oleh Adib ZA
Teringat dulu sewaktu kecil bagaimana terujanya kita bila mendapat baju raya yang baharu.
Bila diingat semula, pasti boleh membuatkan kenangan itu berputar semula di minda.
Ada yang menempah di kedai dan ada juga yang dijahit oleh ibu sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen atau blogger ini, dia bercerita bagaimana kenangan dia mendapat baju raya sewaktu kecil.
Memang sentimental! Jemput baca ya.
Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google
Tahun ni saya paling excited menyambut hari raya. Bukan apa...kalau beberapa tahun lepas kebelakangan, saya beli je baju raya yang ready made tetapi tahun ini saya tempah jahit 2 pasang baju kurung pesak gantung dan sepasang kurung moden.
Cewah...3 pasang baju....beraya sakan kak nani!!!!
Memang..saya teringin nak kembalikan nostalgia persiapan menyambut hari raya. Saya lihat anak-anak saya sekarang seolah-olah tak excited sangat bila dapat baju raya. Tak macam saya kecil dulu bila emak saya buatkan atau belikan baju raya.
Dulu ketika kecil, dapat je baju raya, tak jemu-jemu mencuba depan cermin. Kadang sampai tidurpun tersenyum-senyum peluk baju raya.
Emak marah-marah lalu simpan baju tu dalam almari, saya pula bila teringat je baju baru tu mesti nak jenguk...nak tinjau...kejap kejap dok mengintai baju tu di dalam almari. Dalam hati tak sabar-sabar nak melaram dengan baju baru di pagi raya.
Anak-anak saya sekarang balik je dari shopping baju raya, langsung buat tak heran. Kalau baju tu duduk dalam beg parkson ke, beg metro ke...duduklah kat situ tak terusik. Memang tak sama.
Agaknya bila kita semakin berusia, segala apa kenangan yang kita lalui semasa kecil, kini menjadi sesuatu yang begitu sentimental di jiwa.
Hari raya bagi saya, begitu indah bila kita dapat memakai pakaian baru dan juga melihat suasana baru dalam rumah.
Sumber:Blog Nani Rostam |