Sering mengalami masalah bau badan? Penat sudah menyental dan juga mengoleskan deodorant tapi tetap berbau busuk?
Masalah peluh atau keringat ini memang lazim terutama mereka yang tinggal di negara beriklim panas dan tropika.
Namun, nampaknya masalah ini telah dijadikan inisiatif oleh sebuah syarikat di Jepun untuk menghasilkan kipas mini khas untuk bawah lengan.
Dipanggil dengan nama Waki no Shita Kura atau kipas ketiak, ia berbentuk empat segi dan boleh dikepilkan di bawah lengan baju.
Dikuasakan dengan menggunakan bateri AAA, kipas bersaiz 60 mm x 65 mm ini mampu berfungsi selama lima hingga sembilan jam, bergantung kepada kelajuan yang anda tetapkan.
Menariknya, ia boleh disambung dengan usb untuk mengisi semula kuasa bateri.
Ketika bawah lengan dikipas, ia boleh mengurangkan efek atau kesan bau badan kerana peluh tidak sempat dihasilkan seperti selalu.
Tidak dapat dipastikan pula adakah ia bakal memasuki pasaran di Malaysia atau bila masanya. Harap ada sinar ya! - CARI
kawan aku ada problem BO dari zaman sekolah lagi
pakai deo pun tak jalan.. bau dia bukan bau bangla lagi, aku pun x tau nak explain cemana
pening kepala kalau duduk dekat2 dia
dia budak pandai, so nak tak nak tahan je la kalau nak belajar dgn dia
bebaru ni jumpa dah takde bau, aku tanya cemana bleh hilang?
dia kata tetiap malam dia spray ubat kuning
BO sebab bakteria, so ubat kuning tu antibacteria