh Jho Low dalam projek usahasama itu sehingga khidmat beliau ditagih untuk beri penjelasan kepada ahli lembaga pengarah 1MDB.
Apakah ada beza Jho Low terlibat atau tidak dalam projek usahasama itu ?
Hmmmm .....apa yang saya tahu, perkara ini tambah menyakinkan saya bahawa semua ini adalah satu SCAM ( mengambil kata Muhyiddin ) dari awal lagi ! Tidak hairanlah kenapa 1MDB boleh bayar USD700 juta itu kepada Syarikat Goodstar milik Jho Low sebab dia lah arkitek utamanya !
Ingat lagi gambar percutian di atas kapal mewah Tatoosh di atas ? Adakah satu kebetulan pemain2 utama skandal awal 1MDB berada di dalam gambar di atas yang diambil pada bulan Ogos 2009, satu bulan sebelum skandal 1Mdb bermula .
|
|
|
|
|
|
|
| |
|