oleh Adib Za
Selain terkenal dengan keindahan bunga sakura, negara Jepun juga sering dinanti-nantikan ketika musim panas.
Ini kerana, sekitar bulan Mei hingga Jun, ia adalah syurga bagi mereka yang ingin melihat serakan cahaya kunang-kunang yang begitu luar biasa di Okayama, Jepun.
Siapa yang tak jatuh cinta dengan cahaya serangga kecil ini kan!
Lebih menakjubkan, banyak gambar yang memaparkan kawasan hutan pada waktu malam kelihatan begitu meriah dengan ribuan kunang-kunang yang terbang di celah-celah batang pokok.
Bagi mereka yang ingin merakamnya, haruslah menggabungkan 10 hingga 200 frame gambar yang sama. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Nah, lihat beberapa rakaman gambar kunang-kunang yang begitu indah ini. - CARI
|