CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 6

The Nurd Kamal, Masjid Paling Sejuk Di Dunia Yang Terletak Di Rusia

[Copy link]
Post time 27-6-2016 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Setiap masjid didunia ini mempunyai sejarah dan keistimewaan tersendiri. Jika dahulu, masjid yang merupakan rumah ibadah buat umat Islam hanya dijadikan rumah ibadah semata-mata. Namun kini, rumah ibadah ini juga merupakan antara daya penarik buat pelancong.


Sebuah masjid yang terletak di Bandar Norlisk, Rusia ini juga mempunyai keistiwaan tersendiri. Masjid yang diberi nama The Nurd Kamal ini dikenali bukan kerana kemegahan bangunannya ataupun bentuk kaligrafinya, namun dikenali kerana cuaca sejuk yang luar biasa.


Rasa sejuk di Masjid ini kian terasa dimana angin selalu bertiup dengan kencang, walaupun bunyi salji kian mewarnai atap dari Masjid tersebut. Suhu sejuk ini kian meningkat di kala datangnya musim sejuk.






Nama Norlisk tentu sangat asing di telinga travellers. Di mana, bandar ini terletak paling utara di Rusia. Selain itu, kawasan ini termasuk dalam kawasan Krasnoyarsk Krai, di antara Sungai Yenisey dan Semenanjung Taymyr. Norilsk pun bukan bandar pelancongan.


Di Norlisk itu sendiri dianggarkan mempunyai rumah bagi sekira 50,000 orang beragama Islam. Jumlah ini hanya dibawah satu perempat daripada penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.


Sebahagian besar bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Russia Dagestan yang bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.


Seiringnya waktu, kian tahun penduduk di bandar ini semakin mengecil. Sebabnya, Norilsk sendiri mengehadkan akses bagi orang asing.


“Banyak orang yang mula meninggalkan Bandar Norlisk,” kata Sidikov, warga Uzbekistan yang lahir dan dibesarkan di Kyrgyzstan.


Norilsk yang baru diduduki penduduk sekitar tahun 1930-an sebenarnya adalah bandar lombong. Logam, menjadi hasil yang melimpah di sana. Tidak hairanlah, banyak kilang-kilang yang menjulang tinggi.


Masjid tersebut berada di lokasi di pinggir bandar yang menghadap Tasik Dolgoye. Dibina pada tahun 1998 oleh Mukhtad Bekmeyev yang berasal dari suku Tartar. Masjid yang begitu indah dan terlihat rambang dari bangunan yang lain. Dindingnya berwarna hijau, dengan kubah yang bersalut warna emas.


Sekitarnya, menjulang menara berwarna sama dengan masjidnya yang terdiri daripada tiga tingkat.


Menurut Sidikov, Masjid ini baru dibuka tahun 1998 dan dibina oleh Mukhtad Bekmeyev seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km.


Penduduk di Norlisk yang semakin menurun sekira 5,000 orang setiap tahun seakan tak membuat Sidikov patah hati untuk tetap mengabadikan dirinya menjaga Masjid tersebut.


Malah, dirinya tetap membuka tangan terbuka untuk mengajarkan sesiapa yang ingin belajar Al-Quran. Hingga kini, jumlahnya sudah 500 hingga 600 orang yang ingin belajar Islam.


Jika anda berpeluang mengunjungi bandar yang terletak di utara Rusia ini, singgahlah menunaikan solat di masjid ini. Betapa kagumnya melihat sebuah masjid tersergam indah di negara yang sangat sejuk ini. - CARI.














Sumber: Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 04:18 PM | Show all posts
masjid sunni or mesjid shia? or mesjid wahabiah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:18 AM | Show all posts
yang penting, ianya masjid...tak kisahla sunni/shia/wahabi

pahaman beza mazhab je....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2016 07:07 PM | Show all posts
Nak sejuk..sini panas ..dalam baju dah terbina air terjun semula jadi gitu  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik warna masjid dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:59 PM | Show all posts
tenangnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 04:20 PM | Show all posts
teringin nk dtg russia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.552147 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list